31 December, 2014

Bismillahirahmanirahim...

Aku akhiri hari terakhir 31 Disember 2014 dengan catatan terakhir buat tahun ini. Atau ini mungkin catatan terakhir aku dan kematian itu pasti dihadapi. Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian dimaknai dengan ungkapan waktu yang sudah berlalu dan tidak akan berpatah kembali.

Yang susah untuk dkembalikan itu waktu. Bagaimana hari-hari yang dilalui sepanjang tahun ini. Sudahkah banyak perkara yang dipelajari atau masih ada lagi perkara yang patut di lupai di bawa bersama. Sungguh rugi kiranya mengenang kesedihan daripada kebahagian yang sedang menanti di hadapan. Bagaimana kejayaan itu dikecapi setelah pelbagai penat susah dan payah diharungi. Bagaimana perlunya menjadi insan yang bahagia tenang jiwa raganya. Di kelilingi oleh individu yang begitu positip sedikit tempias menampakkan hasil kejayaan yang bakal dimiliki.

Memaafkan segala nafsu yang begitu memberi kesan negatif pada diri.  Segalikus membuang jauh sehingga sedikit tempias pun tidak perlu untuk meneruskan kehidupan yang lebih membahagiakan di masa hadapan. Menambahi pahala dan mengurangkan dosa dan memaafkan bagi mengecapi sebuah kebahagian. Sungguh indah erti sebuah kehidupan.

Bertambah ilmu di dada disirami benih-benih ibadah bagi menjadi seorang hamba yang bertakwa. Cukup sekadar punya niat? Sekurangnya masih terdetik di hati. Semoga aku sendiri dapat menjadi seorang anak, isteri, ummi yang baik untuk anak-anak aku.

Semoga tahun bermula esok, ada sesuatu yang aku sendiri tidak tahu. Moga Allah redha.

Selamat tahun baru 2015. :)

10 November, 2014

tiada makna

Bila ketidakwarasan akal diseleputi emosi yang sangat membolak balik. Lalu hanya kaku terhenti dek kerana kata dan maksud yang sukar difahami. Ia akan pergi seperti ombak dipukul pantai.

Hanya masa berlalu..

28 October, 2014

cerita hari ini

Assalamualaikum! Baru dapat buka blog ni. Sekarang pukul 2.35 am jam di handphone. Elman anak nombor dua aku baru bangun menyusu dan aku baru sahaja habis pum stock susu utk elman. Alhamdulillah masih ada rezeki kagu untuk anak aku.

Sudah beberapa hari aku dengan suami duduk berasingan aku masih di rumah mak di kampung. Bila jauh ni macam-macam perasaan timbul sedih pun ada. Tak dapat nak tengok gelak tawa anak dengan suami aku. Tambah-tambah ehsan anak sulung aku memang sangat rapat dengan abinya. InshaAllah Allah itu maha mengetahui yang terbaik dan suami aku selalu pesan dia sedang kerja kuat untuk kesenangan kami anak beranak.

Semalam suami aku pesan yang  masih terngiang-ngiang harap sampai mati aku pegang jaga solat, doa sungguh-sungguh, jaga aurat dan maruah. 

Moga Allah sentiasa melindungi kami sekeluarga dan permudahkam urusan suami aku.

Ok lah dah ngantuk. Dapatlah aku tdo hampir 4jam tadi.

Jumpa lagi

Bai! 

23 October, 2014

jaga dia untuk ku..

Assalamualaikum....

Selamat pagi anak baru sahaja tidur. Dapatlah jenguk handphone kejap. Aku menaip ni pun pakai handphone sementara tunggu husband dapatkan rangkaian internet di rumah. Maklumlah sekarang di kampung. 

Alhamdulillah segala perancangan berjalan dengan lancar. Perancangan apa biar aku dan suami sahajalah yang tahu. 

Ya Allah tiada apa yang aku pinta selain Kau jaga dan lindungilah suami aku. Permudahkanlah segala urusannya. Terima kasih kerna Kau berikan aku suami yang terbaik sedikit tidak pernah jemu melayani karenah aku. Dialah suami yang cukup terbaik buat aku.

Ya Tuhan jagailah hati-hati kami dan lindungilah keluargaku...

Oklah esok aku sambung lagi. Nampaknya kena banyakkan aktiviti dengan anak aku ehsan. Ehsan tidur dengan nenek dia sekarang. Selalu abi dia ada sebelah. Semoga Allah titipkan kesabaran dalam diri aku  untuk melayan 
karenah anak.

Ok bai! 

21 October, 2014

next entry

Hai Assalamualaikum!

Sekarang ini jam menunjukkan 4.21 pm tapi langit gelap diselubungi awan hitam hujan turun membasahi bumi. Mengikut kebiasaan cuaca menanti hujung tahun musin tengkujuh dan hujan sentiasa turun membasahi bumi.

Sekarang anak aku elman masih tidur. Mata ini pula tak mengantuk masa anak tidur orang suruh tidur aku tak mengantuk. Anak bangun mulalah mata ini mengantuk. Letih  ok bila malam-malam anak berjaga. Susahnya nak besarkan anak penuh kesabaran. Bila fikir balik terbayang  emak aku besarkan aku dan adik dua orang sekali memandangkan kami kembar.

Rajin pula nak menulis balik lepas ini entah bila blog aku bersarang balik. Buat masa ini rutin aku macam biasa memandang masih melekat di rumah. Kemas rumah, memasak dan pump susu untuk stock elman anak aku. Tak boleh pula rasa 24 jam nak tidur bila anak tidur.

Alhamdulillah kali ini aku tahu cara macamana nak simpan stock susu untuk anak. Maklumlah anak kedua banyak sikit pengalaman dan ilmu yang aku baca. Sampai aku terpaksa minta hubby belikan deep freezer memandangkan susu banyak untuk dibekukan. Buat masa ini elman minum bukanlah banyak jadi masih boleh simpan lagi.

Jadi hubby beli melalui internet aku tak ingat mudah ke lelong. Kami dapat dengan harga RM500. Ada juga suami survey di kedai lebih dari harga RM500 kalau boleh jimat dan dapat lebih murah kenapa tak cari dulu. Alhamdulillah aku dapat simpan stok susu untuk elman. Semangat juga nak pum sebab tengok banyak susu. Harapnya ada rezeki susukan elman lebih daripada setahun. Ameen.
Setiap 3-4 jam aku akan pump. Kadang-kadang terlajak juga sebab anak lena tidur ummi dia pun tak sedar.

Buat masa ini aku tiada ambil sebarang supplement tambahan cukup makan dan air kosong kena cukup dalam badan. Minum madu sebagai tambahan.

Oh ya baru lepas masak masak lemak cili padi ikan kerisi. Tak sanggup rasanya duduk rumah ini berlenggang je tak masak bila suami balik kerja penat nak jugalah aku tanya "abang nak makan?" Bukan susah pun nasi dengan telor dadar kadang-kadang pun sedap.

Oklah kejap lagi anak aku ehsan dan suami balik. Nak lelapkan mata kejap dalam 30 minit.

Jumpa lagi!

aku kembali...

Assalamalaikum...
 
Memang lama betul aku tak menulis di blog. Memang aku mengaku tiada masa atau aku sendiri yang tak pandai nak mengurusakan masa. Banyak betul rasa yang hendak ditulis tapi ada juga yang rasanya harus sahaja disimpan sendiri agar iainya tidak terlalu pantas untuk ditulis di hadapan semua.
Sekarang aku sendiri harus pandai mengurus masa. Kadang-kadang susah betul nak buat pantas lagi mulut berkata-kata.
 
Mulai 7 September 2014 kenanglah dalam ingatan bahawa aku sudah punya dua orang anak lelaki. Dua orang anak lelaki ok dengan umur 26 tahun. Bestnya dah kahwin ! Bestnya sudah ada anak! Indah dari penglihatan mata-mata yang melihat. Gagal laksanakan amanah dan tanggungjawab jawablah kau dengan DIA
 
Ingat mudah nak uruskan anak? Semudah upload gambar anak di Facebook mahupun Instagram?. Nampaknya lepas ni ada tak masa aku sekurangnya tiap hari satu entry mungkin akan aku tulis.
 
Oklah hari ini baru cukup 44 hari genaplah aku habis pantang. Jangan cerita bab pantang dengan aku sebab aku tak seteliti proses pantang orang tua-tua dahulu.
 
Oklah esok ke lusa ada masa aku sambung lagi.
 Inilah gambar family kecil kami..
 
 oklah mata ngantuk bai!
 
19 February, 2014

Assalamualaikum

Assalamualaikum..

Lamanya tak menulis.. InshaAllah akan diteruskan selepas ini. :)

07 September, 2013

Perubahan baru.

Ya Allah lamanya tak menulis. Memang sangat lama. Bila rasa nak menulis tapi tiba-tiba rasa malas tu datang. Sejak kelahiran cahaya mata banyak sangat perubahan yang berlaku. Dari segi masa dan penyesuaian kehidupan. Kalau dulu berdua sekarang sudah bertiga. Alhamdulilah aku dapat belajar dari semua ini. Pengalaman melahirkan anak memang tak kan dapat dilupa. Sekarang anak pun dah masuk 6 bulan. Alhamdulillah membesar dengan sihat. Allah juga bagi kami peluang menjaga anak yang tak banyak sangat ragam. Moga Allah sentiasa memberikan kemudahan kepada aku dan suami. 

Selepas berpantang 2 bulan terus temuduga kerja baru di salah sebuah bank di KL. Sudah masuk bulan ke tiga bekerja. Rezeki itu ada di mana-mana. Namun, Allah mahukan hambanya berusaha sehabis baik. Suami pun banyak membantu. Moga suami sentiasa berjaya dalam bidang kerjanya dan dipermudahkan segala urusannya. Melihat perubahan anak yang semakin meningkat bulan ke bulan diselit keletihan yang masih belum hilang. 

Proses kehidupan berkeluarga bukan sahaja lengkap dengan kehadiran cahaya mata namun perjalanan pembelajaran yang perlu diserap satu persatu. Bukan mudah menjadi ibu bapa , anak itu amanah. Gagalnya kami mendidik, pertanyaan di sana kelak. Alhamdulilah dalam usia 25 tahun Allah berikan kesempatan untuk kami merasai detik-detik ini. Moga Allah redha. Moga cinta Aku dan suami melalui lafaz sakinah yang terbukti membuatkan rasa kasih dan sayang ini tidak pernah akan pudar. 

Seawal jagung usia perkahwinan ini tidak akan mematah semangat aku untuk belajar erti sebuah perkahwinan yang perlu ada rasa kasih dan sabar. Betullah bak kata pepatah, adanya pelangi selepas hujan. Sungguh penceritaan dan penentuannya begitu Indah. Allah hadirkan seorang suami yang belajar memahami, sabar dan belajar menjadi seorang ayah untuk anak kami. Begitu juga aku, dalam perjalanan kehidupan sebagai seorang isteri dan ibu banyak yang perlu aku pelajari. 

Tiada apa yang dapat ku panjat atas rasa syukur, nikmat sebuah kehidupan dan kecukupan datangnya dari Dia. Jika badai datang melanda moga ia dapat ditepis dengan kewarasan fikiran dan iman yang utuh di hati. Moga Allah redha akan kehidupan kami bersama. Moga Allah permudahkan segala perancangan dan usaha kami. 

Nama saya Ehsan Ilahi Zaheer. :)
 Dari hati.. 
Ummu Ehsan

14 February, 2013

@anugerah : nikmat Tuhan siapa yang duga.

Bismilahirrahmanirrahim..

Jam di handphone menunjukkan pukul 11.12 pm. Dan dengan takdir Allah swt dan kehendaknya, saya mengalami sedikit kontraksi bagi wanita bersalin petang semalam dalam pukul 7 lebih memasuk maghrib sehinggalah jam hampir menunjukkan pukul 11pm perut masih merasa sakit. Hasrat di hati mahu tangguhkan sahaja untuk ke hospital di sebabkan esoknya memang betul tarikh untuk appointment dengan doktor. Tetapi sudah memasuki 35 minggu hati terasa begitu tidak sedap.

Kesakitan berlarutan lebih dari sejam. Dan kami ambil keputusan untuk pergi juga ke emergency O@G. Alhamdulillah sempat sampai di sana, saya mengambil ujian urine test kemungkinan ada jangkitan pada urine. Dan nurse pun cakap normal pada ibu mengandung. Kami berjumpa doktor yang bertugas malam itu dan doktor mengarahkan aku untuk melakukan CTG bagi mengesan kontruksi jika ada. Kesakitan yang saya alami ini bukan biasa sebelumnya.

Walaupun ada kekurangan kadang kala namun saya perlu kuat untuk lakukan pemeriksaan. Hubby ada juga bertanya dah kurang sakit, tapi hati tetap juga mahu lakukan pemeriksaan. Saya tahu hubby penat seharian seminar dari pagi dan balik rumah hantar aku pulang ke hospital. Kami melakukan pemeriksaan di Hospital pakar al islam. Owh ya,lepas lakukan CTG memang terdapat kesan kontruksi dan bidan mula menyeluk bawah rahim untuk melihat sama ada jalan untuk bersalin sudah buka atau tidak.

Hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan saya sewaktu itu. Agak senak disebabkan kali pertama  saya merasainya. Nurse beritahu bukaan sudah 2cm terkejut juga sebab tiada tanda-tanda darah atau air ketuban yang keluar. Namun dalam hati saya pasrah dan hanya terfikirkan baby sahaja di dalam kandungan. Hubby banyak bagi kata semangat walaupun aku tidak tahu ada tidak rasa cemas dan risau dalam hati. Semuanya diserahkan pada Tuhan. Nurse kata disebabkan kontruksi saya tinggi dan jika berlaku lagi saya akan lahirkan baby pramatang disebabkan baru 35 minggu. Jadi kami perlu dapatkan tindakan dari Hospital kerjaaan dan kami ke Hospital Ampang untuk pemeriksaan lanjut. Ketika itu sakit sudah berkurangan namun doktor tetap berpesan agar kami terus ke hospital dan jangan pulang ke rumah.

Sampai di sana saya diperiksa oleh nurse dan lakukan CTG sekali lagi namun tiada kontruksi yang dikesan. Alhamdulillah, hati mulai lega. Terpaksa juga ditaham di hospital disebabkan perlu melakukan pemantauan agar tidak berulang lagi. Kali pertama saya merasai semua ini pengalaman di tahan di wad banyak mengajar says. Rasanya kita saya lagi beruntung disebab sakit saya hanya kecil berbanding pesakit yang memang telah lama ditahan di wad disebabkan keadaan yang agak kritikal dan perlu pemeriksaan yang kerap.

Saya di cucuk 2 jarum satu katanya untuk matangkan paru-paru baby dan satu untuk kuatkan rahim.Hanya Allah yang tahu bagaimana kesakitan yang saya rasa.Sangat sakit menahan sampai air mata mengalir. Demi zuriat yang di rahimku kekuatan perlu dibina. Naluri ibu saat indah. Ada hikmah juga kenapa saya ditahan di hospital walaupun selepas itu tiada sakit yang dirasai. Allah pasti nak saya rasai dahulu bagaimana jika ditakdirkan saya bersalin cukup masanya.

Terima kasih Tuhan saya sedar kasih sayangMu membuatkan saya kuat. Kasih sayang yang Kau lahirkan tergambar pada suamiku cukup memberikan saya kekuatan melawan semua emosi dalam diri. Moga semuanya berjalan dengan lancar dan selamat. Esok keputusan untuk urine makmal keluar dan jika tidak ada apa-apa esok boleh balik. Doakan saya ya, dan baby matang keluar pada waktunya.

Cukuplah sehari di sini mengajar saya seribu cerita manusiawi. Hanya mampu terpahat di hati.

Penulisan yang agak panjang ingatan diri.

 Jumpa lagi.

Assalamualaikum...

(Alhamdulillah saya sudah berada di rumah, doakan kesihatan saya sehingga selamat melahirkan anak kami)

nota kaki : makin dekat makin debar,namun naluri keibuaan dan fitrah insan yang cuba dipupuk menjadi aku makin kuat. 

09 February, 2013

Anugerah @bulan kelapan

Bismilllahirahmirrahim...
 
Assalamualaikum wbt, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw dan sahabat baginda.Kesyukuran juga dipanjatkan kepada Allah swt kerana masih diberikan nyawa untuk bernafas tika dan saat ini.
Lama sungguh rasanya tidak menulis di blog yang sudah menjangkan tahun 2013. Tiada apa yang menarik sebenarnya untuk diceritakan. Namun hari-hari yang berlalu biarlah diingati dengan seribu kesyukuran kepadanya. Alhamdulillah kandungan sudah memasuki 35 minggu dan hujung bulan ini cukuplah 9 bulan 10 hari. Jangkaan untuk melahirkan baby adalah pada 25 Mac yang cukup 40 minggu. Namun itu cuma jangkaan sahaja dan perlu bersedia kalau ada tanda-tanda yang memerlukan saya melahirkan baby awal.
 
Alhamdulillah, persiapan untuk barang-barang baby untuk permulaan sudah cukup. Begitu juga untuk nama yang bakal diberikan pada anak kami nanti. Teruja sangat sampai asyik nak beli sahaja baju baby. Dan asyik rasa tidak cukup. Rasa tidak sabar sunguh untuk menunggu kelahiran anak ini. Walaupun kadang-kadang timbul seribu rasa takut pada diri. Bagaimanalah rasanya ketika mahu melahirkan anak nanti. Semuanya kuasa Tuhan. Apa yang bakal berlaku telah pun dicatatkan. Hari-hari yang berlalu dilalui dengan seribu kesyukuran dan kecukupan yang perlu dihargai. Moga Allah merahmati diri ini.
 
Sepanjang tempoh kehamilan,Alhamdulillah tiada sakit yang kritikal hanya letih yang dirasai sepanjang peningkatan tahap kehamilan. Terima Kasih Tuhan. Moga Allah juga permudahkan proses kelahiran anak ini nanti. Sekarang sudah mula bercuti dan duduk di rumah disebabkan kadang-kadang rasa sakit di perut. Susah juga untuk turun di sebabkan pejabat jauh dari rumah. Tenaga pun kurang untuk meneruskan kerja. Hanya doa yang mampu dipanjatkan semoga segala urusan dan perancangan di pejabat yang dilakukan oleh sahabat saya berjalan dengan lancar. Suami pula sibuk dengan tugasan dan kerja harian di pejabat. Hadiri seminar untuk ilmu yang ingin dipelajari. Moga setiap perancangan dan keinginan yang ingin digapai disertai redha dari Tuhan. Sampai di sini dulu.
 
Doakan saya semoga dipermudahkan urusan bersalin. Ikhtiar dan doa diperlukan untuk memastikan semuanya selamat. Suami pun ada buatkan air selusuh melalui baca alquran dan doa-doa. Orang kata untuk permudahkan urusan bersalin nanti. Namun pergantungan tetaplah kepada Allah swt.
 
Doakan saya dan baby selamat semua. InsyaAllah jumpa lagi di penulisan akan datang. :) Assalamualaikum..
 
gambar baby masa 8 bulan. Alhamdulillah baby sihat :)
 
Nota kaki: Bakal menjadi seorang ibu adalah nikmat yang tidak terhingga dari Tuhan. Walaupun hati diselubungi seribu persoalan. Moga Allah redha akan diri ini.
 
Redha untuk segalanya..
 
12 December, 2012

Anugerah @bulan ketujuh

Bismillahirahmanirrahim... 

Alhamdulillah syukur pada Allah yang masih memberikan kita kesempatan melihat dunia. Menjalani setiap kehidupan yang datang dengan erti syukur. Berusaha untuk suatu kehidupan yang baik demi mengejar nikmat dunia yang kadang-kadang kita lupa akan dunia di sana. Namun, setiap insan impikan kesenangan di dunia demi sebuah kehidupan yang selesa. Di tambahkan pula dengan usaha dan perancangan yang diusahakan saban hari. Kita hanya mampu berusaha dan rezeki itu pasti ada kurniaannya. 

Rezeki aku sehingga kini hari-hari dirasai adalah satu nyawa dalam rahimku. Memasuki 7 bulan di dalam kandungan pelbagai rasa dan ragam yang aku tempuhi. Pernah apabila terjaga dari tidur yang lena hati ini istighfar mengucap syukur kerana mata masih lagi mampu terbuka melihat insan-insan yang aku sayang. Bahkan juga menjaga yang terbaik anak di dalam kandunganku untuk orang tersayang. Pernah juga tidur ku diganggu disebabkan perubahan yang tidak selesa sepanjang kehamilanku. Aku percaya semua ini pastinya dikenang sebagai kenangan pertama kali yang aku alami. Cuma tidak putus-putus moga anak di dalam kandungan ku sentiasa sihat dan aku cukup kuat untuk menempuh 3 bulan akan datang menunggu kelahirannya. 

Kalau dulu jika sebelum berkahwin orang akan tanya "bila nak kahwin?" Bila sudah berumah tangga lain pula yang ditanya "bila nak dapat anak?" Tapi nanti ada anak orang akan tanya "Bila pula nak tambah anak?" LOL. Pada aku tanggungjawab mendidik anak itu amanah yang berat yang perlu dipikul untuk setiap suami isteri. Jika sekarang dalam kandungan memasuki temoh 7 bulan namun sudah terngiang difikiranku segala keperluan yang perlu disediakan. Di tambah pula dengan aku dan suami yang masih lagi kekurangan ilmu di dada untuk pengajaran yang terbaik untuk anak kami. Sedikit demi sedikit kami menjenguk ruang-ruang ilmu yang mungkin boleh diisi untuk keperluan masa hadapan. 

Tambahan pula dengan syarikat aku dan kawan yang mengendali seminar-seminar ilmu dengan kupasan yang pelbagai diharap mampu memberikan sedikit ilmu pada aku untuk keperluan sekarang dan akan datang.  Anak soleh itu terbentuk daripada siapa ibu dan ayahnya. Didikan yang baik berteraskan ilmu yang berguna perlu diisi untuk keperluan keluarga. 

 Penulisan disambung 12/12 ....

Hari ini temujanji bersama Doktor setiap bulan diteruskan. Pada kali ini dilakukan suntikan (kancing gigi untuk baby) Doktor cakap perlu dalam tempoh 5 tahun ia bertahan untuk penghadaman daripada bakteria untuk baby dan ibu. Setiap bulan berat badan semakin meningkat. Masuk sahaja 6bulan kandungan berat badan meningkat 13kg. Doktor nasihat untuk kawal dari segi pemakanan. Dan aku dan hubby hanya ketawa dan tersenyum memandang satu sama lain. 

Tak dapat dinafikan agak sukar mengawal makan sejak kebelakangan ini. Bulan depan doktor akan cek untuk kandungan gula. Buat masa ini tekanan darah dan gula alhamdulilah ok. Aku pun dah tak banyak mengalami banyak gangguan, cuma faktor keletihan biasa dihadapi oleh ibu mengandung. InsyaAllah jika tiada apa-apa halangan untuk kelahiran nanti kami akan teruskan di Hospital Pusrawi dan doktor yang sama. 

Hubby sangat mementingkan doktor perempuan semasa menyambut kelahiran baby nanti. Dan itu juga salah satu faktor kenapa aku sangat memilih doktor dan lebih selesa. Moga Allah permudahkan segalanya.

Doakan kesihatan kami berdua dan moga Allah permudahkan setiap urusan kami sekeluarga amin. 

Ok, baru nak upload gambar-gambar dari scan baby :)

Baby masa dalam 4 bulan. Alhamdulilah sifat keselurahan anggota terbentuk.

Baby dalam 5 bulan. Alhamdulillah doktor dapat tahu jantina baby :)

Baby dalam kandungan 6 bulan memasuki awal 2minggu kandungan 7 bulan.
Susah nak capture penuh sebab baby aktif bergerak :)

Nota kaki: 
Satu rasa dan perasaan yang tidak dapat digambarkan apabila satu nyawa terdapat dalam rahim seorang wanita dan perasaan itu hadir melalui naluri seorang wanita. Dan besar sungguh pergorbanan ibu kita.

Jumpa lagi. Assalamualaikum..

09 November, 2012

Mencari sabar dalam doa..

Mencari sabar dalam doamu. Itulahlah salah satu kekuatan diri yang saban hari dilakukan demi mengutip cebis-cebis harapan dan nyawa bagi merasai nikmat di bumi ini. Tatkala sukar digambar saban hari melihat pelbagai onak dan cabaran yang ditempuhi dek umur yang semakin meningkat dewasa. Itulah fitrah kehidupan manusia, yang manis pastinya dirasai dengan sedikit kepahitan dan kegembiraan yang dirasai pastinya diselitkan dengan sedikit kesedihan.

Kehidupan insan yang pelbagai dengan corak cerita menjadikan setiap alam yang dihinggapi ini begitu banyak dengan seribu cerita. Ia merupakan konsep mematangkan diri. Namun yang kena pasti merasainya. Seorang insan itu pastinya tidak lengkap kisah penceritaan hidupnya yang pasti diuji. Dan aku, tersenyum sendiri mengingati kembali dunia ini yang hanya persinggahan sementara. Dan pastinya, yang sudah merasai tahu bagaimana rasanya.

Perspektif manusia yang pelbagai dan begitu juga tatkala otak berfikir menggambarkan insan-insan yang dijumpai. Namun siapa kita untuk menilai kerana mungkin rambut sama hitam dan hati lain-lain. Terus aku berpatah kembali melihat susunan diri yang mungkin masih kurang ilmu untuk diisi. Tidak sedikit pun menyalahi sesiapa setiap apa yang terjadi dan ini mungkin peringatan buat diri. Namun ku yakini, setiap orang mengerti setiap insan yang dilahirkan punya hati dan perasaan.

Umur yang meningkat tidak boleh dijadikan contoh seorang itu matang dan bagaimana seseorang itu bisa mengerti dan fahami kerana setiap satu daripada insan itu sangat berbeza. Insan adalah satu kata yang begitu dekat dihatiku. Dari hanya lima huruf dan satu perkataan yang ditulis sudah cukup bermakna dalam diriku walaupun hanya kata seorang insan. Insan begitu dekat dengan penciptaNya. Dan dia pastinya menyakini setiap yang berlaku pasti ada hikmah dan tertulis yang terbaik buatnya.

Namun kadang kala, insan diuji dengan kelemahan diri yang memerlukan semangat untuk bangun kembali. Tiada apa yang dapat memberikan sebuah kekuatan itu kembali melainkan dengan seharapan doa yang tidak putus-putus berkata dalam hati. Aku beranggapan berkata banyak itu jika memang tidak mengerti apa sebenarnya yang ingin disampai dan dilakukan lebih baik berdiam diri. Kerna aku percaya Dia pastinya adil untuk setiap sesuatu. 

 Yang masih melangkah mencari secebis keredhaan yang pasti…

Assalamualaikum wbt..

27 October, 2012

Maharku untukmu,ini yang termampu...

Bismillahirahmanirrahim.. 

Hidup ini penuh dengan tujuan dan matlamat yang ingin dilaksanakan oleh setiap insan. Lakaran sebuah kehidupan yang penuh dengan seribu warna menjadikan sebuah kehidupan yang dijalani ini penuh dengan sebuah cerita. Tiada apa yang dapat digambarkan hanya dengan seribu lafaz syukur ke hadrat Ilahi atas setiap pemberian daripadaNYA yang tidak pernah putus-putus.

Dan cerita aku masih juga tiada noktah kesudahannya selagi mana nyawa ini masih lagi diberikan pinjaman daripada dia. Usiaku yang sudahpun menjangkau 24 tahun terasa bagaikan sedikit apa yang aku pelajari. Namun aku syukur sehingga saat ini Allah itu maha mendengar dari setiap kata hatiku. Alhamdulillah, sejak enam bulan yang lalu Allah berikan hadiah yang terindah dalam hidupku. Sebuah mahar kehidupan yang punya amanah yang perlu dipikul namun terselit pelbagai dugaan dan cabaran yang perlu diterima dan diatasi dengan berlapang dada. 

Sebaris doa yang tidak putus-putus daripada hantaran kasih daripadaNya kepadaku. Tidak susah jika setiap yang dilakukan dilalui dengan seribu kesabaran dan nikmat iman dan islam yang tidak pernah jauh dari hidup. Mahar kehidupan yang tulus yang ku serahkan buat pencipta seluruh alam. Hadir dan lahirnya bahagia datangnya daripada Ia. Allah hadirkan seorang insan bergelar suami yang tidak pernah lelah jemu membantu dan menegur setiap apa yang aku lakukan. 

Pernah terdetik di hati betapa aku syukuri dengan setiap insan yang hadir dalam hidup dan pastinya yang terbaik yang dijanjikan oleh Dia kepada hambanya adalah seorang suami. Insan teristimewa yang mampu membimbing isterinya ke jalan yang diredhai. Bait-bait duka yang mungkin juga pernah hadir dalam perjalanan sebuah kehidupan, ditepis dengan iman yang masih mentah namun cukup kukuh untuk dijaga rapi. Sebuah bahtera kehidupan rumahtangga itu, dilafaz ijab dan kabul atas keredhaan daripada kedua ibu dan bapa merupakan keredhaan dariNya. 

Pernah tangganya hampir goyah dek angin yang kuat menghampar seketika. Namun aku syukur punya suami yang begitu rasional dalam setiap tindakan yang dilakukan. Bukan untuk memuji disebabkan dia sebahagian dari hidupku, namun itulah apa yang dirasakan oleh seorang isteri. Ya, inilah yang aku rasa hari-hari bertapa manisnya bergelar seorang isteri yang hilang resah di hati jika dahulu hanya dirasakan keseorangan. Sungguh Allah itu maha mendengar dan mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. 

Inilah maharku untukmu seperti apa yang aku mampu. Sepenuh hati ku berikan sebagai wujudnya cintaku pada Mu. Yang hadirnya perasaan ini setiap hari begitu unik dan indah yang tidak dapat aku gambarkan dengan kata-kata. Maharku untukmu satu yang kupilih jauh dari sudut hati yang dalam. Yang Allah berikan ia teristimewa untukmu. Hadirnya ia tidak pernah dipinta dan kehadiran yang menyapa begitu indah untuk diungkap. 

Dan hadirnya sebutir permata pengikat kasih kita tulus moga engkau bahagia persembahan cinta kita. Inilah mahar yang Dia pilih buat kita moga dia menjadi penyambung cinta kta di syurga sana. Ya Allah jadikanlah ia anak yang soleh solehah satu yang kupinta. Sesungguhnya, ketahuilah gelaran sebagai suami yang ada pada dirimu menjadikan seorang isteri itu perlu patuh selagi mana ia tidak menyalahi syariat yang ditetapkan. Kau hadir atas cerita yang telah ditetapkan oleh Dia. Maha mengetahui segala sesuatu. 

 Moga Allah redha akan dirimu..

satu yang dipilih dariNya suamiku..

wasalam..

19 September, 2012

Anugerah @ Bulan ketiga

Bismillahirrahmanirrahim.. Alhamdulillah sekali lagi diberikan kesempatan untuk menulis. Hari ini, dalam pukul 10 pagi baru sahaja jumpa doktor untuk second appointment. Bila sampai sahaja kaunter baru saya perasan appointment dengan doktor patutnya semalam.wuwuwu. Salah tengok tarikh sebab fikir hari ini. Tapi tetap teruskan juga sebab doktor yang memang nak jumpa memang ada hari ini. Alhamdulillah.. :)

Sepanjang kehamilan saya,kami putuskan untuk teruskan pemeriksaan di Pusrawi , InsyaAllah jika tidak ada apa-apa halangan. Macam biasa bila tunggu kat tempat ibu-ibu pregnant ni semuanya bakal-bakal ibu. Dalam hati sangat teruja sebab nak tengok baby sihat atau tak. Lama juga kami tunggu sampai turn saya. Maklumlah dia berikan pada orang yang datang appointment untuk hari ini dulu. Lepas ni kena check betul-betullah tarikh temujanji seterusnya supaya tak salah lagi .hehe Macam biasa doktor akan check berat badan saya.

Berat badan naik 1.6 kg.Naiklah juga sikit. Walaupun sekarang sepatutnya muntah-muntah dah kurang tapi masih lagi ada walaupun sikit. Doktor nasihatkan untuk makan makanan yang berkhasiat untuk baby. Buah-buahan dan sayur-sayuran hijau. Dan susu yang bagus untuk tumbesaran bayi. Buat masa ini saya tidak ada sebarang alahan dengan susu. Cuma saya tak boleh makan makanan yang berminyak nanti mesti akan muntah balik makanan yang dimakan. -_-‘

Tiada apa yang dapatkan saya ucapkan,selain syukur kehadrat illahi.Dan moga bayi ini dalam keadaan sihat sepanjang proses sehinggalah menunggu kelahirannya. Terima kasih pada hubby yang memang off day hari ini semata-mata untuk second appointment kami dengan doktor. 

Saya kongsikan sepotong hadis dari sebuah buku yang saya baca “Prophetic Learning” Cara Nabi Mendidik Anak daripada DR.Muhammad Nur Abdul Hafizh Suwaid.

Di riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Ibnu Mas’ud radhiyallhu ‘anhu. Rasulullah s.aw bersabda:

"Sesungguhnya salah seorang dari kalian tubuhnya dibentuk di perut ibunya selama empat puluh hari. Kemudian menjadi segumpal darah seperti itu (empat puluh hari). Kemudian diutuslah malaikat yang meniup ruh padanya, dan diperintahkan dengan empat perkara: penulisan rezeki, ajal, amalan dan celaka atau bahagia."

Baby sudah masuk 3 bulan 1minggu.Alhamdulillah ya Rabb :')

Ya Allah rahmatilah keluargaku. Berikanlah kebahagian kepada kami di dunia dan akhirat. Murahkanlah rezeki kami yang telah Engkau tetapkan.

catatan hati: Bahagia itu dirasai lahir dari hati bila sebuah rumahtangga dirahmati,dipenuhi mawadah wa rahmah.Penuh kesyukuran dan sebuah kecukupan. :)

[ Minggu ketiga belas]

 Illal liqo’

02 September, 2012

@ 9.15pm Anugerah..

Bismillahirrahmanirrahim.. 

Lama betul rasanya tidak menulis. Alhamdulillah,anugerah kehidupan yang berikanlah oleh Tuhan membuatkan setiap apa yang dinikmati harus lebih disyukuri. Setiap hambanya pasti sudah ditetapkan setiap rezeki daripadanya. Sudah hampir 5 bulan usia perkahwinan kami dan banyak yang kami perlu belajar.Dan betullah apa yang dikatakan perkahwinan itu bukan hanya melalui sebuah lafaz pernikahan sahaja.Banyak lagi yang perlu dipelajari. 

Dan insyaAllah 7 bulan lagi kalau tiada apa-apa dan dengan izin Allah,lahirlah zuriat anugerah terindah dariNYA. Tiada apa yang lebih berhak selain memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga dariNya. Hampir 2 bulan pelbagai perubahan yang saya lalui.Alhamdulillah suami banyak memahami. Dan yang penting pada tahap ini adalah penjagaan dari segi makanan. Walaupun kadang-kadang macam2 yang ingin dimakan. Berat badan pun dah rasa makin naik. -_-“

Tiada apa yang saya harapkan selain anak yang bakal dilahirkan ini berada dalam keadaan sihat. Semoga Allah permudahkan segala urusan kami..

Masa ni baru 5 minggu.
2 minggu lagi jumpa doktor sebab dah masuk 11 minggu :)

Doakan semoga urusan saya dipermudahkan selepas ini.
En.suami banyak tunaikan permintaan nak makan itu ini! haha :D

catatan hati : cinta dan keikhlasan itu lahir daripada sebuah hati yang tulus yang tidak pernah menilai kecantikan itu hanya melalui luaran sahaja. Bahkan menganggap kecantikan luar itu akan pudar.Namun kejujuran yang dipahat dari hari ke hari meniti titian-titian syurga menuju syurgawi.

[ minggu ke sembilan ]

 InsyAllah jumpa lagi

28 May, 2012

Hanya dengan sekali lafaz..

"SAH..?" 

"sah.. sah. sah.. 

Alhamdulillah Ya Allah 14 mei yang lalu genap sebulan perkahwinan saya bersama suami yang telah tertulis takdirnya di luh mafzuh. Hanya menanti masa dan saatnya Allah pasti akan jelaskan segala-segala. Hanya dengan sekali lafaz kini tanggungjawab di bahu seorang insan bernama suami.Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya dan semuanya di harungi dengan seribu kesabaran walaupun ada tempias ombak membadai itu lumrah kehidupan. Sebuah perkahwinan bukan hanya selesai majlis dan keramaian yang dihadari sanak saudara mahu pun sahabat handai. 

Ia merupakan titik permulaan sebuah perjalanan yang mana ada amanah yang perlu di pikul bersama. Suami dan isteri gelaran selepas selesai ijab dan Kabul. Bermulalah tanggungjawab kedua-dua pihak. Masing-masing akan sering mempersoalkan adakah kedua mereka mampu menjalan setiap tangungjawab masing-masing? Atau mampukah keduanya melengkapi kebahagian dan fitrah naluri seorang manusia yang tidak ingin berseorangan. Ia merupakan perasaan yang indah bila kejujuran dan keikhlasan diiringini hantaran kasih Tuhan.

 Bergelar seorang isteri bukan hanya terletak pada sebaris gelaran selepas ijab dan Kabul .Mencari pemimpin atau seorang suami bukan hanya pada harta dan paras rupa yang rupawan .Hal ini tidak menjamin sebuah kebahagian jika tidak terselit redha dan rahmat dari Tuhan. 

Suami adalah sebuah kunci untuk seorang muslimah memasuki syurga. 

 “Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang ia suka.” (HR Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani) 

Jika dahulu orang ketiga selepas Allah dan Rasul adalah kedua ibu bapa kita,sekarang ialah suami. Wajar hendaknya dosa aku ditanggung oleh suami lantas ketaatan selagi mana ia tidak melanggar syariat agama jatuh kepadanya. Sehingga kini aku belajar membiasakan diri untuk mendapatkan izinya untuk setiap sesuatu. Semuanya berbeza hanya degan segali lafaz. Telah tertulis dengan kehendakNYa bahawa imamku adalah dia pastilah orang yang paling layak untuk membimbingku,yang tahu mana yang buruk untukku adalah dia. Bahkan yang penting setiap ucapan perlulah berhikmah dan ilmu sebagai penyuluh perjalanan dan juga proses ke sana temapt yang dijanjikan syurga.

Kini semuanya perlu difikirkan semua. Pergaulan di tempat kerja, pemakaian dan aurat serta hal-hal yang menjadi tanggungjawab seorang isteri untuk bersama-sama membantu suami ke arah redhanya. Aspek ekonomi, sosial dan pengurusan emosi memainkan peranan yang penting.Kesemua ini bukan dipikul hanya kepada sebelah pihak sahaja malah adalah peranan kedua-dua pasangan.

Aku mula sedar yang aku melambangkan suami aku dan dia melambangkan aku,kami kan ‘satu’ ;). Aku perlu berhati-hati dengan apa yang aku lakukan dan ini semua titik kematangan dalam proses kehidupan. Pertuturan dan percakapan yang perlu dijaga itu pesan Allah. Aku percaya sebuah keluarga yang dibina akan kosong jika tiada ilmu dan asas panduan hidup yang penting berdasarkan alquran dan sunnah. Semuanya tercatit atas kitabNya. Dialah yang mengetahu sesuatu untuk setiap yang terjadi. Jadi wajarlah aku meletakkan suamiku paling atas dari yang lain. ia juga pada masa yang sama mengajar aku untuk lebih menjaga hijabku.

Banyak lagi yang aku belajar dan sedikit lagi ilmu yang masih di dada. Selepas berkahwin aku dapat merasakan sendiri ayat yang sering aku dengar iaitu "perkahwinan dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan". semoga Allah meredhai usaha kita dan menghadiahkan kita kebahagiaan yang berkekalan. Semoga setiap ujian dan cabaran yang mendtang hanyalah secebis garam rencah kehidupan. kebahagiaan yang sama ada boleh dirasai atau ‘dilihat dari gurauan keluarga dan teman-teman dari size badan yang akan membesar.LOL. 

Indahnya Islam :)
Jumpa lagi insyaAllah.

 Assalamulaikum.. 

11 April, 2012

Berlari meniti Hantaran Kasih Tuhan..

Bismilahirahmanirrahim..

Sudah lama pena tidak mengeluarkan kalamnya. Namun teratak yang usang masih lagi bernyawa dengan seribu macam cerita yang perlu dikongsikan. Kisah hidup yang punya pelbagai ragam dan warna. Di samping pelayaran seorang insan yang belum sampai ke destinasinya. Aturan hidup tidak pernah silap,ia di atur dengan sebaik-baik perancangan daripada Dia. Dan disebalik suka dan duka, gurau senda di situ terselit seribu kemanisan yang kita gapai hingga kini. Manusia itu punya hati dan akal, dan di tengah-tengahnya di selitkan dengan keinginan dan perasan yang mencorakkan lagi jalan ceritanya.

Jika dikatakan usia mencecah separuh abad, dan saya masih lagi seperti budak yang masih belajar tentang sebuah kehidupan. Sehingga ini tidak pernah putus-putus syukur yang kerap kali bibir ini ucapkan. Walaupun adakalanya ada sahaja cuai dan leka. Ya Allah terima kasih untuk setiap apa yang KAU tentukan sehingga ini. Jika dulu ia menjadi persoalan dalam hidupku. Namun,aturanMU begitu indah. KAU hadirkan pelangi setelah hadirnya hujan. KAU kukuhkan akar di pohon yang jitu moga tidak tumbang ditiup angin. Dan Kau hadirkan warna-warna pelangi buat hidupku sehingga aku sedar tidak sedikit pun Kau paling mendengar luahan ku. 

Fitrah manusia punyai hati dan perasaan, dan ia hadir sesudah datangnya redha dari Tuhan. Dan sehingga kini ia tersemat di hati pelayaran menuju syurgawi. Jika Adam memerlukan Hawa sebagai pelengkap tulang rusuknya,begitu juga hawa. Ia memerlukan seorang teman sebagai pemimpin dan pembimbingnya. Kerna,tulang rusuk yang bengkok tidak dapat dilentur hanya dengan sebelah jari.  KAU hadirkan dia, penuh rasa sabar yang perlu membimbing hawanya. Kau hadirkan dia sebagai pelengkap hawanya untuk pelayaran hidup dan bekalan di sana nanti. Kau hadirkan dia,buat hidup seorang hawa bermakna dan nilai harga seorang wanitanya kau letakkan begitu tinggi. Kau hadirkan dia, buat mengerti hari-hari yang di lalui penuh cabaran yang perlu dihadapi dengan keutuhan hati dan berbekalkan iman di hati. Moga sakinah mawaddah dipenuhi bahtera di hati. 

Terima kasih Tuhan untuk setiap pemberian dan nikmat MU. Tiada kata yang dapat digambarkan melalui perasaan ini. Dan ianya menjadikan hari-hari yang perlu disyukuri.

Hantaran kasih tuhan melakar hari-hari hidup kita selepas ini.
Terima Kasih Tuhan atas KasihMU..

Ditulis pada 8 mac 2012.

25 November, 2011

Erti hidup..

Antara kejujuran kata dan keikhlasan di hati. Ketika pena kelu untuk berbicara.Ada yang mampu diceritakan melalui lukisan kota terbentang luas di sana.Aku menyusuri hiruk piruk kota yang penuh dengan kebisingan.

Namun di situ ku belajar erti sebuah kehidupan. Kedewasaan yang mengajarku tentang makna sebenar kehidupan. Tentang suara hati yang tidak pernah menipu sehingga kini. Tentang erti hidup yang banyak memberi.

Satu baris kata yang tertulis sehelai kertas yang putih tidak mungkin bisa difahami hanya dengan sekilas pandangan. Jadi sejauh mana penceritaan hidup akan terus dijalani?

Kita corakkan ia sendiri..

off~~

19 November, 2011

A journey of choices..

Dear Heart,

You are my secret keeper. You hide what I want no one in my personal bubble to see. I keep you hidden under lock and key. My heart is the one clutching the pen and pencil, never my fingers. I write what I feel is right. I'm allowed to be free and never apologize. I can write my fears, my hates, my loves, and everything that shouldn't be seen by my surroundings inside of you.

I do not think I'm a good writer, I've never thought that. I'm someone who writes because I need to get everything out I know all about you, my little green book. Let me tell you a bit about myself. I am a girl of 23 who's emotions are running around the clock, I am always passionate about something and it shows from the way I speak. I am always thinking. I am pensive, outwardly loud, inwardly quiet, I speak before I think.

I really love the people in my life, with a few exceptions that you will figure out later. Most of them taught me about the meaning of life. My treasures, my joy and at the same time the limitless love we share.

Heart, I feel like you are a person and that is why I talk to you as if I would any other friend. Please let me confide in you. Please listen to me and understand more than anyone. Here's to the first...stay safe, for I shall hide the key to the truths in my heart.

God, please pray for ‘us’. A tale of small miracles and big surprises…

Bismillahirahmanirrahim….

26 October, 2011

what we say,mean and Do..

Bismillahirahmanirrahim..

well,the truth about life is that we are all alone,but when somebody loves you,right,that experience is shared.Love is the only real connective tissue that allows you to not live and die by yourself.It gives purpose beyond you.

Insyaallah for the rest of my life.

off!