Ramadhan datang kembali dan syukur dipanjatkan kerana kita masih boleh meraikannya kembali. “Ahlan wa Sahlan ya Ramadhan”.
Saya pasti akan merindui suasana ini lagi:
- Bangun sahur memang seronok. Kalau yang lain liat nak bangun tapi beza dengan saya yang tak sabar nak bangun makan. Apatah lagi bila ibu kita yang masak. Bangun hidangkan je..ngeee~~
- (Kalau di semenanjung bolehlah bangun lewat sikit untuk bersahur tapi kalau di sabah jam 3.30am dah kena bangun). Best kadang-kadang jiran pun dijemput bersahur sekali..Bilakah diriku akan kembali ke sana…huhu
- Time bulan puasa ni..macam2x bermain di fikiran..kuih muih, lauk pauk..tapi ibu pastinya lebih selesa masak sendiri daripada beli di bazaar. Dan saya pastinya akan ke bazaar bersama abah cari Murtabak. Hari-hari pun tak pe..
- Kalau dulu masa kecik-kecik..abah yang akan kejutkan saya dan adik bangun sahur manakala ibu sibuk di dapur.Tapi bila saya dah besar ni terbalik plak. Sayalah yang akan kuar masuk bilik kejut abah bangun..aduuh sambil dengar ibu membebel kat dapur kesengalan abah yang liat nak bangun tidur bersahur..hahaha…
- Sekarang dah duduk jauh, selalunya mereka akan mesej sama ada saya dah bersahur ke belum..maklumlah esok kuliah nanti lapar..^_^
- Sebelum nak berbuka sebelum sentuh makanan yang tersedia, pastinya soalan akan diajukan “ibu esok berbuka kita makan ape plak?” padahal makanan yang nak berbuka ni tak sentuh pun lagi. Masih diamalkan lagi sehingga kini…erkk! =p Kadang-kadang ibu malas nak jawab sebab setiap hari nak berbuka puasa soalan yang sama..haha..
- Lepas solat terawih boleh main bunga api dengan anak-anak jiran. Kadang-kadang yang tua-tua yang lebih daripada budak-budak. Hehe...mercun katak korag pernah dengar? Penah main mercun roket sampai masuk kat rumah orang. Main dekat Taman perumahan mana tak jadi sasaran rumah kat situ..
- Main mercun kena cover2x..sebab abah marah anak orang main mercun tapi anak sendiri main jugak..nak buat macamana budak2x..jangan dimarah...ngeee~~~
- Masa kecil dulu selalu dengar istilah puasa ”yang yok” (betol ea istilah die..dah lupa dah) sekarang dah besar ni tak payah tipu-tipu sampai time ade masa tak payah puasa..^_^...ngeh3x...
- Sebelum berbuka tengok cite Upin& Ipin.Masa tulah baru saya tahu ada watak kartun cite upin& ipin selepas diperkenalkan oleh abah sy..haha.
Jom kita menikmati keseronokan berpuasa, bersahur sambil berkuliah keesokan paginya..^_^
Masalah yang ada akan setel nanti (my dad)
pesanan tambahan:
esok tak puasa lagi ya kawan2x..entri di tulis mengimbau kembali kenangan penulis..
haish~~~kacau betollah nani ni..
^_^
4 comments:
Gemok, you patut simpan entry ni dulu..mlm puasa publish..baru best. Bila I baca entry ni rasa cam sok je puasa....I tengah lapar ni. Ish2.
nani...alah sktilah...ni tgh ke'excited"an nak smbut ramadhan...
nt time puasa entry len lak..
org gmok mmg kuat makan sbb tu lapar je..haishh nani~~
erkk!!=p
22 gemok!!!..haha..bes la nk pose..nnt trip bbuke pose kt uma cah jd x?xsaba2 ni nk jmpe bbik cah..kih3..
jadi2x..confirm pegi umah ecah..
aku nak makan senaye..
ngeeeee~~~~
^_^
Post a Comment