19 May, 2010

The future is always beginning now.. :)

walau apa pun halangan dan dugaan teruskan melangkah. Kesungguhan dan kegigihan untuk kepuasan hasil yang satu.

Seperti mana yang diketahui dari Al-Quran memang jelas perintah bertudung. Namun begitu, jika kita bertanya kepada kebanyakan orang, mereka akan membacakan hadith berbunyi:

A‘isyah radiallahu ‘anha menceritakan bahawa Asma’ binti Abu Bakar radiallahu ‘anhuma pernah mengunjungi Rasulullah sallallahu ‘alaihi-wasallam dengan pakaian yang agak nipis. Lalu Rasulullah berpaling darinya seraya bersabda:

"Wahai Asma’ , sesungguhnya wanita apabila telah baligh, tidak boleh terlihat daripadanya kecuali ini dan ini: baginda mengisyaratkan wajah dan kedua tangannya, selepas pergelangan tangan." (Riwayat Abu Daud)

The future is always beginning now..tells yourself to keep on going!~.^_^.

Barakallahu fik~

Jumpa lagi ya.Sekarang agak sibuk sedang praktikal.Rindu untuk menulis kembali. Doakan saya ya :)

kredit untuk sahabat saya eleena~ :)

08 May, 2010

selamat hari ibu, mak..

Selamat hari ibu buat ibu tercinta PuanAisyah. Hari-hari pun hari ibu bagi saya. Kedudukan ibu begitu tinggi nilai serta martabatnya pada pandangan Allah. Sepertimana kalam Allah yang terpateri di dalam Al-Qur’an yang berbunyi :“Dan TuhanMu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.”(surah al-Isra’ : ayat 23). Begitu tinggi sanjungan dan istimewanya penghormatan Islam terhadap martabat dan kedudukan ibu. Tanpa ibu, siapalah kita.

* PAHALA WANITA MENGANDUNG

Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan daripadanya 1,000 kejahatan.

* PAHALA WANITA BERSALIN

Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

* KELEBIHAN MELAHIRKAN ANAK

Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

* KELEBIHAN MEYUSUKAN ANAK

Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

* PAHALA MEMELIHARA ANAK

Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberikannya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

* GANJARAN MENOLONG SUAMI

Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya.

* GANJARAN WANITA SOLEHAH

Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

* GANJARAN MENTAATI SUAMI

Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang di kehendaki dengan tidak berhisab.

* KELEBIHAN SEORANG IBU

Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

Allahu akbar, itu semua adalah ganjaran oleh Allah s.w.t. bagi mereka yang ikhlas melaksanakannya dengan hati yang terbuka. Sekiranya, seseorang isteri dan ibu itu tahu betapa besarnya ganjaran pahala yang akan diterima kelak, sudah pasti tidak akan ada perbuatan membuang bayi, membunuh bayi dan sebagainya. Anak merupakan saham di alam akhirat kita kelak.

p/s:Berilah kesihatan yang baik buat ibuku ya ALLAH. Moga hari-hari meniti usianya sentiasa sihat dan bahaagia. Kakak tak tahu bagaimana hari-hari tanpa mak T_T