27 March, 2011

Ilham tinta..

Lama tinta tidak mengeluarkan kata. Namun punya bicara yang ingin di luahkan lalu hilang di sudut hati bersama seribu kata yang mungkin sukar di ungkapkan. Saya bersyukur masih diberikan kesempatan saat ini bisa merasakan biru warna di langit. Menanti apa pula penceritaan untuk hari esok buat diri ini. Saya masih di sini,sesekali menjenguk blog yang sudah lama tidak di isi dengan penulisan yang kadang kala bisa membangkitkan semangat diri.

Buat masa ini saya sangat sibuk dengan kerja dan program luar yang juga memenuhi jadual saya di hujung minggu. Keseronokan saya membantu sahabat-sahabat di iluvislam.com dan juga komitmen yang perlu saya arahkan pada bidang komunikasi yang begitu punya minatnya di hati.

Sekarang saya masih lagi terlibat dengan program terakhir iaitu Aceh Development International Conference, ADIC 2011 selama dua hari berturut-turut melibatkan orang-orang kenamaaan daripada republik aceh sendiri yang mungkin juga menjadi program terakhir dalam jadual saya pada bulan ini. Banyak yang perlu saya belajar selaku pengerusi majlis atau “emcee” sesebuah program.

Tambah uniknya apabila program pada kali ini melibatkan pelbagai kaum dan bangsa walaupun fokusnya terhadap masyarakat Aceh. Pembangunan aceh yang sedang dirancang selepas pasca tsunami yang berlaku beberapa tahun yang lalu berterusan ke arah seminar seperti ini. Saya begitu tertarik dengan budaya dan cara masyarakat aceh. Tidak kekok rasanya walaupun baru bersapa hanya dalam beberapa minit.

Bekerja sepenuh masa dan freelance pada hujung minggu bukan satu benda yang membebankan jika punya minat dan tahu apa yang ingin kita lakukan. Mudah sahaja hanya fokus pada setiap yang kita lakukan. 

Moga urusan teman-teman di luar di permudahkan.

Jumpa lagi. Salam wbt~~

shaiqin aisyah
22 rabi'ul awal 1432H