31 December, 2009

Cerminan Tahun Baru

Biarkan perkara yang berlalu ke belakang. Pandang ke hadapan dengan setiap detik dan saat yang dijalani dengan penuh bermakna. Hidup akan lebih bermakna jika kita tahu apa yang perlu dilakukan dan matlamat yang telah dirancang.

Syukurilah setiap sangat manis dan pahit. Suka dan duka kerna kita masih boleh merasainya. Sekiranya kita berada di saat kekeliruan. Ambil langkah untuk memperbaiki diri. Fositif dalam setiap yang kita lakukan. Perkara ini juga peringatan buat diri saya.

Berakhirnya tahun 2009 hanya sekadar angka yang akan semakin bertambah. Dan kita? Masih perlu terus kehadapan menikmati setiap hari-hari kita dengan sesuatu yang memberikan mamfaat buat semua. Moga hari-hari yang saya lalui menjadikan saya lebih bersedia.Tahun ini juga merupakan semester terakhir saya di universiti.

عَنْ زَيْدِ بْنِ ثَابِتٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ نَضَّرَ اللَّهُ امْرَأً سَمِعَ مِنَّا حَدِيثًا فَحَفِظَهُ حَتَّى يُبَلِّغَهُ فَرُبَّ حَامِلِ فِقْهٍ إِلَى مَنْ هُوَ أَفْقَهُ مِنْهُ وَرُبَّ حَامِلِ فِقْهٍ لَيْسَ بِفَقِيهٍ

Daripada Zaid bin Thabit katanya, saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Semoga Allah menyinari seseorang yang mendengar sesuatu hadis daripada kami lalu dia menyampaikannya mengikut apa yang didengari. Maka betapa ramai orang yang membawa ilmu lalu menyampaikannya kepada orang yang lebih faham daripadanya dan berapa ramai orang yang membawa ilmu tetapi ia tidak memahaminya." (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah)

27 December, 2009

Bila pena berbicara..

Salam kegembiraan dan kesejahteraan buat semua..Moga segala urusan kita dipermudahkan..

Ketika pena mula berbicara hanya bait-bait penulisan yang ditulis. Ketika saya masih bisa bernafas di buminya mengingatkan saya betapa perlunya saya mensyukuri setiap anugerah dan pemberian serta nikmat yang masih bisa saya kecepi. Punya keluarga disisi, teman-teman yang menghiburkan dan insan-insan yang saya sayangi. Saya masih boleh dan diberikan kesempatan merasainya lagi. Namun mengingatkan saya agar tidak mudah lupa. Jika saya lupa dan lalai ingatkanlah kembali. Saya merasakan setiap peluang yang ada perlu direbut kembali. Ya itu pasti.

Masa sering berputar dan jika ia boleh diundurkan kembali saya dengan redha mengatakan tidak. Kerana ia memang sudah tertulis. Pemulaannya dari kita dan kita sendiri perlu mencorakkan serta menentukan setiap arah pelayaran kita. Namun jika kita jatuh, bangunlah kembali kekuatan perlu dibina bahawa masih kita punya kesempatan dan peluang yang perlu digapai.

Jujurnya saya takut dan tertanya apakah yang akan berlaku seterusnya dalam wasilah hidup saya. Saya beranggapan jika ianya ia perlu bermula dengan baik kenapa tidak pengakhirannya juga begitu. Memang betullah, ALLAH s.w.t sebaik-baik perancang yang terbaik dan kita sebagai umatnya perlu yakin dengan segala ketentuannya. Jika kita masih boleh memilih jalan yang bersih kenapa lumpur yang perlu dijejakinya. Semakin hari saya mengenal pelbagai ragam manusia. Semakin itu juga mengingatkan saya. Apatah lagi, tidak kurang juga saya yang banyak ragamnya. Sehingga sudah lali ayat-ayat yang dikeluar oleh kedua ibu bapa saya. Setiap dari kita berbeza sifat dan perangai.

Dari situ juga saya belajar mengingatkan saya kepada setiap khilaf yang saya lakukan. Memang benar ungkapan dari teman saya. Setiap dari kita diberikan peluang yang kedua, terpulang saja pada kita samada mahu atau tidak. Pengalaman yang ada adalah peluang terbaik kita merasainya. Pengalaman juga adalah guru yang terbaik untuk kita bagi meniti hari-hari seterusnya. Ya betul, ramai yang mengatakan jangan cepat putus asa.

Semua itu boleh diluahkan dan yang menanggung itu individu tertentu. Saya merasakan tidak ada satu perkara yang tiada jalan penyelesaian. Mungkin kita buta hati atau mata hati. Saya juga keliru dan merasa tidak adil jika masalah datang menimpa Namun, saya perlu beranggapan positif dan yakin dengan setiap sesuatu.

Jujurnya lagi saya belum bersedia menjadi dewasa. Namun semakin hari bilangan angka umur saya semakin meningkat. woah!~ Apa yang tertulis adalah peringatan buat saya. Semuanya bermula dari hati kita. Luaran bukan tidak mencerminkan siapa diri kita.Tapi kenalinya dulu sebelum kita menilainya.

p/s:
saya betul mahu menulis dan berikan masa saya untuk menulis lagi.

24 December, 2009

Mari ingati kisahnya..

Salam buat semua..

Sewaktu saya bertemu kembali dengan teman lama walau hanya di alam maya dan dia menceritakan kepada saya keadaannya. Saya agak teruja apabila mendapati bahawa dia kini sudah bergelar seorang ayah walaupun dalam usia yang begitu muda.Siapa sangka hampir beberapa tahun tidak jumpa banyak kisah yang ingin diceritakan. Saya begitu gembira apabila dia kini sudah berkahwin dan dikurniakan seorang cahaya mata. Tahniah teman. Moga kebahagian milik kamu.
Justify Full
Apa yang saya kagumi faktor umur bukanlah penghalang bagi ikatan sebuah perkahwinan. Teringat saya kembali kepada sejarah dan cerita SAIDATINA Siti Khadijah binti Khuwailid atau Khadijah al Kubra wanita yang harus dikagumi oleh kita semua.

Beliau ialah anak perempuan pasangan Khuwailid bin Asad dan Fatimah binti Zaidah berasal daripada kabilah Bani Asad dari suku kaum Quraisy namun dikatakan bapanya itu terbunuh dalam peperangan Fujjar. Siti Khadijah sebelum mengahwini Rasulullah pernah berkahwin sebanyak dua kali, iaitu perkahwinan pertamanya bersama Ais atau Atiq bin Abid dan mendapat dua orang anak iaitu Abdullah dan Jariyah dan perkahwinan keduanya, adalah dengan Abu Halah bin Malik dan mempunyai anak iaitu Hindun dan Zainab.

Kedua-dua suaminya meninggal dunia menyebabkan Siti Khadijah menjadi janda atau balu sebelum berkahwin dengan Nabi Muhammad. Begitupun dikatakan Siti Khadijah telah puas menolak lamaran daripada ramai lelaki Quraisy yang kaya, berkedudukan tinggi dan berpengaruh besar di Kota Mekah sebaik sahaja kematian suami keduanya itu. Ini termasuklah pinangan daripada Uqbah bin Abi Muith, Abu Jahal dan Abu Suffyan.

Soalnya mengapa? Adakah kerana Siti Khadijah sudah tertutup hatinya dengan mana-mana lelaki untuk dijadikan pasangan hidup atau beliau berharap agar lelaki yang bakal dikahwini merupakan Nabi Muhammad. Namun kerana beberapa keadaan, beliau terpaksa memendam perasaannya itu terhadap pemuda yang sering menjadi sebutan penduduk Mekah itu.

Kita tidak dapat mengenalpasti jarak dan masa antara Siti Khadijah menjanda sehingga beliau mengenali Rasulullah yang menyebabkan beliau menolak kesemua lamaran-lamaran tersebut. Namun apa yang jelas, Siti Khadijah yang pada mulanya hanya mengenali Nabi Muhammad pada nama sahaja akhirnya benar-benar jatuh hati terhadap pemuda itu apabila mendengarkan segala kisah-kisah seperti yang diceritakan oleh hambanya, Maisarah sebelum ini.

Iaitu kisah keperibadian baginda yang sangat mulia dan kebijaksanaan Nabi dalam menguruskan dan menjayakan misi dagang ke Syam. Siti Khadijah benar-benar telah jatuh hati dan terpikat terhadap Nabi dan telah menyebabkan hatinya terbuka untuk mendirikan rumah tangga walaupun dengan seorang pemuda yang tidak punya apa-apa itu.

Malah dikatakan perasaan beliau terhadap Nabi Muhammad itu tidak boleh ditahan-tahan atau dihalang-halang lagi sehingga beliau berkata: "Jika segala kenikmatan hidup diserahkan kepadaku, dunia dan kekuasaan para raja Iran (Parsi) dan Rumawi diberikan kepadaku, tetapi aku tidak hidup bersama Muhammad, maka semua itu bagiku tidak lebih berharga daripada sebelah sayap seekor nyamuk".

Sehingga begitu sekali perasaan Siti Khadijah terhadap Nabi. Tetapi pernahkah Siti Khadijah sendiri meluahkan perasaannya itu terhadap tuan badan? Ibnu Hisyam dalam kitabnya Sirah Ibnu Hisyam (halaman 204), mencatatkan bahawa Siti Khadijah sendiri dikatakan pernah bertemu bagi menyatakan perasaannya terhadap Nabi Muhammad dengan berkata: "Saudaraku, mengingatkan hubungan yang ada di antara kita (bangsa Quraisy) dan kebesaran serta kemuliaan saudara di kalangan kaum serta kejujuran, akhlak terpuji dan sifat lurus dan amanah yang ada pada saudara maka saya sangat ingin untuk hidup bersama dengan berkahwin dengan saudara wahai Muhammad!"

Banyak lagi yang perlu kita fahami disebalik cerita dan sejarah seorang wanita yang dicintai Nabi S.A.W. Jika dulu faktor umur menjadi persoalan dalam sebuah ikatan perkahwinan dan kini pada saya itu tidak lagi. Apatah lagi apabila lelaki lebih muda berbanding wanita. Pandangan ini apa yang saya rasakan. Kita merancangan dan ALLAH jua yang menentukan. doa dan usaha itu perlu dalam apa jua keadaan dan kita pastinya mengharapkan yang terbaik.

Masih tidak terlambat saya ucapkan selamat berbahagia buat teman saya. Walaupun agak lapuk berita yang baru saya ketahui. Faktor umur bukan penghalang apabila teman saya baru sahaja menjangkau usia sebaya saya dan isterinya lebih jauh umurnya. Saya doakan kebahagian untuk kalian.

Terima kasih atas keizinan memberi fotonya..^_^

Terimalah pasangan anda dengan redha dan puas hati. Bersangka baiklah terhadap Allah S.W.T Maha Suci yang telah menentukan jodoh kita. Jangan diungkit-ungkit kekurangan pasangan anda. Yakinlah bahawa tiap sesuatu itu sudah ditentukan oleh Allah dan mempunyai pelbagai hikmah yang kadang-kadang kita tidak faham.

Dari sebuah hadis yang dipetik:
Rasulullah S. A. W. bersabda maksudnya: “Janganlah seorang lelaki mukmin membenci isterinya yang beriman. Bila ada perangai yang tidak disukai, dia pasti redha (menyenangi) perangainya yang lain (kebaikan)”.

p/s:
Baru berapa tahun tak jumpa dah ada yang kawen
Lau berpuluh tahun tak jumpa.Dah ada cucu agak ye..hehe..

Semangat ya teman-teman..^_^

Tiada lagi pencarian maklumat dan artikel akan dikeluarkan oleh kami. Tiada lagi desktop di hadapan kami ber 17 orang .Tiada lagi pertapaan kami di bilik makmal multimedia setiap hari selasa dan jumaat.Tiada lagi pembetulan dan penyemakan artikel akan dilakukan sambil cerita-cerita lain yang dikeluarkan. Hilang sudah permahaman kami terhadap page maker, adobe photoshope..hehe..Tiada lagi ulang-alik dan mundar mandir dalam makmal multimedia lagi.

Tiada lagi ungkapan "dah lama awak semua sampai?", "tak lama adalah 20minit" =p.(dialog yang sering kedengaran sebelum tugasan makmal bermula.) Tiada lagi pemulangan kunci di pejabat jika lambat keluar dari makmal multimedia. Tugasan terakhir bagi latihan amali dalaman yang akan kami lakukan akan menanti pada minggu hadapan. Mari bergelar budak-budak komuniti (duzz janggal!~ececeh~~=p)

Mari bersemangat kembali memulakan kuliah dan tugasan-tugasan lain untuk semester akhir ini.. ^_^

17 December, 2009

salam maal hijrah..

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Batu kecil dilepaskan ke air dengan timbulan pusarannya sebelum kelihatan riak-riak kecil. Batu hanya pepejal kasar yang tidak berupaya menahan diri dari tenggelam. Air tasik yang kecil dan kelihatan jernih hanyalah cairan yang hanya akan menelankan apa sahaja. Dan kita, pemandu arah yang akan membawa ke mana arah tujunya. Ke kiri ke kanan, ke hadapan atau kebelakangkah kita? Kita yang tentukannya. Tiada simpati yang perlu diraih kerna inilah diri kita.

Moga kejayaan dan sinar cahayanya milik kita. Salam maal hijrah buat semua..

^_^

16 December, 2009

Festival Filem dan Video Pelajar Malaysia

FFVPM (Festival Filem dan Video Pelajar Malaysia) atau dikenali sebagai FFPM (Festival Filem Pelajar Malaysia) merupakan acara kemuncak bagi industri filem Malaysia di peringkat pelajar-pelajar IPTA/IPTS. Festival tahun ini merupakan yang ke 7 dalam siri FFVPM.

maklumat lanjut di sini

p/s:
moga sukses untuk teman-teman media (Mention) ^_^

13 December, 2009

Nota-nota kecil genta rasa..

salam kesejateraan dan kegembiraan buat teman-teman semua..

Pertama:

Hampir sebulan lebih di rumah menghabiskan masa bersama keluarga walaupun cuma seketika setelah lama tidak bercuti. Perlu kembali meneruskan perkuliahan pada semester terakhir dalam masa 4bulan. Dirasakan masa begitu singkat berlalu menghadapi 3tahun sebagai pelajar.

Kedua:

Masa belajar yang tidak sampai 5bulan. Ya ALLAH permudahkanlah segala urusan. Moga segalanya berjalan dengan lancar. Tugasan luar dan dalam kuliah perlu disiapkan. Saya juga telah dimakluma siapa penyelia untuk kertasa projek saya oleh seorang kawan sewaktu di rumah. Mahu semuanya berjalan seperti yang dirancang.InsyaAllah..Jangan pernah mengalah pandanglah ia terus ke hadapan. Kejayaan pasti milik kita.

Ketiga:

Saudara kembar yang masih menjalani attachment di salah sebuah mahkamah tidak habis-habis mencerita segala perihal dan situasi yang sana. Memang penat bekerja tapi ia menjadi kepuasan apabila memang berminat untuk melakukan. Teringat peristiwa 2tahun yang lalu ketika saya bergelar pelajar undang-undang walaupun hanya dalam tempoh setahun.

Keempat:

11 disember saya dan teman ke Kedah. Menghadiri majlis perkahwinan Kak Huda. Macam tidak percaya apabila beliau sudah bergelar seorang isteri. Terasa keterujaan dan “nervous” sewaktu mendengar lafaz ijab dan kabul. Moga kebahagian milik mereka.Aminn....Doakan milik saya juga satu hari nanti. Perjalanan yang sangat menyeronokkan dan memang penat walaupun bukan saya yang memandu. Ini mungkin percutian dan jalan-jalan saya yang terakhir di Universiti.

Kelima:

14 Disember sudah 18tahun arwah adik meninggalkan saya. Kini tinggal saya dan saudara perempuan sahaja. Moga rohnya sentiasa dirahmati ALLAH. Ingatan ini masih kekal sehingga kini.

Ke enam

Dan kini saya merasa detik-detik hampir mencecah umur 22 tahun. Satu angka yang begitu sukar digambar. Kini kedewasaan menanti saya. Bersyukur kerna masih berada di BumiNYA lagi. Hari-hari yang mendatang itu cabaran dan nikmat yang perlu sentiasa disyukuri. Doakan kebahagian milik kita semua.

^_^

13 November, 2009

selamat semuanya ye..

Selamat bercuti buat semua teman-teman. Paper terakhir saya tamat jam 10.30am pagi tadi. Melangkah keluar dari dewan peperiksaan dengan begitu yakin. (Paper ni je kot yang terasa ok.aduuhh..) Jumpa lagi semester depan dan semester terakhir sebelum saya tamat belajar.

Mohon maaf salah dan silap. Terlanjur kata dan perbuatan yang tidak disengaja membuatkan ada dikalangan teman-teman yang terasa dengan saya. Ada hati dan perasaan yang terguris. Perbuatan yang lalu dijadikan peringatan dan usah diungkitkan lagi. Saya mohon ampun salah dan silap sekali lagi.

Moga semua urusan kalian dipermudahkan begitu juga saya. Selamat bercuti buat semua. Bagi yang sedang meneruskan penulisan tesis, semoga semuanya berjalan seperti yang dirancang. Jumpa lagi untuk tulisan saya akan datang. Moga diberikan kesempatan.

Ilal liqo ma’al salamah

p/s: cuti tak sampai 2 bulan pun..bulan 12 dah strt kuliah.haish~~

11 November, 2009

masa masih bergerak ??

Jam hampir 2 pagi tapi tak boleh tido-tido lagi..Selepas siapkan nota untuk last paper khamis ni. Terngiang-ngiang perbualan telefon tadi kira-kira jam 9pm.Pengakuan ikhlas telah dibuat sepanjang perbualan telefon antara saya dengan mr General di rumah tadi. Kebetulan bertanyakan bila masa kami akan bertolak untuk pulang ke rumah..

Bla..bla..bla3x..

Dialog gerun: "Tak pe abah tunggu kamu betul-betul sampai depan rumah nanti" erkk!!

Ohhh tidak..mati saya..ada sesiapa yang boleh selamatkan saya sekali lagi. kamu? (^_~)

p/s:
dah buat pengakuan tu tapi dari telefon je..tak berani jgk depan-depan
betul-betul rumahku bergegar kali ni ..T_T
sila tdo skg~ nite

07 November, 2009

Berdepan Dengan Bakal Isteri Dan Ibu ..

Masih teringat kata-katanya sewaktu saya meminta nasihat tentang panduan mendidik anak perempuan. Maklumlah, majoriti anank-anak saya lelaki. Adakalanya bagai ketandusan idea dan cara untuk berdepan dengan kerenah anak perempuan

"Perlu banyak meraikan".

Begitu kata Tok Wan apabila ditanya tentang tip mendidik anak perempuan.

"Meraikan bagaimana?"

"Raikan mereka dengan kata-kata, belaian dan pemberian. Itu caranya."

"Maksudnya?"

"Hargai pandangan, kegembiraan, kesedihan, kejayaan dan kegagalannya. Selalu ucapkan tahniah, takziah, pujian dan pujukan. Pada ketika yang sesuai, berilah hadiah."

"Kenapa Tok Wan?"

"Umumnya perempuan makhluk perasaan berbanding lelaki makhluk akal. Pendekatan meraikan lebih berkesan bila berdepan dengan perasaan. Pendekatan ini lebih menyentuh dan berkesan."

"Itu pendekatannya, bagaimana pula prinsip asasnya?"

"Wah, kau bertanya, macamlah Tok Wan ni seorang profesor!"

Tok Wan bergurau. Sejenak kemudian, sambil tersenyum dia berkata, "Itu kena bayangkan...bakal isteri. Kemudian, bakal ibu!"

Wah, Tok Wan dah mula bersilat kata! Saya perlu lebih kritis menyoalnya.

"Bayangkan isteri? Isteri saya?" usik saya.

"Anak perempuan kita bakal seorang isteri. Jadi bayangkan bagaimana sifat seorang isteri sejati. Itulah "end in mind" yang perlu sewaktu mendidik anak perempuan," jelas Tok Wan yang memunyai latar belakang pendidikan agama dan Barat itu.

Belum sempat saya mencelah, soalan Tok Wan mula menerjah, "Apa kau inginkan daripada seorang isteri?"

"Ketaatan", balas saya cepat.

"Lalu didiklah anak perempuan tentang ketaatan. Latih agar dia patuh pada perintah yang baik. Apa lagi?"

"Malu."

"Didik supaya dia mengekalkan rasa malu pada tempat dan ketikanya. Latih dia sentiasa menjaga aurat, tidak meninggikan suara dan tidak lasak pada gerak fizikalnya. Ajar erti maruah dan harga diri. Lagi?"

"Cantik...."

"Wah, tak lupa ya....Latih supaya dia menjaga kecantikan, tingkah laku, wajah, pakaian, tempat tinggal, bilik dan lain-lain. Biar dia pandai menjaga kekemasan, kecantikan dan keindahan. Biar dia peka dengan nilai-nilai estetika. Lagi?"

Saya diam. Dalam ruang fikiran tergambar isteri saya - ibu anak perempuan saya.

"Kau lupa agaknya..." usik Tok Wan.

"Tok Wan laju sangat...."

"Anak perempuan mesti dibiasakan suka berada di rumah.Bukan bermakna dia tidak boleh keluar, tapi biasakan dia suka di rumah. Rumah adalah gelanggang wanita. Ruang itu kecil tapi besar peranannya. Ketika suami keluar, isterilah pemimpin anak-anak dan pelindung hartanya."

"Ini payah Tok Wan, sekarang ini perempuan dah luas gelanggangnya!"

"Ah, kekadang yang luas hanya gelanggangnya, tapi kecil peranannya. Sedangkan di rumah walaupun kecil gelanggangnya, tapi amat besar peranannya. Pernah dengar madah, tangan yang mengayun buaian boleh menggoncang dunia?"

"Tadi Tok Wan kata, kena bayangkan juga bakal ibu."

"Apa yang paling kau hargai daripada seorang ibu?"

"Kasih sayangnya."

"Didiklah agar anak perempuan agar bersifat pengasih. Pengasih dengan adiknya, abang, kakak, binatang peliharaan dan sebagainya. Sebab itu anak perempuan digalakkan bermain dengan anak patung. Itu menyuburkan rasa kasih sayang kepada bayi. Lagi?"

"Sabar."

"Seorang ibu perlu sabar; sabar menanggung perit kehamilan, sakit melahirkan, menjaga sakit-demam, ragam dan kerenah anak. Tanamkan sifat sabar anak perempuan dalam menanggung kesakitan, keletihan, kekecewaan dan sebagainya."

"Mana lebih bayah didik anak perempuan atau anak lelaki?" tanya saya. Dia senyum sinis. Terasa bodoh pula menyoal begitu.

"Soalan itu tidak betul! Sepatutnya soalannya begini, ada beza tak antara mendidik anak lelaki dengan anak perempuan? Senang dan susah itu terlalu relatif dan subjektif sifatnya."

"Beza tak?" pintas saya penuh akur.

"Tentulah, sebab lelaki dan wanita memang berbeza. Tuhan jadikan darjat kedua-duanya sama, tapi peranannya berbeza. Bukan sahaja ciri-ciri fizikal berbeza tetapi ciri-ciri rohaniahnya jua."

"Kata orang bela lembu 10 ekor lebih mudah daripada seorang anak perempuan."

"Perbandingan yang tak relevan. Manusia berbeza dengan lembu. Kita ada hati, akal dan perasaan."

"Tapu tak ada yang kata membela 10 ekor lembu lebih mudah daripada seorang anak lelaki..."

"Terpulang pada "gembala"nya. Kena gaya dan caranya, 10 orang anak perempuan pun boleh dijaga."

"Apa tip Tok Wan untuk Sang Gembala?"

"Bila berdepan dengan anak perempuan, bayangkan kita berdepan dengan bakal isteri. Adakah menantu lelaki kita nanti akan mendapat isteri yang solehah? Bayangkan kita berdepan dengan bakal ibu, adakah cucu kita kelak bakal mendapat ibu yang mithali?"

"Lagi Tok Wan?"

"Untuk menjadi seorang ayah yang baik kepada anak perempuannya, Sang Gembala mestilah menjadi seorang anak yang baik kepada ibunya dan suami yang baik kepada isterinya!"

"Lagi Tok Wan?"

"Last but not least, Sang Gembala wajib baik kepada Tuhannya!"

Saya terdiam. Diam yang panjang. Perlukah saya menyoal lagi?

sumber

betul ke perempuan sll bercakap ikut emosi? erkk!!

06 November, 2009

Ikhlas...

Saya memohon ampun dan maaf jika dari perlakuan dan kata saya ada yang menyinggung hati dan perasaan kalian diluar sana. Saya mohon maaf. Mungkin ada yang tidak terlintas ingin melakukannya dan juga betul-betul tidak sengaja.

Saya memohon ampun dan maaf dengan seikhlas hati. Tapi memang sukar untuk menzahirkan sejauh mana keikhlasan yang digambarkan seseorang itu. Bukan saya juga yang menilai sejauh mana betul-betulnya maaf yang dikatakan. Tapi jika saya katakannya, itulah maksudnya.

Setiap gerak-geri dan perlakuan harian penganutnya dianggap sebagai ibadat. Setiap amalan sama ada berbentuk duniawi atau ukhrawi memperoleh ganjaran pahala jika diniatkan penuh ikhlas kerana Allah. Oleh itu selama mana seseorang muslim itu menyerahkan dirinya kepada Allah dengan penuh tulus keikhlasan, maka selama itulah segala tingkah laku perbuatan dan percakapannya akan dinilai sebagai langkah menuju kepada keredaan Allah. Kita hendaklah menjauhi sifat-sifat yang buruk yang boleh menghakis sifat keikhlasan seperti riyak, ujub.Sifat riyak itu sebahagian daripada syirik tersembunyi kepada Allah.

"Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada tubuh badan dan rupa paras kamu tetapi Dia hanya memandang kepada hati sanubari kamu."

Saya tidak bermaksud melalui hadis atau dalil-dalil ALLAH yang saya nyatakan membuktikan saya begitu ikhlas memohon maaf setiap apa yang saya lakukan. Namun sekadar mengingat diri saya yang masih punya khilafnya. Mohon maaf di atas pekara yang sengaja atau tidak disengajakan..

Sekian...

p/s: Moment to remember..

05 November, 2009

checklistku sebelum cuti ...

Salam kegembiraan buat semua..

lega buat seketika sebab merehatkan diri untuk soalan-soalan yang memeningkan kepala sem ni. Pesanan pada diri:Jangan nak pandai-pandai jadi peramal soalan kalau kamu bukan Pensyarah. Erkk!! Sangat payah soalannya moga ada keajaiban untuk diriku dan teman-teman yang lain. Atau saya sahaja merasakan setiap bait-bait perkataan soalan itu sungguh menyusahkan hati.ahaha..

Apakah lagi yang masih tertinggal dalam senarai fikiranku sekarang:

  • Persiapan balik pulang bercuti di rumah sudah siap.
  • Tempah tiket belon pulang ke rumah sudah siap
  • Kemas barang,simpan buku-buku,nota-nota buat harta pusaka untuk anak kelahiran akan datang. motif??.
  • Bawa balik baju berwarna hitam dan putih pesanan adikku.. Praktikal pun nak pakai black and white. Haish~
  • Tempat praktikal pun dah ada dalam senarai. Menanti masa untuk pilih. Banyak betul tempat praktikal yang ditawarkan. Jangan risau kalian sangat beruntung memilih diri ini. (ok sila jangan perasan)
  • Makan KFC atau MCD sebelum pulang bercuti di rumah. Oh fries sedap..aduuh lapar~ orangnya sudah dikenal pasti .^_^.
  • Yang paling penting, rekod kenakalanku(rekod tercemar) sepanjang di Universiti berhadapan dengan Tuan General di rumah.oh tidak T_T..please (anyone can help me?) Buatkan surat pengesahan yang saya memang budak baik sepanjang berada di kolej selama ini. Rumahku bakal bergegar nanti.
  • Oh lupa masih ada 1 subjek lagi untuk diulangkaji, "Isu-isu dasar Awam"yosh!!
p/s:
doa dan tawakal setelah usaha dilakukan dengan bersungguh-sungguh.
rindu leteran ibu di rumah,membebel anak gadisnya yg cute sgt rajin dirumah..=p
hatiku tertinggal satu di kolej ^0^
^_^

03 November, 2009

Don't Take Panadol For Period Pain

* Refrain from taking panadol

According to a genealogist, 8 out of 10 girls will have cyst, however we have control over it too. How? We must not let it grow bigger or into a blood cyst:

1) Refrain from taking panadol or ponstan painkiller to subside the pain..... however there are many side effects too and when you are immune to the drugs it will not help whether you take the entire row of painkillers or not.

2) Pain endurance ~ The menstrual cramps do subside after a while. Well, lets say you can't endure the pain without any painkillers; this is the time to go see a genealogist (women have a higher threshold of pain than man).

3) Ways to counter menstrual cramps:

a) Refrain from taking icy drinks especially one week before your period);

b) Take a 1000mcg of Evening Primrose Oil every 2 days;

c) Regular Exercise. It really helps relieve menstrual cramps, 3 times per week (if you can);

d) Chinese medicine Pill (Pak Fong wan) - Have 1 pill a week before and after your Menstruation, it helps to regulate and replenished nutrients in your body. If you are vegetarian, you will not be able to take it.

e) Have plenty of vitamins A and D. Carrots, spinach, broccoli, fish, papayas, etc...

You are what you eat so please do take care of your body. Something to add on ... Ladies please drink lots of milk! or high calcium products especially if u intend to give birth),

I'm not trying to advertise for Milk Company but it can really prevent osteoporosis. It's not fatal but can cause lots of inconvenience to your life in future... So start drinking now....'

Severe/slight abdominal pain: it's not something to be taken lightly.. Women should not treat "Endometriosis" (abdominal pain before / during their menses) lightly cause the side effects will come a few years later after marriage whereby the disease will develop into cysts (sac found in the body, containing liquid matter).

If the cyst got bigger, you'll have to undergo a surgery to remove it but if it's a blood cyst, things may get worse as your womb / pelvic / uterus / fallopian tubes will be infected and create more problems. If the infection is not properly treated, serious problems like infertility may arise.

So, whenever you girls do experience period cramps, dun just pop a Panadol or Ponstan to relieve the pain instead go to a genealogist for a further diagnosis as you never know that you're suffering from one which may not at first seems like a serious problem.

p/s; jangan ambil penadol ketika bendara merah tp jom ke MCD makan fries errkk!^_^

02 November, 2009

hanya kerana mulut..

Mulut bisa berkata-berkata manis,mulut juga bisa berbohong namun segumpal daging di dalam jasad kita sukar untuk menafikannya.

Bukti yang nyata dan jelas dalam kata-kata maha Agung penciptaNya:

"Pada hari itu bumi menerangkan berita-beritanya. (Al-Zalzalah, ayat4)

"Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya terpisah-pisah supaya diperlihatkan perbuatan-perbuatan mereka. Barang siapa yang melakukan kebaikan walau sebesar zarah nescaya akan melihatnya, Dan barang siapa melakukan kejahatan walau sebesar zarah juga nescaya akan melihatnya" (Al-Zalzalah, ayat6,7 dan 8)

Sebelum ini persoalan mata diajukan, sehingga ramai yang mencantumkan ia dengan beberapa lirik lagu dan bait-bait kata yang indah, sememangnya teman-teman yang ada begitu kreatif dan bijak dalam menambah kefahaman tentang apa yang dimaksudkan dengan nikmat mata itu. Dari maat turun ke hati,namun terlanjur kata mudah dikeluarkan dengan sejuta kata ‘maaf’.

Kini, kita bicara mengenai perlakuan mulut-mulut kita pula. Setiap manusia akan dipanggil di hadapan Allah swt untuk ditanya tentang tindak tanduknya di dunia dan akan pasti diminta pertanggungjawaban atas kesemua nikmat dan keistimewaan yang dikurniakan Allah swt berupa akal fikiran, nafsu-nafsi, harta benda, anak pinak, isteri-isteri dan lain-lainnya. Jika digunakan betul sesuai dengan kehendak syariat Islam, nescaya akan memperolehi ganjaran yang baik di sisi Allah swt, begitu juga jika sebaliknya.

Sesuai dengan Firman Allah di atas, perbuatan kita akan pasti diadili. Tiada siapa pun yang akan terlepas dari tanggungjawab ini. Allah swt menghidupkan pertuturan yang keluar dari mulut kita dengan nafsu yang hidup pada nyawa Niati, yakni nyawa yang khusus diberikan kepada mulut dan tutur kata kita. Ia bersifat puji-pujian yang jernih, halus dan tahu akan zat Allah swt.

Nyawa Niati inilah yang akan menjawab segala persoalan berhubung apa yang telah kita tuturkan selama hidup di dunia ini. Jika tutur kita cenderung kepada perkara-perkara yang baik, maka baiklah balasannya. Jika digunakan tutur kata ini untuk mengumpat, mengeji sesama kita, memaki hamun, menghina dan memalukan yang lain. Kerna setiap kata-kata yang keluar dari mulut kita adalah doa. Maka berkatalah yang baik. Nauzubillah (minta di jauhkan Allah swt) akan buruklah pula balasannya.

Saya antara yang jarang menjaga tutur kata, oleh itu saya mengingatkan diri sendiri dan teman-teman supaya sentiasa memohon maaf jika terlanjur kata. kerna saya juga seorang manusia yang tidak lari dari salah silapnya. Kerna saya juga terlanjur menggunakan emosi tanpa memikirkannya kembali.

Kerana pulut, santan binasa. Kerana mulut badan kita akan menerima balasan yang sudah dijanjikan .^_^.

wallahua'lam..

30 October, 2009

CERITA HATI...

Semalam yang telah pergi
Menghilang tanpa jejak
Membawa bersama cereka
Duka dan ketawa

Dan kini ku mencari
Kalau masih ada kesan
Yang terus tersisa di dada
Pantai permainan

Jalanan yang panjang
Bersimpang haluan
Bagai pentas luahan rasa
Tiada bersempadan

Pada awan biru ku melakar kata-kata
Pada langit cerah ku panah semua cerita
Dengarlah mentari suara hatiku menyanyi
Berterbangan jiwa merentasi pelangi

Gerimis menitis gugur membasahi bumi
Bagai menangisi sebuah cerita hati
Andai kau fahami semua hikayat pendeta
Seribu tahun kau pasti bisa setia ke alam syurga

Mungkinkah ada esok
‘Tuk ku ukirkan kalimah
Menjadi arca pembuktian
Pengabdian cinta

29 October, 2009

snippets..

walaupun cuma sindiran..tapi masih terasa sakitnya kerna masih punya hati dan perasaan..
Mungkin perasaan dan tindakan ini juga salah..
Sekian....

Aku menganggap diam sebagai perniagaan. Meskipun tak ada untungnya, paling tidak aku tak merugi. Diam ibarat barang niaga yang membawa banyak keuntungan bagi pemiliknya.

( Imam Syafe'i )

23 October, 2009

tinggal blog buat seketika..fokus pada final exam

wish me luck ^_^

20 October, 2009

Edisi Terhad ^_^

Untuk julung-julung kalinya penantian majalah Advokasi Komunikasi dan Dasar Awam sesi1 09 akan diterbitkan tidak lama lagi.masih dalam proses editing (ececeh ~~)---> tunggu untuk printing pula..Sila fokus pada wawancara yang kami lakukan.errk=p

"Evolusi Dunia Siber. Tumpuan diberikan kepada perubahan teknologi semasa yang semakin mencabar. Akta dan undang-undang masih lagi digunakan?sejauh mana keberkesanan undang-undang yang sedia ada? Ancaman yang begitu ketara di alam maya yang pasti menggugat pengguna internet pada masa kini. Namun sejauh mana kematangan kita semua sebagai pengguna pada hari ini. Semuanya telah terjawab dan akan diperolehi melalui keluaran majalah kami pada sesi ini.

sila bersabar semua ^_^

p/s:
berapa harga nak jual majalah ini? erkk!(nani sila fikirkan harganya..keuntungan bg sama rata)
kamu tq tolong buatkan cover hari itu..inspirasi tercetus melalui nya^_^
Credit to KP..and semua krew-krew advokasi sesi 1 2009/2010 (En.Hashim n Pn Rusyda)
warna oren hitam cover ni..aduuh..kuar biru lak..

p/s penting; puan sila beri A utk latihan amali dalaman kami .^_^.

POSTER TELAH DI EDIT..NI BARU BETOL OREN HITAM.BARU TAHU MASA KAT MAKMAL SEWAKTU EDITING MAJALAH ^_^

19 October, 2009

Final exam ---> Nextweek

salam imtihan buat teman-teman semua..

26/10 --> DASAR DAN PERANCANGAN SOSIAL

28/10 --> ISLAM DAN KEBUDAYAAN MELAYU

29/10 --> PERANCANGAN STARTEGIK

30/10 --> METODOLOGI PENYELIDIKAN

04/11 -->INDUSTRI KOMUNIKASI DASAR& UNDANG-UNDANG

12/11 --> ISU-ISU DASAR AWAM

p/s: baru nak bermula ulangkaji errkk!!
sila jangan terasa kelamkabut..

modal paling baik dari seseorang ialah kerajinan, tawakal dan berdoa setelah kerja yang dilakukan bersungguh-sungguh.

^_^

15 October, 2009

Conference ends- Mention'09 International Conference Media n Communication

tamat sudah Mention09 pada tahun ini. Kali kedua saya sertai selepas ia berlalu 2 tahun yang lalu ketika masih di tahun 1. Mungkin ini peluang yang terakhir selamat tamat pengajian di MENTION. pasti akan merinduinya kembali (ececeh..erkk!=p) Hari ini sempat lihat beberapa pembentangan je. Tak sempat selepas diriku menghilang terus dari majlis yang berlangsung..^_^..

Industri Animasi di Malaysia: Dasar, Sistem serta Pola pengurusan Produk dan perkhidmatan - Yang Mee Eng

Online Censorship: Is it allowed under Malaysia Law?
by Dr Nazura Abdul Manap

p/s :
media online lebih jujur dalam menyuarakan sesuatu perkara sedangkan bahan bercetak seperti akhbar masih lagi terdapatnya sekatan dan tapisan(gate keeping process)??..

namun sejauh mana persepsi khalayak terhadap kredibiliti media?

teringin nak jadi presenter pulak nanti ^_^

Day 2 Mention'09 International Conference MEDIA AND COMMUNICATION..

Hari kedua Mention09 berjalan dengan lancar. Saya berkesempatan menyertai beberapa sesi pembentangan disebabkan kelapangan waktu di meja pendaftaran bagi presenter and participant luar yang masih belum mendaftar.

Day 2:
Youth development&development Comm.Empowering at-risk-youth by Prof.Dr.Samsudin (mention)

1Malaysia: Culture representation and identity by Prof.Dr.Latifah

Persepsi Khalayak terhadap kredibiliti Media -Dr Normah Mustafa (merupakan kajian awal yang dilakukan oleh beliau)

Komunikasi teknologi dan hubungan kerja: kajian awal diorganisasi bertaraf koridor raya multimedia (MSC) by Norizah Aripin USM

Inovasi Perkhidmatan Awam Malaysia Melalui pelaksanaan E-Kerajaan:Satu kajian empirikal di Lembah Klang - Pn.Maizatul Mahbob

Keberkesanan Komunikasi keorganisasian sektor awam -Wan Idros (sangat kelakar ketika beliau membentangkan hasil kajian yang dilakukan.

day 3: last day Mention09

sebahagian senarai tajuk untuk hari ini:

Online Censorship: Is it allowed under Malaysia Law? by Dr Nazura Abdul Manap

Media Sphere and Public Sphere: Pakistani media negotiating the concept of Taliban by Abida Eijaz,University of the Punjab Lahore Pakistan.

Budaya Popular dan Komunikasi: Impak kumpulan Muzik Rock Slank terhadap slankers -Rizky Hafiz Chaniago.

p/s :closing ceremony 1pm.. ^_^

12 October, 2009

Mention'09 International Conference MEDIA AND COMMUNICATION..

The School of Media and Communication Studies, Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia will organize the International Conference on Media and Communication, in short MENTION2009 in October 2009. MENTION2009 welcomes active participation from academics, practitioners and graduate students in media and communication as presenters and participants. This conference will be held at the Universiti Kebangsaan Malaysia.

Conference Date:

13, 14 & 15 October 2009

Venue

MENTION2009 will be held at the Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor.

No. Name of Presenter/s Title of paper Universiti :

1. - Shamsul Azman Abdul Aziz
- Mariah Muda The Perceived Impact of Video Game Interactivity on the Behavior of the Young Adult Male Universiti Teknologi MARA, Shah Alam MALAYSIA

2. Mohd Nazri Ibrahim
- Abuzar Abd. Halim
- Mariah Muda Media Agenda and Public Opinion as Reported by Utusan Malaysia Online and Harakah Online During Pre and Post UMNO Assembly 2008 Universiti Teknologi MARA, Shah Alam MALAYSIA

3. N.V. Prasad
- Prof. Madya Shanti Balraj
- Prof. Dr. Mohammed Zin Nordin
- Prof. Dr. Ambigapathy Pandian Developing Media Literacy in Selected Schools in Malaysia: Youth, New Media and the Environment in a Video Research Study Universiti Sains Malaysia
MALAYSIA

4. Monishankar Prasad Localizing Environmental and Sustainability Communication for Asia: An Effort Towards ‘Customizing This Message’ OMAN

5. Akmar Hayati Ahmad Ghazali
- Siti Zobidah Omar
- Jusang Bolong/Mohd. Nizam Osman Keperluan dan Kepuasan Pembaca Remaja Terhadap Kandungan Berita dalam Akhbar Universiti Putra Malaysia
MALAYSIA

6. Ezhar Tamam Ethnic Identity Attachment, Interethnic Friendship Universiti Putra Malaysia
MALAYSIA

7. Dr. Sasmit Patra Indigenized Communication Knowledge and the Evolving Indian Psyche Xavier Institute of Management, Bhubaneswar, INDIA

8. -Shahril Anuar Abdul Ghalim
-Noor Mayudia Mohd Mothar
-Siti Hajar Abd. Aziz The Framing of Islamic-related World News by International News Agencies in the English Mainstreams Newspaper in Malaysia Universiti Teknologi MARA, MELAKA

9. Chang Peng Kee Building The Blog Frames on chedet.com Universiti Kebangsaan MALAYSIA

10.Sharon Wilson
- Prof. Madya Dr. Faridah Ibrahim Sensationalizing the Dead Bodies: Imparting the Knowledge But Where’s the Ethics? Universiti Kebangsaan MALAYSIA

11. Yang Mee Eng - Industri Animasi di Malaysia : Dasar, Sistem serta Pola Pengurusan Produk dan Perkhidmatannya Multimedia Development Corporation (MDeC) MALAYSIA

12. Abida Eijaz Media Sphere and Public Sphere : Pakistani Media Negotiating the Concept of Taliban University of the Punjab Lahore, PAKISTAN

13. - Yamato Eriko
- Dr. Hamisah Hasan Communication Phenomena as a Cultural Process Universiti Putra Malaysia

14. - Dr. Hamisah Hasan
- Daniel Kamal Mustaffa Kamal Fast-food Culture in Malaysia Universiti Putra Malaysia MALAYSIA

15. - Norizah Aripin
- Dr. Hasrina Mustafa
- Dr. Adnan Hussein Communication Technology in Workplace: A Study in Organization Status of the Multimedia Super Corridor Universiti Sains Malaysia MALAYSIA

16. Dr. Nazura Abdul Manap Online Censorship : Is it Allowed Under Malaysian Law? Universiti Kebangsaan Malaysia MALAYSIA

17. - Haslina Halim
- Syarizan Dalib Building Successful Intercultural Teams : Bridging Cultural Differences Through the third Culture Universiti Utara Malaysia MALAYSIA

18. - Gita Bamezai
- Isha Bhatnagar
- Prashant Kesarvani Behavior Change Communication Research for Setting Directions for Millennium Development Goals: an Agenda for Change -Indian Institute of Mass Communication -Population Council INDIA

19. Ng Chee Huat Making Sense of Nescafe Advertisement : Young Vietnamese in Cultural Crossroads JCNY Communications Sdn. Bhd MALAYSIA

20. M C Rasmin Using ICT and Strengthening Public Voices Citizen Journalism in Sri Lanka SRI LANKA

21. Subhan Afifi Kajian Future Studies Dalam Persoalan Identiti Nasional dan Industri Televisyen di Indonesia Universiti Malaya MALAYSIA

22. - Azahar Kasim
- Dr. Norhafezah Yusof
- Dr. Mohd Azizuddin Mohd Sani
- Dr. Syd Abdul Rahman Hj. Syd Zin Media and Democracy Rights of Citizens : are mass media propagating the truth Universiti Utara Malaysia MALAYSIA

23. - Noor Aishah Hussin
- Liza Shahnaz
- Prof. Madya Dr. Saodah Wok Facebook : Self-Indentify, Self-Representation and Self-Expression Universiti Islam Antarabangsa MALAYSIA

24. - Prof. Dato’ Sri Syed Arabi Idid
- Prof. Dr. Abdul Rashid Moten
- Prof. Madya Dr. Saodah Wok Factors Influencing Malaysian Youth : First Identity Disclosure Universiti Islam Antarabangsa MALAYSIA

25. Dr. Wan Amizah Wan Mahmud Standard British, Penapis Filem British, penonton tempatan : Memperibumikan penapisan filem di Malaysia Universiti Kebangsaan MALAYSIA

P/s: xsabar nak jumpa Prof. Dato’ Sri Syed Arabi Idid yang selalu disebut mr cpk ^_^

11 October, 2009

3 sahabat 1 rasa berbeza.

Mungkin dulu mereka bertiga. Impian dan cita-cita dikongsi bersama. Namun, bila tiba seorang pergi teruskan minat yang yang berlainan bukan dalam bidang yang sama. Mengejar cita-cita yang dinginkan. Tinggal dua sahabat. Datang seorang sahabat terbentuk tiga. Kini mereka bersahabat hampir dua tahun. Namun terasa ada sesuatu yang kurang. Mungkin juga tersilap kata, tergambar perbuatan yang tercalar hati, terluka hati yang tidak sengaja. Keputusan diambil dengan memberikan ruang. Mungkin perasaan salah meneka. Hati mungkin terguris. Tapi itulah yang dirasa. Agar tali yang renggang tidak akan terus putus. Mungkin ini juga salah. Tidak tahu mengungkap dengan kata-kata. Berikan ruang hanya untuk seketika... Mohon maaf salah dan silap ..

p/s : ulangkaji peperiksaan dah hampir..

05 October, 2009

dari kangar ke kota london..=p

ok2x jangan keliru dengan tajuk ya..tiada kena mengena pun..(nani mesti teruja.teruja kah? =p)

Ting tong!! Pening~~ dah penat..Jadi rehatkan minda kita sambil membaca karangan budak sekolah. Teringat masa sekolah masa kecil dulu. Pegi balik abah ambil adik dan saya naik motor 3 orang..hehe.. Khas untuk blogger dr kangar ke kota london yang think thinking ting tOng semalam.. dan Asignment yang melanda diriku minggu ini..

ingat bdk ni takut hantu..rupanya hantu takut dia..hahaha..

p/s:
kredit utk kamu nas nipon
cerita ni kelakar...korang kelakar tak?ngee~~~
ok sila tido sekarang..penat~~~

04 October, 2009

Isu Keutamaan Antara Sunat Syawal & Qadha

Sekadar perkongsian bagi yang kurang jelas. Sy pun keliru juga banyak yang ditanya.Melihat kepada persoalan kakak cun di FB(sila jangan perasan ya=p).Saya ke blog Ustazah AZimah jika ada maklumat ini. Moga mamfaat untuk kita semua. ^_^

sumber

Bertemu lagi kita di catatan ustazah pada kali ini dengan tajuk yang suka ustazah kongsikan bersama iaitu tajuk “PUASA SUNAT SYAWAL/ PUASA ENAM”

Dari Abi Ayyub Al-Anshari ra bahawasanya Rasullullah saw bersabda : ” Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diikuti nya puasa itu dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, maka pahalanya akan sama dengan puasa setahun”
(Hadis Riwayat Muslim)

Lihatlah ya betapa beruntung dan berbahagialah sesiapa yang mampu dan berupaya melakukan dan melaksanakan puasa 6 hari pada bulan Syawal ni seperti mana yang telah termaktub didalam hadis di atas. Puasa enam hari sahaja tapi pahalanya.. sepeti berpuasa setahun, siapalah yang larat nak puasa setahun ya..kalau ustazah sendiri pun entahlah siap dgn “uzur syarie” lagi..dh tentu tk dapat punya!.

Sebenarnya pagi tadi di sekolah ustazah, sedang kami duduk2 berehat di staf room adalah seorang kawan ni bertanya ustazah k” ada orang kata bila kita puasa 6 di bulan Syawal kita kena niat dua kali, betul ke ustazah?” Apa..kena niat dua kali kenapa pula ? saya bertanya lagi kerana tak berapa faham apa yang dimaksudkan oleh sahabat saya itu. Katanya lagi:” ya la..satu niat puasa ganti, satu lagi niat puasa 6.Ustazah tolonglah beritahu saya yang mana yang sebenarnya kena ganti puasa wajib dulu ke? atau buat puasa 6 dulu kami pun dah keliru ni?kata sahabat ustazah yang lain pula.

Macam nilah ye:

1. Kita kena dahulukan perkerjaan atau perbuatan yang disuruh Allah itu yang wajib dahulu, jadi..kita terutama orang perempuan yang berniat hendak mencari pahala lebih dengan melakukan puasa sunat 6 di bulan Syawal itu mestilah terlebih dahulu mengganti atau mengqadakan puasa wajib bulan ramadhan yang telah ditinggalkannya. Tidak kiralah disebabkan oleh haid,nifas, wiladah atau pun sakit. Setelah itu bolehlah terus berpuasa sunat Syawal yang 6 hari itu tadi.

2. Tentang baca niat dua kali pula sebenarnya bukan niat yang kena baca dua kali tetapi kita berniat puasa ganti dan Allah memberi kita pahala atau dua kebaikan iaitu pahala qada puasa dan juga pahala sunat puasa 6 itu tadi, Allah itu Maha Penyanyang Lagi Maha Adil. Sangat beruntung kita yang menjadi ummat islam ini.

3. Jika begitulah keadaannya kita orang perempuan bolehlah mengganti atau mengqada puasa ramadhan kita dengan awal, tak perlulah menunggu sampai tibanya bulan rejab/ syaaban tahun hadapan pula.Ganti awal2 kan senang, nyawa kita ni umpama telur dihujung tanduk, dh lah kita pinjam sukahati Allah lah nak ambil balik bikla2 Dia suka kan ..

Tetapi kebanyak orang melayu dan orang islam sekarang ini, banyak yang silap konsep mengutamakan yang sunat dari yang wajib. Lihat sahajalah masjid atau surau sekarang sudah sunyi semula, kekurangan jemaah berbanding semasa solat sunat tarawih tempohari penuh, sampai solat di kaki lima masjid atau surau. Sama juga fenomena waktu solat fardhu subuh pada 1 Syawal yang lalu masjid sunyi je hanya jemaah yang ‘tegar’ sahaja yang ada tapi bila masa Solat Sunat Aidilfitri melimpah2 orang.. ada yang sampai solat di atas rumput, punya ramainye orang.. Perkara ini jugalah yang telah dibincangkan dalam AL-kuliyah TV3 pada Jumaat 25.9.09 yang lepas dgn tajuk Aidilfitri bertaqwa.

Harapan ustazah janganlah kita silap dalam melakukan kerja 2 , amalan2 atau perintah Allah. Dulukan yang Fardhu (wajib) daripada yang sunat.

Wassalam

^_^
saya punya impian dan harapan yang ingin digapai..Impiannya hanya mampu dirancang dan DIA yang lebih mengetahuinya. Saya begitu harap semuanya difahami. saya punya tanggungjawab yang perlu dilaksanakan..saya punya banyak perkara yang perlu diselesaikan. Esok lusa saya punya tugas di luar yang perlu dilakukan dengan minat dan seribu pengharapan sokongan dari nya.
Kini saya punyai ASIGNMENT yang perlu disiapkan segera!!!!... jadi...

p/s:

macam tak biasa asignment yang menimbun di saat akhir

tapi sangat penat T_T...

29 September, 2009

salam kembali...

tiada apa yang hendak dibicarakan buat sementara waktu...
Permudahkan segala urusan ku di tahun akhir..aminn
Dugaan di akhir tahun macam-macam.. mencari balik mood untuk berkuliah..

16 September, 2009

Panadol Merbahaya

JANGAN AMBIL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI (TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK)

UNTUK PENGETAHUAN, ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya…
“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol.. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman. Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda. Panadol adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin? Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.

sumber

p/s:
selalu jgk makan panadol lau skit kpl
sharing is caring ^_^

13 September, 2009

desa tercinta...

Hujung minggu yang diisikan dengan aktiviti yang padat dan sangat penat. saya berpeluang merasai suasana dan keadaan sekitar kampung di salah sebuah kampung di pulau pinang. Kali pertama merasai suasana kampung dan keterujaan yang berlebih lebihan buat seketika.

ya memang diakui ye excited masuk kampung. Selalu nya rumah dikeliling batu-batu mane nak jumpa keadaan macam tu. Kegembiraan merasai suasana kampung, tambah lagi dengan penduduk kg yang memang peramah. Dalam hati alangkah indah kalau kg tu ada sawah padi boleh merasa masuk bendang.ngeee~~ and 1st time sy merewang (gotong royong untuk majlis makan-makan). Selalu biasanya kalau pape majlis pun, catering je..

Tapi memang sangat penat. Rindu terubat buat seketika bila bertemu dengan family angkat. Tambah plak dengan panggilan ‘mak’ daripada keluarga angkat. Walaupun hanya seketika..

jom2x intai aktiviti yang kami lakukan.. rasanya banyak bergambar dari buat kerja..hehe

kami di mana-mana..

gotong royong sekitar kawasan kg..

rewang dengan penduduk kg..

majlis berbuka puasa bersama penduduk kg..

p/s: sangat penat tapi happy..tapi kalu ade lagi difikirkan kembali sebb penat..ngee~~

kembali ke kolej, dapat mesej , seorang teman terlibat dalam kemalangan jalan raya di melaka. Sekarang masih lagi di hospital. Di doakan semoga beliau cepat sembuh..jika didengar keadaan beliau agak teruk..smg semuanya beransur pulih.. setiap yang berlaku tersirat hikmah yang tersembunyi..

p/s:
penuhi ibadah kita di akhir-akhir ramadhan..

Allah hu'alam..

11 September, 2009

Hikmah malam lailatul qadar

Penantian yang dinantikan mungkin sudah sampai di penghujung..Masa begitu pantas berlalu tanpa kita sedari kita berada di pengakhiran ramadhan. Syukur alhamdulilah kita masih berpeluang merasainya dan bagaimana dengan tahun berikutnya.Moga kita masih lagi diberikan kesempatan hendaknya. Amin...

"Sesunguhnya, Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu. Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar."
(QS al-Qadr [97]: 1-5).

Begitu besar kasih sayang yang diberikan Allah kepada hamba-Nya. Manusia, sebagai hamba-Nya dengan tabiat yang sering jatuh bangun dalam lumpur dosa. Namun Allah senantiasa mengasihi dengan memberi kita kemudahan-kemudahan untuk mensucikan diri dari karat-karat dosa dan kemaksiatan. Tak bisa dibayangkan, sebesar apa noda hitam kemaksiatan itu tergores dalam hati, apabila Allah tidak melimpahkan ampunan-Nya yang Maha Luas.

Ramadhan, merupakan salah satu saranan yang Allah berikan kepada kita memperoleh ampunan-Nya. Banyak sekali kelebihan-kelebihan yang Allah berikan kepada hamba-Nya melalui Ramadhan ini, sehingga wajar kalau Rasulullah mengekspresikan keutamaannya dengan perkataan "Apabila umat ini tahu apa yang ada dalam Ramadhan, niscaya mereka akan mengharapkan hal itu selam satu tahun penuh." (HR Tabrani).

Bahkan salah satu malam yang diselimuti keberkahan hanya terdapat pada salah satu malam di bulan Ramadhan. Betapa agungnya Ramadhan sehingga tak ada selainnya yang mendapatkan malam mulia yang lebih baik dari seribu bulan. Rasulullah saw, bersabda, "Barangsiapa yang beribadah pada malam Lailatul Qadr, niscaya diampuni dosa-dosanya yang sudah lewat. (HR Bukhari dan Muslim)

Banyak penjelasan Rasulullah saw yang sampai pada kita tentang keutamaan-keutamaan malam yang penuh berkah ini. Sebagai malam yang terbaik dan paling barakah diantara malam yang ada, didalamnya Allah telah menjanjikan pada hambanya yang ikhlas dan berharap untuk mendapatkan perlindungan-Nya di hari akhir, akan melipatgandakan sampai 1000 bulan untuk amal-amalan kebaikan yang dilakukan pada malam ini.

Banyak sekali hadist yang menerangkan bahwa kaum muslim hendaklah mencari lailatul qadar diantara tanggal ganjil pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan (HR Bukhari) atau tujuh malam terakhir bulan itu (HR Bukhari). Tampaknya bagi kita tidak menjadi persoalan kapan lailatul qadar itu didatangkan, tetapi yang penting adalah menjemput
kedatangannya pada setiap waktu dan mempersiapkan diri untuk itu.

Mungkin lebih baik jika kita pusatkan perhatian pada kesiapan mental, kejernihan hati, ketulusan jiwa, keadilan pikiran, kepenuhan iman kita, serta totalitas iman dan kepasrahan jiwa kita kepada Allah SWT. Karena itulah, Ramadhan dengan lailatul Qadar-Nya sebagai media yang bisa mengantarkan kita pada kesucian. Adalah sangat disunahkan bagi kita untuk berusaha memperolehnya dengan memperbanyak ibadah dan amalan-amalan yang baik.

Rasulullah, suatu ketika mengatakan "Barang siapa beramal pada malam lailatul qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah, maka terampunilah dosa-dosanya yang telah lalu". Tidak berlebihan memang, kalau Allah menamainya yang kebaikannya melebihi seribu bulan.

Tentu alangkah sombongnya manusia yang sangat membutuhkan pengampunan dari Allah atas perbuatan-perbuatan mereka yang banyak menyimpang, apabila mereka menyia-nyiakan kesempatan emas yang bersifat tak tentu akan mereka dapatkan di masa-masa yang akan datang. Siapa yang bisa menjamin bahwa usia kita akan sampai Ramadhan tahun-tahun yang akan datang. Oleh karena itu merupakan keharusan yang tidak bisa tidak bagi kita, untuk mengejarnya, sehingga janji-janji Allah yang telah ditaburkan itu benar-benar bisa kita dapatkan.

Kita bisa menyikapinya dengan senatiasa mengoptimalkan ibadah kita di 10 malam terakhir dalam bulan yang penuh rahmat ini. Dengan begitu kita tidak khawatir akan terlepas dari malam lailatul qadar. Karena kita mencarinya hanya pada malam-malam tertentu.

Para ulama menerangkan bahwa hikmah disembunyikannya malam qadar, tidak ditegaskan malamnya, ialah supaya kita berusaha mencarinya, meningkatkan ibadah di setiap malam, membanyakkan doa semoga memperolehnya, sebagaimana yang dilakukan ulam salaf.

Rasulullah SAW sengaja memperlihatkan keistimewaan yang ada pada malam kemuliaan (lailatul qadr) yang penuh berkah itu. Karena beliau tahu bahwa dahulu pernah ada seorang lelaki bani Israil yang selama 1000 bulan selalu memakai pedang berjuang dijalan Allah.

Karena umur ummatnya tidak ada yang sepanjang itu, maka Allah menurunkan surat Al-Quran yang menerangkan mengenai malam kemuliaan itu:
"Sesungguhnya kami menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemulian itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh dengan kesejahteraan sampai terbit fajr" (Al Qadr 1-5).

Al Qadr berarti kemuliaan atau tempat kedudukan yang tinggi, atau dikatakan juga takdir (ketentuan) dan keduanya dianggap benar. Ia merupakan tempat menentukan segala urusan dalam setiap tahun, seperti firman Allah:
"Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran pada suatu malam yang diberkati, dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah" (Ad Dukhan 3 4).

Seribu bulan lebih lamanya daripada 83 tahun (sepanjang umur manusia). Dan melakukan ibadah pada malam itu pahalanya setara dengan melakukan ibadah sepanjang masa. Tentu saja itu merupakan kemurahan. Oleh karena itulah Rasulullah menjadi orang yang paling antusias untuk melakukannya. Demi hal itu beliau melakukan i'tikaf di masjid, seraya melepaskan diri dari segala kesibukan dunia. Beliau bersabda: "Barang siapa melakukan ibadah pada malam kemuliaan karena iman dan mencari pahala, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni".

Suatu hal yang perlu diperhatikan mengenai keistimewaan malam kemuliaan ini ialah, bahwa Allah memuliakan segenap manusia dengan cara menurunkan cahaya petunjuk pada malam itu. Karenanya, gelap kesesatan hilang sirna. Pada malam itu Allah menghidupkan hati manusia kalau mereka mau melakukan amal-amal yang saleh. Pada malam itu turun para malaikat dan termasuk juga Jibril.

Satu lagi keistimewaan malam kemuliaan tersebut ialah, kalau peristiwa turunnya malaikat Jibril kepada Rasulullah SAW membawa wahyu sudah berlalu, maka pada malam kemuliaan itu seakan-akan merupakan rekonstruksinya ataupun demi pembaharuan kesejahteraan bagi manusia.

Apabila Jibril waktu itu turun dengan membawa wahyu dan syariat Islam, maka pada malam kemuliaan itu beliau turun lagi setelah mendapat izin dari Rabbnya untuk mengatur segala urusan yang berlaku setahun bagi penghuni bumi. Para malaikat pun ikut turun dengan membawa segenap kesejahteraan. Pada malam itu seolah-olah seluruh dunia tengah terjaga menyambut tanda-tanda kesejahteraan, kedamaian, kebajikan dan keselamatan.

Malam kemuliaan merupakan karunia yang tiada duanya. Siapapun yang sampai terlambat memanfaatkannya, maka sama halnya ia telah berlaku aniaya terhadap dirinya sendiri. Aisyah ra berkata, Rasulullah SAW pernah memberikan wasiat:

"Apabila kamu mendapati malam itu (lailatul qadr), maka bacalah do'a ini: Allahumma innaka 'afqun tuhibbul 'afwa fa'annii. (Ya Allah, sesungguhnya Engkau maha pengampun, Engkau suka mengampuni, maka ampunilah aku)" (HR Tarmidzi).

Do'a tersebut mencakup segala kebajikan. Dengan begitu jika orang yang telah melakukan kesalahan sudah diberikan ampunan, maka jiwa dan raganya akan terpelihara. Ia pun akan dipelihara dari hisab (perhitungan amal) dan siksa, sehingga ia akan
memperoleh kebahagiaan dunia dan akhirat.

Rasulullah SAW sudah menjelaskan kepada para sahabatnya mengenai tanggal dari pada malam lailatul qadr tersebut, yakni disekitar bilangan sepuluh hari yang terakhir pada bulan Ramadhan. Sepertinya masalah tersebut tidak perlu diperdebatkan, karena seluruh malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir, terdapat hadist yang memaparkan
bahwa malam itu adalah lailatul qadr.

Rasulullah SAW bersabda: "Perangilah nafsu kamu dengan menahan lapar dan dahaga, karena pahalanya seperti pahala orang yang berjihad di jalan Allah dan tidak ada amalan yang disukai di sisi Allah daripada menahan lapar dan dahaga".

carilah malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan.

Wallahu a'lam.

moga ramadhan yang sempat dirasai memberikan seribu makna buat kita semua..
Ku doakan moga ramadhan akan datang spt yang aku inginkan.. amin.

^_^

sumber

10 September, 2009

Ia datang dan pergi

salam kegembiraan buat kita semua..^_^.

Saban hari pasti akan terfikir betapa rumitnya kehidupan jika masalah datang dalam waktu dan masa yang sama. Putus asa, penat dan mengeluh pasti akan merasainya. Di saat masalah lain belum selesai, datang pula masalah lain bertimpa-timpa.

Masalah datang dan pergi. Tanpa diharap dan bila dia datang, Tanpa diminta. Saat masalah datang, Kita mungkin tidak mampu menolaknya. Namun kita mungkin boleh menghindarinya, menutupinya, bahkan bisa berpura-pura tuli terhadapnya,mampukah kita menolaknya.

Saat dia datang hadapilah. Hadapilah dengan bantuanNya jika kita menghindarinya, menutupinya. Ia tidak akan hilang dan lenyap. Memaksa diri berikir bahawa dia tidak ada. Sebenarnya dia hanya bersembunyi dan menanti untuk muncul suatu saat lagi Percayalah pada diri. Kita boleh mengatasinya. Percayalah padaNYA yang mendengar segala kehendak malah keluhan kita. Jangan mudah putus asa..Hadapilah ia tanpa mengeluh dan berputus asa.

...................................

taken from
d'art of thoughts

Berapa harga dirimu untuk mengalah?

Tidak ada seorang pun dari kita yang hidupnya tidak pernah di timpa masalah, walau cuma sekali. Terasa berat kaki melangkah, terasa sesak dada menanggung, terasa penat bertahan..sehingga tahap ini adakah anda akan mengalah?

Adakah anda akan berhenti melangkah? Adakah anda pilih untuk berputus asa? Apakah usaha anda selama ini sia-sia? berapa harga dirimu untuk mengalah?

Tidak!! Jangan sekali-kali anda berhenti dan mengalah...kerana anda hanya selangkah lagi untuk berjaya.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
"Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun."
(Hadis riwayat Imam Tirmizi)
Bersabarlah menghadapi kepenatan dan kesakitan ini. Ingatlah, kepenatan dan kesakitan hadiahnya adalah kejayaan.

Anda inginkan manis kejayaan, anda mesti terlebih dahulu merasa pahitnya usaha. Kuatkan semangat, jangan sekali-kali berputus asa. Kuatkan dirimu, anda pasti berjaya!

p/s:
makin penat bila berhadapan dgn karenah manusia yg pelbagai

09 September, 2009

ukwah itu indah..

walau apa pun jua ungkapan kata dari seorang teman..apa pun jua panggilan yang diberikan..walaupun sepahit mana kata-kata yang dibicarakan dalam kalangan kita. Segoyah manapun ikatan kita. masih ada manis yang dirasa jika pahitnya masih jua kelihatan. Kenangkan kembali suka dan duka, senda dan tawa. Manisnya ia dalam ukhwah fillah yang terjalin..

"selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat
dan orang yang lebih daripada itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari"

saidina Ali

p/s:
teringat panggilan "SF" and "SK" yang dipanggil antara kalian
ukhwah kita masih kukuh dan akan kukuh...doakan teman-teman
.^_^.

07 September, 2009

Al-quran melalui 4 aspek..salam nuzul al-quran

salam 17 ramadhan semua..13 hari lagi bakinya..^_^

ALLAH SWT memuliakan Ramadan melebihi bulan lain dengan memilih satu malam penuh keberkatan daripada malam Ramadan sebagai masa paling sesuai untuk diturunkan kitab suci al-Quran. Selain al-Quran, Allah menurunkan beberapa kitab suci lain pada bulan mulia ini seperti suhuf Nabi Ibrahim diturunkan pada permulaan Ramadan, Taurat hari keenam dan Injil pada hari ketiga Ramadan. Berdasarkan peristiwa penurunan kitab suci (al-Samawi) pada bulan Ramadan, jelaslah betapa agung dan mulianya bulan ini.

Sesungguhnya, penurunan (nuzul) al-Quran adalah peristiwa besar dan agung. Ia cukup hebat jika dibandingkan dengan peristiwa lain pernah berlaku di alam ini.Justeru, setiap umat Islam seharusnya mengingati dan merenungi peristiwa nuzul al-Quran ini kerana ia menjadi asas keimanan terhadap al-Quran bahawa ia adalah kalam Allah.Selain itu, ia adalah asas utama dalam pengakuan umat Islam terhadap kerasulan Nabi Muhammad serta keyakinan bahawa Islam itu adalah agama benar, malah satu-satunya agama diredai Allah.

Sebelum al-Quran diturunkan manusia hidup dalam kesesatan bertuhankan hawa nafsu dan menyekutukan Allah. Selepas al-Quran diturunkan, kesesatan disinari kebenaran dan hidup bertuhankan hawa nafsu berubah kepada hidup bertuhankan Allah. Dalam erti kata lain, penurunan al-Quran membawa rahmat perubahan kepada kehidupan dan ketamadunan manusia.

Firman Allah bermaksud,
‘Ramadan, bulan yang dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi umat manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan batil)’ (Surah al-Baqarah, ayat 185)

Berdasarkan ayat di atas, wahyu diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW secara langsung mengangkat martabat Baginda sebagai rasul Allah dan menjadi rahmat bagi sekalian alam. Petunjuk (al-Quran) dibawa Baginda SAW ini membawa perubahan besar kepada kehidupan umat manusia, khususnya masyarakat Arab jahiliah dan perubahan itu mencakupi pelbagai bidang dan aspek:

• Aspek keagamaan. Bangsa Arab Jahiliah menyembah patung dan batu berhala serta menyembelih binatang ternakan di hadapan patung itu sebagai korban untuk memuliakannya.
Apabila datang agama Islam (al-Quran) membawa petunjuk dan pedoman daripada Allah, maka kehidupan jahiliah terus lenyap kerana al-Quran mengatur kehidupan seperti percaya kepada keesaan Allah, hari akhirat, syurga, neraka, mengenai ibadat seperti solat, puasa, zakat dan haji.
Jelaslah, ajaran al-Quran melarang keras amalan penyembahan patung, berhala, matahari, bulan atau makhluk lain selain Allah. Sebaliknya mereka diajar bahawa yang berhak disembah hanyalah Allah.

• Aspek kemasyarakatan. Bangsa Arab sebelum Islam tidak berdisiplin dan tidak taat kepada pemimpin tetapi diturunkan al-Quran, keadaan itu berubah. Islam menyedarkan mereka erti dan pentingnya disiplin serta ketaatan dalam kehidupan.

Bagi membentuk sebuah masyarakat yang aman dan harmoni, al-Quran memberi petunjuk dan garis pemisah mengenai kriteria antara akhlak terpuji dengan akhlak tercela.
Selain itu banyak lagi dasar umum masyarakat dibawa oleh Islam seperti hubungan antara individu dengan individu, antara individu dengan masyarakat, antara suatu kelompok masyarakat dengan kelompok lainnya, undang-undang kekeluargaan sehinggalah kepada soal kenegaraan. Islamlah juga yang mula mengangkat kedudukan kaum wanita dengan memberikan hak kepada mereka sesuai dengan kewanitaannya. Di samping itu, Islam menegakkan pula ajaran persamaan antara manusia dan membanteras perhambaan.

• Aspek siasah (politik). Bangsa Arab sebelum Islam berada dalam keadaan berpecah-belah, ‘asabiyyah (kesukuan), berpuak dan kabilah yang sempit. Yang wujud ketika itu kaum Arab, Parsi, Tauran dan kaum lain.

Keadaan itu berubah apabila turunnya al-Quran membawa ajaran sebenar. Semua umat manusia diseru supaya meninggalkan segala bentuk ikatan jahiliah yang sempit, sebaliknya disaran supaya bersatu membentuk satu ummah.

Firman Allah yang bermaksud:

‘Sesungguhnya (agama Islam) ini adalah agama kamu semua; agama yang satu dan Aku adalah Tuhanmu, maka sembahlah Aku.’ (Surah al-Anbiya’, ayat 92).

Begitulah Islam berjaya mengatasi sikap taksub bangsa dan warna kulit, malah menyeru semua bangsa supaya bersatu menjadi satu ummah bersaudara dan tidak lagi mengenal kelebihan kecuali berdasarkan kekuatan iman serta takwa kepada Allah.

• Aspek ekonomi. Al-Quran memberikan batasan pemilikan bagi individu, masyarakat dan negara. Telah ditentukan perkara yang boleh dimiliki oleh individu dan dilarang. Peraturan yang terdapat dalam al-Quran memberikan petunjuk pelaksanaan mengenai jaminan pemenuhan keperluan asas setiap individu menurut kadar dan dalam keadaan seadil-adilnya.

Berdasarkan penjelasan di atas, penurunan al-Quran adalah peristiwa agung dan terbesar pada Ramadan. Penurunannya telah membawa perubahan besar kepada alam ini dan berperanan mengubah kehidupan umat manusia pada masa lampau, kini dan hadapan. Jelaslah, melalui peristiwa besar dan agung ini, hala tuju kehidupan manusia menjadi lebih kemas dan teratur dengan berpandukan petunjuk serta pedoman yang diwahyukan Allah.

p/s:
petikan dipetik dari sumber..
penulis terlupa link ya..cari-cari balik xjumpe ^_^
moga bermamfaat

06 September, 2009

PROPOSAL...please...

sila abaikan penyataan di atas...hehe

Jika orang lain sudah selesai dengan proposal untuk tajuk Tesis dan kertas kerja. Saya masih lagi mencari idea untuk tajuk kajian kertas kerja. Kalau tajuk dah ada pun, tak tahu samada diterima atau tidak. Saya dan teman yang lain berbincang mengenai tajuk yang sesuai untuk paper project masing-masing. Sedar tak sedar, saya telah menggunakan 7 helai kertas hanya untuk merangka tajuk dan objektif kajian. Kawan-kawan yang lain hanya sehelai kertas sudah memadai .erkk!!=p Over sangat ok.

Fikirkan tajuk pun dah pening dalam seminggu ni..Bertapa kat bilik pun masih lagi tak keluar-keluar idea. Memandangkan tajuk difikirkan sudah terbayang-bayang. Tunggu sajalah keputusan jumaat ni. Kalau dah diterima saya beritahu tajuk ya. Kalau teman-teman lain mengupas isu politik, isu media massa.saya?? ngee~~nak buat pasal politik tak pandailah nanti salah fakta plak. Pape pun kajian yang korang buat, make sure u all happy dan yakin terhadap tahap kajian yang korang nak lakukan.

p/s:
Ni baru bab proposal belum lagi final exam..huhu
Tapi yang penting semua tugasan individu telah saya siapkan...^_^.

idea...please come to me...^_^
di mana ilhamku...