28 July, 2011

Catatan hati sebelum ramadhan.

Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut kedatangan ramadhan. Pastinya pelbagai perasaan yang ada, dan jujurnya saya begitu teruja menanti kedatangannya.Tidak pernah putus-putus hati mendoakan moga saya sempat menempuhnya dalam detik 30 hari. Moga ramadhan kali ini lebih baik dan memberikan seribu makna pada saya.

Pengertian ibadah yang dilakukan bukan sahaja hanya tertumpu hanya pada bulan ramadhan. Tapi bagaimana kita laksanakan semua ini sebelum dan selepasnya. Namun, kita semua akui bahawa kedatangan bulan ini adalah satu dalam seribu bulan yang dinanti. RahmatNya tidak pernah putus-putus bahkan pada bulan ini semua pahala ingin kita rebutkan.

Sebelum menanti ramadhan untuk beberapa hari sahaja lagi. Saya dan teman-teman di uji dengan beberapa masalah. Namun, saya percaya semuanya dapat ditangani dengan sebaiknya. Dan sehingga kini ,kami masih mengamal cara duduk berbincang dan bertanyakan pendapat masing-masing. Jujurkan apa yang perlu dikatakan, ada hikmah dari hasilnya. Biasalah setiap dari kita punya pendapat yang berbeza, apa salahnya cuba lihat dan dengar dari sisi yang berbeza juga bukan? *optimis*. InsyaAllah semuanya akan dipermudahkan.

Dan ramadhan kali ini juga, kami akan berpindah ke rumah baru dan bekerja dengan suasana kerja yang lebih baru. Ya Allah saya sangat bersyukur, di kelilingi oleh insan-insan yang sangat membantu dan apa yang penting kita tahu peranan setiap daripada kita. Setiap apa yang berlaku, menjadikan kita perlu bijak dalam mengatur langkah. Tidak perlu risau jika langkah yang diatur tersasar sedikit. Lihatlah dengan positif dan perlu merancang untuk keputusan yang lebih baik. Siapa yang mahu jatuh dalam lubang yang sama bukan?

Allah kurniakan kita fikiran dan hati dan ditengah-tengahnya perlu adanya kewarasan dan pertimbangan rasional yang sepatutnya kita fikirkan dan laksanakan. Yakin bukan sahaja hanya perlu di hati,bahkan yakin juga dizahirkan melalui perbuatan. Bagaimana pelayaran sebuah kapal itu dapat dilihat?senang sahaja, lihat sahaja pada bagaimana nakhoda sebuah kapal yang mengemudinya.

*off*

minggu ini minggu terakhir "training class" *wink!*

Nota kaki:
Mungkin ini juga ramadhan terakhir kita, siapa yang tahu?
Sudah tertulis takdir manusia di tangan Tuhan.

26 July, 2011

Kasih berTuhan..

Titis-titis hujan yang baru sahaja singgah ke bumi membuatkan kedinginan malam bertambah dingin. Hembusan angin di luar jendela menerpa ke jasad yang sedang berdiri di tepi jendela. Bahkan, langit gelap seakan membicarakan bahawa setiap penceritaan di bumi yang sedang di atur oleh sang Agung semesta Alam yang perlu di ketahui oleh hambaNya. Jika langit hendak runtuh sekarang, mana bisa manusia mampu mengandaikannya bersama birunya lautan yang luas. Bagaimana bisa melawan kehendakNya, kita manusia dibatasi takdir.

Kasih Tuhan tidak bertepi, bahkan tidak salah punya angan-angan jika masih berpijak di bumi yang nyata. Tidak salah bercita-cita tinggi selagi mana ia tidak mencemuhkan hidup yang lalu, kerana ia guru pada hari semalam. Lihatlah hidup dengan keazaman dan hayatilah setiap saat dengan penuh kesyukuran. Kerana siapa kita dulu bukan penentu kita pada masa hadapan, tapi apa yang kita corakkan pada detik dan saat ini itulah siapa kita masa hadapan. Jauh harus lebih ingat berapa langkah sudah di atur melalui kasih dariNya yang tidak pernah putus-putus.
www.deviantart.com

Pada setiap bait-bait kata yang diucapkan , diiringi selembar kasih dari Tuhan. Saya selalu meletakkan bahawa seseorang itu berjaya bukan kerana kegeniusannya atau kerana keturunannya. Kejayaan sebenar bermula dengan perubahan sikapnya iaitu apabila kita mula memandang jauh kehadapan dengan penuh harapan serta menginginkan ketinggian dan kemuliaan, renungan dan penghayatan itu kemudiannya dipantulkan kepada hakikat diri kita sekarang .

Lalu kita mula meneliti sikap-sikap yang perlu kita bangunkan untuk meraih segala harapan yang kita inginkan tadi di samping kita cuba menanggalkan segala sikap yang akan menghalangi perjalanan kita. Kasih sayang itu seninya fitrawi kerana sayangNya, kita bisa menghirup segarnya udara kerana Cinta dan SayangNya kita bisa menikmati indahnya pelangi di petang hari.

Matinya tiap-tiap yang bernyawa apakala berakhirnya umur di dunia, semuanya di hidupkan semula barakah indahnya CINTA Dia buat kita.

Jumpa lagi :')

Nota kaki: Berjalan menilai dan mentafsir.

24 July, 2011

Nilai pada diri .

Segala puji buat Dia di atas sana yang tidak pernah putus-putus memberikan nikmat iman dan islam. Alhamdulillah kita sesat di dalam hidayahNya bukan berpatah balik ke arah yang salah. Syukur untuk setiap detik nafas yang bernyawa di muka bumi ini diberikan nikmat yang tidak terhingga. Suka dan duka, kesusahan dan kesulitan itu yang diterima oleh kita bukanlah bebanan yang sepatutnya kita pikul dengan seberat-beratnya. Jika kita jelas dan fahami, ia adalah sebahagian daripada kehidupan kita, di mana Dia tidak akan membebani hambaNya mengikut kemampuan mereka.

Manusia memang bijak berkata-kata,namun bicara bagaimana yang boleh memberikan kesan dan penilaian kepada pendengar. Tiada kata yang kosong yang mungkin keluar daripada mulut seorang insan jika dia punya ilmu di dada. Tiada kata-kata yang dilakukan tanpa seiring tindakan yang ditunjukkkan. Bersangka baik untuk setiap sesuatu dan menjadi yang terbaik untuk diri sendiri adalah hasil yang terbaik yang dapat diperolehi. 

Berbicara mengenai nilai kalbu yang ada di dalam jasad kita tidak terhitung nilai positifnya. Ia jauh di sudut hati yang dititipkan dengan nilai-nilai keimanan yang sepatutnya ada pada diri kita dan begitu juga pada saya. Jika dulu kita buta menilai erti kehidupan yang sebenar dan hanya tahu menyalahkan orang untuk setiap yang berlaku,walaupun alasan tidak sehaluan dan alasan apa lagi yang memberikan seribu kata. 

Namun,eloknya saya berpesan kepada diri bahawa kita perlu nilai diri kita sendiri. Sejauh mana kita jujur dengan diri kita sendiri,dan terdetikkah di hati kita bahawa Dia mengetahuinya walaupun sehalus pasir di pantai?

Kita memang gah dan bijak berkata-kata,namun harus ianya seiring dengan perbuatan yang dizahirkan bukan? InsyaAllah moga Allah titipkan keredhaan dan kesenangan nikmat buat kita dalam kehidupan seharian kita.

Nota kaki: 
Ramadhan menghampiri dan saya begitu teruja sekali. Moga ramadhan kali ini saya 
berkesempatan memperbaiki segala kekurangan diri.

18 July, 2011

Usrah terdetik di hati :)

Bismilahiramanirrahim..

Alhamdulillah saya masih lagi diberikan kesempatan untuk menulis. Menulis ini hanya untuk diri saya sendiri,menulis ini membuatkan saya merasakan sesuatu yang tidak mungkin bisa saya ucapkan dengan kata-kata . Bahkan menulis juga membuatkan saya merasakan nikmat kehidupan yang mesti selalu kita syukuri. Setiap masa yang berdetik membuatkan hidup ini berputar dengan seadil-adilnya. Manakan tidak setiap tindakan yang kita buat diperhatikan bukan?

Semalam 17 julai,saya berpeluang mengikuti usrah yang disampaikan oleh Dr.Harlina Siraj di masjid Al-mukhlisin Alam Damai, Cheras. Hati sangat tersentuh dengan setiap apa yang diulaskan. Sudah lama saya meninggalkan usrah beberapa tahun yang lalu ketika masih menuntut ilmu di maahad.

Dalam Usrah beliau “ Let’s return to Allah. Let’s find out real selves,our Fitrah”. Subhanallah nikmat iman dan islam yang diberikan oleh Dia kepada kita secara fitrah selalu kita lupakan. Namun, selagi masa berdetik masih belum terlambat. Betul,itulah yang selalu saya katakan pada diri. Dan untuk dapatkan apa yang terbaik,semua itu bermula dari kita.

Tiada apa yang mampu saya harapkan,selain menjadi wanita yang solehah dan anak yang baik kepada kedua ibu-bapa saya. Suatu hari nanti kita pasti kembali kepada DIA,itulah janji Allah yang pasti.

“ I want Allah to Love me,
I need Allah to like me,
I do not want Allah to leave me alone in the dark”

Di samping itu,kami juga membelek beberapa ayat di dalam tafsir Al-quran, beberapa ayat di kaji. Betapa jahilnya kita,jika hanya tahu membaca tapi pengertiannya di abaikan. Saya sangat tersentuh setiap apa yang diperkatakan. Menjadi muslimah yang sebenar, bukanlah sesuatu yang merumitkan. Ia perlu bermula dari kita. Dan ia sangat menyenangkan percayalah. Saya selalu berfikir,apa yang kita lakukan tanpa niat dan alasan yang kukuh,tidak akan kemana-mana. Dan itu semua saya belajar.

Segala urusan saya dipermudahkan,Sudah saya lihat ada hikmah disebaliknya. Namun, putus asa itu perlu di jauhkan dalam diri kita. Tiada yang mustahil untuk orang yang berusaha dan tidak juga mustahil untuk orang yang menginginkannya. Syukurlah kin..syukur..

Saya mahu ke usrah lagi jika berkesempatan,sangat terkesan di hati. Oh ya! Doakan saya minggu ini ada penilaian di tempat kerja yang perlu saya lakukan yang terbaik.

Nota kaki: Mode in this week: Event Management!

Jumpa lagi :)

09 July, 2011

Bicara hidup pada kata.

Bismilahirahmanirrahim..

Bicarakan hidup pada titik takdir yang dilalui tidak mungkin menjadikan seorang itu mudah untuk berpatah semangat. Sedangkan semangat yang pernah dipupuk dulu sebenarnya tidak pernah pudar cuma sesekali hilang entah kemana. Saya menulis berdasarkan pengalaman hidup yang semakin mematangkan diri. 

Menulis juga membuatkan saya sedar bahawa,tiap-tiap coretan hidup yang dihadapi tidak akan lenyap walaupun tidak ditulis melalui penulisan seperti ini. Namun, kata orang jika hanya kata sahaja tapi tidak terlahir daripada perbuatan itu hanya sekeping kertas kosong yang tiada makna apa-apa.

Saya percaya takdir dan penceritaan hidup kita berbeza. Tiap saat dan ketika Allah pasti menguji kita, samada dengan kesenangan dan kesusahan yang dilalui. Cuma tanya pada diri kita adakah setiap hari kita diuji,dan adakah setiap hari Allah berbicara dengan kita? 

Saya yakin, saat ini Allah sedang berbicara dengan saya erti kesabaran dan semangat yang tidak pernah putus asa. Saya tahu saya punya semua itu, dengan percaya kepada Dia bahawa tiada sesuatu pun di dunia ini yang sia-sia selagi mana kita tahu siapa kita dia sebalik makna hambaNya. 

Setiap hari,apabila bangun sahaja dari tidur, itulah hari yang beruntung,kerana kita masih lagi diberikan peluang dan kesempatan untuk memperbaiki diri kita. Maaf saya katakan,jangan pernah bilang semua yang jadi itu takdir,selagi mana kita sendiri sukar memahami dan tidak mengerti apa sebenar maknanya.

Walaupun apa jua takdir hidup yang dijalani, tidak pernah saya lupa bahawa keikhlasan dan kejujuran untuk setiap tindakan yang dilakukan itu begitu penting. Dan kini saya tahu,kita masih berpijak di bumi yang sama. 

Oh ya, saya nampak awan biru di sana! :')

*off*

Nota kaki: Doakan saya ya,saya sedang belajar dunia It. Komunikasi dan It jauh rasanya.