30 August, 2009

Di sebalik blog anda..

salam 9 ramadhan teman-teman^_^..moga kita sentiasa diberikan kesihatan yang baik..aminn..

Evolusi teknologi masa kini telah mencetuskan pelbagai bentuk arena permainan teknologi semasa. Timbulnya media baru yang lebih dikenali sebagai media interaktif. Jaringan sosial yang semakin meluas seperti Friendster, Facebook, Twitter dan blog.

Blog merupakan salah satu medium interaktif dan dengan kata lain ekspresi segala bentuk idea dan maklumat melalui penyampaian medium yang berkesan . Terdapat pelbagai jenis blog yang boleh kita dekati. Sama ada berbicara mengenai isu semasa, hiburan,politik,blog peribadi dan sebagainya..cop2x skema sangat ayat2x di atas.cam karang artikel lorh..huhu..dah2x!!

Jom kita terokai blog2x yang ada, mungkin juga anda sendiri pernah lihat dan terlepas pandang..hehe

Isu semasa, politik, perkongsian idea dan pendapat boleh di dapati di kebanyakan blog-blog di internet..

Blog sebagai cara utk meningkat semangat diri boleh diperolehi dari nama blog jugak..contohnya “dari kangar ke kota London” moga tercapai satu hari nanti..di doakan ^_^...

peribadi dan kehidupan seharian yang ditulis oleh penulis blog itu sendiri..Menjadi tarikan kepada sesetengah pembaca..i like this blog..^_^

Blog luahan pendapat idea...kemarahan dan ketidakpuasan..juga dijadikan sebagai medium penulisan..Terpulang kepada empunya blog sendiri.
blog ni tak boleh komen lebih2x..ngee~~~~^_^

Online shop melalui blog..fesyen semasa dan terkini melalui blog anda..

Penulisan artikel dan karya-karya penulis juga dipaparkan menerusi blog..

Blog yang mempunyai gambaran seorang YB suatu hari nanti yang cuba diaplikasikan menerusi medium ini.

dan tidak ketinggalan jugak blok syok sendiri..hahaha=p

walau apapun maklumat yang disampai moga ia boleh dikongsi bersama..hehe

p/s
mohon maaf salah silap kepada empunya blog di atas..hehe
happy blogging ^_^
entri ini ditulis ketika penulis xtau nak buat ape..=p

Hari ini...

Hari ini
Jika kita masih berdiri dan berjalan
Melintasi belantaran kedinginan malam
Bagi menerokai mencari satu titik persamaan
Sebuah kemampuan demi satu pengorbanan

Hari ini
Jika kita masih bisa berlari dan mendaki
Menuju satu puncak pengertian
Bagi menemui satu ungkapan yang bererti
Demi nilai sebuah kepastian

Hari ini
Jika kita masih bisa bernyawa
Bernafas dengan keazaman
Mengumpul tekad
Mengumpul keazaman
Demi meniti kedewasaan

Hari ini
Jika otak masih bisa berfikir
Dalam satu kata
Pahit dan perihnya sebuah kesakitan
Ku mohon agar ia bisa hilang kerna
HambuMu sudah tidak berdaya lagi

Dan hari ini
Aku dia dan kamu masih berdoa
Mungkin juga dalam sujud terakhir kita
Bagi mensyukuri dan menghayati
Nikmat sebuah kehidupan....
p/s:
Penyembuh yang sebenamya ialah Allah. Adalah sesuatu yang tidak masuk diakal sekiranya mereka yang sakit enggan untuk berdamping dengan Dia Yang Maha Penyembuh dan mereka bersikap menjauhkan diri daripadaNya.

^_^

26 August, 2009

100 truth..not really true ^_^

ok hilangkan kepenatan untuk mencari ideaidea yang hilang bagi asignment ya tak siap2x lagi..
layankan je..

WHAT WAS YOUR:
1. last beverage=hot tea..
2. last phone call = my sis
3. last text message = my hubby
4. last song you listened to = muhasabah cinta by Edcousti
5. last time you cried = Last one week?

HAVE YOU EVER:
6. dated someone twice = No!
7. been cheated on = Yes, I think...
8. kissed someone & regretted it = My Mom and my Dad. Not!
9. lost someone special = No
10. been depressed = Sometimes
11. been drunk and threw up =Not!!

LIST THREE FAVORITE COLORS:
12. Pink
13. Green
14. Purple

THIS YEAR HAVE YOU: (2009)
15. Made a new friend = Yes
16. Fallen out of love = Not!
17. Laughed until you cried =Not yet
18. Met someone who changed you = No
19. Found out who your true friends were =Yes
20. Found out someone was talking about you = Yup!
21. Kissed anyone on your FB friend's list = Not!! Erkk=p

GENERAL:
22. How many people on your FB friends list do you know in real life = 75%
24. Do you have any pets = No
25. Do you want to change your name = No.
26. What did you do for your last birthday = nothing to display (my heart)^_^
27. What time did you wake up today = 5 am
28. What were you doing at midnight last night = Sleeping
29. Name something you CANNOT wait for = Finish all my assignments (sgt btol!!!)
30. Last time you saw your Mother = soalan sedih..lme dah..hari2x dgr suara je…T_T
31. What is one thing you wish you could change about your life = Nop... life goes on!
32. What are you listening to right now = Hmmm…
33. Have you ever talked to a person named Tom = NO!!
34. What's getting on your nerves right now = Nak tdo..
35. Most visited webpage = Facebook and Blog
36. Where you want to be right now = Home
37. Nicknames = Ekin
38. Relationship Status = Single but Not Available. Doakan ya teman2x moga berpanjangan
39. Zodiac sign = Aries
40. Male or female? = Female
41. Elementary? = Sk Kem Lok Kawi Sabah
42. Middle school = Smai Toh Puan Hajjah Rahmah KK Sabah
43. Hair colour = Black
44. Long or short = Long
46. Height = ngee~~
47.Do you have a crush on someone = No!
48. What do you like about yourself = Friendly..erkk=p byk kawan ^_^
49. Piercings = Sometimes..
50. Tattoos = No
51. Righty or lefty = Righty

FIRSTS :
52. First surgery = none
53. First piercing = mmm..
54. First best friend = Mmm... my sis
55. First kiss = ...
56. First vacation = Sabah
57. First crush = Not!!
.
RIGHT NOW:
59. Eating = No
60.Drinking = No
61. I'm about to = check my emel
62. Listening to = music
63. Waiting for = sleeping

YOUR FUTURE :
64. Want kids? = Yes (twins) hehe
65. Get married = Insyallah
66. Career = Great figure

WHICH IS BETTER :
67. Lips or eyes = Eyes.
68. Hugs or kisses = Hugs
69. Shorter or taller = Taller
70. Older or Younger = Younger
71. Romantic or spontaneous = Romantic.
72. Nice stomach or nice arms = Nice arms
73. Sensitive or loud = Sensitive
74. Hook-up or relationship = Relationship
75. Trouble maker or hesitant = Trouble maker

HAVE YOU EVER :
76. Kissed a stranger = ha?no!!
77. Drank hard liquor NO!
78. Lost glasses/contacts = contacts
79. Sex on first date = No
80. Broken someone's heart = No
81. Had your own heart broken = No
82. Been arrested = NO!
83. Turned someone down = rasaya tiada..not sure..
84. Cried when someone died = Ya
85. Fallen for a friend? = No

DO YOU BELIEVE IN:
86. Yourself = Sometimes not
87. Miracles = sometimes
88. Love at first sight = Ya!!
89. Heaven = Yes
90. Santa Claus = No
91. Kiss on the first date = No
92. Angels = maybe

ANSWER TRUTHFULLY:
93. Had more than one bf/gf?= No
95.Did you sing today? = No
96. Ever cheated on somebody? = Ya..huhu
97. If you could go back in time, how far would you go, and why? = masa kecik pakai baju sama dengan my sis..skg dah besar malu..=p
98. Are you afraid of falling in love with somebody else? = Not sure
100. Posting this as 100 truths? = .^_^ya penat menjawabnya

done!! ya connie!!
xmo tag sape2x..aku merasai kepenatan ya..^_^

ukhwah fillah!!

25 August, 2009

Selagi kita masih merasai nikmatnya....

Jika masa masih lagi bergerak
Mata masih lagi terbuka
Kita masih lagi boleh bernafas
Hargailah kehadiran sebuah ramadhan
Siapa tahu, esok atau lusa
mata ini tidak mampu lagi buka kembali....

Salam ke empat Ramadhan ya teman-teman dan seterus-terusnya^_^....cepat betul masa berlalu… Saya memetik sebahagian kandungan artikel daripada sebuah laman web.Moga menjadi peringatan buat saya dan kita semua....

Ramadhan yang tiba, tak terasa waktu berjalan .Bulan yang selalu ditunggu-tunggu karena kemulian dan keutamaannya. Bulan ini adalah bulan pengampunan dan rahmat serta dimudahkan beramal soleh padanya. sabda Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam:

إِذَا دَخَلَ شَهْرُ رَمَضَانَ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ السَّمَاءِ - وَفِيْ رِوَايَةٍ : أَبْوَابُ الْجَنَّةِ- وَفِيْ رِوَايَةٍ: أَبْوَابُ الرَّحْمَةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ جَهَنَّمَ وَسُلْسِلَتْ الشَّيَاطِينُ

Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibukalah pintu langit –dalam satu riwayat dikatakan: pintu syurga dan dalam riwayat lainnya: pintu-pintu rahmat.- ditutup pintu-pintu jahannam dan para syaitan dibelenggu. (HR al-Bukhori dan Muslim)

Apabila masuk awal malam dari bulan ramadhan maka para syeitan dan jin jahat dibelenggu dan ditutup pintu neraka jahannam.

Demikian juga sabda beliau:

Siapa yang menghidupkan malam qadar dalam keadaan iman dan mencari pahala maka Allah ampuni dosanya yang telah lalu dan siapa yang berpuasa dalam keadaan iman dan mencari pahala maka Allah ampuni dosanya yang telah lalu. (HR al-Bukhori)

Namun apakah kita:

Apakah kita redha dengan keadaan kita sekarang ini ataukah tidak?
Apakah kita menganggap telah mencapai keadaan yang lebih baik dan sempurna atau masih dalam keadaan lemah dan jauh dari kesempurnaan?
Apakah semua fikiran, sifat dan prilaku yang telah kita lakukan adalah sesuatu yang tidak boleh berubah dan sudah menjadi qudratnya ataukah kita sebagai manusia memiliki usaha dan ikhtiar dalam merubahnya?
Kita berjalan dan terus melangkah...otak masih lagi berfikir..
jika keadaan masih sedar atau tidak..
jika hari esok sudah tidak diberikan kesempatan..
moga hari-hari yang sebelumnya memberi makna dalam hidup kita...

"ya ALLAH berilah hambuMu kesihatan yang baik..kerna sesungguhNYA engkau lebih mengetahui apa yang aku lalui"

P/s:
bahasanya telah dilakukan pengubahsuaian disebbkan penggunaan bahasa yang sukar difahami..ngee~~~

^_^

21 August, 2009

salam ramadhan ^_^

Ramadhan Pictures, Images and Photos

Alhamdulillah...

ok2x sabtu ni kita semua akan berpuasa
selamat berpuasa ya teman-teman!!

Moga ramadhan ni memberi seribu pengertian buat kita semua..
Gunakan setiap saat yang berharga dengan sebaik mungkin..
Moga yang tersimpul akan terungkai..
Yang tersirat jelas tersuratnya...ok cop2x papelah saya pun xfhm apa yang ditulis.. ^_^

Selamat berpuasa dan berterawih...
Mohon maaf salah dan silap

p/s
salam ramadhan buat keluarga tersayang..
1st ramadhan dgn my sis..huhu
salam ramadhan buat my hubby,teman-teman,semua sekalila..ngee~~

^_^

18 August, 2009

Demi indahnya sebuah Ramadhan...^_^

Demi indah dan keberkatannya sebuah Ramadlan, Demi kebersihan jiwa, demi anak-anak kita (maafnya penulis tiada anak..hehe), mari kita mulai kembali merindukan, mencintai, dan mengisi Ramadhan. Mari jadikan kisah masa kecil kita yang merindukan Ramadhan sebagai sebuah pelajaran bahwa Ramadhan yang akan datang tidak lama lagi akan membawa seribu pengertian buat kita. Mari jadikan kisah masa kecil kita yang merindukan Ramadhan sebuah semangat, untuk terus berupaya menjadikan rasa cinta itu tumbuh kembali dalam diri kita semua yang semakin meningkat dewasa.

Ramadhan datang kembali dan syukur dipanjatkan kerana kita masih boleh meraikannya kembali. “Ahlan wa Sahlan ya Ramadhan”.

Saya pasti akan merindui suasana ini lagi:

  • Bangun sahur memang seronok. Kalau yang lain liat nak bangun tapi beza dengan saya yang tak sabar nak bangun makan. Apatah lagi bila ibu kita yang masak. Bangun hidangkan je..ngeee~~
  • (Kalau di semenanjung bolehlah bangun lewat sikit untuk bersahur tapi kalau di sabah jam 3.30am dah kena bangun). Best kadang-kadang jiran pun dijemput bersahur sekali..Bilakah diriku akan kembali ke sana…huhu
  • Time bulan puasa ni..macam2x bermain di fikiran..kuih muih, lauk pauk..tapi ibu pastinya lebih selesa masak sendiri daripada beli di bazaar. Dan saya pastinya akan ke bazaar bersama abah cari Murtabak. Hari-hari pun tak pe..
  • Kalau dulu masa kecik-kecik..abah yang akan kejutkan saya dan adik bangun sahur manakala ibu sibuk di dapur.Tapi bila saya dah besar ni terbalik plak. Sayalah yang akan kuar masuk bilik kejut abah bangun..aduuh sambil dengar ibu membebel kat dapur kesengalan abah yang liat nak bangun tidur bersahur..hahaha…
  • Sekarang dah duduk jauh, selalunya mereka akan mesej sama ada saya dah bersahur ke belum..maklumlah esok kuliah nanti lapar..^_^
  • Sebelum nak berbuka sebelum sentuh makanan yang tersedia, pastinya soalan akan diajukan “ibu esok berbuka kita makan ape plak?” padahal makanan yang nak berbuka ni tak sentuh pun lagi. Masih diamalkan lagi sehingga kini…erkk! =p Kadang-kadang ibu malas nak jawab sebab setiap hari nak berbuka puasa soalan yang sama..haha..
  • Lepas solat terawih boleh main bunga api dengan anak-anak jiran. Kadang-kadang yang tua-tua yang lebih daripada budak-budak. Hehe...mercun katak korag pernah dengar? Penah main mercun roket sampai masuk kat rumah orang. Main dekat Taman perumahan mana tak jadi sasaran rumah kat situ..
  • Main mercun kena cover2x..sebab abah marah anak orang main mercun tapi anak sendiri main jugak..nak buat macamana budak2x..jangan dimarah...ngeee~~~
  • Masa kecil dulu selalu dengar istilah puasa ”yang yok” (betol ea istilah die..dah lupa dah) sekarang dah besar ni tak payah tipu-tipu sampai time ade masa tak payah puasa..^_^...ngeh3x...
  • Sebelum berbuka tengok cite Upin& Ipin.Masa tulah baru saya tahu ada watak kartun cite upin& ipin selepas diperkenalkan oleh abah sy..haha.

Selamat berpuasa ya teman-teman. Maaf salah silap.Halalkan semuanya...

Jom kita menikmati keseronokan berpuasa, bersahur sambil berkuliah keesokan paginya..^_^

p/s:
Sangat merindui suasana Ramadhan ketika bersama keluarga..
Masalah yang ada akan setel nanti (my dad)

pesanan tambahan:

esok tak puasa lagi ya kawan2x..entri di tulis mengimbau kembali kenangan penulis..
haish~~~kacau betollah nani ni..

^_^

16 August, 2009

Akhil Hayy bernikah dengan Wahidah

klik seterusnya..

p/s: gosip penyanyi dah penceramah bebas Ustaz Akhil Hayy memang sudah lama diperkatakan.Apatah lagi apabila pemfailan cerai yang dilakukan oleh isteri beliau.KOntroversi yang cuba dikaitkan dengan penyanyi wanita Waheeda bagai mencurahkan minyak di api yang sedang menyala-nyala..Penafian demi penafian cuba dinafikan dan di sangkal.Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang..Malas nak komen banyak-banyak sal mereka ni....sebab "meluat".. Berbahagia hendaknya atas kesedihan orang len..(menulis dalam keadaan meluat+emosi sikit) errkk!=p

korang komenlah sendiri...huhu
Lihat ulasan yang len..klik

15 August, 2009

Program Khidmat Komuniti Vs Krew Sidang Majalah Advokasi

Pada 19 ogos 2009 bertempat di Muasasah Darul Fuqaha akan diadakan pemeriksaan kesihatan bersempena Program Khidmat Komuniti Bersama Anak-Anak Yatim anjuran Pelajar Tahun akhir Komunikasi Dan Dasar Awam UKM. Program ini bertujuan.....
coppp2x!! asal lak aku yg wat laporan tuk korang..erkkk!!=p

Ok dari hati yang tulus ikhlas dari Krew-krew Sidang Majalah Advokasi

"ALL the Best guys!!"
Good Luck!!
Moga Sukses Acaranya!!!

Moga semuanya berjalan dengan lancar..
begitu juga untuk next program u all nanti..^_^

p/s:
Kami akan anta 2 wartawan cover berita nanti (tuk KP and TKP jg ank buah ktrg leklok ngee~~~)
kredit to my ex senior..thanks bg cilok poster..hehe=p

14 August, 2009

Snippets....

pada yang dah faham...
masih lagi faham atau...
pura-pura tidak faham....
pada yang sudah tahu
masih lagi tahu...
atau pura-pura tidak tahu..
go away~~~
p/s:
sambung buat keje dalam bengkel advokasi..

09 August, 2009

Marhaban ya Ramadhan...

^_^
Alhamdulillah….Tidak terasa sebentar lagi saya akan bertemu lagi dengan Bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan.2 minggu lagi....Saya masih bersyukur kerna diberikan kesempatan menunggu kehadiran mu..

Bagiku Ramadhan adalah sebuah oase di tengah gurun peradaban yang sedang kering dengan nilai keimanan…Tambahla kembali nilai keimanan yang semakin kurang..

Untuk saudara-saudaraku…mari kita bersiap-siap menyambut tamu agung yang akan datang memenuhi relung jiwa kita dengan kenikmatan takwa jika kita memang terbuka menyambutnya…

“Ya Allah, berkati kami di bulan Rajab dan Sya’ban, dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan. Bantulah kami untuk melaksanakan puasa, melakukan shalat malam, menjaga lisan dan memelihara pandangan; dan jangan jadikan puasa kami hanya sekedar lapar dan dahaga.”

p/s:
jgn lp ganti pose pada yg berkenaan..^_^
moga datangnya ramadhan merungkai seribu satu persoalan
teringat sambut ramadhan masa kecik2x dl..tiada apa yang perlu difikirkan..

05 August, 2009

saya belajar...

Saya belajar,
Bahawa saya tidak dapat memaksa orang lain
Saya hanya dapat melakukan sesuatu
Untuk kebaikan dan kehendak diri saya…

Saya belajar,
Bahawa sahabat baik sentiasa bersama saya
Dapat melakukan banyak perkara bersama
Dan kami selalu memiliki waktu terbaik bersama
Sudahkah saya menjadi teman yang baik?...

Saya belajar,
Bahawa orang yang saya kira adalah jahat
Tetapi sebenarnya merekalah membangkit semangat
Dalam perjalanan hidup saya
Perlu perhatian dan waspada yang tinggi

Saya belajar,
Bahawa jika seseorang tidak menunjukkan perhatian
Seperti yang saya inginkan
Tidak bermaksud dia tidak menyayangi dan mencintai...
Adakah anggapan saya betul..

Saya belajar,
Bahawa kehidupan yang di lalui hari-hari
Tidak selalunya cerah dan mendung turut berlalu
Saya harus belajar mengampuni
Diri saya sendiri supaya tiada perasaan bersalah
Membelenggu diri

Saya belajar,
Bahawa dua manusia boleh melihat benda yang sama
Tapi pendapat yang dikeluarkan adalah berbeza
Mengikut persepsi dan andaian yang tersendiri

Saya belajar,
Bahawa orang sekeliling saya boleh mempengaharui peribadi saya
Tetapi saya harus bertanggungjawab
Terhadap apa jua yang telah saya lakukan

Saya belajar,
Bahawa tidaklah penting apa yang saya miliki
Tetapi yang penting adalah siapa saya sebenarnya
Menjadi diri sendiri tanpa bayangan lain...

Saya belajar,
Bahawa saya harus memilih
Antara dua samada sikap dan emosi menguasai saya
Atau saya menguasai sikap dan emosi...

Saya belajar,
Bahawa saya mempunyai hak untuk marah
Tapi itu bukan bererti
Saya harus membenci dan berlaku biadap...

Saya belajar....
Belajar menulis mengira mengeja Sejak kecil..hehe
Erkkk=p

enough!!!~~

p/s:
am i rite?

saya masih belajar dan akan terus...

01 August, 2009

Title: Hari ini hari sabtu...me and my friends..R.A ^_^

Hari ini pagi-pagi telah saya bangunkan diri. Jadi Research Assistant untuk projek penyelidikan pensyarah. Kami berempat (my senior Kak Kymie, Abg Daf yang tgh buat PHD skg dan PZA yang menggantikan tempat kawan saya di saat-saat terakhir sbb kawan saya kena balik PD. Erkk=p..siap na jumpa kat kelas t.
Hasil kajian yang dijalankan adalah “Fokus Kajian Perancangan Aktiviti Orang Muda” . Lokasinya adalah salah sebuah kawasan perumahan di sekitar Kuala Lumpur. Saya dan kawan yang lain diarah mencari beberapa responden mengikut had umur yang telah di tetapkan. Kumpulan fokus kajian adalah ingin mengetahui apakah aktiviti yang dilakukan oleh remaja-remaja di kawasan tersebut. Agak sukarnya untuk menemui remaja yang betul-betul nak berikan kerjasama di kawasan tersebut. Kawasan perumahan Flat yang mempunyai beberapa blok dan lebih dari 10 tingkat terpaksa di naiki bagi mencari responden yang dikehendaki. Pecah rekod hari ini saya naik tangga sampai ke tingkat 12.huhu...

Kemudahan lif ada tapi mintak maaflah tak sanggup nak naik. Nampak usang je buat nya terperangkap dalam tu..Faktor persekitaran kawasan tersebut membuatkan saya terfikir kurangnya perhatian yang diberikan dari segi aspek kebersihan seperti sampah yang bertaburan, kawasan yang berbau.(jujur saya katakan tidak sanggup utk tinggal di kawasan tersebut walaupun sehari) .huhu. Apatah lagi faktor keselamatan yang dipandang lewa.

Bukan senang nak cari remaja kat sana.Kalau ada pun masing-masing dah bekerja walaupun jika ditanya umur remaja yang masih berlasan tahun yang sepatutnya ke sekolah menghadiri aktiviti-aktivit di sek dan kokurikulum. Mungkin juga disebabkan faktor kehendak dan keperluan keluarga yang dijadikan keutamaan dan yang penting di dahulukan.

Apa yang saya belajar hari ni:
Kena tebalkan muka walaupun tak dilayan
Tak semua yang kita nak akan dapat (ni selalu je dah dengar ^_^)
Jangan rumitkan perkara yang senang jadikan ia mudah selagi boleh
Yang penting best gak jadi R.A ni...hehe

Macam biasalah tak lengkap kalau tiada gambar saya di tempat kejadian..Jom..hehe

kawasan kajian...^_^ sangat tinggi ye kawan2x

pastikan setiap responden dah cukup..

^_^..
p/s:

Kita memerlukan kegelapan untuk melihat bintang

^_^

Berbaik sangkalah kita...

Berbaik sangkalah kita kepada akan setiap yang berlaku kerana di situ terdapat hikmahnya . Tidak dinafikan dalam kehidupan kita seharian pasti timbulnya perasaan negatif..Ada juga suara-suara mengatakan “fikir positif walau apa pun yang terjadi”..Mudah diungkap sukar untuk dilakukan. Tapi cuba berulang kali disitu pasti munculnya kebaikan yang kita sendiri tidak ketahui.(walaupun diri saya merasakan sukar utk dilakukan)

Dalam surah al-Hujaraat (QS49), Allah SWT menekankan tentang ukhuwah, baik sesama Muslim mahupun sesama manusia. Ukhuwah, yang biasa diertikan 'persaudaraan, diambil dari akar kata yang pada mulanya bererti 'memperhatikan'. Makna asal kata ini memberi kesan bahawa persaudaraan mengharuskan adanya perhatian dari semua pihak yang merasa bersaudara. Perhatian itu dicurahkan kerana adanya persamaan antara pihak-pihak yang bersaudara, sehingga makna asal tersebut kemudian berkembang dan pada akhirnya bererti 'persamaan dan keserasian' dengan pihak lain.

Bahkan mencakup persamaan dalam salah satu sifat seperti kemanusiaan, suku, agama, profession, perasaan dan sebagainya. Dalam kamus-kamus bahasa, ditemukan kata 'akh' yang dibentuk dari kata ukhuwah digunakan juga dalam maksud teman akrab atau sahabat, yang tentunya terjalin kerana adanya persamaan antara mereka.

Hubungan yang baik antara satu dengan lain dan khususnya antara muslim yang satu dengan muslim yang lainnya merupakan sesuatu yang harus dijalin dengan sebaik-baiknya. Ini kerana Allah telah menggariskan bahawa setiap mukmin itu bersaudara, seperti dalam firmannya yang bermaksud, "Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat." (Surah al-Hujuraat, ayat 10)

Seterusnya, Allah SWT telah memberi amaran, "Hai orang-orang yang beriman janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain (karena) boleh jadi mereka (yang diolok-olok) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olok) dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olok) wanita-wanita lain (karena) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olok) dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barang siapa yang tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah al-Hujuraat, ayat 11)

Maju ke hadapan:

"kenal pasti peristiwa lama yang mencengkam diri kita. Sukar untuk memaafkan akan menimbulkan dendam. Dendam inilah akan mencengkam diri kita.”

"lakukan tiga perkara secara berperingkat dengan terima kenyataan perkara yang berlaku sebagai takdir, maafkan orang yang melakukannya dan lupakan kisah itu"...

Moga hidup kita lebih bermakna hendaknya..aminn