Salam dan selamat sejahtera semua ^_^Mesti kalian tertanya-tanya apakah makna disebalik tajuk penulisan saya kali ini (ceewaah ayat skema lagi) 99+1 tanpa nasi. Sebenarnya bukan penulis yang tak nak makan nasi ala-ala nak diet ni. Hari ini kecoh satu pusat pengajian =p ada seorang teman saya yang akan berdiet dan tak nak makan walaupun sebutir nasi.. Serius penpen nak diet dan saya agak terkejut boleh ke dia tak makan nasi??.
Sebab apa tau teman-teman, tahap nafsu makan dia lebih kurang saya shj.(nanti rindu nak makan banyak-banyak dengan kamu lagi kalau kamu berdiet sob..sob) Tapi sebagai kawan, dalam bergurau senda jauh di sudut hati saya menyokong cara dia untuk berdiet tapi biar kena pada tempatnya(serius ayat ikhlas dari kalbu T_T)
Sebenarnya kita tidak perlulah sampai tidak menjamah nasi cukuplah sekadar diet seimbang yang cuba kita lakukan dalam kehidupan seharian. Kesihatan tubuh badan adalah amanah yang perlu kita jaga. Ketika kita diberikan tubuh badan yang sihat kita perlu sentiasa mensyukurinya. Setiap saat dan ketika kita perlu sentiasa bersyukur selagi peluang itu ada. Tidak terlepas pandang juga saya apabila selalu lalai dan leka.
Kak Nur begitu khusyuk memberikan motivasi kesihatan untuk penpen. Macam biasa saya dan teman malas untuk mendengar jadi ambil peluang snap2 gambar.^_^..
Penpen ini untuk kamu penjagaan kesihatan yang baik. "10 kesilapan program diet"..1 Terlampau ghairah mengira kalori.2 Tidak minum air yang mencukupi.3 Makan roti, pasta dan ubi kentang lebih banyak berbanding protein,
daging segar, buah dan sayur.
4 Makan makanan proses lebih banyak dari makanan segar.5 Memasak sayur berlebihan menyebabkan khasiatnya hilang.6 Tidak merancang dengan betul program diet.
7 Menyalahkan orang lain di atas kegagalan program diet anda.8 Menyudahkan juga sisa makanan sedangkan anda telah kenyang.
9 Mengabaikan sarapan pagi.10 Berlapar sepanjang hari kononnya sedang mengamalkan program dietsumber
moga ini menjadi peringatan buat kita semua..
laa..kak nur tak habis2 lg ceramah kesihatannya..kuliah nak bermula dah ni..hoho~
Goodluck utk kamu penpen..tapi yg penting kesihatannya ok jg ^_^p/s:
penulisan ini di tulis sekadar mengingati kenangan kita yang tggl beberapa bulan shj lagi. dan penpen akan ke london. Aminn (doakan ya teman2 ) ^_^
7 comments:
Nice entry. Btw, i love yo 2nd last plus last sentences, dear. =)
huhu .. nanti ne akan jadi kenangan yang terindah... huhu
ala ala... comel sungguh post siti sarah kali ni eh... hoho... ^^ kak nur sukaaaaaaaaa sangat... tak tau pula muka serius sangat bagi ceramah tadi tu... hehekk... :)
sebenarnya kak nur nak ckap yang sebelah dia tue nampak sangat cumei..
ale kak nur ne.. kat ym boleh plak puji2..
kat cini lain plak yer.. hahha :)
Kak Nur nak jaga water face kat sini, terpaksalah mengiakan saja kate2 critical thinker tu eh... :) Kak Nur Redha jer lah... hheheh
nani: love u too darl!~ =p saya mahu pg juga ikut kamu terbang.
Critikal thinker: InsyaALLAH moga kita semua sukses..
COnee: kak nur ttp cantik lau pun muka serius ececeh~
^_^
Post a Comment