31 May, 2009

kesalahan aku sendiri

"Leceh betullah orang perempuan ni. Tegur sikit dah merajuk. Kena pujuk, nasihat lembut-lembut, cakap baik-baik... hai leceh betul. Tetapi kalau dibiarkan menjadi-jadi pulak! Kita punya kerja pun dia nak langgar. Buat kerja ikut semangat, tak pandang kiri kanan lagi."

"Eh, apa yang kau ngomelkan ni Fuad? Siapa yang buat hal kali ni?"

"Staf aku si Lina tu lah. Baru tegur sikit, dah monyok. Hari ni dah tak datang kerja. Susahlah macam ni. Kerja pejabat akan terganggu." "Entah-entah dia ada hal lain. Engkau belum siasat dah jump to conclusion."

"Alaah... orang perempuan memang macam tu. Kan Nabi pun kata yang orang perempuan tu ibarat tulang rusuk yang bengkok? Sebab dia bengkoklah orang perempuan suka buat perangai. Kita nak luruskan nanti takut patah pulak. Kalau dibiarkan terus, makin bengkoklah. Hai susah, susah."

"Jangan cakap macam tu, Fuad. Maksud Hadis to bukan begitu."

"Eh, kan Hadis itu sudah lumrah diperkatakan? Apa yang tak kena pulak, Naim?"

"Maksud aku begini. Menafsirkan Hadis itu seolah-olah orang perempuan tu memang Allah ciptakan sebagai satu golongan yang "disadvantaged" atau terkurang seperti yang engkau cakapkan seolah-olah mengatakan yang Allah itu berat sebelah. Walhal Allah itu Maha Adil dan Dia ciptakan lelaki dan perempuan itu sama sahaja dari segi kemampuan mereka untuk meningkatkan iman dan menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Bengkok yang disebut di dalam Hadis itu bukan bermakna yang mereka itu sentiasa cenderung ke arah melakukan perkara-perkara yang tidak baik. "Buktinya, apabila Rasulullah s.a.w. datang membawa ajaran Islam, baginda menaikkan taraf perempuan yang sebelum itu dianggap "golongan yang tak berguna" kepada sayap kiri kepada masyarakat.

Baginda ada memberikan tugas-tugas yang penting kepada orang perempuan, terutama bila kaum lelaki keluar berperang. Sebagai sayap kiri, tentulah mereka diiktiraf seimbang dengan sayap kanan."

"Tapi, memang orang perempuan kuat merajuk. jenuh kita nak layan dia."

"Merajuk bukan berlaku pada orang perempuan saja. Orang lelaki juga kuat merajuk. Mungkin cara merajuk atau cara protes tu yang tak sama. Punca merajuk sebab iman lemah, bukan sebab jantina. "Lagipun, apa salahnya kalau kita tegur orang perempuan dengan berlemah-lembut dan berhikmah. Bukankah begitu tuntutan Islam. Kalau kita marah-marah sehingga mereka merajuk,bukan mereka yang salah, tetapi kitalah yang salah. Entah-entah waktu itu kita lebih `bengkok daripada mereka!"

"Eh, eh engkau ni. Asyik nak bela orang perempuan aje."

"Aku bukannya nak bela siapa-siapa. Aku cuma nak betulkan pemahaman yang tidak betul terhadap Hadis tu."

"Apa maksud sebenar Hadis tu?"

"Orang perempuan yang diibaratkan seperti tulang rusuk yang bengkok itu bukan bermakna satu kekurangan, tapi sebenarnya adalah satu penyempurnaan. Sepertimana juga usus manusia yang berlipat-lipatdan berlingkaran itu bukanlah satu ketidakbetulan tetapi begitulah keadaan usus yang sempurna.

Bengkoknya tulang rusuk itu kerana ia bersifat `pelindung. la melindungi organ-organ penting di dalain tubuh manusia seperti jantung, paru-paru,hati dan limpa. Kalau tulang kakilah yang diletakkan di dada manusia, sudah tentu ia tidak dapat berperanan sepertimana tulang rusuk yang bengkok itu "

"Oh begitu. Jadi bila Nabi katakan yang orang perempuan itu seperti tulang rusuk yang bengkok, beliau hanyalah hendak memperlihatkan perbezaan peranan mereka berbanding lelaki?"

"Begitulah. Selain itu, maksud `tulang rusuk yang bengkok itu ialah sifat `rahmah. "Ini bermakna bengkoknya wanita ialah sifat semulajadi yang Allah ciptakan untuk wanita agar dia dapat memainkan peranan yang tidak dapat dimainkan oleh lelaki. Orang perempuan itu sifat semula jadinya penyayang. Perasaannya halus. Kerana adanya sifat-sifat itu, orang perempuan boleh sabar menjaga dan melayan anak-anaknya yang berbagai kerenah. Mereka juga sabar dan tekun melakukan kerja-kerja rumah yang mungkin kepada kita sangat membosankan."

"Begitu jugalah di dalam masyarakat, orang perempuan sangat sesuai menjadi guru, jururawat, dan apa juga bidang yang dalam kemampuannya. Oleh itu jangan cuba buang sifat "bengkok" ini daripada orang perempuan dengan memberikan mereka tugas-tugas yang tidak sesuai. Kalau tulang rusuk sudah patah, organ-organ yang penting tadi tidak akan selamat.

"Jadi peranan mereka sebenarnya penting. Bayangkanlah betapa besar peranan dan jasa ibu yang menjaga dan mengasuh kita dari kecil hinggalah besar"

"Hmm, betul tu Naim." "Sebenarnya tiada siapa yang bengkok mengikut tafsiran yang engkau gunakan. Bengkok atau tidaknya seorang lelaki atau perempuan itu bergantung kepada iman dan akhlaknya. Orang lelaki kalau tidak berusaha untuk membuang sifat-sifat yang terkeji di dalam dirinya pun akan jadi bengkok juga, malah lebih bengkok dari orang perempuan yang ada usaha membaiki dirinya."

"Baru aku cedar, akulah yang bengkok. Asyik marah-marah dan tidak sabar."

"Memang tidak sepatutnya kita lihat orang lain itu lebih `bengkok daripada kita. Sebaliknya kita patut sentiasa merasakan yang kitalah yang lebih `bengkok daripada semua orang lain di muka bumi ini... "

p/s: kredit to "akuandnasihat.blogspot.com" ^_^
thanks ya!!

23 May, 2009

Abah oh abah..

cerita pasal abah saya..hari ini 3 msg saya dapat dari abah..kesengalan dia dah terbukti jgk akhirnya..hikhik..tp msg tu bukan untuk saya..tp adik yg ada kat umah..silap sent msg rupenyer....sbb waaaaaa!!!!saya kat kolej lagi sekarang..huhu.

1st sy dapat mesej dari abah pagi2x lagi jam 8 am camtu.. lau pon sbnrye msj ni silap..tp at least th ap yg berlaku kat umah..hehe

"abah keluar kejap ya..jangan bagitahu apa-apa kalau mak tanya..ini hanya rahsia kita dua sahaja"
dahlah nga tdo lagi..ayat abah xleh blah semua ayat dia penuh je...then sy pun reply balik

"rahsia apa abah kakak tak tahu pon..huhu"
saya terpaksa tulis penuh sbb abah bukan faham sgt ayt pendek2x ni..hikhik..tp abah xreply pon..xpe nanti sy korek dr adik sy rahsia ape diorg kat umah tu..hikhik

2nd msg dpt dari abah..
"abah balik lewat tengah hari ini..makan dulu ya tak payah tunggu agak lewat sikit hari ni"
waa..silap msg lg..saya tak balas sbb th abah mesti salah anta lg..tibe2x sedih plak salu ktrg makan sekali kat umah...tp lucu pon ade pe r abah ni.teros foward mesej ni kat adik..hikhik

last msg...sy dapat petang td..
"bukak pintu pagar abah nak balik dah ni..5 minit lagi sampai rumah.malas nak buka sendiri"
waaa igt saya kat umah ke ape...hahahaha ape lah abah ni..last gtw adik..mesti dia nga membebel kat umah sbb kn buka gate..sbb salunyer bukan keje die..hikhik

rindu suasana kat umah..walaupon xramai kat rumah tp bising..apatah lagi bila mak membebel..bukan kat sy dengan adik tp membebel kat 'abah'..hahahahaha..then abah mesti ckp "mak korg ni memang suka membebel..nak wat macamane terima jelah,jangan turun kat korang sudahlah" hahaha..

tp pasal rahsia apa yg diorg simpan tu sy xdpt th lg..ish xpuas ht kena korek jgk..huhu

bila c0l mak plak...banyak plak nya di tanya dan saya terpaksa jawab..huhu..dah lali sangat..
"kakak jg diri leklok..kakak jgn camni..kakak jgn camtu.n bla3x....huhu"
"bek mak"hikhik...THEN bila mak bg hp kt abah..ayat abah selalu jer yg kuar
"dengar tak apa mak pesan tu"huhu dengar abah..

abah jarang tunjuk cr dia sayang kat anak-anak dia..tp dr perlakuan nya itu sudah cukup memadai untuk saya dan adik saya..tp ayat yang paling best bila saya c0l abah n ternanti-nanti bila abah tanya
"kakak ada duit lagi tak?"hehehe..teroslah jawab
"ade tapi sikit je"hehe biasalah..sbb tu sy sayang abah saya..hahaha...

p/s; rindu nak kuar jalan2x dgn diorg terutama dgn abah sy sbb ktrg mesti akn cr kedai Hp tengok hp2x yg baru..n mak pasti membebel cr kitrg 2 hilang..hehehe
Semoga abah sentiasa sihat..luv ya!!

saya sayang abah saya!!!^_^

22 May, 2009

siapa paling cantik...^_^

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang
berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun
yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumputyang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku.

Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita
mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

p/s: sgt suke cite ni laupon dah byk kali bace..hehe ^_^

nak jadi rumput lah..hehe

20 May, 2009

10 pesanan untuk kehidupan..^_^

1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.

2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.

3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.

4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.

5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.

6. Orang yang sudah hilang sifat marah - dayus, cepat melahirkan sifat marah - lemah mujahadah. Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.

7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.

8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.

9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan Allah, ini adalah hakNya pula.

10. Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.

p/s:

sentiasa mengingatkan diri wlapon masih banyak khilafnya..
And..saya bahagia dengan kehidupan skrg.. kawan2x, insan yg sy sayang....
hidup ibarat roda..stp yg kita lakukan mungkin akan kembali dan terjadi pada kita semula
terimalah hakikat sebuah kebenaran itu...
doakan yg terbek untuk semua....
may Allah bless us ^_^

taken from
http://cute-chipmunks.blogspot.com

16 May, 2009

Selamat Hari Guru...

Buat semua insan yang bergelar GURU selamat hari guru saya ucapkan...

"Jasa dan pengorbanan kalian tidak akan aku lupakan.Semoga kalian sentiasa berada di bawah RahmatNYA..Kesusahan mu dan kesabaran mu mengajar aku sehingga hari ini aku mampu berdiri di atas kaki sendiri..walaupon aku sedar masih banyak yang perlu aku pelajari..
"Terima kasih cikgu"

Khas buat cikgu2 di:
Tadikan Majlis Ugama Islam Sabah

Sek kem Lok kawi Penampang sabah
Sekolah menengah Agama Islam Toh Puan Hajjah Rahmah K.K Sabah

Maahad Muhammadi (P) kelantan..

p/s: masih ingat kenangan dgn Cikgu Rohani..dielah cikgu yg sgt sbr dgn karenah sy...
masih mengjar di sekolah rendah sy di sabah..

Terima kasih atas pengorbananmu cikgu...

10 May, 2009

Selamat Hari Ibu ...

"selamat hari ibu"

tika & saat ini hy ungkapan ini yg mampu aku katakan...
walaupun hanya melalui panggilan...
walapun cuma seketika..
mendengar suara mu membuat ht ini lega
ingin aku peluk dan cium mu ibu..
ketika ibu bertanya keadaanku..
kerna aku tahu..
ibu risaukan aku keseorgan di sini ..T_T

ibu....
ketahuilah bahawa anakmu ini
selalui mengingatimu...
menyanyangi mu..
mendoakan kesejahteraan mu..
smg dirimu sentiasa sihat..

ibu...
takkan ku biarkan airmatamu mengalir
kerana khilafku...
tapi akan kubiarkan mengalir
kerana kegembiraan dari hatimu..
kerana semakin hari aku makin mengerti
kegembiraan dan kesedihan itu...

kerna tika dan suatu saat nanti..
aku jg akan merasai perasaan itu..
'perasaan seorang ibu'....

ampunikan segala dosaku ibu..
smkin aku meningkat dewasa..
semakin byk silap dan dosa

p/s..untuk insan tersayang yg tiada penggantinya.."bonda Aisyah"
kakak dan adik sayang ibu...
abah jugak....

08 May, 2009

Selamat Bercuti semua dan (Saya??CuTi??)..

Hepi holidays semua...selamat bercuti dan pada mereka yang akan menjalani LI..smg semuanya berjalan lancar..Exam week baru je berlalu smlm dan 1-10 skala tuk exam this sem....saya berikan 6 untuk diri sy..huhu..semoga hasilnya agak membanggakan..Insyaallah..

Selepas Paper terakhir semlam..kuar dengan cosmate makan-makan n window shopping...ingat nak beli handbeg colour putih..tp fikir-fikir balik nanti lari budget..huhu..so tangguh dulu next sem..hehe..so tengok2 jelah...lepak2x dgn diorg..n lupakan paper terakhir kitrg yg jawab cam hampeh je..HUHU "Pn.Rusyda lau rase bace jawapan sy cm xde kena mengena dgn nota kuliah.maaf ye..sbb jawapan tu goreng2x je..tibe2x datang ilham nak tulis jawapan camtu..hehe"tp kitrg pasti akan rindukan Pn..sbb sem dpn dah xde dah lecturer sempoi n sekepala dalam kelas cm puan..hehe...
.
dengan wani& almas

siyes suara mrk sgt sdap..sampai nak retak dinding bilik..hehe

with Cikin n Nani

siyes suara diorg sgt sdp UWEKK

Aktiviti yg akan bermula minggu depan.. sblm bermulanya Sem baru(Waaa dah 3rd year!!)

HadiRi Kuliah(6 minggu)..huhu
Enumerators
KAjian Pemaparan Industri Hiburan Melalui Akhbar(2005-2008)/Coding data
Final Exam..

p/s
: Maaf abah..lepas shotsem akak balik..huu(kn habiskan jgk PB)
Maaf abah mak terpaksa dgil kali ni..
kakak jg diri..
jgn lupe ea duit belanja..^_^
tuk adek saya yg tembam DHIya...rajin2x masuk dapOR kat umah nnti..hehe

"Selamat Hari IBu"
semoga panjang umor dan sihat-sihat selalu...really miss u...
sayang sangat..hadiah kakak dah bagi kat adik..

Untuk ABAH yang dah masak karenah sy..SOwi Abah...u are da best ABAH!!!
Luv u..marah dalam telefon je ye..huu