29 August, 2010

Ramadhan terakhir..

Sedar atau tidak ramadhan semakin melabuhkan tirainya. Tetapi adakah kita sudah membuat penilaian dan penelitian setiap ibadah yang kita lakukan. Setahun hanya sekali dan menanti untuk ramadhan yang berikutnya membuatkan hati gusar.Moga masih diberikan kesempatan pada tahun hadapan.

Sabda Rasulullah SAW maksudnya: “Siapa yang berpuasa dengan penuh rasa keimanan dan penuh rasa keinsafan, diampunkan dosanya apa-apa yang dilakukan sebelum ini,”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Kabus tebal menyelubungi pemandangan di celahan tingkap. Menghitung dan mengira detik waktu yang semakin pantas berlalu. Debu-debu dosa yang berterbangan di bawa angin ditutupi dengan pahala-pahala ibadah dan keampunan yang dipohon dariNYA tanpa henti-henti. Dipertengahan malam adalah waktu yang begitu syahdu apabila suasana senyap menyelubungi diri. Pandangan dihempaskan kembali di luar jendela menyaksikan bentangan langit yang cukup luas mengingatkan kepada keESAannya yang tidak ternilai. Sudah dua tiga hari menanti kehadiran bintang di langit namun masih tidak jumpai. Cukup sahaja dengan keluasan dan belahan awan di langit yang begitu mengasyikkan hati.

Impian dan harapan dihembuskan di celahan awan agar setiap pergerakan awan pagi dan malam seiring dengan tindakan yang dilakukan setiap hari. Indahnya impian yang diciptakan dikongsi abstraknya melalui hati menjadikan kunci sabar begitu kuat dan kukuh di dalam hati. Seiring dengan peningkatan usia tanpa mengetahui bilakah saatnya untuk hembusan yang terakhir. Tamsilnya melalui awan yang begitu indah terbentang luas di langit sebesar impian yang ingin dikecapi. Warna-warni sebuah kehidupan moga terlebihnya kebaikan dan kurangnya kejahatan maka timbulnya hikmah melalui keindahanNYA.

Andai ia ramadhan terakhir saya, takkan saya biarkan ia berlalu begitu sahaja dimalam yang syahdu dan di siang yang teduh. Mungkin ini Ramadhan terakhir saya, kerana saya tidak pernah tahu rahsia disebaliknya. Ya ALLAH berikan saya keampunan. Beri maaf di hati-hati orang yang pernah saya lukai, beri kasih sayang agar saya mampu mencintai orang yang mencintai saya seperti mereka mencintai saya. Sungguh, saya tidak sanggup membayangkan jika ini ramadhan yang terakhir.

Bersyukur ditakdirkan lahir dari rahim ibu sehingga kini bisa menikmati kedatangan Ramadhan. Kecintaan kepadaNYA ada di sekeliling kita.

Firman Allah Ta’ala yg errtinya “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi silih bergantinya malam dan siang bahtera yg berlayar di laut membawa apa yg berguna bagi manusia dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air lalu degan air itu.Dia hidupkan bumi setelah matinya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan dan pengisaran angin dan awan yg dikendalikan di antara langit dan bumi; sungguh terdapat tanda-tanda bagi kaum yg berakal”

Irhamna ya ALLAH :)

28 August, 2010

Indah pada akhirnya..

Impian dalam niat :

Entah mengapa senyuman terukir di bibir apabila mengenangkan tempat nun jauh di sana. Setiap kali melihat mereka yang berkesempatan menjejak kaki ke sana, timbul iri hati di sanubari. Bersama jubah-jubah putih memenuhi hamparan bumi di sana.Aku melihat mereka bergaul dengan penuh keramahan dan kata-kata hikmah yang lahir dari ucapan mereka.

Setiap pertemuan dimulai dengan salam dan sentiasa terukir senyuman di bibir mereka. Biar datangnya pelbagai ujian dan cubaan, mereka tenang menerimanya dengan setiap satu langkah dipenuhi dengan semangat yang jitu. Mana yang baik itu datangnya dari ALLAH s.w.t dan setiap yang buruk itu berlaku disebabkan kesilapan kita sendiri.

Dipetik dari sabda Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya:

"Bukankah aku telah memberitahu kamu semua tentang orang yang diharamkan masuk ke neraka atau orang yang diharamkan ke atasnya neraka? Mereka ialah orang yang berdamping rapat dengan orang ramai (baik pergaulannya), hatinya tenang, berlemah-lembut serta mudah dibawa berunding."
(Hadis Riwayat At-Tirmizi)

Sebaik-baik ciptaanNYA adalah KITA umatNYA. Punya akal dan fikiran. Sejak dua menjak ini asyik terfikir-fikir suasana di sana. Ingin juga jika diberikan kesempatan dan umur yang panjang serta rezeki yang murah untuk menjejak kaki di bumi anbiya' satu hari nanti.

Kuncinya adalah sabar :

Bersangka baiklah untuk setiap sesuatu yang berlaku. Kunci sabar itu indah, itulah yang sering saya ingatkan pada diri. Walaupun kadang-kadang terlupa apabila amarah mengusai diri. Allah itu cukup lengkap sifatnya. Tiada dendam, hasad dengki dan iri hati. Dan kita diciptakan sebaik-baik kejadian maka selari dengan tindakan untuk memenuhi kepatuhan kepadaNYA. Sesungguhnya ALLAH itu maha pengasih dan penyayang. Sabar itu punya batas tapi kutemui sehingga kini sabar itu indah.InsyaAllah.
Pernah suatu ketika, ada seorang anak lelaki dengan kelakuan yang buruk. Ayahnya memberi dia sekantung penuh paku, dan menyuruh memaku satu batang paku di pagar halaman rumah setiap kali dia kehilangan kesabarannya atau berselisih paham dengan orang lain. Hari pertama dia memaku 37 batang di pagar. Pada minggu-minggu berikutnya dia belajar untuk menahan diri, dan jumlah paku yang digunanya berkurang dari hari ke hari. Dia mendapati lebih senang menahan diri daripada memakukan paku di pagar.

Akhirnya, tiba saat bahawa dia tidak perlu lagi memaku sebatang paku pun dan dengan gembira disampaikannya hal itu kepada ayahnya. Ayahnya menyuruhnya mencabutkan sebatang paku dari pagar setiap hari apabila dia berjaya menahan sabarnya. Masa berganti masa dan hari berganti hari. Dia menyampaikan kepada ayahnya bahawa semua paku sudah tercabut dari pagar. Si ayah membawa anaknya ke pagar dan berkata

“Anakku kamu sudah berkelakuan baik, tetapi cuba lihat betapa banyak lubang yang ada di pagar itu” .

Pagar ini tidak akan kembali semula.Kalau kamu berselisih paham atau bertengkar dengan orang lain, perkara itu selalu meninggalkan luka seperti pada pagar.

Namun saya sedar, setiap dari kita punya kekurangannya. Kekurangan itu bukan keburukan selagi mana boleh dibentuk untuk mendapat hasilnya. Berpesan-pesan pada diri disebalik tersirat di situ temui keindahannya. Sesungguhnya setiap dari tindakan kita diperhatikan dan DIA sebaik-baiknya dalam mengetahui setiap sesuatu. Syukurlah ALLAH masih sayangkan kita.

Berhusnuzzonlah [bersangka baiklah] kerana ia terlalu indah walau mungkin pahit dipermulaannya :)

27 August, 2010

Potongan..

Mana perginya harga sebait madah
Ia mungkin tersirat dalam ungkapan kata
mungkin di celahan dedaun yang merimbun
Di batu yang hampir nampak lekuknya
Atau pada kayu dimakan anai-anai

Kata-kata yang diucapkan
Kesal atau tidak ia lahir dari hati
Mungkin hilang sekilas dibawa angin
Mungkin juga terikat di minda
Atau tersemat di sudut dalam hati

Siapa tahu siapa mengerti
Cukup hanya dengan mengingati
Mahu memahami dan mengerti
Satu tafsiran pada diri
Cukupla kerna sehingga kini
Masih punya harga diri

26 August, 2010

Keagungan dan Kebesarannya "Kalamullah"

Ketika masih dalam perut ibu alunan ayat-ayat itu dibacakan. Masih kanak-kanak diajar dan mengenali “alif ba ta” sehingga huruf terakhirnya. Diajar bacaannya, tajwidnya, tadabbur dengan keagungan kalimahnya. Fahami makna setiap kalimahnya, mukjizat disebalik huruf-hurufnya.

Sejarah telah membuktikan bahawa pada berkurun dekad yang lalu, kira-kira 1398, telah turunnya wahyu kepada Nabi Muhammad S.A.W pada tangga; 6 Ogos 610 dan ianya bersamaan dengan 17 Ramadhan tahun ke 41 keputeraan Baginda Al Quran diturunkan pada malam jumaat di Gua Hira.

Ayat pertama diturunkan:

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah,-Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (Surah Al-‘Alaq:1-5)

Keagungan Al Quran tidak dinafikan lagi. Berpegang teguh dengan segala yang disuruh dan menghindari segala yang dilarang. Menjadikan umat yang sentiasa patuh diringini Nur dan Petunjuk dari maha penciptaNYA. "Al Quran kalamuallah" , kata-kata dan perintah ALLAH yang menjadikan setiap umat yang berpegang teguh kepadanya yakin akan kewujudan maha pembesar.

Berbicara tentang “Nuzul Quran” :

Jika kita sekarang sedang berbicara tentang penurunan Al Quran, wajarlah bagi kita sebagai hambaNYA dengan khusyuk dan rendah hati menghayati suasana malam diturunkan Al-Quran sebagaimana yang disebut di dalam sural al-Qadr ayat 1-5 yang memberi pengertian:

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran ini pada malam Lailatulqadar, dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatulqadar? Malam Lailatulqadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut; Sejahteralah malam yang berkat itu hingga terbit fajar.”

Penghayatan Al Quran bukan hanya semata-mata ketika peristiwa nuzul quran berlaku, bahkan juga hari-hari dalam hidup kita. Kandungan yang tidak mungkin dapat dibandingkan dengan mana-mana kitab selainnya. Mulakan penghayatan dan makna sehari semuka secara berterusan. Jadikan amalan dalam hidup kita. Saya juga hampir terlupa, padahal ia mudah bagi kita. Jangan hanya ketika dalam keadaan susah baru sedar siapa yang mencipta kita. Susah dan senang itu juga adalah kurniaan dariNYA.

Hubunganya dengan malam Lailatul Qadar :

Sebagaimana disebut di dalam surah al-Qadr malam lailatulqadar melebihi seribu bulan. Ini bermakna amal yang dilakukan pada semalaman Lailatulqadar melebihi pahalanya daripada amal seribu bulan. Banyak ulama menjelaskan seribu bulan itu bukanlah memperhitungkan angka yang tepat, tetapi dimaksudkan kemuliaan Lailatulqadar berbanding dengan segala hari. Itulah keistimewaan malam yang dinanti dibulan yang barakah ini.

Jangkaan mengenai malam-malam lailatulqadar adalah berdasarkan kepada hadis tercatatnya tarikh-tarikh ganjil berikut iaitu di akhir bulan ramadhan 21, 23, 25, 27, dan 29. Hal ini terjadi pada satu malam dan hanya DIA sahaja maha mengetahui. Kesempatan ini diambil bagi para hamba yang mengejar amal dan pahala berlipat ganda menantikan rahmat dan keangungan ALLAH s.w.t. Moga kita semua mendapat barakah di bulan yang penuh keberkatan ini.

Jangan terkilan jika masih lagi ada antara kita yang sudah meningkat dewasa masih tidak tahu membaca Al Quran. Bagaimana generasi bagi adam dan hawa masa hadapan?

Dan..

Siapa sangka ini mungkin Ramadhan terakhir buat kita. Fikir sejenak dan muhasabah diri kita semua. Allahua’lam.

Busana Muslimah: Di mana islamnya? [Saifulislam]

Ayah, emak, saya sudah memakai hijab seperti yang kalian suruh. Bye-bye!”

Bagaimanakah tatacara melabel sesuatu sebagai Islamik (HALAL)?

Apakah ada garis ukurnya, atau bergantung kepada intepretasi bebas masing-masing?

Ketika masyarakat berdepan dengan pelbagai ancaman ajaran sesat yang lazimnya berpaksikan sesuatu yang ritual, mistik dan terpencil daripada kehidupan massa, kita juga sedang mendepani kekeliruan-kekeliruan yang berada di dalam arus perdana. Sesuatu yang jarang dilihat sebagai ‘ajaran sesat’, tetapi cukup banyak memesongkan manusia daripada landasan hidayah.

Itulah BUSANA MUSLIMAH.

LANDSKAP 1990′AN

“Mak Fatih di Turki, purdahnya bukan sehelai kain tambahan yang menutup muka. Tetapi tudung yang dipakai, digenggam dengan tangan di bahagian hidung. Semua perempuan pakai seluar besar,” saya berbual dengan ibu tentang cara berpakaian wanita Anatolia yang saya lihat.

“Nak kenal mahasiswi Turki senang sahaja. Ramai di kalangan mereka suka memakai tudung dengan sanggul tinggi,” saya bersembang dengan rakan-rakan di Jordan.

“Bukan sanggul tinggi itu, bonggol unta yang Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam laknat dalam hadith tu ke?” tanya rakan saya.

“Betul dah tu. Tak apa, kita buang sanggul tu, kita ambil tudungnya sahaja. Buat hadiah. Bukan senang nak dapat tudung sutera Turki di Malaysia” saya menokok perbincangan.

Kelana saya ke pelbagai negara umat Islam di era 90′an, memperkenalkan saya kepada pelbagai bentuk pakaian yang disesuaikan dengan budaya, persekitaran dan keperluan, namun masih mengekalkan prinsip-prinsip asas berpakaian menurut Islam. Pelbagai bentuk seluar, abaya, tudung, malah pelbagai bentuk niqab, kesemuanya membentuk satu kesediaan pada diri saya untuk lebih dinamik dalam mendefinisikan apa itu fesyen dan seluas manakah ruang yang disediakan oleh Islam untuk ia berkembang.

Ketika itu, segala-galanya masih asing daripada masyarakat kita.

Baju kurung, masih kekal dengan potongan baju kurung yang biasa.

Tudung juga tidak banyak jenis.

Malah berpurdah masih asing dan pantas dikaitkan dengan Jemaah al-Arqam.

Saya juga boleh rancak bercerita tentang pengalaman saya di negara Arab kerana jarang-jarang sekali muka Arab ditemui di jalanan ibu kota negara. Malah Malaysia hampir-hampir tidak termasuk di dalam destinasi pelancongan warga negara Arab yang ketika itu masih berkiblatkan Eropah untuk percutian mereka.

LANDSKAP SEMASA

Hari ini, komunikasi, teknologi maklumat dan mobilisasi manusia mengalami perubahan yang besar. Globalisasi menghimpunkan manusia yang pelbagai di sebuah perkampungan antarabangsa. Masyarakat kita semakin terdedah dengan pelbagai bentuk budaya dan ekspresi diri termasuklah fesyen. Pelbagai idea datang untuk mengembangkan cara berpakaian kita, khususnya untuk wanita Muslimah.

Industri fesyen semasa berkembang maju. Ia sesuatu yang boleh dihargai pada sudut-sudut positifnya.

Baguslah begitu.

Dahulu kala, wanita yang berhijrah itu mendefinisikan HIJRAH bukan sekadar pada memakai tudung, tetapi terus kepada mengubah keseluruhan penampilan diri dan gaya hidup. Imej perubahan diri Hajjah Wan Chik Daud, Siti Fairuz, Rahimah Rahim juga Noorkumalasari, memperlihatkan hijrah itu benar-benar suatu hijrah.

Namun kini, dengan perkembangan fesyen yang begitu dinamik, HIJRAH boleh berlaku dalam format yang lebih mudah. Ia tidak menjadi satu revolusi ke atas diri, namun sekadar mengenakan tudung atau meletakkan sesuatu di atas kepala yang dianggap sebagai simbol perubahan diri. Semakin lama, ia semakin berkembang. Malah perkembangan fesyen alternatif ini sudah sampai kepada berjaya menganjurkan pertunjukan fesyen di peringkat nasional, serantau dan antarabangsa. Antaranya adalah Fashion Show Busana Muslim 2010 di MIDF HALL, di ibu kota Kuala Lumpur tidak lama dulu.

Baca selanjutnya di sini

[Islam itu jelas mudahnya. Jangan memandang mudah sehingga ia diperlekehkan. Benda cantik mungkin nampak elok sehingga 'hilang pandang' kesannya. Kadang-kadang benda sukar itu,manis kesannya. Sama-sama kita muhasabah diri.]

Alhamdulilah ramadhan kali ini terasa begitu bermakna.

.^_^.

24 August, 2010

Manisnya umpama madu..

Saya diterpa pada satu soalan semalam. Jika salah seorang dalam persahabatan yang dibina tidak ada apa-apa lagi, adakah masih kekal lagi hubungan dan nilainya sehingga kini? Pada mulanya saya sukar mengerti apa yang dimaksud dan kini saya fahami. Ukhwah yang kami jalinkan bukan hanya sekadar nama. Ia meninggal bait-bait memori yang tercipta dan ia mungkin menjadi takdir dan jalan cerita kami selepas ini.

Soalan itu terngiang-ngiang dibenak fikiran saya. Bermacam-macam persoalan dan perasaan menerjah disetiap benak fikiran saya. Persahabatan dibina bukan di atas sehelai kertas dan ungkapan-ungkapan manis yang diucapkan. Saya percaya ukhwah yang dibina kernaNYA dan ikhlas dalam setiap yang dilakukan begitu bernilai. Walaupun ia sukar dijelaskan nilai abstraknya. Ia pasti dirasai oleh setiap dari kita yang mengerti maknanya.

Kerinduan adalah menjadi sebahagian dalam hidup kita. Kerana tiada persahabatan yang diawali dengan nilai egoistik. Jangan lelah dan penat dengan setiap yang menimpa. Peringatan dan pengajaran ada disekeliling kita. Saya masih seperti dulu, biar dilihat seperti bodoh, namun tunjukkan juga hasilnya. Berukhwahlah keranaNYA. Ikhlaslah dengan setiap yang kita lakukan. Jagailah lisan kita, dalam kegembiraan kita mungkin ada yang terasa. Jangan nilai seorang hanya kerna pandangan luarannya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Teman yang baik dan teman yang tidak baik itu diumpamakan seperti pembawa kasturi dan peniup api, maka si pembawa kasturi mungkin memberikan kasturi itu kepada kamu atau kamu dapat membelinya, atau kamu dapat mencium baunya yang wangi. Bagaimanapun peniup api mungkin membakar pakaianmu atau kamu dapat mencium baunya yang busuk.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Jangan bunuh cinta (persahabatan),
Bingkai ia dengan cahaya dan manisnya umpama madu.

.^^.

15 August, 2010

Keep holding on..

As we grow up, we learn that even the one person that wasn’t supposed to let us down probably will. You’ll have your heart broken, probably more than once and it’s harder every time. You’ll break your heart too, so remember how it felt when someone broke yours.

You’ll blame a new love for things an old one did. You’ll cry because time is passing too fast and you’ll eventually lose someone close to you.

So take too many pictures, laugh too much, and love like you’ve never been hurt because every 60 seconds you spend angry or upset is a minute of happiness you’ll never get back.

Life is too short to wake up in the morning with regrets. So, love the people who treat you right and forget the ones that don’t and believe that everything happens for a reason.

People change so that you can learn to let go, things go wrong so that you appreciate them when they’re right, you believe lies so you eventually learn to trust no one but yourself, and sometimes good things fall apart so better things can fall together.

If you get a chance take it. If it changes your life, let it. Nobody said that it’d be easy they just promised it would be worth it. Even though your heart is on the left, it’s always right.
E-mail

14 August, 2010

Yang pasti..

Pembacaan saya dari blog ini membuatkan hati bergetar untuk membaca dan menulis setiap apa yang dibaca. Betapa kerdil dan lemahnya kita sebagai manusia. Ujian yang kita rasakan sungguh berat sehingga tidak tertanggung namun sedarkah kita ada lagi yang lebih hebat ujiannya dari kita. Kebahagian, kesenangan , keseronokan dan ketenangan semuanya ujian dari ALLAH. Namun jangan biarkan diri terhad hanya kepada kesengsaraan, kemurungan dan kekecewaan hanya semata-mata ujian yang datang bertimpa-timpa.

Kadangkala kita mungkin hidup dalam kepastian.Walau sehebat mana pun kita yakin dengan sesuatu perkara, jika ia tidak berlaku dengan ketentuanNYA ia pasti tidak berlaku. Setiap perkara itu berada dalam pengetahuan Allah swt. Kita sebagai manusia hanya mampu bertawakkal setelah diiringi dengan usaha dan doa. Bersabar dan redha dengan segalanya. Di sinilah saya lihat dengan kelebihan dalam melafazkan perkataan InsyaAllah dalam setiap yang kita nyatakan.

Ketidakpastian yang mungkin kita alami meletakkan sepenuhnya kepercayaan hanya kepada Allah swt. Kita meletakkan hak mutlak penentu hidup kita hanya Allah swt. Allah maha berkuasa ke atas sesuatu yang menjadikan kita kuat dan yakin dengan setiap yang kita lakukan. Jatuh dan melemahkan diri dengan segala kesulitan yang ada bukan jalan penyelesaiannya. Segala yang berlaku di sekeliling kita banyak mempengaruhi dan memberi peringatan buat kita semua. Moga kita sentiasa beringat dengan perbuatan,kata-kata dan penglihatan bagi setiap yang kita lakukan.

Carilah setiap pintu-pintu yang terbuka untuk mendengar, mentafsir dan melihat. Sabar dengan setiap yang menimpa itulah kunci terbaik. Ya, mudah untuk menulis dan berkata-kata berbanding selangkah untuk melakukannya. Dengan SABAR insyaAllah semuanya akan terjadi. Yakin dengan setiap yang menimpa adalah ujian dariNYA buat insan-insan yang terpilih.

Betullah,semakin meningkat usia saya. Masih lagi abah dan mak merasakan saya masih kecil dan semuanya perlukan bantuan.

"... dan hendaklah kamu berbuat naik dengan sesungguhnya kepada ibu bapa..sesungguhnya Allah itu tidak suka kepada orang yang sombong dengan perbuatannya,sombong dengan perkataannya." (An-Nisa”;36)

Allahu a’lam

Sudah 4 hari berpuasa.Rasa sekejap masa berlalu :)

Harapan Ramadhan..

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua

"Hai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang mulia, bulan rahmat di mana bulan ini mewajibkan kamu berpuasa di siang hari dan sukarela bersolat pada malamnya. Barangsiapa yang mendekati Allah dengan melakukan segala amalan sunat di bulan ini akan menerima ganjaran seperti melakukan amalan wajib di lain hari. Ini merupakan bulan kesabaran dan kesabaran itu imbuhannya syurga. Ini juga bulan sedekah dan bulan dimana rezeki orang beriman bertambah" Diriwayatkan Ibn Khuzaymah.

09 August, 2010

G'Day 080810

8 Ogos, semalam selesai sudah saya menerima ijazah setelah tiga tahun belajar. Pengalaman yang mungkin tidak dapat lupakan. Berada di dalam dewan sementara menanti untuk naik ke pentas dan dikelilingi ribuan ahli keluarga yang hadir turut bersama-sama meraikan hari kegembiraan kami. Terharu sedih gembira kesemua perasaan bercampur baur. Terima kasih tuhan atas setiap nikmat yang engkau berikan. Terima kasih pada semua yang banyak membantu saya.

Selamat maju jaya buat semua ^^

Being a Muslimah is a process. Need to break the thinking of a perfectionist and begin the work of becoming a better self this Ramadhan. I know I failed each time but that's not a sufficient reason for me to give up trying^^

selamat berpuasa juga buat semua.