30 July, 2010

ilham seorang wanita vs ini perempuan jujur..

Saya sedang menunggu hari untuk bergraduasi 8 hari lagi.
Ini kakak sedang menunggu saat-saat yang dinantikan untuk menjadi
isteri orang.

1 bulan 3 minggu hari?
Mandi tak basah?, tidur tak lena?, makan kenyang kot :D

Tidak sabar menunggu 8 hari lagi !!!

Panjang betul tajuk di atas :D

29 July, 2010

Bukan sekadar harapan..

Saya akan kembali semula ke sana. Ke kota yang penuh dengan kebisingan, pelbagai macam ragam dan di situ tergambar warna-warna sebuah kehidupan.Kembali dengan seribu harapan dan langkahan yang memastikan setiap perjalanan hidup saya. Jika dulu sewaktu kecil semuanya dilakukan oleh kedua ibu bapa kita. Kini, semua keputusan di tangan kita. Setiap keputusan yang saya buat, kecil mahu pun besar pastinya menentukan perjalanan hidup saya. Moga semuanya akan saya lalui dengan ketabahan dan kesabaran.

Dengan harapan dan semangat yang ada dalam diri saya. Saya perlu gigihkan diri tanpa perlu bergantung sepenuhnya dan hanya perlu mengharapkan diri sendiri. Semangat dan harapan yang tumbuh ini juga adalah nasihat dan bebelan yang tidak putus-putus dari kedua ibu bapa. Hati pernah terdetik, satu hari nanti pasti semuanya saya akan jalani dan hadapi seorang sendiri.

Memang hambar, bila pertarungannya adalah diri kita sendiri. Kita jugalah yang menentukan setiap jalan cerita di hadapan kita. Namun saya yakin,selagi mana niat kita betul dan ikhlas wujud dalam diri kita, setiap langkahan kita pasti mudah.

Memang bernar, segala bermula dari niat kita. Agak bimbang juga adakah saya betul-betul sudah bersedia untuk semua ini. Namun saya sedapkan hati dan mengulanginya berkali-kali, jika ini keputusan saya maka saya teruskan. ”Bukan senang nak senang? Ya, bukan senang mahu kecapi setiap apa yang kita impikan. Jadi kejayaan tidak akan datang bergolek, harus dimulai dengan perancangan dan usahanya.

Ya, saya kembali dengan membawa harapan dan kepercayaan dari insan-insan yang saya sayang. Harapan dari keluarga saya terutamanya. Moga setiap kepercayaan itu utuh selagi mana ia masih digenggaman saya.

"Aku pernah mengharap pada bintang menerangi malamku, ku tunggu ia berkali-kali. Namun, sang bulan yang kutemui. Tanpa ku sangka menemani malam ku sehingga pagi"

Sebagai manusia kita hanya mampu merancang yang terbaik selagi mana ia betul dan benar. Namun DIA lah sebaik-baik perancang kita. Nampak mudah untuk ke titian B selepas Titian A. Namun sewaktu perjalanannya pasti ada yang cuba kita difahami. Moga segalanya dipermudahkan untuk kita. Sebersih dan setulus niat kita. Setiap dari kita mempunyai tanggungjawabnya tersendiri. Tidak kira lelaki mahupun perempuan dan pasti setiap amanah yang diberikan akan dipersoalkan kembali.

Matang hanya bukan sekadar maksudnya. Mungkin selepas ini perlu difahami. Banyak lagi yang perlu saya pelajari.

Allahu’alam..

18 July, 2010

Mohon doanya moga kita juga ke sana..ameen

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata: "Ya Rasullullah, dari apakah dibuat syurga itu?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Dari air." Kami bertanya: "Beritakan tentang bangunan syurga." Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Satu bata dari emas dan satu bata dari perak, dan lantainya kasturi yang semerbak harum, tanahnya dari za'faran, kerikilnya mutiara dan yakut, siapa yang masuk dalamnya senang tidak susah, kekal tidak mati, tidak lapuk pakaiannya, tidak berubah mukanya."

Secebis Kisah Kenikmatan Syurga buat perkongsian kita bersama:

Sesungguhnya di dalam syurga itu berupa sesuatu yang belum pernah di lihat oleh mata, belum pernah terdengar oleh telinga dan belum pernah terlintas oleh hati manusia. Ahli syurga bagaikan raja bersenang-lenang dengan penuh kenikmatan sedangkan umur mereka seusia dengan puteraUsia mereka kekal selamanya 33 tahun yakni seusia ketika nabi Isa AS di angkat ke langit, manakala tinggi mereka pula setinggi nabi Adam AS yakni setinggi 60 hasta dan dalamnya lintang 7 hasta. Mereka sangat kacak dan suara mereka sangat merdu. Mata mereka seakan bercelak, putih kulitnya, tiada berbulu badannya kecuali di kepala (kerinting rambutnya), alis dan kelopak mata. Sedang janggut, misai, ketiak dan kemaluan licin tidak berbulu. Mereka tidak kencing dan tidak buang air besar, tidak berludah dan tidak berhingus dan peluh mereka berbau kasturi.

Bejana mereka dari emas dan perak, sisir rambut mereka dari emas, kayu bakar mereka dari kayu gahru yang harum (kayu kemenyan). Mereka sentiasa merasa aman dari azab. Hati mereka sentiasa bersatu dan tidak pernah berselisih dan benci membenci antara sesama mereka.

Mereka diberi pakaian dari sutera halus yang hijau dan tebal lagi tidak akan reput atau lusuh. Di kepala mereka ada mahkota yang dapat menerangi antara timur dan barat. Mereka juga diberi pakai 70 macam perhiasan yang berubah warnanya setiap jam, berbeza warna dengan perhiasan yang lain, sedang jari-jari mereka ada sepuluh cincin, terukir pada yang;

1. Salam alaikum bima shobartum (Selamat sejahtera kamu kerana kesabaran kamu)
2. Ud khuluha bisalamin aminin (Masuklah ke syurga dengan selamat dan aman)
3. Tilkal janatullati urits tumu ha bima kuntum ta'malun (Itulah syurga yang diwariskan kepadamu kerana amal perbuatanmu)
4. Rufi'at ankumul ahzana wal humum (Telah dihindarkan dari kamu semua risau dan dukacita)
5. Albasakum alhuli wal hulal (Kami berimu pakaian dan perhiasan)
6. Zawwa jakum ul hurul iin (Kami kahwinkan kamu dengan bidadari)
7. Walakum fihamatasy tahihil anfusu wa taladzzul a'yun wa antum fiha khalidun (Untuk mu dalam syurga segala keinginan dan menyenangkan pandangan matamu)
8. Rafaq tumunnabiyina wassiddiqin (Kamu telah berkumpul dengan para Nabi dan Siddiqin)
9. Shirtum syababa laa tahromun (Kamu menjadi muda dan tidak tua selamanya)
10. Sakantum fi jiwari man laa yu'dzil jiran (Kamu tinggal dengan tetangga yang tidak mengganggu tetangganya)

Penglihatan mereka dilapangkan sehingga ia memandang yang jauh-jauh seperti memandangnya dari jarak dekat. Penghabisan orang yang masuk syurga dan paling rendah kedudukannya, diberi kerajaan sepanjang penglihatannya, serupa dengan jarak 100 tahun perjalanan. Dan didirikan bagi mereka kubah dari mutiara, zabarjat dan yakut. Lebarnya seperti antara Al-Jabiyah ke Sana'a.

Setiap pagi dan petang mereka diberi makan dengan 70,000 piring dari emas, sedangkan warna pada setiap piring tidak sama, sedang rasa makanan pada tiap suapan tidak sama, ditemukan rasa makanan pada suapan yang pertama sama rasanya dengan rasa pada suapan terakhir.

Terdapat 70,000 kampung yang terdiri dari mutiara dan yakut. Setiap kampung ada 70,000 rumah sedangkan rumah-rumah itu tidak satu pecah atau rosak. Sebahagian bangunan di syurga diperbuat dari jalinan bata dari emas dan bata dari perak. Bumi syurga dari perak, dan tanahnya dari misik atau za'faran, debu lantainya dari kasturi yang semerbak harum, dan kerikilnya mutiara serta yakut dan urat-urat pohonnya dari perak, sedang dahannya dari mutiara dan zabarjad, daun dan buahnya berada di bawah, maka seseorang tidak menghadapi kesukaran untuk makan walaupun dalam keadaan berdiri, duduk ataupun baring.

Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Allah SWT telah menciptakan wajah-wajah bidadari terdiri dari 4 warna; putih, hijau, kuning dan merah. Dan tubuhnya diciptakan dari za'faran, misik dan kafur. Dan rambutnya diciptakan dari cengkeh. Bahagian tubuhnya mulai dari kaki sampai lutut tercipta dari za'faran. Dari lutut sampai buah dada tercipta dari anbar. Dari leher sampai kepala tercipta dari kafur. Andaikata meludah ke dunia, maka ludahnya akan menjelma menjadi misik. Pada setiap dadanya tertulis nama suaminya dan nama dari nama-nama Allah SWT. Pada setiap tangannya mengenakan 10 gelang dari emas, memakai cincin sebanyak 10 pada jari-jarinya, memakai 10 perhiasan gelang kaki dari mutiara dan permata."

Sekurang-kurangnya penduduk syurga itu memiliki 80,000 pelayan dan dikahwinkan dengan 72 isteri (bidadari). Mereka diberi kekuatan 100 orang ketika makan, minum dan senggama. Dicipta bidadari secara langsung oleh Allah SWT dan bukan melalui proses kelahiran.

Kejelitaan digambarkan seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan. Yang sentiasa dara lagi sebaya umurnya, cantik, manja, rindu dan amat mencintai suaminya. Yang suci dari sebarang kotoran, haid, nifas, kencing dan air mani. Sopan menundukkan pandangan, tidak pernah disentuh oleh mana-mana jin atau manusia sebelum mereka. Sangat putih kulitnya. Bermata jeli, anak mata hitam pekat bagaikan mata bayi yang baru dilahirkan, bahkan lebih jernih dan lebih becahaya. Lebar matanya disertai bulu mata bagaikan sayap burung yang sedang terbang. Mempunyai betis yang tembus, yang sangat indah mata melihat sehingga boleh terlihat sumsum betis dari belakang dagingnya.

Mempunyai kelembutan seperti lembutnya selaput telur di dalam telur yang melekat di kulit luar. Dikurniakan Allah SWT cahaya pada wajah seperti bulan purnama. Cahaya serta bau harum semerbak pada tubuh mereka dapat memenuhi dunia antara langit dan bumi. Sedangkan tutup kepala bidadari itu lebih baik dari dunia dan seisinya.

Terdapat khemah-khemah yang mengandungi berpuluh-puluh bilik dari mutiara yang berlubang. Ada bilik yang bagaikan taman yang luas yang dipenuhi pohon-pohon palma dan di kelilingi sungai yang mengalir, yang tepiannya dilitupi oleh bunga mawar, melati dan lain-lain bunga yang tumbuh dari lembah. Ketika angin meniup taman bunga ini, seluruh taman dipenuhi bau harum semerbak. Di dalam bilik ada ruangan luas yang diperbuat dari kayu cendana dan pokok gaharu serta dilapisi dengan segala macam marmar berwarna.

Berterbangan burung-burung seperti burung bul-bul, murai atau merpati yang pandai menyanyi. Setiap bilik dihiasi dengan perhiasan dari zamrud, batu merah, batu delima merah jingga, serta emas dan perak. Di dalam bilik yang sebegini indah inilah tempat tinggalnya bidadari itu. Mereka menantikan kedatangan suami mereka dengan menyanyikan lagu-lagu rindu bagaikan orang yang sedang mabuk cinta. Setiap kali mereka menyenandungkan lagu-lagu pujaan yang menyebut-nyebut suami mereka setiap itu pula bangkit nafsu kecemburuan mereka.

Hadis riwayat At-Tarmizi, Rasulullah SAW bersabda:

"Di sediakan tempat untuk berkumpulnya para bidadari, dan di sana mereka beryanyi semerdu suara yang belum pernah didengar oleh manusia suara semerdu itu. Kamilah yang kekal dan tak akan rosak (berubah), kamilah selalu senang tak pernah susah, kamilah yang puas rela tak akan marah, sungguh bahagia orang yang untuk kami dan kami untuknya."

Ketika mereka yakni suami bidadari melintasi kawasan perkemahan di mana para bidadari berkumpul, maka para bidadari akan menyambut kedatangan suami mereka dengan sepenuh jiwa dan raga mereka kepadanya. Para bidadari akan melayan sepenuhnya keinginan suaminya, bahkan menggoda supaya suaminya terus bermesra dengannya.

Para bidadari sentiasa inginkan kehidupan di atas tilam-tilam sutera yang lembut, dengan cadar yang berilau-kilauan, sentiasa berpegangan erat tangan suaminya. Hubungan senggama bersama bidadari adalah hubungan kenikmatan tanpa sebarang keletihan, peluh mahupun kotoran berupa air mani. Seorang suami boleh menggauli 100 bidadari dalam sehari.

Bagi mereka yang menduduki syurga 'Adn, mereka akan menduduki istana-istana yang diperbuat daripada mutiara. Di dalam setiap istana terdapat 70 buah rumah dari permata yakut merah. Di dalam setiap rumah terdapat 70 buah bilik dari zamrut hijau. Di dalam setiap bilik terdapat ranjang. Setiap ranjang terdapat 70 permaidani dalam pelbagai warna, dan setiap permaidani terdapat seorang bidadari. Mereka akan diberi hiasan gelang dari emas, berpakaian hijau dari sutera yang bersulam benang emas.

Ahli syurga akan lupa akan segala kenikmatan yang mereka alami di dalam syurga apabila mereka dihimpunkan dalam satu majlis yang agung. Majlis ini adalah kemuncak bagi segala kenikmatan bagi penduduk syurga kerana di dalam majlis ini, mereka dapat mendengar dengan sendiri kalimat dari Allah SWT, dapat melihat Zat Allah SWT, dapat redha dari Allah SWT dan dapat pengisytiharan yang mereka akan hidup kekal selamanya di dalam syurga oleh Allah SWT.

Allahu 'alam.

p/s: maafnya terlupa link ya..dari blog seorang teman (blogwalking)..

15 July, 2010

Kari ayam masakan emak..

Biasanya setiap hari emak akan ke dapur seperti biasa menyediakan makanan untuk kami sekeluarga. Merasai air tangan yang disediakan oleh mak membuatkan nafsu makan semakin melonjak-lonjak. Saya lihat mak mengeluarkan ayam dari peti ais dan direndam seketika dan hari ini mak masak lauk kesukaan saya kari ayam. Kemudian mak meminta membantunya mengupas bawang. Tidakk!!Bawang yang selalu membuatkan saya beruraian air mata tapi tanpanya membuatkan masakan menjadi hambar.

Seingat dulu ketika saya dan adik bersekolah, emak selalu menyediakan bekal untuk kami berdua. Bukan sahaja boleh berjimat untuk duit belanja yang diberikan tapi lebih selesa dan senang dengan makanan dari rumah. Saya lihat setiap pergerakan yang dilakukan oleh emak yang sudah lama dengan kerja memasaknya walaupun tidak terkenal seperti chef di luar sana.Namun dialah tukang masak terhebat kami di rumah. Persepsinya berbeza:

"Memasak itu bukan sekadar menggoreng ayam,ikan atau tempe. Bukan juga campuran bawang merah dan bawang putih ditumbuk lumat lalu ditumis ke dalam kuali. Ia dilihat seperti campuran-campuran kehidupan yang punya seribu bagai rasa di dalamnya".

Emak membasuh ayam tadi dicampur dengan sedikit daun limau purut. Ntah kenapa setiap makanan basah seperti ikan dan ayam mak pasti membasuh dengan daun limau purut. Saya tidak menanyakan kenapa. Untuk membuat kari ayam, mak perlu menyediakan rempah kari dan proses-proses yang lain. Hal ini mengajarkan sebuah proses.

"Hidup ini adalah proses anakku. Untuk mendapatkan sesuatu yang kamu impikan tentu sahaja ada hal yang perlu kamu lalui dengan usaha yang tidak jemu-jemu. Nikmati proses hidup agar jiwa dan fikiran matang penuh kedewasaan dan kebijaksaan".

Setelah minyak panas dan semua bahan ditumis sehingga garing lalu dimasukkan santan sebati di dalam periuk.Baunya membuatkan saya lapar. Emak menunggunya sehingga mendidih dan siap dimasak sambil menyediakan hal-hal lain di meja makan.

Saya perlajarinya: terkadang untuk mendapatkan perwatakan dan karektor yang baik perlukan masa yang lama. Jangan hanya tahu untuk menunggu sedangkan tiada usaha untuk terus melakukan yang terbaik. Jika dilihat sesuatu yang tidak baik. Belajarlah mendoakan dan mencari hikmah disebaliknya. Warnai hidup selagi proses kehidupan berjalan. Berkawan dengan ramai orang, dengan pelbagai macam dan ragam dan lakukan apa yang kamu impikan.

Kari ayam yang panas siap dimasak sedia untuk dihidangkan. Namun periuk yang panas perlu berhati-hati agar tidak menyakitkan tangan apabila tersentuhnya. Lalu saya mengambil kain untuk mengalasnya.

"Kehidupan diuji dengan pelbagai masalah dan panasnya periuk seperti perubahan dalam kehidupan. Jika terburu-buru dalam perbuatan yang dilakukan ia mungkin menyakiti diri sendiri atau orang lain yang berada disekeliling kita".

Rasa tidak sabar untuk menikmati kari ayam yang sudah siap terhidang. Jadi memasak bukan sekadar memikirkan resepi yang perlu dimasak tapi proses yang perlu dilakukan secara teliti. Memasak juga punya seni yang tersendiri.

Saya dan emak makan dulu, sebab abah akan makan di luar setelah nanti makan malam untuk kali kedua bersama mereka.:P

Kurasakan masakan ku sesedap air tangan emak sekarang.ececeh :D

13 July, 2010

Kisah Siput..

Pada suatu hari si kancil nampak mengantuk sekali. Matanya serasa berat sekali untuk dibuka.
“Aaa....rrrrgh”, si kancil nampak sesekali mengu
ap.
Karena hari itu cukup cerah, si kancil merasa rugi jika menyia-nyiakannya. Ia mulai berjalan-jalan menelusuri hutan untuk mengusir rasa kantuknya. Sampai di atas sebuah bukit, si Kancil berteriak dengan sombongnya, “Wahai penduduk hutan, akulah haiwan yang paling cerdas, cerdik dan pintar di hutan ini. Tidak ada yang bisa menandingi kecerdasan dan kepintaranku”.

Sambil membusungkan dadanya, si Kancil pun mulai berjalan menuruni bukit. Ketika sampai di sungai, ia bertemu dengan seekor siput. “Hai
kancil !”, sapa si siput. “Kenapa kamu teriak-teriak? Apakah kamu sedang bergembira?”, tanya si siput. “Tidak, aku hanya ingin memberitahukan pada semua penghuni hutan kalau aku ini haiwan yang paling cerdas, cerdik dan pintar”, jawab si kancil dengan sombongnya.

“Sombong sekali kamu Kancil, akulah haiwan yang paling cerdik di hutan ini”, kata si Siput. “Hahahaha......., mana mungkin” ledek Kancil. “Untuk membuktikannya, bagaimana kalau besok pagi kita lomba lari?”, tantang si Siput. “Baiklah, aku terima tentanganmu”, jawab si Kancil. Akhirnya mereka berdua setuju untuk mengadakan perlombaan lari besok pagi.Setelah si Kancil pergi, si siput segera mengumpulkan teman-temannya. Ia meminta tolong agar teman-temannya berbaris dan bersembunyi di jalur perlombaan, dan menjawab kalau si kancil memanggil.

Akhirnya hari yang dinanti sudah tiba, kancil dan siput pun sudah siap untuk lomba lari. “Apakah kau sudah siap untuk berlomba lari denganku”, tanya si kancil. “Tentu saja sudah, dan aku pasti menang”, jawab si siput. Kemudian si siput mempersilakan kancil untuk berlari dahulu dan memanggilnya untuk memastikan sudah sampai mana si siput.

Kancil berjalan dengan santai, dan merasa yakin kalau dia akan menang. Setelah beberapa langkah, si kancil mencoba untuk memanggil si siput. “Siput....sudah sampai mana kamu?”, teriak si kancil. “Aku ada di depanmu!”, teriak si siput. Kancil terheran-heran, dan segera mempercepat langkahnya. Kemudian ia memanggil si siput lagi, dan si siput menjawab dengan kata yang sama.”Aku ada didepanmu!”

Akhirnya si kancil berlari, tetapi tiap ia panggil si siput, ia selalu muncul dan berkata kalau dia ada depan kancil. Keringatnya bercucuran, kakinya terasa lemas dan nafasnya tersengal-sengal.
Kancil berlari terus, sampai akhirnya dia melihat garis penamat. Wajah kancil sangat gembira sekali, kerana waktu dia memanggil siput, sudah tidak ada jawaban lagi. Kancil merasa bahawa dialah pemenang dari perlombaan lari itu.

Betapa terkejutnya si kancil, kerana dia melihat si siput sudah duduk di batu dekat garis finish. “Hai kancil, kenapa kamu lama sekali? Aku sudah sampai dari tadi!”, teriak si siput. Dengan menundukkan kepala, si kancil menghampiri si siput dan mengakui kekalahannya. “Makanya jangan sombong, kamu memang cerdik dan pandai, tetapi kamu bukanlah yang terpandai dan cerdik”, kata si siput. “Iya, maafkan aku siput, aku tidak akan sombong lagi”, kata si kancil.

Pernah dengar pelbagai perkataan siput dalam hari-hari kehidupan kita. Antaranya:

  • Kuih siput yang menjadi kuih tradisional masyarakat kita sehingga ke hari ini. Bentuk ya seakan-akan siput membuatkan ia begitu unik. Tambahan lagi apabila adunan bahan dan tepungnya sedap sehingga tidak berhenti-henti mengunyah. Seingat saya ketika kecil, pernah menyibuk di dapur membantu emak membuat kuih siput.

  • Satu lagi, siput babi yang dibenci ramai orang. Siput babi yang ada di halaman rumah kita pastinya dimusuhi kerana merosakkan tanaman dan bunga di rumah kita. Tapi bagi penggemar siput sedut pastinya teruja dengan masakan lemak cili padi. Sehingga ia bermain-main di depan mata dan tambah nasi berpinggan-pinggan. Orang kata payah nak sedut siput sedut ni bila makan..hehe..

Itulah kisah siput.

Apa bezanya siput dan kancil??

Kadang-kadang teringin nak jadi macam siput walaupun lembab dari segi pergerakannya, tapi bukan lembab dari segi pemahamannya.

Tapi saya bukan siput tau :p

Teringin nak makan seafood di bumi borneo kk :(

tata~

12 July, 2010

Tidak bertajuk..

Di sini dan hari ini
Kita masih berdiri dan melangkah
Setiap satu langkahan kehadapan
Dengan harapan dan niat di hati
Yang mungkin sering berbelah bagi

Hanya kerana kita papa kedana dan tidak berharta
Ingatlah kita masih kaya dengan budi bicara
Hanya kerna kita tidak punya pakaian yang cantik
Namun kita masih mampu menutupi aurat yang terbuka
Walau hanya selembar kain putih

Jika kita hanya punya sepotong roti untuk dikongsi
Namun kita masih masih punya nilai untuk berbagi
Seteguk air kosong untuk diminum
Membasahi tekak dengan terkumat kamit ungkapan di bibir
Satu kalimah dan ianya yang agung
Asma hul usna ya Rabbi

Dan jika hari ini..
Nafas dan denyut nadiku terhenti
Masih mengira detik-detik iman yang terlekat dihati
Menghakis rona-rona hitam yang ada sepanjang hidup ini
Moga diriku pergi dengan diberkati
Secalit iman yang penuh diisi
Menjadi hamba yang sentiasa mensyukuri
Nikmat kurniaan mu ya Illahi..

tak tahu nak letak tajuk apa sebenarnya..
jumpa lagi ya.InsyaALLAH~