13 November, 2009

selamat semuanya ye..

Selamat bercuti buat semua teman-teman. Paper terakhir saya tamat jam 10.30am pagi tadi. Melangkah keluar dari dewan peperiksaan dengan begitu yakin. (Paper ni je kot yang terasa ok.aduuhh..) Jumpa lagi semester depan dan semester terakhir sebelum saya tamat belajar.

Mohon maaf salah dan silap. Terlanjur kata dan perbuatan yang tidak disengaja membuatkan ada dikalangan teman-teman yang terasa dengan saya. Ada hati dan perasaan yang terguris. Perbuatan yang lalu dijadikan peringatan dan usah diungkitkan lagi. Saya mohon ampun salah dan silap sekali lagi.

Moga semua urusan kalian dipermudahkan begitu juga saya. Selamat bercuti buat semua. Bagi yang sedang meneruskan penulisan tesis, semoga semuanya berjalan seperti yang dirancang. Jumpa lagi untuk tulisan saya akan datang. Moga diberikan kesempatan.

Ilal liqo ma’al salamah

p/s: cuti tak sampai 2 bulan pun..bulan 12 dah strt kuliah.haish~~

11 November, 2009

masa masih bergerak ??

Jam hampir 2 pagi tapi tak boleh tido-tido lagi..Selepas siapkan nota untuk last paper khamis ni. Terngiang-ngiang perbualan telefon tadi kira-kira jam 9pm.Pengakuan ikhlas telah dibuat sepanjang perbualan telefon antara saya dengan mr General di rumah tadi. Kebetulan bertanyakan bila masa kami akan bertolak untuk pulang ke rumah..

Bla..bla..bla3x..

Dialog gerun: "Tak pe abah tunggu kamu betul-betul sampai depan rumah nanti" erkk!!

Ohhh tidak..mati saya..ada sesiapa yang boleh selamatkan saya sekali lagi. kamu? (^_~)

p/s:
dah buat pengakuan tu tapi dari telefon je..tak berani jgk depan-depan
betul-betul rumahku bergegar kali ni ..T_T
sila tdo skg~ nite

07 November, 2009

Berdepan Dengan Bakal Isteri Dan Ibu ..

Masih teringat kata-katanya sewaktu saya meminta nasihat tentang panduan mendidik anak perempuan. Maklumlah, majoriti anank-anak saya lelaki. Adakalanya bagai ketandusan idea dan cara untuk berdepan dengan kerenah anak perempuan

"Perlu banyak meraikan".

Begitu kata Tok Wan apabila ditanya tentang tip mendidik anak perempuan.

"Meraikan bagaimana?"

"Raikan mereka dengan kata-kata, belaian dan pemberian. Itu caranya."

"Maksudnya?"

"Hargai pandangan, kegembiraan, kesedihan, kejayaan dan kegagalannya. Selalu ucapkan tahniah, takziah, pujian dan pujukan. Pada ketika yang sesuai, berilah hadiah."

"Kenapa Tok Wan?"

"Umumnya perempuan makhluk perasaan berbanding lelaki makhluk akal. Pendekatan meraikan lebih berkesan bila berdepan dengan perasaan. Pendekatan ini lebih menyentuh dan berkesan."

"Itu pendekatannya, bagaimana pula prinsip asasnya?"

"Wah, kau bertanya, macamlah Tok Wan ni seorang profesor!"

Tok Wan bergurau. Sejenak kemudian, sambil tersenyum dia berkata, "Itu kena bayangkan...bakal isteri. Kemudian, bakal ibu!"

Wah, Tok Wan dah mula bersilat kata! Saya perlu lebih kritis menyoalnya.

"Bayangkan isteri? Isteri saya?" usik saya.

"Anak perempuan kita bakal seorang isteri. Jadi bayangkan bagaimana sifat seorang isteri sejati. Itulah "end in mind" yang perlu sewaktu mendidik anak perempuan," jelas Tok Wan yang memunyai latar belakang pendidikan agama dan Barat itu.

Belum sempat saya mencelah, soalan Tok Wan mula menerjah, "Apa kau inginkan daripada seorang isteri?"

"Ketaatan", balas saya cepat.

"Lalu didiklah anak perempuan tentang ketaatan. Latih agar dia patuh pada perintah yang baik. Apa lagi?"

"Malu."

"Didik supaya dia mengekalkan rasa malu pada tempat dan ketikanya. Latih dia sentiasa menjaga aurat, tidak meninggikan suara dan tidak lasak pada gerak fizikalnya. Ajar erti maruah dan harga diri. Lagi?"

"Cantik...."

"Wah, tak lupa ya....Latih supaya dia menjaga kecantikan, tingkah laku, wajah, pakaian, tempat tinggal, bilik dan lain-lain. Biar dia pandai menjaga kekemasan, kecantikan dan keindahan. Biar dia peka dengan nilai-nilai estetika. Lagi?"

Saya diam. Dalam ruang fikiran tergambar isteri saya - ibu anak perempuan saya.

"Kau lupa agaknya..." usik Tok Wan.

"Tok Wan laju sangat...."

"Anak perempuan mesti dibiasakan suka berada di rumah.Bukan bermakna dia tidak boleh keluar, tapi biasakan dia suka di rumah. Rumah adalah gelanggang wanita. Ruang itu kecil tapi besar peranannya. Ketika suami keluar, isterilah pemimpin anak-anak dan pelindung hartanya."

"Ini payah Tok Wan, sekarang ini perempuan dah luas gelanggangnya!"

"Ah, kekadang yang luas hanya gelanggangnya, tapi kecil peranannya. Sedangkan di rumah walaupun kecil gelanggangnya, tapi amat besar peranannya. Pernah dengar madah, tangan yang mengayun buaian boleh menggoncang dunia?"

"Tadi Tok Wan kata, kena bayangkan juga bakal ibu."

"Apa yang paling kau hargai daripada seorang ibu?"

"Kasih sayangnya."

"Didiklah agar anak perempuan agar bersifat pengasih. Pengasih dengan adiknya, abang, kakak, binatang peliharaan dan sebagainya. Sebab itu anak perempuan digalakkan bermain dengan anak patung. Itu menyuburkan rasa kasih sayang kepada bayi. Lagi?"

"Sabar."

"Seorang ibu perlu sabar; sabar menanggung perit kehamilan, sakit melahirkan, menjaga sakit-demam, ragam dan kerenah anak. Tanamkan sifat sabar anak perempuan dalam menanggung kesakitan, keletihan, kekecewaan dan sebagainya."

"Mana lebih bayah didik anak perempuan atau anak lelaki?" tanya saya. Dia senyum sinis. Terasa bodoh pula menyoal begitu.

"Soalan itu tidak betul! Sepatutnya soalannya begini, ada beza tak antara mendidik anak lelaki dengan anak perempuan? Senang dan susah itu terlalu relatif dan subjektif sifatnya."

"Beza tak?" pintas saya penuh akur.

"Tentulah, sebab lelaki dan wanita memang berbeza. Tuhan jadikan darjat kedua-duanya sama, tapi peranannya berbeza. Bukan sahaja ciri-ciri fizikal berbeza tetapi ciri-ciri rohaniahnya jua."

"Kata orang bela lembu 10 ekor lebih mudah daripada seorang anak perempuan."

"Perbandingan yang tak relevan. Manusia berbeza dengan lembu. Kita ada hati, akal dan perasaan."

"Tapu tak ada yang kata membela 10 ekor lembu lebih mudah daripada seorang anak lelaki..."

"Terpulang pada "gembala"nya. Kena gaya dan caranya, 10 orang anak perempuan pun boleh dijaga."

"Apa tip Tok Wan untuk Sang Gembala?"

"Bila berdepan dengan anak perempuan, bayangkan kita berdepan dengan bakal isteri. Adakah menantu lelaki kita nanti akan mendapat isteri yang solehah? Bayangkan kita berdepan dengan bakal ibu, adakah cucu kita kelak bakal mendapat ibu yang mithali?"

"Lagi Tok Wan?"

"Untuk menjadi seorang ayah yang baik kepada anak perempuannya, Sang Gembala mestilah menjadi seorang anak yang baik kepada ibunya dan suami yang baik kepada isterinya!"

"Lagi Tok Wan?"

"Last but not least, Sang Gembala wajib baik kepada Tuhannya!"

Saya terdiam. Diam yang panjang. Perlukah saya menyoal lagi?

sumber

betul ke perempuan sll bercakap ikut emosi? erkk!!

06 November, 2009

Ikhlas...

Saya memohon ampun dan maaf jika dari perlakuan dan kata saya ada yang menyinggung hati dan perasaan kalian diluar sana. Saya mohon maaf. Mungkin ada yang tidak terlintas ingin melakukannya dan juga betul-betul tidak sengaja.

Saya memohon ampun dan maaf dengan seikhlas hati. Tapi memang sukar untuk menzahirkan sejauh mana keikhlasan yang digambarkan seseorang itu. Bukan saya juga yang menilai sejauh mana betul-betulnya maaf yang dikatakan. Tapi jika saya katakannya, itulah maksudnya.

Setiap gerak-geri dan perlakuan harian penganutnya dianggap sebagai ibadat. Setiap amalan sama ada berbentuk duniawi atau ukhrawi memperoleh ganjaran pahala jika diniatkan penuh ikhlas kerana Allah. Oleh itu selama mana seseorang muslim itu menyerahkan dirinya kepada Allah dengan penuh tulus keikhlasan, maka selama itulah segala tingkah laku perbuatan dan percakapannya akan dinilai sebagai langkah menuju kepada keredaan Allah. Kita hendaklah menjauhi sifat-sifat yang buruk yang boleh menghakis sifat keikhlasan seperti riyak, ujub.Sifat riyak itu sebahagian daripada syirik tersembunyi kepada Allah.

"Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada tubuh badan dan rupa paras kamu tetapi Dia hanya memandang kepada hati sanubari kamu."

Saya tidak bermaksud melalui hadis atau dalil-dalil ALLAH yang saya nyatakan membuktikan saya begitu ikhlas memohon maaf setiap apa yang saya lakukan. Namun sekadar mengingat diri saya yang masih punya khilafnya. Mohon maaf di atas pekara yang sengaja atau tidak disengajakan..

Sekian...

p/s: Moment to remember..

05 November, 2009

checklistku sebelum cuti ...

Salam kegembiraan buat semua..

lega buat seketika sebab merehatkan diri untuk soalan-soalan yang memeningkan kepala sem ni. Pesanan pada diri:Jangan nak pandai-pandai jadi peramal soalan kalau kamu bukan Pensyarah. Erkk!! Sangat payah soalannya moga ada keajaiban untuk diriku dan teman-teman yang lain. Atau saya sahaja merasakan setiap bait-bait perkataan soalan itu sungguh menyusahkan hati.ahaha..

Apakah lagi yang masih tertinggal dalam senarai fikiranku sekarang:

  • Persiapan balik pulang bercuti di rumah sudah siap.
  • Tempah tiket belon pulang ke rumah sudah siap
  • Kemas barang,simpan buku-buku,nota-nota buat harta pusaka untuk anak kelahiran akan datang. motif??.
  • Bawa balik baju berwarna hitam dan putih pesanan adikku.. Praktikal pun nak pakai black and white. Haish~
  • Tempat praktikal pun dah ada dalam senarai. Menanti masa untuk pilih. Banyak betul tempat praktikal yang ditawarkan. Jangan risau kalian sangat beruntung memilih diri ini. (ok sila jangan perasan)
  • Makan KFC atau MCD sebelum pulang bercuti di rumah. Oh fries sedap..aduuh lapar~ orangnya sudah dikenal pasti .^_^.
  • Yang paling penting, rekod kenakalanku(rekod tercemar) sepanjang di Universiti berhadapan dengan Tuan General di rumah.oh tidak T_T..please (anyone can help me?) Buatkan surat pengesahan yang saya memang budak baik sepanjang berada di kolej selama ini. Rumahku bakal bergegar nanti.
  • Oh lupa masih ada 1 subjek lagi untuk diulangkaji, "Isu-isu dasar Awam"yosh!!
p/s:
doa dan tawakal setelah usaha dilakukan dengan bersungguh-sungguh.
rindu leteran ibu di rumah,membebel anak gadisnya yg cute sgt rajin dirumah..=p
hatiku tertinggal satu di kolej ^0^
^_^

03 November, 2009

Don't Take Panadol For Period Pain

* Refrain from taking panadol

According to a genealogist, 8 out of 10 girls will have cyst, however we have control over it too. How? We must not let it grow bigger or into a blood cyst:

1) Refrain from taking panadol or ponstan painkiller to subside the pain..... however there are many side effects too and when you are immune to the drugs it will not help whether you take the entire row of painkillers or not.

2) Pain endurance ~ The menstrual cramps do subside after a while. Well, lets say you can't endure the pain without any painkillers; this is the time to go see a genealogist (women have a higher threshold of pain than man).

3) Ways to counter menstrual cramps:

a) Refrain from taking icy drinks especially one week before your period);

b) Take a 1000mcg of Evening Primrose Oil every 2 days;

c) Regular Exercise. It really helps relieve menstrual cramps, 3 times per week (if you can);

d) Chinese medicine Pill (Pak Fong wan) - Have 1 pill a week before and after your Menstruation, it helps to regulate and replenished nutrients in your body. If you are vegetarian, you will not be able to take it.

e) Have plenty of vitamins A and D. Carrots, spinach, broccoli, fish, papayas, etc...

You are what you eat so please do take care of your body. Something to add on ... Ladies please drink lots of milk! or high calcium products especially if u intend to give birth),

I'm not trying to advertise for Milk Company but it can really prevent osteoporosis. It's not fatal but can cause lots of inconvenience to your life in future... So start drinking now....'

Severe/slight abdominal pain: it's not something to be taken lightly.. Women should not treat "Endometriosis" (abdominal pain before / during their menses) lightly cause the side effects will come a few years later after marriage whereby the disease will develop into cysts (sac found in the body, containing liquid matter).

If the cyst got bigger, you'll have to undergo a surgery to remove it but if it's a blood cyst, things may get worse as your womb / pelvic / uterus / fallopian tubes will be infected and create more problems. If the infection is not properly treated, serious problems like infertility may arise.

So, whenever you girls do experience period cramps, dun just pop a Panadol or Ponstan to relieve the pain instead go to a genealogist for a further diagnosis as you never know that you're suffering from one which may not at first seems like a serious problem.

p/s; jangan ambil penadol ketika bendara merah tp jom ke MCD makan fries errkk!^_^

02 November, 2009

hanya kerana mulut..

Mulut bisa berkata-berkata manis,mulut juga bisa berbohong namun segumpal daging di dalam jasad kita sukar untuk menafikannya.

Bukti yang nyata dan jelas dalam kata-kata maha Agung penciptaNya:

"Pada hari itu bumi menerangkan berita-beritanya. (Al-Zalzalah, ayat4)

"Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya terpisah-pisah supaya diperlihatkan perbuatan-perbuatan mereka. Barang siapa yang melakukan kebaikan walau sebesar zarah nescaya akan melihatnya, Dan barang siapa melakukan kejahatan walau sebesar zarah juga nescaya akan melihatnya" (Al-Zalzalah, ayat6,7 dan 8)

Sebelum ini persoalan mata diajukan, sehingga ramai yang mencantumkan ia dengan beberapa lirik lagu dan bait-bait kata yang indah, sememangnya teman-teman yang ada begitu kreatif dan bijak dalam menambah kefahaman tentang apa yang dimaksudkan dengan nikmat mata itu. Dari maat turun ke hati,namun terlanjur kata mudah dikeluarkan dengan sejuta kata ‘maaf’.

Kini, kita bicara mengenai perlakuan mulut-mulut kita pula. Setiap manusia akan dipanggil di hadapan Allah swt untuk ditanya tentang tindak tanduknya di dunia dan akan pasti diminta pertanggungjawaban atas kesemua nikmat dan keistimewaan yang dikurniakan Allah swt berupa akal fikiran, nafsu-nafsi, harta benda, anak pinak, isteri-isteri dan lain-lainnya. Jika digunakan betul sesuai dengan kehendak syariat Islam, nescaya akan memperolehi ganjaran yang baik di sisi Allah swt, begitu juga jika sebaliknya.

Sesuai dengan Firman Allah di atas, perbuatan kita akan pasti diadili. Tiada siapa pun yang akan terlepas dari tanggungjawab ini. Allah swt menghidupkan pertuturan yang keluar dari mulut kita dengan nafsu yang hidup pada nyawa Niati, yakni nyawa yang khusus diberikan kepada mulut dan tutur kata kita. Ia bersifat puji-pujian yang jernih, halus dan tahu akan zat Allah swt.

Nyawa Niati inilah yang akan menjawab segala persoalan berhubung apa yang telah kita tuturkan selama hidup di dunia ini. Jika tutur kita cenderung kepada perkara-perkara yang baik, maka baiklah balasannya. Jika digunakan tutur kata ini untuk mengumpat, mengeji sesama kita, memaki hamun, menghina dan memalukan yang lain. Kerna setiap kata-kata yang keluar dari mulut kita adalah doa. Maka berkatalah yang baik. Nauzubillah (minta di jauhkan Allah swt) akan buruklah pula balasannya.

Saya antara yang jarang menjaga tutur kata, oleh itu saya mengingatkan diri sendiri dan teman-teman supaya sentiasa memohon maaf jika terlanjur kata. kerna saya juga seorang manusia yang tidak lari dari salah silapnya. Kerna saya juga terlanjur menggunakan emosi tanpa memikirkannya kembali.

Kerana pulut, santan binasa. Kerana mulut badan kita akan menerima balasan yang sudah dijanjikan .^_^.

wallahua'lam..