30 April, 2010

Doa buat mereka...

Pertemuan membibitkan kemesraan dan perpisahan seringkali mendatangkan kesedihan. Namun jangan ditangisi perpisahan yang berlaku kerana ukhwah yang terjalin begitu indah tanpa disedari masa berdetik begitu pantas. Tersirat suka dan duka pahit dan manis semuanya dilalui dengan seribu kenangan. Moga ukhwah yang terjalin ini akan terus berkekalan. Moga tema-teman sentiasa disirami cahaya kebahagian dan nur kasih sayang. Moga kejayaan dan kebahagian milik kita bersama.Ameen..

Tiada yang menjadi impian, selain rahmat kasihMU Tuhan. Yang terbias pada ketulusan sekeping hati seorang insan bernama teman

Bismillahirahmanirrahim..

Segala puji itu hanya milikmu wahai Tuhan penentu segala takdir. Selawat dan salam buat Rasul junjungan petunjuk sepanjang zaman, Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga serta para sahabat baginda yang umpama bintang-bintang bergemerlapan.

Ya Allah…
Dalam perjalanan pentas kehidupan ini telah ENGKAU jadikan bagiku seorang kawan sahabat dan teman. Mengenal dan mengajarku erti kehidupan bergelar teman. Aku tunduk dan akur pada peraturan dan jalan cerita yang telah ditentukan.

Ya Rahman..

Dalam kekalutan dan masalah yang kuhadapi, kau hadirkan aku teman-teman. Ku dokan mereka sentiasa di bawah rahmatMU..Hari-hari yang dilalui dengan penuh pengertian dengan Nur dan petunjukMU..

Ya Rahim..

Ampunilah daku dan teman-temanku dan masukkanlah kami ke dalam rahmatMu dan Engkau adalah Tuhan yang maha penyayang dan lagi maha mengasihani. Kau titipkanlah ukhwah yang indah moga ia kekal selama-lamanya. Lindunglah kami dari hilangnya nikmatMu dan berubahnya kesejahteraanMu. Tabhakan hati-hati kami ketika kami mungkin terjatuh dan tersungkur.

Ya Allah…

Jangan Engkau tinggalkan untuknya suatu dosa melainkan telah Engkau ampunkan. Dan tiada suatu aibnya, melainkan telah Engkau tutupinya. Tiada suatu dukanya melainkan telah Engkau hilangkan daripadanya. Rahmatilah kami, kurnialah kami kesejahteraan buat kami dalam meniti perjalanan kehidupan yang tidak tahu hujungnya. Kerna Engkau yang maha mengetahui ya Rabbi..

Ya Allah…

Apa sahaja yang Engkau jauhkan darinya dari hal-hal yang dia cintai, jadikanlah hal itu sebagai penguat untuknya mencintai apa yang Engkau cintai dan jadikanlah cintanya kepadaMu sebagaimana Engkau mencintai. Cukuplah diriMu bagiku, tiada Tuhan selain Engkau. Hanya kepadaMu aku bertawakal. Dan Engkaulah Tuhan yang memiliki arasy yang agong.

p/s: ukhwah fillah abadan abada..
saya bertuah kerana ramai adik beradik di sini :)

missing text: Would u die for what you believe in or be a little bit hypocrite to live and ensure what u believe in comes to life?

27 April, 2010

kata-kata bicara dan waktu..

Alhamdulillah masa berlalu begitu cepat. Sepantas titisan-titisan hujan yang turun tanpa dihitung bilangannya. Dan kini alhamdulilah, tamat juga pengajian saya selama tiga tahun bergelar pelajar. Pelbagai pengalaman pahit dan manis, suka dan duka telah saya pelajari. Saya belajar bagaimana terasa bertuah berada di atas dan terduduk bila tersungkur buat seketika.

Dan kita tidak selalu akan merasa kita di atas dan kadang-kadang apabila kita di bawah baru mulai sedar. Saya juga merasa sakit dan pahitnya apabila dipandang dengan persepsi yang negatif. Saya masih yakinkan diri, apa yang saya buat itu sudah berbaloi dan ia dinilai oleh diri saya sendiri Ya, persepsi setiap dari kita berbeza. Jangan takut mengatakan kita faham dan mengerti, sedangkan masih ada lagi yang tidak fahami.

Hidup memang sukar dijangka. Namun kita perlu hadapi ya walau sesukar mana pun. Walau di mana pun kita berdiri dan terduduk, saya harus pelajari bagaimana saya perlu lebih memahami diri. Memang kadang-kadang kebodohan mungkin terserlah disebabkan prinsip yang kita pegang. Namun saya beranggapan bahawa walau apapun kejujuran itu perlu. tidak pernah merugikan diri kita.

Namun, sehingga hari ini, saya masih lagi merasa bertuah dan akan teruskan jika ia masih digenggaman. Kadang-kadang faktor persekitaran mempengaruhi kita. Bila kita di sini kita merasakan inilah diri kita. Dan bila kita di sana, kita merasakan kita perlu sebegitu. Kita sendiri perlu mengenali diri kita, kemampuan kita tanpa perlu berubah dengan secepatnya apabila tempias nya mengenai kita.

Jika dulu saya merasakan takdir dan perjalanan hidup saya bermula dengan sebuah tulisan buku yang terkandung akta dan undang-undang. Kini, komunikasi menjadi jalan ceritanya sehingga ke akhir ini, minat itu masih tertanam dan saya akan teruskan dengan usaha dan kegigihan sehinggalah jalan ceritakan mungkin berubah satu hari ini. Jika hari ini, ia masih digenggaman, Teruskan dengan usaha. Jika satu hari nanti, ia bukan milik kita. Redha dan lepaskan kerna ia mungkin sudah tertulis jalan ceritanya.

Jika kawan saya mengatakan ini gurauan takdir. Saya beranggapan ini bukan gurauan takdir, ini jalan cerita yang baru bermula. Jika permulaannya ia bermula dengan suatu yang baik. Kenapa tidak dengan usaha dan kesungguhan kita, kita ubahkannya menjadi yang terbaik. Tidak salah mencuba, supaya suatu hari nanti kita tidak tertanya-tanya kenapa tidak kita mulakan. "Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada."

Sewaktu kecil dulu saya sudah membayangkan, di satu sudut dengan hanya 1 cerita di hadapan saya. Kini, dengan peningkatan usia sejajar dengan masa yang sentiasa bergerak. Ceritanya mungkin akan pelbagai. "Tidak ALLAH bebani umatnya, tanpa mengetahui sejauh mana kemampuan ciptaanNYA sendiri". Perkara yang begitu menyenangkan saya sehingga ke hari, apabila titisan-titisan hujan mulai turun, cahaya bulan di malam hari dan keceriaan warna pelangi dengan seribu erti warnanya yang akan menyinari hidup saya. InsyaALLAH..

Allah berfirman:"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan ". Tidak salah dikatakan kekuatan seorang wanita itu terlindung di sebalik kelemahannya

Kamu harus mengucapkannya atau menuliskannya dengan menyedari akan keabadiannya.. Harus belajar dan terus belajar. Jumpa lagi ditulisan akan datang. Kata-kata tidak mengenal waktu.

p/s: masih memenuhi masa-masa diFB dan twitter :) errk!~

16 April, 2010

dua puluh dua tahun..

Terima kasih ya ALLAH untuk usia yang ENGKAU berikan. Terima kasih juga atas setiap rezeki yang KAU kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang KAU berikan. Terima kasih aku masih punya insan-insan disayangi di sisi. Terima kasih untuk setiap bakat dan ilham yang KAU berikan. Terima Kasih Ya ALLAH atas setiap takdir yang engkau tentukan. Kini aku perlu belajar menghargai nikmat kehidupan.

Aminn ya Rabbal Alamin

Selamat hari lahir buat saudara perempuan saya.
Kini kami sudah 22tahun.