28 October, 2010

Sungguh semudah itu..

Always be happy/deviantart.com

Manusia begitu unik dan dengan manusia jugalah timbul perlbagai persoalan. Kehidupan manusia amatlah unik dan begitu menarik. Pada manusia ada kelebihan akal dan hati yang tulus yang tidak ada pada makhluk yang lain. Itulah keistimewaan mereka dan sebaik-sebaik kejadian dariNya.

Hati manuasia adalah unik kerana melalui hati wujudnya perasaan yang mampu memberikan kesan sekeliling. Bila manusia lain gembira, kita turut berasa senang hati dan bila manusia dalam kesediahan kita turut rasa berduka. Kalau orang yang kita kenal itu gembira kita juga turut gembira?

Tiada sekelumit rasa iri hati atau cemburu?

Gembira yang sebenarnya.

Gembira yang saya maksudkan bukanlah merujuk kepada gelak ketawa satu rumah yang boleh dengar satu kampung, dan bukanlah hilai tawa yang boleh didengar dari blok kolej lain di kediaman kita. Gembira yang saya maksudkan adalah keriangan dan kedamaian serta wujudnya keharmonian dalam hati yang mewujudkan keadaan yang begitu menyenangkan.

Saya merasakan sendiri dalam kehidupan saya, interaksi dengan manusia adalah memainkan peranan dan memberikan kesan. Kalau semua orang di sekeliling saya gembira, saya juga akan turut bersemangat. Dan jika ada yang bersedih mungkin kita juga akan merasa benda yang sama. Jika dalam kalangan teman-teman kita berduka cita pasti akan berkumpul untuk menanyakan apa yang berlaku.

Situasi ini saya lihat bagi kami saya dan teman-teman, saya tidak begitu pasti untuk kaum adam di sana. Mungkin mereka lebih hebat dari hawa (tersengih-sengih). Tentulah kegembiraan yang sebenarnya adalah kegembiraan yang benar-benar dari Dia. Siapa kita? Kita hambanya.

Kita punya perasaan sedemikian?

Rasulullah SAW sendiri menggalakkan kita menyebarkan kebahagiaan ini.

“ Engkau tersenyum di hadapan saudaramu adalah sedekah”
Hadith riwayat Bukhari.

Kita semuanya sentiasa bersaudara yang dipegang atas dasar ukhwah kerananya. Kegembiraan dan kesenangan manusia lain akan menimbulkan kegembiraan dalam hati kita atau kesenangan manusia lain akan hanya mengundang cemburu kepada kita. Harmoni dan kegembiraan mungkin telah dibunuh oleh simpan aniaya, iri hati dan perasaan-perasaan negatif yang wujud dalam diri kita.

Rasa inilah yang mengoyahkan hati-hati kita. Hati manusia itu ibarat magnet seperti kutub utara dan kutub selatan. Dua magnet tidak akan bercantum jika tidak digerakkan. Dan jika sikap yang buruk antara sesama manusia berkembang maka hilangnya nikmatnya. Hilanglah kemanisannya.

Begitu mudah

Bahagialah orang di sekeliling kita. Keluarga kita, sahabat kita, guru-guru kita dan sahabat-sahabat yang pernah singgah sepanjang perjalanan hidup kita. Gembirakan mereka dengan kebahagian dari kita melalui akhlak-akhlak kita. Bak kata ustaz hasrizal “lebih banyak memberi dari menerima” Semoga kegembiraan ini sampai ke syurga. Ayuh mulakan dengan senyuman.

Salah satu hal yang menggembirakan saya,apabila makanan yang saya masak habis di makan. =p

Manusia vs Robot

Harus memahami bahawa manusia bukan robot. Bukan seperti robot yang diprogramkan di kilang-kilang. Apa yang cantiknya pada manusia, tiada manusia yang serupa seratus peratus. Muka seiras sekalipun, pasti ada kelainannya. Saya sering membaca bahawa yang dinyatakan yang harus kita benci itu kesilapannya kesalahanya. Tetapi tidak sesekali benci pada dia. Malah perlu mendoakan dan berhajat memahaminya.

Kenapa ya?

Sebab dia adalah manusia seperti kita .

27 October, 2010

Persis sungai yang mengalir..

Mataku tidak berkerlip memandang ke arah sungai yang tenang. Dari jendela kamar lantai rumahku, kelihatan sungainya begitu tenang. Kadang-kadang burung yang kecil hinggap di sana dan terbang kembali entah ke mana arah tujunya. Sering kali aku tertanya-tanya apa yang ada di benak fikiran burung-burung itu? Kadang-kadang terbang sekawan dan kadang-kadang berseorangan. Mungkin tidak ada apa yang difikirkan hanya terbang dan makan bagi meneruskan kehidupan. Mereka sering ke sungai itu dan sungai itu memberikan mereka kehidupan.

Alunan hidupnya.

Sungai yang sudah lama meneruskan kehidupannya di sana. Dan sudah banyak riwayat tertulis di atasnya. Sehingga kini sungai itu masih lagi mengalir tanpa henti tidak kira ke mana haluannya dilihat begitu deras. Aku tidak pernah ke sungai, dan persahabatan kami hanyalah dari jarak yang jauh. Sering aku mendengar sungai itu mengeluarkan bunyi. Seolah manusia yang sedang berkata-kata. Pesanan apa yang hendak ku sampaikan padamu sungai? Nyata aku tidak punya apa-apa pesan yang ingin ku titipkan. Aku cuma merasakan diriku sama sepertimu, mengalir tenang di atas pandanganku. Pesanan apa yang kau ingin aku sampaikan? Kau sungai seperti diriku yang mengalir di alur kita masing-masing. Bezanya aku di sini hanya mengalir di sebatang jalan ini,jalan sungai. Sudah ratusan tahun aku menjalani alur ini.

Umpama sungai mengalir.

Tamsilannya adalah seperti sungai, jika masih ada antara kita kecewa dan sedikit berduka masih belum dapat apa yang terbaik dimpikan jangan berkecil hati. Jangan cepat melambai sapu tangan yang putih lantas mengaku kalah. Kadang-kadang kita akan diuji samada kita benar-benar serius terhadap apa yang kita inginkan. Ujian akan datang dalam pelbagai bentuk halangan, rintangan dan hal-hal yang membuatkan kita tidak berdaya lagi. Menyerah adalah pilihan yang mudah yang boleh diputuskan oleh sesiapa pun. Tapi, menyerah tanpa melakukan apa-apa tidak akan membuatkan kita jauh lebih baik.

Jangan berbalik arah.

Saat api padam,mungkin itu adalah saat kita menyatakan kita ingin menyerah. Mari kita belajar dari air sungai yang mengalir. Air terus mengalir ke satu arah dan tidak peduli apa yang terjadi. Walau ada sebesar batu yang wujud di tengah-tengah air tidak akan berhenti. Sungai yang deras tidak pernah terfikir untuk berbalik arah. Tidak pernah berhenti untuk mengalir hanya kerana beberapa panahan di depannya. Kita juga boleh belajar dari prinsip air sungai yang mengalir. Maju ke hadapan demi impian yang ingin dikecapi. Air juga tidak pernah gerun apabila berada di tepi air terjun.Mengalir dan terus mengalir dan semangat yang tidak pernah membuat kita gentar. Semoga air yang mengalir akan mengubah diri kita dan persis yang mudah menyerah kalah. "You don't know what the future holds, but you know Who holds it".

welshdragon deviantart.com

24 October, 2010

Mari aku khabarkan tentang cinta..

Aku ceritakan tentang cinta kepada kalian dan juga untuk tatapan diriku. Cinta yang memang tidak pernah putus-putus. Lantas kebahagian cinta diraih lalu hati dipegang dengan berhati-hati. Seperti “hati-hati seperti bayi” . Tidak akan terputus dari susun kata yang terungkap indah lalu dibalut kemas dan diikat rapi dengan terbuktinya melalui perlakuan sang pencipta itu sendiri.

Keunikan cinta.

Maka dengan cinta suka boleh menjadi duka. Cinta juga, cuka boleh menjadi madu yang manis. Dengan cinta impian bersama cuba digapai. Kejelikan dan keburukan menjadi amat menawan. Segala yang terungkap pada setiap segalanya. Lalu kita membicarakan tentang cinta. Didefinisikan makna cinta dan dikatakan setiap inci kamus kau akan jumpai makna disebaliknya. Setiap jarak dari jasadmu kau akan jumpa pengertiannya. Bila kita berbicara tentang cinta seolah-olah kita arif bagai kita yang mencipta segala cinta yang tercipta. Diungkapkan makna cinta seperti kita ulama yang hebat?

Apakah cinta itu pada hubungan adam dan hawa dan kisah-kisah manusia lantas hangat dibicarakan dengan dengan penuh kasih kononnya disaluti bunyi-bunyi agama? Maka apa itu cinta kerana ku tidak tahu maknanya? Aku tidak mampu menjelaskan apa itu cinta tapi aku cuba fahami melalui jelas sifatnya. Analogi cinta sebagaimana iman, tersembunyi dalam hati terbuktinya pada setiap tindakan dan kata. Pada setiap langkah yang dipacakkan dan nafas yang dihembus.

Cinta dipahat pada jalur pengorbanannya.

Sifatnya terukir pada sebuah pengorbanan. Pengorbanan yang dilihat tidak ada jelas bedanya untuk sesiapa pun. Jadi cinta itu sebuah pengorbanan lalu Juliet dan Romeo terkorban. Majnun menjadi tidak waras dan gila kerana Laila dan kerna cinta ibu curahkan kasihnya yang tidak terhingga untuk membesarkan anaknya. Seorang ayah sanggup berhujan berpanas memberi kehidupan yang selesa pada sesebuah keluarga. Pada cinta itu wujudnya sebuah kenikmatan yang agung. Dan kerana cinta Rasul diutuskan dan diwahyukan setiap hikmah-hikmah darinya diambil untuk kenikmatan kita semua. Ada bezanya cinta Majnun dan Laila serta cinta Hassan Al Bannan. Kenikmatan Yusuf A.S memilih kehidupan di penjara kersna dilihatnya nikmat sebenar di sana. Kerna nikmat jugalah Muhammad S.A.W tak pernah berhenti berjuang.

Bicarakan tentang cinta.

Maka ada beza cinta sang jejaka dan Syed Qutb. Jadi aku cuba jelaskan bezanya di sini. Apabila kau baca lihat makna cinta lantas kau lontarkan hanya ada kepada seorang manusia. Dan aku jarang mendengar tentang cinta teragung yang pernah dunia dan isinya menyaksikan.Cinta yang dahsyat dipamerkan sebagai bukit kecintaan hakiki.

Aku punya pendapat dan pandangan sendiri. Bagiku cinta itu bezanya pada dasarnya. Pada apa yang kita cuba usaha untuk pegangi. Sebagai contoh Cinta Romeo dan Juliet dipegang pada dasar manusiawi. Maka matinya Romeo, matilah Juliet. Cinta Majnun dan Laila diletakkan pada dasarnya manusiawi.Ditolaknya Laila cinta si Majnun,gilalah Majnun.

Dilihat pada situasi yang lain di mana cinta itu dihamparkan. Pada segenap keindahan noktah penciptanya. Pada Dia pemilik dan pencipta Cinta. Pada Dia yang menganugerahkan setiap rasa dan nafsu nafsi pada naluri. Maka Syed Qutb berdiri berani berhadapan ke tali gantung kepada Tuhannya.

Dan kerna cinta itu pada kuncinya adalah satu kepada Allah. Yang gah tidak terjangkau oleh masa. Dia ingin berikan hadiah yang paling terbaik kepada kekasihnya. Bahkan juga nyawa, jasad, hartanya, kekuatannya dan segala apa yang ada pada dirinya. Kekasihnya yang hakiki. Kasih abadi cinta hakiki. Letakkan cinta pada tempat yang seadil-adilnya. Kembali ku nilai kehidupan yang ku jalani, lantas aku bertanya adakah semuanya ku lakukan bagai seperti apa aku katakan? Adakah selama ini benar ku letakkan cinta yang agung pada Tuhan ku dan Nabi ku?

Aku juga tidak membantah apatah lagi menentang kecintaan kalian pada manusia kerna aku juga punya cinta itu pada hati ku.Tetapi aku mahu aku dan kalian juga meletakkan cinta pada tempat yang benar dan hak. Itulah yang selayaknya kerana aku tahu cinta yang wujud dalam diri adalah dari cinta penciptanya jua.

Cinta secawan teh lalu manisnya disukat pada sukatan yang betul.

sumber gambar deviantart.com

The weapon of the believer [Du'a]..

Pagi-pagi nanti jam 8.30am saya ada "interview master in media and communication studies".

Doakan saya ya . Have a good day!! .^_^.

22 October, 2010

Pelangi petang di sana..

Petang yang begitu mendamaikan diselangi dengan hembusan angin sekali sekala menyegarkan minda. Kaki terus berjalan meyusuri arah pasir-pasir yang begitu menyenangkan apabila dipijak. Tidak terlintas ke mana arah tuju yang aku tahu hati hanya mahu menghabiskan masa petangku di sini. Kebiruan warna laut dan percikan air begitu mengasyikkan. Deria telingaku juga dihinggapi dengan gelak tawa kanak-kanak. Sungguh gembira mereka, terkenang bagaimana suatu ketika dahulu usiaku seperti mereka.

Warna seusai kanak-kanak.

Sewaktu kecil saya selalu mendongak ke langit melihat betapa luasnya alam. Walaupun ketika usia sebegitu masih tidak mengerti namun teramat kagum pada hamparan tujuh warna sang pelangi. Ianya merentangi bukit-bukau tatkala bumi menerima rintik-rintik gerimis hujan. Indah sekali membayangkan di kaki bukit menghijau. Pernah juga suatu ketika guru mengajar mata pelajaran sains menerangkan bagaimana terjadinya pelangi. Prisma berbentuk pyramid diberikan kepada kami untuk tujuan eksperimen.

Saya takjub, saya suka. “M,J,K,H,B,I dan U, warna pelangi ada tujuh. Merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu. {mereka jumpa katak hijau bawah itu ular}” Itulah yang dihafal berkaitan warna-warni pelangi. Permulaan huruf diambil untuk dijadikan rumus bagi memudahkan hafalan.Belajar dan terus belajar namun minat bukanlah di bidang itu. Saya begitu kagum dengan keindahan warna warni pelangi yang tercipta. Ia begitu mengasyikkan dan pernah antara saya dan kawan-kawan mengatakan bahawa kita boleh berjalan di atas tujuh warna pelangi tersebut. Lantas saya tersenyum apabila mengenangkan kembali.

Mengejar Pelangi.

Menyentuh pelangi senja itu mungkin seperti angan-angan yang tidak kesampaian. Namun apa salahnya cuba berlari mengejarnya itu satu nikmat. Walupun mungkin jelas keletihannya, rasa puas tetap sahaja terlakar kerana hamparan tujuh warna pelangi itu mampu mengukir senyuman kepada si pengejar. Bahkan cukup sahaja menjadi tatapan mata agar jiwa tenang dan damai. Setenang dan secantik warna pelangi ciptaan maha penciptanya.

Terlepas sewaktu berlari mengejar demi untuk melihat pelangi sehingga ia hilang di celah awan, ibarat mensia-siakan waktu menggapai matlamat dan cita-cita. Membiarkan angan-angan tanpa matlamat ibarat seperti layang-layang terputus dua. Hilang begitu sahaja dihembus angin.

Izinkan saya berlari dan terus mengejar pelangi itu kali ini. Bukan untuk memilikinya tetapi sekadar ingin merasai nikmat melihat. Bimbang di hati pelangi nan indah itu hilang di celahan kabus tebal memutih.

Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janji-Nya pasti

21 October, 2010

Coretan rindu buat hati..

“Aku berjalan, aku melangkah sesekaliku dongak ke langit. Perihnya mentari di atas kepala lalu titis-titis peluh jatuh jua. Aku mengira perjalanan usiaku yang semakin hampir entah esok atau lusa aku pasti akan pergi jika sudah sampai masanya. Aku pergi meninggalkan mereka. Ku gagah keringat, ku kuatkan langkahan demi sesuap rezeki buat isteri dan puteri-puteriku tercinta. Ku lihat mereka semakin dewasa, aku syukur, aku bahagia. Setiap hari aku terima khabar mereka. Walau jauh dan kini bukan di depan mata, doaku iring buat mereka. Ku lihat kedewasaan mereka dari impian yang mereka punya. Lalu ucapan syukur aku selitkan. Terima kasih tuhan atau setiap kurniaanmu.

Buat isteriku tercinta, ku lihat wajahmu setiap hari. Wajah yang dimamah usia,namun masih cantik di hatiku. Kau sentiasa di sisi ku, ketika aku lupa,ketika aku alpa,ketika aku marah dan ketika kesusahan menyelubungiku, kau sentiasa ada. Aku bahagia punya kau di sisiku. Aku bahagia hingga kini kau bersamaku. Aku bahagia ada kalian dalam ruang hidupku.Aku bahagia zuriat yang kau berikan buatku. Buat peneman hari-hari tuaku. Buat cahaya dan sedekahku di sana nanti. Izinkan aku bernafas sehingga hujung nyawa. Melihat isteri dan puteri-puteriku bahagia pada setiap apa yang mereka impikan.Terima kasih tuhan. Terima kasih.”

Walau apa juga panggilan yang kita titipkan buat mereka samada ayah,papa, abah,abi dan baba. Mereka cuma satu tidak mungkin ada dalam seribu. Hasrat dan impian mereka itulah amanah. Doa dari mereka itulah keredhaan buat kita. Mana mungkin pelengkap mereka kita lupakan. Seorang wanita bergelar ibu,suri mereka dan kurniaan buat kita. Ku sertakan bersama bait-bait puisi yang ditulis oleh Rozais Al-Anamy.” Lelaki yang patah sayap kirinya” buat ayahanda tercinta dan buat kalian yang bergelar lelaki di luar sana. Moga kalian kaum adam menjadi uswah hasanah buat kami hawamu..

engkau lelaki yang patah sayap kirinya
menanggalkan baju dukamu
di hamparan kenangan
melonjak dari jendela kamar
yang pecah kacanya
ingin terbang menerpa bulan
sambil mengilik sebungkus impian

tak kau hirau rayuan pungguk
berhiba lara
yang memilih pilu sengsara
tanpa usaha
kau dengan kental semangat
menjerkah gerhana
dan menahan mentari
dari meminta gilirannya

terbanglah lelaki yang patah sayapnya
berpandukan tongkat paruh
jentayu yang setia

kau bukan lagi lelaki pilu
yang merenung jendela
setiap kali purnama senyum
atau retak di balik ara
kerana kau arif merisik rindu
dan mentafsir cinta
dari sinar mata pemilik kejora

Lelaki yang patah sayap kirinya...

“Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.” Surah Toha ayat 132.

20 October, 2010

He is always with you..

Setiap hari-hari kehidupan kita adalah ibadah. Akan jadinya ibadah jika setiap tindakan kita adalah kebaikan dan mamfaat kita bersama. Ia diibarat seperti sepanduk yang diikat pada dua tiang. Apabila datangnya hujan dan panas, lakaran tulisan pada sepanduk itu pasti akan luntur. Seperti itu juga seseorang itu bergelar muslim. Manusia tidak sempurna. Setebal mana pun iman seseorang adakalanya mudah goyah.

Tidak ada iman tanpa ujian. Kata-kata itulah yang dipegang oleh seorang mukmin dalam mengharungi kehidupannya. Susah senang dan ujian yang datang menimpa di uji dengan keimanannya. Seperti mengambil peperiksaan di dewan, ada yang lulus dan ada yang cuba akan mengulangnya kembali.

Rasulullah saw. Bersabda: “Allah menguji hamba-Nya dengan menimpakan musibah sebagaimana seorang menguji kemurnian emas dengan api (pembakaran). Ada yang keluar emas murni. Itulah yang dilindungi Allah dari keragu-raguan. Ada juga yang kurang dari itu (mutunya) dan itulah yang selalu ragu. Ada yang keluar seperti emas hitam dan itu yang memang ditimpa fitnah (musibah).” (HR. Athabrani)

Inilah ujian yang hari-hari kita lalui. Selebihnya ia boleh menunjukkan dan menentukan mutu seorang hambanya. Jika hasil ujian yang perlu dilalui dengan kesabaran dan ia seharusnya bermula dengan titik sabar, rezeki yang sedikit menjadi berkat. Bak kata orang "sedikit tapi punya istimewanya tersendiri"

“Tidak ada sesuatu yang melata di muka bumi ini, kecuali ditanggung oleh Allah Taala rezekinya dan dia (Allah) mengetahui tempat kediamannya dan tempat penyimpanannya, semua (tertera) di kitab yang jelas”.
(Surah Hud- ayat 6)

Perlu kacamata positif

"Ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari". Hidup tidak selalunya mudah. Namun tidak semua daripapa kita memahami dan melihatnya dari kaca yang positif. Begitu juga saya, ia dilihat buah dari kelemahan saya sendiri. Dan ketika semangat meredup, banyak yang memilih untuk lari dari kenyataan yang ada. Ada juga menunjukkan ke langit lalu berkata "Allah tidak adil" Lalu di mana adilnya kita meletakkan diri kita sebagai hambanya?.

“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.”(Al-Baqarah: 155) .

Allah itu adil,DIA itu mencintai kita dan menyayangi kita lalu dia menguji kita.

Bersama kesukaran ada kemudahan.

Hanya ringkas melalui penerangan sepotong hadis.

Nabi SAW bersabda:

“Bergembiralah (hai orang-orang mukmin) kelak datang kemudahan bagi kalian, kerana satu kesulitan sekali-kali tidak akan dapat mengalahkan dua kemudahan”.

Lalu ditafsir dan ditilik dengan mata hati.Tanya diri di mana realiti berpijaknya kita sehingga ke hari ini?

He is always with you..

19 October, 2010

What a beautiful night :)

In The Name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah, praise to Allah.

Alhamdulillah, I was so happy that almost all my family knows who are the people I always hang out with, the hijabis who really cover their aurat as stated in Quranul Kareem, the muslimahs who Insyaallah are going to be “quratulain” to the people out there, Thank you so much to all my beloved Sahabat *hugs*

“And He has united their (i.e. believers) hearts. If you had spent all that is in the earth, you could not have united their hearts, but Allah has united them. Certainly He is All-Mighty, All-Wise.”(8:63)

Muhasabah : For Allah knows what’s the best for me. May Allah gives me strength to face all these problems and may Allah gives me strength to accept all the qadar.

Tawakal

Actually the words tawakkal is to leave everything to Allah after putting your best effort on it. For example, let say I put my bicycle in front of my house, I locked it, then tawakkal and then the next thing I knew it wasn’t there. It was gone. In Islam, I wasn’t wrong in this term of tawakkal because I’d done my best to lock the bicycle but yet it still ha
d been stole.

This kind of thing happened in Rasulullah’s era. One day, there is this person who left his camel without tieing it to trees or anything.

Rasulullah saw asked him,” Why did not you tie it?” He answered,”I leave to Allah (tawakkal).” Rasulullah saw couldn’t take the way he thought and he said,”Tie it first then you leave it to Allah (tawakkal).”

In other words, you must put an effort on it first then after that you can leave it to Allah swt.

“For, Believers are those who, when Allah is mentioned, feel a tremor in their hearts, and when they hear His signs rehearsed, find their faith strengthened, and put (all) their trust in their Lord.”(8:2)

Subhanallah, Allah knows us more than we know ourselves. =)

what a beautiful night....

17 October, 2010

Nota kecil pertama.

Minggu ini saya sangat sibuk dengan kerja-kerja di luar dan dalam masa yang sama masih sempat berjumpa teman-teman lama. Biasalah masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing. Jika berkesempatan inilah saat kami berjumpa sambil jalan-jalan cari makan.

Beberapa urusan yang perlu saya uruskan berkenaan hasrat saya untuk menyambung pengajian di peringkat master. Alhamdulillah surat jawapan sudah diperolehi. Saya dikehendaki melengkapkan syarat temuduga untuk melayakkan saya menyambung pengajian di peringkat master. Masih ada 1 jawapan lagi untuk permohonan master saya di universiti yang lain.

Minggu ini juga saya sibuk menguruskan dan menimbangkan beberapa perkara berkaitan bidang kerja yang betul-betul saya minat. Insya allah saya akan tunggu dan beri jawapan dalam masa terdekat ini. Jika dua perkara datang serentak,jadi perlu kepada pilihan yang terbaik. Usaha, tadah tangan dan mohon padanya. Sesungguhnya Dia maha mengetahui. Jika itu memang sudah rezeki kita, insya allah tidak ke mana.

Hati berminat untuk mengorak langkah dan meneruskan perjalanan ilmu dalam bidang media dan penyiaran(media dan komunikasi) tidak kiralah belajar atau bekerja. Mohon doanya dari teman-teman semua .^_^.

Apa-apa jua yang dilakukan. Jangan lupa DIA.

14 October, 2010

Kita ukir kita lakar..

Sehari-hari kehidupan kita diwarnai dengan pelbagai warna. Warna di sini bukanlah saya gambarkan seperti merah, biru, hijau, dan warna-warna yang kita sukai. Apa yang saya maksudkan di sini adalah "warna-warna" kehidupan kita yang mungkin dipenuhi dengan kegembiraan, kebahagian, dan kadangkala kedukaan dan kekecewaan.

Bersyukurlah sehingga kini kita masih bisa merasai setiap nikmat-nikmat yang diberikan. Saya beranggapan ia nikmat, jika kekecewaan dan kesedihan sesekali datang menerpa. Kadang-kala hati timbul perasaan penat dan terdetik putus asa dalam diri. Namun, jiwa mengatakan walau sejauh mana langkahan dan duri-duri yang dipijak ia perlu terus digagahi.

Positif dalam berfikir.

Siapa kata ia sukar dilakukan? Ia mudah namun bukan dengan hanya memejamkan mata dan semuanya kembali seperti biasa. Warna-warni kehidupan kita tergambar di setiap sudut kehidupan kita. Walaupun adakalanya, warna terang, kadangkala timbulnya malap. Siapa kita untuk menduga dalamnya sebuah lautan. Warna-warni kanvas kehidupan kita adalah lambang terbaik kehebatan dan kekuasaan zat Allah yang maha mencipta. Ia penting supaya kita sedar dan kita tahu haluan sebenar kehidupan kita. Bukan pada apa yang kita lalui sekarang, tapi pada apa yang bakal kita tempuh di alam yang jauh di sana. Hidup ini juga tidak berjalan dengan kehendak kemahuan kita, tapi ia adalah aturan darinya. Lihatlah di sekeliling kita, lihat hijaunya daun-daunan dan segarnya udara yang dihembus.

Kita yang patut mencorakkannya.

Ibarat diberikan dengan sehelai kain putih, dan ilhamnya dari kita untuk mencorakkan kainnya. Setiap dari kita berhadapan dengan pelbagai corak kehidupan. Dan siapa kita untuk mengeluh dan menyalah takdir yang tertulis. Melihat kepada kata-kata seorang personaliti tv yang begitu optimis dalam meluahkan apa yang dihadapinya berhubung dengan masalah keluarganya. Saya begitu kagum dengan kata-katanya. Hati perempuan mana yang tidak tersentuh setiap kali mendengar apa yang dikatakan beliau. Memang ia sudah tertulis,tapi yang mencorakkan itu adalah kita sendiri.

Firman Allah : "Allah telah menciptakanmu dalam bentuk yang paling bagus"
[surah At-Taghabun:3]

Bahagia dengan bersyariat.

Orang sakit akan seronok selepas sakitnya sembuh dan akan merasa kehilangan apabila penyakitnya tidak ada. Muzik yang tidak keruan, filem-filem yang merosakkan, bahan bacaan yang mencemarkan dan buku-buku fiksyen yang tidak berkualiti, tidak dapat memberikan kebahagian pada kita?

Jika ada yang mengatakan perkara-perkara seperti di atas boleh memberikan kebahagiaan maka orang itu adalah pembohong besar. Sudah jelas lagi bersuluh. Siapa sangka semua ini mudah menjerumus kepada kesedihan. Kesedihan hati dan jiwa-jiwa kita. Kesihatan hati adalah apabila kita bersih dari sifat syirik, nifaq, dan hasad dengki. Moga Allah melapangkan hati-hati kita. Hiduplah dengan penuh bersyariat.

Sekali-sekala jangan berputus asa. Mencuba itu memang lambat dan memakan masa. Lebih dari itu pasti ada penghalang ke arah cita-cita itu. Justeru, jangan sesekali mengaku kalah dengannya.

Hiduplah dengan bersyariat lalu diukir dengan warna-warninya sebuah kehidupan :)

[sumber gambar deviantart.com]

13 October, 2010

Sehangat bayumu di sana...

Berbelas-belas tahun yang lalu,aku mendengar tawa dan tangisnya. Aku melihat putih dan kemerahan wajah bak kain putih yang tidak tercorak. Aku menyentuh lembutnya tangannya. Aku bermain dan aku mengisi hari-harinya walaupun hanya seketika.Aku melihat abah dan emak mencurahkan sepenuh kasih sayang. Walaupun ketika itu aku masih tidak mengerti tapi aku tahu darah yang mengalir dalam tubuhnya sama seperti ku.

Suatu malam aku tidak mengerti kenapa tangisnya tidak berhenti-henti. Ku masih ingat air mata emak yang mengalir dan aku lihat kegelisahan yang terpamer di wajah abah. Tiada lagi tangisnya, merengeknya dan gelak tawanya. Setiap hujung minggu, aku akan ke sana.Ku masih ingat, pokok-pokok besar yang tinggi, tupai-tupai yang melompat ke sana sini yang menggembirakan hati dan sebuah rumah yang terbina menjadi tumpangan kami apabila berkunjung ke sana. Bagi abah dan emak hanya alunan ayat-ayat al-quran dan siraman air di pusaranya yang mampu di kirimkan.

Sehingga kini, hanya beberapa keping gambar kenangannya yang masih aku ada. Dia pergi, pergi menghadap pemilik kekalnya, penciptanya. Namun aku bersyukur, kegembiraan yang aku rasa walaupun ketika itu diri ini masih kecil. Tapi, ingatan dan kenangannya sehingga ke hari ini masih tersemat di hati dan gambaran-gambaran kenangan terukir di minda. Kunjungannya ke sana, sudah jarang. Kekangan tempat yang jauh dan aku di sini membuatkan ia sukar. Namun percayalah, tidak pernah sesaat pun hati ini melupakannya. Bibir kecil kemerah-merahanya, mata sepetnya dan mainanku juga mainannya terngiang-ngiang sehingga kini.

Hanya ayat-ayat cinta dan kalimah-kalimah agung terkumat-kamit di bibir ini yang mampu dihulurkan. Mungkin ketika itu aku masih kecil. Masih sukar dan tidak mengerti perpisahan yang terjadi. Insan yang disayangi kini telah pergi. Aku berharap hari-hari mendatang, moga aku tabah dan redha jika selepas ini diri ini akan kehilangan insan-insan yang disayangi. Kerna aku percaya, aku juga akan ke sana. Dan siapalah kita untuk menolak takdir yang memang sudah tertulis. Moga aku kuat dan tabah. Ilmu dan iman yang bersumber di hati menjadi bekalan hidupku nanti.

Moga amannya di sana. Walau jauh di sana pusaranya.Namun doa tidak putus-putus.Walau jasad sudah tidak lagi bernyawa, aku percaya kau tenang di sana. Kadang kala, hati ini tersentuh dek melihat adik-adik yang sebaya denganmu. Dan aku terbayangkan, jika dirimu masih ada sehingga kini. Kami tiga bersaudara. Damailah engkau di sana. Pusara mu di sana, ku kirimkan doa sehangatnya bayu-bayu di pusara mu yang indah.

Pusara mu terindah di sana
Sandakan,Sabah [1990]
Al-fatihah..

Aku mengenal erti keanak-anakan di sana,namun aku belajar erti kedewasaan di sini.

08 October, 2010

Kau yang terindah..

Wanita itu sebaik-sebaik ciptaannya. Wanita itu juga adalah rahsia. Itulah ungkapan dan kata-kata yang sering saya dengar. Mana mungkin maruah wanita bisa jatuh dan hina di sisi penciptaNya jika syariat menjadi pegangan hidup. Namun pada hari ini, di manakah kesilapan wanita dalah aspek penutupan aurat.Mari sama-sama kita muhasabah diri dan berpesan-pesan antara kita. Kesalahannya:
  • Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
  • Bertudung tetapi ber T-shirt dengan berlengan pendek.
  • Betudung tapi berkebaya dengan kain terbelah
  • Bertudung tapi bajunya sendat dan nipis lalu memaparkan apa yang tidak sepatutnya
  • Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
  • Bertudung tapi hanya di pakai di pejabat .Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
  • Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang,maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
  • Bertudung dengan tudung yang nipis sehingga boleh dilihat tengkuknya.
Asasnya dari firman Allah s.w.t :

“Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir. ”(an-Nur: 31)

Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya. Terdetik malu apabila diri ini terbayangkannya. Subhanallah Allah masih sayangkan kita wahai wanita.

Menurut Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi yang dimaksud perhiasan perempuan dalam ayat itu pula, iaitu apa saja yang dipakai berhias dan untuk mempercantik tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh, ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan sebagainya.

Amat jelas dari dalil al-Quran dan al-Hadith bahawa Islam mengharamkan perempuan memakai pakaian yang membentuk dan nipis sehingga nampak kulitnya. Termasuk diantaranya ialah pakaian yang dapat menampakkan bahagian-bahagian tubuh, khususnya tempat-tempat yang membawa fitnah, seperti bahagian dada, paha, dan sebagainya.

“Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya.” (an-Nur: 31)

Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim)

‘Bukhtun’ adalah salah satu macam daripada unta yang mempunyai kelasa (punuk) besar; rambut orang-orang perempuan seperti punuk unta tersebut karena rambutnya ditarik ke atas.

Disebalik keghaiban ini, seolah-olah Rasulullah melihat apa yang terjadi di zaman sekarang ini yang kini diwujudkan dalam bentuk dandanan rambut, dengan pelbagai macam bentuk dalam salon-salon kecantikan. Fenomena hari ini boleh dilihat seperti hari ini.

TUNTUTAN MENUTUP AURAT

Berdasarkan dalil Al-Quran dan al-Hadith, amat jelas bahawa isu aurat bukanlah isu remeh dan cabang. Ia adalah termasuk dalam katergori hukum qati’e dan usul. Malah ia juga merupakan salah satu dosa utama yang amat diperjuangkan oleh Syaitan. Ini adalah kerana, dengan terbukanya aurat, maka ia boleh mencambahkan dan bertambah dosa-dosa lain seperti zina, mengandung anak luar nikah, bercerai suami isteri akibat curang, membunuh anak luar nikah, putusnya hubungan keluarga dan pelbagai lagi. Perihal Syaitan mensasarkan dosa ‘buka aurat’ ini sebagai dosa pilihan utamanya ada disebutkan dalam Al-Quran dari firman Allah ertinya :

"Maka Syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu auratnya"Al-A’raf : 20)

Perbezaan dengan binatang.

Allah SWT berfirman :

" Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan" ( Al-A’raf : 26)

Penutupan aurat jelas ditujukan kepada sesiapa sahaja dirinya bergelar anak adam. Tepuk dada tanyalah iman. Sebagai ujian bagi manusia untuk melihat tahap ketaatan mereka kepada Allah SWT. Saya kira jelas dalam firman Allah dalam kitabnya yang maha agung.

Dijadikan hidup dan mati adalah untuk menguji siapakah yang terlebih baik amalannya” (Al-Mulk : 2)

DON’T JUDGE A BOOK BY ITS COVER

Ungkapan ini sering kali "kita" dengar. Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat sering kali berkata bahawa hati mereka bersih dan suci walaupun mereka tidak bertudung. Memang bukan hak kita untuk menilai dan menghukum. Kerna yang di atas adalah selayak-layaknya.

Mereka sering kali kita mendegar orang yang bertudung juga melakukan kesalahan, berzina berkhalwat,mengadu domba dan sebagainya. Hati saya ikhlas walaupun saya tidak bertudung bertelingkup. Hakikatnya, sesuatu untuk baik dan suci mestilah ditentukan mengikut neraca Allah dan RasulNya, bukannya neraca pemikiran kita semata-mata. Jika merujuk kepada neraca Islam, Nabi SAW pernah bersabda ertinya :

“Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati” (Riwayat Muslim)

Boleh terus kepada kesimpulannya??

Wajarnya, kebaikan dan keikhlasan hati seseorang boleh dilihat dengan jelas melalui tindak tandukya. Maksudnya, apabila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum dalam syariat islam. Ia petunjuk hatinya masih kotor. Lakukanlah dengan semuanya bersyariat.

We can judge a book by its cover in certain situation iaitu apabila perkara asas Islam dilanggar,maka sudah tentu “that cover is reflecting what’s inside the heart of a person” . Pengalaman, perjalanan dan apa yang berlaku dalam kehidupan kita dilihat sejelas-jelasnya. Belajar dan terus belajar sehingga kini.

Kau yang terindah Wanita..

Allahua’lam.

05 October, 2010

Kasihnya itu luas.

Hidup dalam iman dan takwa betapa jelas dan mekar kasih penciptanya terhadap makhluknya. Dia selalu ada dikala kita kesunyian dan ketika kita alpa dia ada. Namun di saat kita dalam kesukaran kita berpaling dan berdoa padanya. Tidak malukah kita? Namun dia Ar-Rahman Ar-Rahim.

“Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?”

Mendengar bait-bait lagu dari Maher zain yang bertajuk InsyaALLAH menjadi hati begitu tersentuh.

“Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so aloneAll you is see is nightAnd darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side”

Hidup dan bahagia dalam iman,insyaALLAH dirimu akan bahagia. Bersumberkan iman dan takwa nescaya sujudmu serendah-rendah mengakui kebesaran dan kekuasaan penciptanya. Dia melihat,pengatur dan perancang kehidupan yang terbaik.

Seperti rangkap terakhir lirik lagunya
“Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray..

Sayang ALLAH itu luas, jalan yang ada itu luas. Tidak kira ke kiri atau ke kanankah kita, berusahalah kearah kebaikan. Sesungguhnya jalannya terbentang luas.

Lagu ini untuk teman-teman semua ^^.

Thank you ALLAH for the rest of my life..

tiketnye dah habis :(

01 October, 2010

ilham..

Segalanya sudah tertulis di sana
Andai benar kaulah jodohku yang tertulis di sana
Pasti Allah siramkan rasa kasih dan sayang dalam hati
Nikmat dan rasa dimulakan ia kurniaanNYA
Kiranya akulah yang ditakdirkan
Meniup semangat juang dan nadi-nadi jihad dalam nafasmu
Menghulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu hampir rebah
Kerana dengan mencintaiNYA
Dan moga cinta itu mempertemukan kita
Jika tidak di dunia cukuplah di akhirat sana
Kerna kau yang tertulis untukku di Luh Mahfuz..

Allah Taala telah menjadikan perkahwinan di antara tanda-tanda kekuasaanNya.

Menurut Syeikh Prof. Muhammad Ali al-Sabouni di dalam kitabnya az-Za
waaj al-Islami al-Mubakkir, Allah Taala menganugerahkan tiga kurniaan kepada hamba-hambaNya yang telah hidup berkeluarga (berkahwin) iaitu:

Pertama:
Isteri merupakan seorang manusia mulia yang Allah Taala ciptakan dari jenis yang sama dengan lelaki (suami). Oleh itu, kemuliaan suami itu menjadi sejajar dengan kemulian dan kemanusiaan isterinya juga.

Firman Allah Taala bermaksud:
Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri. (Surah ar-Rumm: Ayat 21).
Allah Taala juga menciptakan isteri dari jenis yang sama agar mereka saling kenal-mengenali dan berkasih-sayang sepertimana kata orang: Setiap jenis akan berkasih sayang dengan sesamanya juga.

Begitu juga dengan sebuah syair Arab yang indah ini:

Dalam asmara aku telah dikenakan baju indah bersulam cinta
Oleh seorang gadis yang amat jelita
Hingga purnama pun malu di hadapannya
Bila mata ini berbuat salah kerananya
Maka dengan airmata ia basuh semua dosa.

baca lanjut di sini