30 July, 2009

come join us..^_^ free to visit...

ATURCARA DAN MAJLIS PERASMIAN FESTIVAL PASANGAN KEMBAR

(TWINS FESTIVAL) DI DATARAN KEMERDEKAAN, SHAH ALAM, SELANGOR

PADA 8 OGOS 2009

TARIKH MASA ATURCARA

8.00 pagi: Pendaftaran bermula

9.00 pagi :Ketibaan tetamu jemputan dan media Gerai gerai Jualan dan Pameran bermula

9.30 pagi: Ketibaan Y. B. Elizabeth Wong

9.40 pagi: Perarakan Pasangan Kembar dengan iringan maskot UPIN dan IPIN

10.00 pagi :Ucapan perasmian oleh Y.B. Elizabeth Wong

10.10 pagi :Ucapan serta pengesahan dari Dato Danny Ooi, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Book Of Records

10.20 pagi: Persembahan poco2x bersm pasangan kembar

10.30 pagi :Persembahan Artis 1

11.00 pagi: Persembahan Artis 2

11.30 pagi :Pertandingan Bayi Kembar Paling Comel

11.45 pagi: Persembahan Bakat Pasangan Kembar

12.30 tgh :Pertandingan Pakaian Terbaik Kembar

1.00 ptg :Pengiktirafan The Oldest Twins

1.15 ptg :Jamuan Makan Tengahari

2.00 ptg :Majlis Penyampaian Hadiah kepada pemenang oleh Y.B. Elizabeth Wong

2.30 ptg :Permainan Kelolaan HotFM

3.00 ptg :Persembahan Artis 3

3.30 ptg :Persembahan Artis 4

4.00 ptg :Tamat

p/s:

^_^

29 July, 2009

my heart is...

Adakalanya..
Hari yang panas dan hangat mentari
Tidak dirasai panasnya
Tika hati gembira ke mana hilangnya gundah

Dan adakalanya
Rintikan hujan yang turun
Tidak dirasai sejuknya
Tika hati sedih ke mana hilangnya manis

Hari yang panas dan ceria
Bertukar mendung seketika
Mentari seakan merangkak pergi
Gumpalan awan bertandang di sisi
Hati gundah tercari-cari
Ke mana perginya sesuatu yang dinanti...

Kadang kala hati ini sedih ketika
Diri tak mampu jua menangis.
sekeras apakah hati ini...

Saat hujan turun membasahi hatimu
kau menangis kerna
merasa beratnya ujian tidak tergalas
~SenYumLaH~

kerna

Allah mendatangkan kepadamu pelangi nan indah
selepas hujan sinar kelamnya....

p/s:
saat ini penulis mendapat ilham membuat contengan sesuatu...

25 July, 2009

For you and me....^_^

Jika tika dan saat ini ada yang berduka, aku bersyukur masih lagi bisa merasa nikmat gembira dan kesenangan.

Jika tika dan saat ini mereka berbicara soal kehancuran dan kemusnahan, aku bersyukur kerna masih bisa berbicara soal pembinaan dan kebangkitan. Apa yang pasti yang hancur tidak akan kembali tegak tanpa upaya dan usaha untuk membinanya.

Jika saat dan waktu ini,mereka berbicara soal kerosakan. Aku cuba terjun memperbaiki keadaaan. Kerosakan takkan pulih tanpa pembaikan.

Jika tika dan saat ini, yang hilang tidak akan kembali lagi.Aku bersyukur masih punya keluarga,teman dan insan yang disayangi di sisi. Jika mereka yang di sayangi hilang dari pandangan kekuatan ku bina untuk hari-hari mendatang.

Saat mereka mencari tenang dalam murka. Aku sedang mencari cinta dalam Redha. Ketenangan takkan hadir tanpa redha.

“Saat cuaca menanti cerah,tapi kita tidak dapat menikmatinya
Saat udara lebih dingin, tapi kita tidak dapat menghangatkan diri
Saat suara bising menghilang,tapi kita tetap menutu p telinga
Saat suara manusia senyap, namun tidak seharusnya begitu
Saat itu aku tidak sendiri kerna kekuatan dan semangat menyakinkan diri”

p/s:
Jangan katakan kegagalan itu kesilapan
katakan itu adalah pengajaran

^_^

21 July, 2009

Hujan bintang..cermin..

Apa yang bisa kita lihat
Rahmat Ilahi di pagi hari
Rintikan hujan di luar jendela
Membasahi bumi yang kian panas
Disimbahi hangatnya mentari..

Apa yang bisa kita hitung
Jika semua bintang mula menghilang
Tiada lagi satu dua ataupun tiga
Langit gelap tiadanya bintang
Apa yang dilihat dan apa jua dihitung..

Apa yang bisa kita bicara
Tiada tiada lagi rintikan hujan
Jika hujan berhenti turun
Tapi langit masih jua mendung
Gemuruh petir mengharap hujan..

Apa yang bisa kita lihat
Jika cermin tak lagi jujur
Membiaskan bayang dari mata
Menanti jawapan kian muncul
Namun hanya bayang di depan mata

Jika tidak lagi mahu
Mendengar melihat dan menghitung
Kebenaran, saat ia cuba berbicara
Dalam ilusi sebuah perjalanan
Seperti hujan bintang dan cermin...

p/s :
sangat damai hujan di pagi hari
tambah2x kelas xde..^_^ (pagi je..huhu)
^_^

19 July, 2009

Israk Mikraj bukan hanya sekadar cerita..

27 Rejab tertulisnya sebuah perjalanan dan peristiwa Israk Mikraj yang merupakan satu penceritaan yang menjadi pedoman bagi kita umatNYA. Satu peristiwa paling agung yang berlaku di bulan Rejab, setahun sebelum penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah.

Peristiwa Israk Mikraj 1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada/perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

  • Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
  • Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
  • Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
  • Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
  • Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
  • Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
  • Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
  • Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
  • Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
  • Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
  • Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
  • Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
  • Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

i. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

ii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.

iii. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.

iv. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

v. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vi. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH".

Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

vii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

viii. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

ix. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)

Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1). wallahua'lam..

^_^ sesungguhnya DIA lebih mengetahui akan sesuatu

18 July, 2009

Bayangan atau diri?? ^_^

Bayangan yang muncul itu
Bagai memberitahuku sesuatu
Engkau yang menyamar
Jadikah aku insan yang mengerti
Bahawa itu adalah aku..

Bayangan yang muncul itu
Bergerak,melangkah mengekoriku
Bila ia menyapa diri
Jadikah aku insan yang mengetahui
Bahawa akulah yang berdiri

Bayangan itu kembali lagi
Sesungguhnya wujudnya ia
Tiada upaya direka-reka
Kerna yakinkan diri sendiri
Usah ragui keupayaan diri

Ketetapan
Adalah satu makrifat tunggal
Yang tidak terfitrah pada sesiapa
Adakah aku dia dan kamu
Punya satu matlamat diri

Hanya engkau
Yang dapat memperkenalkan diri
Sebagaimana yang engkau kehendaki
Penyamaran bukan lagi alasan
Apa yang engkau ingini
Itulah yang pasti..

Duduk sorang-sorang dalam bilik ni tiba-tiba dapat ilham pulak..^_^. Bagi mengelakkan saya asyik berbaringan di atas katil dan ketiduran..haha. jom2x kita kenal pasti bagaimana nak tingkatkan keyakinan diri kita Sejauh manakah kita yakin akan diri kita sendiri malah kemampuan kita utk lakukan sesuatu.

Kalau di dewan kuliah atau pun di kelas memang tak lali pada kita semua bila pensyarah bagi tugasan, pembentangan akan dilakukan di akhirnya. Walaupun banyak kali presentation kita dan lakukankan tambah2x pelajar yang dah final year tapi masih lagi saya rasa akan kegementarannya...hikhik. Malah ada sesetengah masih lagi ragu-ragu akan akan diri sendiri bahawa dia sebenarnya boleh melakukan tugasan dengan baik begitu juga ketika sesi pembentangan. Tapi kadang-kadang ada juga yang over confident waktu presentation..hehe

Setiap daripada kita mempunyai pelbagai cara untuk membina kenyakinan diri.sama ada melalui penampilan diri ,pemakaian dan juga pergerakan seseorang itu pun juga boleh dikenal pasti.

Dalam usaha untuk mencapai apa jua cita-cita kita, kita perlu mempunyai keyakinan di dalam hati bahawa cita-cita tersebut akan dicapai! Dengan keyakinan yang tinggi, ia akan menjadi penggerak kepada kita untuk tidak menoleh kebelakang lagi. Usaha dahulu namun jika tidak dapat redha kerana mungkin itu bukan yang terbaik untuk kita dan percaya masih ada peluang lagi di hadapan kita.

Keyakinan bukan bermaksud untuk menjadi bongkak dan taksub… Kita tidak perlu meyakinkan orang ramai. Kita hanya perlu meyakinkan diri anda sendiri sahaja. Usah risau dalam meyakinkan orang ramai

Bagaimana hendak meningkatkan keyakinan kita? Katakan kepada diri kita sendiri berkali-kali bahawa “You can do it!”

15 July, 2009

Kasih seorang ibu...

Ketika saya membaca coretan kisah ini saya rasa elok kiranya saya kongsikan bersama kalian. Insan yang pastinya kalian sayangi dan tiada penggantinya lagi andai takdir mengambil ia nanti...

"Bisa saya melihat bayi saya?" pinta seorang ibu yang baru melahirkan penuh kebahagiaan. Ketika gendongan itu berpindah ke tangannya dan ia membuka selimut yang membungkus wajah bayi lelaki yang mungil itu, ibu itu menahan nafasnya. Dokter yang menungguinya segera berbalik memandang kearah luar jendela rumah sakit. Bayi itu dilahirkan tanpa kedua belah telinga!

Waktu membuktikan bahwa pendengaran bayi yang kini telah tumbuh menjadi seorang anak itu bekerja dengan sempurna. Hanya penampilannya saja yang tampak aneh dan buruk. Suatu hari anak lelaki itu bergegas pulang ke rumah dan membenamkan wajahnya di pelukan sang ibu yang menangis. Ia tahu hidup anak lelakinya penuh dengan kekecewaan dan tragedi. Anak lelaki itu terisak-isak berkata, "Seorang anak laki-laki besar mengejekku. Katanya, aku ini makhluk aneh."

Anak lelaki itu tumbuh dewasa. Ia cukup tampan dengan cacatnya. Iapun disukai teman-teman sekolahnya. Ia juga mengembangkan baka tnya di bidang musik dan menulis. Ia ingin sekali menjadi ketua kelas. Ibunya mengingatkan,"Bukankah nantinya kau akan bergaul dengan remaja-remaja lain?" Namun dalam hati ibu merasa kasihan dengannya.

Suatu hari ayah anak lelaki itu bertemu dengan seorang dokter yang bisa mencangkokkan telinga untuknya. "Saya percaya saya bisa memindahkan sepasang telinga untuknya. Tetapi harus ada seseorang yang bersedia mendonorkan telinganya," kata dokter. Kemudian, orangtua anak lelaki itu mulai mencari siapa yang mau mengorbankan telinga dan mendonorkannya pada mereka.

Beberapa bulan sudah berlalu. Dan tibalah saatnya mereka memanggil anak lelakinya, "Nak, seseorang yang tak ingin dikenal telah bersedia mendonorkan telinganya padamu. Kami harus segera mengirimmu ke rumah sakit untuk dilakukan operasi. Namun, semua ini sangatlah rahasia." kata sang ayah.

Operasi berjalan dengan sukses. Seorang lelaki baru pun lahirlah.Bakat musiknya yang hebat itu berubah menjadi kejeniusan. Ia pun menerima banyak penghargaan dari sekolahnya. Beberapa waktu kemudian ia pun menikah dan bekerja sebagai seorang diplomat. Ia menemui ayahnya, "Yah, aku harus mengetahui siapa yang telah bersedia mengorbankan ini semua padaku.

Ia telah berbuat sesuatu yang besar namun aku sama sekali belum membalas kebaikannya." Ayahnya menjawab, "Ayah yakin kau takkan bisa membalas kebaikan hati orang yang telah memberikan telinga itu." Setelah terdiam sesaat ayahnya melanjutkan, "Sesuai dengan perjanjian, belum saatnya bagimu untuk mengetahui semua rahasia ini."

Tahun berganti tahun. Kedua orangtua lelaki itu tetap menyimpan rahasia. Hingga suatu hari tibalah saat yang menyedihkan bagi keluarga itu. Di hari itu ayah dan anak lelaki itu berdiri di tepi peti jenazah ibunya yang baru saja meninggal. Dengan perlahan dan lembut, sang ayah membelai rambut jenazah ibu yang terbujur kaku itu, lalu menyibaknya sehingga tampaklah... bahwa sa ng ibu tidak memiliki telinga.

"Ibumu pernah berkata bahwa ia senang sekali bisa memanjangkan rambutnya," bisik sang ayah. "Dan tak seorang pun menyadari bahwa ia telah kehilangan sedikit kecantikannya bukan?" Kecantikan yang sejati tidak terletak pada penampilan tubuh namun di dalam hati.

Harta karun yang hakiki tidak terletak pada apa yang bisa terlihat, namun pada apa yang tidak dapat terlihat. Cinta yang sejati tidak terletak pada apa yang telah dikerjakan dan diketahui, namun pada apa yang telah dikerjakan namun tidak diketahui.

p/s:
Kasih sayang insan bergelar ibu tidak perlu diraguikan lagi.Pengorbanan yang dilakukan sudah cukup menyedarkan kita betapa besar dan mulianya kasih seorang ibu. Namun sejauh manakah kita mampu mengatakan ya atau tidak apabila kita mungkin mengalaminya nanti. Itulah kasih seorang ibu..

Segala bermula dari hati..mmg sukar untk diungkapkan melalui hati..walau hanya seketul daging membentuk hati...pastinya tersurat atau tersiratnya ia,baik atau buruknya ia fikirkan ia kembali..

taken from http://kumpulmotivasi.blogspot.com

Bicara Malam…..

Tika malam berganti siang
Tika langit dihiasi bintang
Ku tunggu bulan muncul kembali
Ku harapkan esok masih menanti

Kehidupan yang dilalui sehari-hari memberikan kita seribu makna dan pengertian.Setiap persoalan dirungkai dalam perjalanan hidup ini. Mampukah kita melangkah terus ke hadapan jika masih ragu-ragu akan apa kesudahannya..

Tika siang disinari mentari

Himpunan cahaya menyinari hari
Ku berdiri di atas satu kaki
Menanti masa silih berganti

Masa berlalu tanpa berundur kembali. Setiap yang terjadi tidak akan berulang lagi.Teruskan diri kuatkan hati teruskan langkah sehari-hari agar kita temui apa yang dicari.

Tika malam muncul kembali

Tika angin menyapa diri
Mengharap bulan kutemui lagi
Yakinkan harapan kembali lagi

Jika munculnya kembali masa yang berlalu seperti kesilapan yang dilakukan berulang kali. Kita mulai sedar kembali akan kekurangan diri. Yakinkan diri dan bangun kembali kerana esok masih di sini bagi mengharap peluang datang kembali.

Kutemui jawapan di malam hari
Bagi merungkai persoalan diri
Ku lihat bintang di langit tinggi
Bagai mengerti rasa yang tersembunyi....
Bicara malam mengenai diri
^_^

p/s:
semoga ia akan kembali seperti di awal permulaan ia terjadi..

^_^

13 July, 2009

Saat masih punya kesempatan...

Seperti biasa andai hati saya mampu berkata-kata pastinya akan saya dengari setiap dari gerak dan kata-kata naluri hati ini. Andai dapat saya bicarakan diari perjalanan hidup buat kalian semua akan saya katakan betapa sukarnya hidup ini kerna ianya penuh dengan liku-liku yang mematangkan kita.

Ungkapan kata-kata ini begitu jelas difahami andai kita teliti akan makna...

"Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita. Kita dilahirkan dengan 2 pasang telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah. (haq dan batil)

Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang kita fikirkan dalam otak kita jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan.

Kita lahir dengan 2 mata dan 2 pasang telinga, tapi kita hanya diberi 1 mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya"...

Namun sejauh mana kita mampu memahami dan menggunakan dalam kehidupan kita seharian. Setiap dari pada kita tidak terlepas dari melakukan kesilapan, tapi bagaimanakah kita berupaya menebus semua khilaf kita?Menjadi insan yang sempurna satu perkara yang agak mustahil ..tapi untuk menjadi insan terbaik saya yakin kita semua bisa lakukannnya. Kita leka, cuai lupa dan melakukan kesalahan berulang kali walaupun tahu akan akibtanya tapi masih jua lakukan.
Tanpa kita sedari kehidupan ini banyak menyedarkan ...semua orang bisa mengata... setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.Setiap ungkapan yang tesurat pasti jelas tersiratnya. Kita masih punya kesempatan dan waktu untuk kita nilai kembali.(saya betul tidak sengaja hari ini).

Bicara ini sekadar berkongsi rasa agar apa yang kalian rasa sudah mencukupi bagi kalian. Kita masih punya kesempatan dan waktu selagi degupan jantung masih berdegup dan nadi masih berdenyut.

Kekecewaan Kesedihan, kesukaran, kegagalan, bangkitla.. kalian bukan keseorangan.. pasti ada insan di sisi yang selalu mengembirakan kalian semua..

Kegembiraan dan keceriaan sentiasa ada andai kita mampu mengertinya.

p/s:
sem ni banyak sgt keje ye..igt kan ambil unit sikit blhlah bertahan lagi..
usaha2!!
Off topic k ^_^

.........................................................

2minggu kuliah berlalu saya dah mulakan semua persiapan apabila berhadapan dengan sem baru, bilik baru kolej yang sama,dan wajah sama.hehe..semoga makin terus bersemangat untuk belajar..wee~~^_^

Sabtu ritu saya dan rakan-rakan yang lain ke PULAPOL menghadiri tamat latihan dan konvokesyen bagi pegawai-pegawai polis. Pastinya PZA paling bersemangat untuk ke sana. Semuanya diuruskan oleh nya..oppsss..sorry ya..^_^

p/s:
tiada apa yang ingin dikatakan lagi
tata~

08 July, 2009

Jangan Pernah …

Jangan Pernah berhenti walau sulit
Kakimu untuk melangkah
Jangan Pernah mengalah walau sukar
Teruskan kayuhanmu di hadapan

Jangan pernah berkata tidak
Jika masih lagi yakin akan rasanya
Jangan pernah bisa mengalah
Jika kamu merasai sanggupnya

Teruslah berjalan meski arus menentang arah mu
Teruskan berlari dengan beribu langkah mu
Dengan begitu dunia akan melihat hadir mu
Langit temani rasa dalam hati mu

Menyerah, berhenti bukan jawapan pada semuanya
Kerna ia bukan satu pilihan atau kesempatan
Semangat dan berusaha untuk semua hidupmu
Kerna perjalananmu pasti akan bererti..

p/s: ^_^

“Tidaklah Allah membebani seseorang melainkan sekadar sesuai kesanggupannya”

Al-Baqarah : 286

06 July, 2009

Akhirnya 3rd year..saya datang..^_^

tiba sudah saya di kolej..baru je tengah siap kemas barang.masih lagi tak lengkap di bilik ni..barang yang diperlukan hilang..esok saya akan cari kembali ^_^.Apa yang pasti sem ni

1. saya duduk seorang no rumate lorh
2.Hadirkan diri ke kelas hari-hari..
3.Mulakan setiap pagi anda dengan semangat yg baru
4.Fokus 2 semester untuk keputusan yang membanggakan
5.Fikirkan kemana resume ku akan dihantar untuk Praktikal nanti
6.kerja berkumpulan (Advokasi/khidmat masyarakat/ Kempen)
7.Tumpuan dalam kelas..jangan asyik berckp (tu pun lau dapt elak..huhu)
8.kuliah yang pasti gempak.gabungan 3 program(MEDIA/IM/DASAR AWAM)
9.selalulah berfikiran positif
10. mulakan hari anda dengan senyuman..hehe

Jom ceriakan hari anda selagi esok masih ada !!! ^_^

p/s :
selamat malam
rindu
gembira

^_^

03 July, 2009

No news is good news ^_^

Salam semua..^_^

Sudah lama dah tak menulis..cuti pun tinggal beberapa hari je lagi dan perkuliahan seperti biasa akan bermula. Dan saya?? nampaknya sudah bersemangat dan bersedia hendak ke kelas seperti biasa. Saya akan kembali ke kolej tapi kena tunggu my sis yang sengal balik..Flight jam 7pm sbb ada barang yang saya perlu ambil dari dia..Kiriman dari my lovely mum..

Buka emel saya dapat emel dari penyarah saya mr.chang. Emel 2 3 hari yang lepas. Mengatakan kepada sesiapa yang boleh menghadirkan diri untuk bengkel yang diadakan oleh lecturer saya memandangkan subjek ‘metodologi penyelidikan’ yang saya akan pelajari nanti. Sorry sir, baru dapat tahu emel tu tapi kitaorang semuanya masih lagi bercuti tak dapatlah datang..hehe...

Cepat-cepat nak balik kolej, duduk rumah makan je.Berat saya dah naik itu kate penimbang berat. Rasanya penimbang tu tipu.huhu. Ok2x enough kin!!..hehe..

well permulaan dan pengakhiran hidup yang baik itu apa yang kita harapkan....

Gunakanlah hidup ini dan jalanilah hidup setiap hari seakan-akan inilah hari terakhir kita. Buatlah setiap hari-hari kita menjadi hari yang penuh bermakna, hari yang bermanfaat. Kita tidak akan boleh mengubah hari semalam. Hari esok juga adalah sesuatu yang belum pasti akan hadir. Hari ini atau sekaranglah masanya satu satunya waktu yang boleh diterima.

Ramai diantara kita yang hidup mengenang kekecewaan masa lalu atau mengharap sesuatu keajaiban pada masa akan datang. Ia tidak berguna bagi kita untuk menghadapi tanggungjawab hari ini. Lupakan masa lalu, ia sangat bergantung kepada apa yang anda lakukan hari ini (sekarang).

Munculnya fajar yang baru adalah kelahiran hari baru bagi kita. Buatlah setiap hari menjadi harapan yang mulia. Berikan senyuman pada diri kita ketika bangun diawal pagi. Bangunlah dengan harapan terhadap perkara yang baik yang akan datang kepada kita hari ini. Apabila kita membiasakan diri untuk mengharapkan perkara yang baik, biasanya perkara itu akan terjadi. Tindakan sederhana ini cenderung mempengaruhi kita dengan kekuatan kepercayaan diri.

Apabila kita melakukan yang terbaik pada setiap `hari ini ‘ yang kita miliki, maka setiap `hari esok’ kita akan mengurus diri sendiri. Buat hari ini menjadi lebih baik daripada kelmarin. Marilah kita menetapkan bahawa setiap hari ini adalah penuh beerti bagi kita. Kita akan menjadi lebih sihat hari ini. Kita akan menjadi lebih bahagia hari ini. Hari ini kita akan memerlukan sedikit usaha sahaja dalam tugas kita. Hari ini hanya sedikit yang perlu dilengkapi. Hari ini kita hanya perlu sedikit memandang ke hadapan dan ke atas. Hari ini marilah kita menambah sedikit rasa kasih sayang untuk seseorang. Hari ini marilah kita lakukan sedikit usaha.

Apakah yang akan terjadi kalau kita hidup hari ini dan berusaha membuat setiap hari hari menjadi lebih baik untuk dijalani? Kita telah memasuki arus utama kehidupan. Kita mulai hidup yang terarah ke hadapan. Kita menjadi gembira, jiwa serta minda kita mendapat ilham. Kita cenderung mengembangkan yang terbaik pada diri kita.

itu apa yang kita akan lakukan.....

p/s:
tempuhlah hari-hari dengan gembira
betul ke berat naik ni..huhu
malam ni last duk umah dapt tgk "nur kasih"