31 January, 2010

Anda semakin matang bila..

Tanda-tanda kematangan

Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai. Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa. Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.

Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka. Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat. Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.

Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda. Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya. Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang. Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati. Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.

Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif. Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna. Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.

Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai. Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.

Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita. Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.

sumber

moga bermamfaat untuk kita semua..

pssssttt..... nak tgk gambar budak-budak nak jadi matang dah??? jom skroll bawah..
.^_^.

.^_^.

.^_^.

.^_^.

.^_^.

.^_^.

.^_^.

.^_^.

.^_^.

.^_^.

.^_^.

.^_^.

.^_^.

.^_^.

.^_^.

.^_^.

ini dia...^0^

kredit utk penpen utk gambar ini

sedang mengalami proses permatangan..ada ea istilah "permatangan"??..permatang pauh saya tahu la..erkk!~

jumpa lagi. tata ^_^

28 January, 2010

jawapan diberikan kalau ini jawapannya...

Maklum balas kembali untuk diperhalusi mengenai kata-kata yang dilontar untuk tugasan pada tahun tiga. Sila klik. Apa gunanya adakan mesyuarat kalau hal-hal yang berbangkit tidak dikeluarkan. Apa guna setiap tugasan diwujudkan jika masing-masing tidak faham dengan tugas yang diberikan. Kalau yang pandai teruskan dengan kepandaian dan yang tidak faham jangan segan-segan untuk bertanya.

Bagi tugasan tahun tiga terdapat 1 aktiviti yang perlu dilakukan. Kempen yang memerlukan kerjasama seramai 35 orang. Dan bagi hubungan komuniti terdapat 17 0rang ahli yang separuhnya memegang tugasan sebahagian untuk kempen. Sudah berkali-kali saya tegaskan tidak wujud percanggahan untuk ahli-ahli kempen lakukan tugasan hubungan komuniti. Ya, ia merupakan kumpulan kami.

Namun tidak wujudnya jurang apabila ahli hubungan komuniti tidak melakukan tugas untuk kempen. Apa guna pembahagian ahli jawatankuasa diberikan sama rata memandang kedua-dua program diadakan dalam masa dan waktu yang sama. Cuma ada sesetengah tugas yang memerlukan kerjasama dari ahli kempen dan hubungan komuniti. Contohnya, apa yang saya faham..Untuk perasmian kesemuanya diadakan sekali. Jadi program dan perhubungan awam memainkan peranan yang bersama utk bekerjasama memastikan perjalanan program.

Jadi persoalan di sini??? Untuk apakah unit pemasaran yang saya lakukan?adakah untuk kempen dan hubungan komuniti? Tidak wujudnya di sini saya menjalankan tugasan untuk hubungan komuniti sedangkan pemasaran saya lakukan untuk kedua-dua tugas.

Bagi soalan yang diajukan seperti ini "Bagi aku,barangkali kempen hanyalah sebahagian daripada keseluruhan program yang tertakluk di bawah khidmat komuniti.. team kempen hanyalah sebagai salah satu program yang terselit di dalam agenda program kemasyarakatan tersebut.. tetapi perjalanan team kempen aku dah rasakan seperti menjalankan kerja utk keseluruhan program pada hari tersebut?????apakah ini??? boleh jelaskan ??? "

1) kempen merupakan satu aktiviti yang diadakan pada masa yang sama ditempat yang sama sewaktu program bengkel motivasi dan pembelanjaran diadakan. Namun kempen tetap berjalan dengan program dan tentatif yang ada. Sila rujuk kembali kepada tentatif program yang dirangka.

2) Tidak wujud istilah kempen sebahagian daripada keseluruhan program yang tertakluk di bawah komuniti. Apa yang jelas ia memang diadakan ditempat dan masa yang sama.

3) saya jelaskan sekali lagi, bahawa team kempen tidak akan terlibat langsung dengan program hubungan komuniti. Tidak akan terlibat langsung. Sewaktu program dijalankan, ahli kempen hanya terlibat di tempat kempen..pemeriksaan kesihatan dan aktiviti lain yang sedang dirangka oleh unit program lain bagi kempen. Sedangkan bagi ahli komuniti yang merupakan sebahagian dari ahli kempen sedar akan tanggungjawab di program kempen , jadi kami sedang mengatur pembahagian tugasan dan kerja di tempat kempen.

4) saya sudah menjangkakan hal ini akan timbul. Sebab itu ketika mesyuarat diadakan sila bertanya jika masih ada keraguan. Setiap persoalan ada jawapannya. Jika ada masalah ia akan dibincangkan.

Betulkan saya jika ada yang salah.

Sekian~

24 January, 2010

Nota kecil genta rasa II

Salam buat teman-teman semua..

Moga semua kerja yang kita lakukan dipermudahkan hendaknya ameen...Saya sangat sibuk sehingga tidak dapat untuk menulis. sibuk?? apakah sampai boleh tidur berjam-jam.haish..

Pertama
Hampir sebulan perkuliahan bermula dah sekarang sangat-sangat sibuk dengan tugasan luar dan dalam yang diberikan. Menghitung hari untuk tamat bergelar pelajar di pusat pengajian Media dan Komunikasi T_T..Tahniah kepada teman-teman media sempena Festival Video Pelajar di UNIMAP. Tempat pertama dan ketiga. Moga lebih sukses untuk kerja-kerja yang seterusnya.

Kedua
Hari jadi ibu beberapa minggu yang lalu. Tidak sempat untuk kirimkan apa-apa hadiah. Hanya ucapan dan doa. Moga sentiasa dalam keadaan bahgia dan diberikan kesihatan yang baik. Benar kata orang, naluri hati seorang ibu memang dapat dirasai. Abah? Masih juga sibuk dengan program kerja dia. Haish~

Ketiga
Sakit tidak dapat dijangka. Semua dari NYA. Mari menjaga kesihatan tubuh badan kita sebaik mungkin kerana ia adalah sebahagian dari tanggungjawab kita. Seorang teman sedang bercuti belajar dari kesakitan yang dihadapi. Saya doakan moga dia cepat sembu

Ke empat
Di pusat pengajian riuh rendah apabila tempat latihan amali kami masih lagi mengalami masalah. Tapi alhamdulilah semuanya kembali baik seperti biasa. Tempat praktikal saya sudah ada. Nantikan kedatangan saya jika tidak ada apa-apa masalah ^_^..

Kelima
Tidak sabar menanti cuti pada bulan Februari. Saya ingin merehatkan diri dan siapkan semua kerja sebelum bercuti. Minggu ini ada kerja di luar bersama teman-teman. Terima kasih pada mereka yang sudi membantu saya. Tidak mampu semuanya dilakukan seorang diri tanpa bantu kalian. Motif sebenarnya nak promote gmbr penpen kat sini =p Memang best jumpa orang ni. tapi..owh tidak ^0^

baru habis berhadapan dengan kanak-kanak yang banyak ragam.. =p

jumpa lagi tata~ ^_^

14 January, 2010

Thesis oh thesis...

Salam teman-teman..

Jumpa kembali utk penulisan saya kali ini. (owh.. masih sempat menulis di blog walaupun banyak kerja tidak siap-siap lagi) Bab 1 yang perlu disiapkan dalam masa 2 minggu. Saya tersalah faham tentang kajian yang patut dilakukan tapi sekarang lebih jelas pemahamannya. Teman-teman yang lain sibuk dengan mencari bahan ilmiah dan cara setiap penyelia adalah berbeza. Moga sukses buat semua ^_^

Ketika penulisan ini terbit di paparan skrin teman-teman semua, saya kini masih di library mencari bahan kajian yang hendak dilakukan. (ceeewaaah nak juga cakap). Saya perlu menyiapkan semua dengan segera kerana banyak lagi kerja yang perlu di buat. Walaupun penat dan sangat meletihkan. Saya perlu menghargai setiap saat ketika masih bergelar pelajar. (ok terasa sedih dah nak habis belajar T_T)..Apa pun mari lakukan setiap tugasan yang diberikan dengan penuh minat. Banyak perlu membaca kerana saya tidak suka membaca fakta.

ok sgt khusyuk sdgkan penulis boleh jalan2 smbil makan..hoho~

ok saya perlukan fokus macam dalam ini gambar =p

p/s:
semua rancangan hujung minggu terpaksa dibatalkan gara-gara thesis
tidak dapat ke Festival Filem Video Pelajar (FFVP) di UNIMAP juga..Good luck buat teman-teman media.

nak jugak~^0^jumpa laginya ^_^

ok oFF topic!. mari fokus kembali~

12 January, 2010

99+1 hari tanpa nasi..

Salam dan selamat sejahtera semua ^_^

Mesti kalian tertanya-tanya apakah makna disebalik tajuk penulisan saya kali ini (ceewaah ayat skema lagi) 99+1 tanpa nasi. Sebenarnya bukan penulis yang tak nak makan nasi ala-ala nak diet ni. Hari ini kecoh satu pusat pengajian =p ada seorang teman saya yang akan berdiet dan tak nak makan walaupun sebutir nasi.. Serius penpen nak diet dan saya agak terkejut boleh ke dia tak makan nasi??.

Sebab apa tau teman-teman, tahap nafsu makan dia lebih kurang saya shj.(nanti rindu nak makan banyak-banyak dengan kamu lagi kalau kamu berdiet sob..sob) Tapi sebagai kawan, dalam bergurau senda jauh di sudut hati saya menyokong cara dia untuk berdiet tapi biar kena pada tempatnya(serius ayat ikhlas dari kalbu T_T)

Sebenarnya kita tidak perlulah sampai tidak menjamah nasi cukuplah sekadar diet seimbang yang cuba kita lakukan dalam kehidupan seharian. Kesihatan tubuh badan adalah amanah yang perlu kita jaga. Ketika kita diberikan tubuh badan yang sihat kita perlu sentiasa mensyukurinya. Setiap saat dan ketika kita perlu sentiasa bersyukur selagi peluang itu ada. Tidak terlepas pandang juga saya apabila selalu lalai dan leka.

Kak Nur begitu khusyuk memberikan motivasi kesihatan untuk penpen. Macam biasa saya dan teman malas untuk mendengar jadi ambil peluang snap2 gambar.^_^..

penpen kita kerna..bla..bla..bla ^_^ (sila fokus pada 2 org pemerhati di situ)

"ya kak nur, ya baik"..penpen mmg bdk baik ^_^ ececeh~

Kak nur dah habis ceramahnya skli join amik gmbo =p

jom ke kelas!~

Penpen ini untuk kamu penjagaan kesihatan yang baik. "10 kesilapan program diet"..

1 Terlampau ghairah mengira kalori.
2 Tidak minum air yang mencukupi.
3 Makan roti, pasta dan ubi kentang lebih banyak berbanding protein,
daging segar, buah dan sayur.
4 Makan makanan proses lebih banyak dari makanan segar.
5 Memasak sayur berlebihan menyebabkan khasiatnya hilang.
6 Tidak merancang dengan betul program diet.
7 Menyalahkan orang lain di atas kegagalan program diet anda.
8 Menyudahkan juga sisa makanan sedangkan anda telah kenyang.
9 Mengabaikan sarapan pagi.
10 Berlapar sepanjang hari kononnya sedang mengamalkan program diet
sumber

moga ini menjadi peringatan buat kita semua..

laa..kak nur tak habis2 lg ceramah kesihatannya..kuliah nak bermula dah ni..hoho
~

Goodluck utk kamu penpen..tapi yg penting kesihatannya ok jg ^_^

p/s:
penulisan ini di tulis sekadar mengingati kenangan kita yang tggl beberapa bulan shj lagi. dan penpen akan ke london. Aminn (doakan ya teman2 ) ^_^

10 January, 2010

Mencari Diri..

Salam kegembiraan buat teman-teman semua. .^_^.

Saya kembali lagi utk penulisan seterusnya (ok penulis membayangkan tgh jadi host satu program dokumentari aha~)

Cerita NUR Kasih yang ditayangkan di TV3 telah lama berlalu. Namun tempiasnya masih lagi terasa apabila ada lagi teman-teman saya yang masih tak habis2 menonton untuk menantikan kesudahan episodnya.(penyataan ini bukan ditujukan pada sesiapa sekadar peryataan umum =p) Sampai di dalam dewan kuliah ada saja panggilan daripada watak-watak yang dimainkan dalam Nur Kasih.^_^.

Jom kongsi info yang saya peroleh (cover2~psssttt..~ sebenarnya penulis ketandusan idea nak tulis..ahaha~)
Nur Kasih, Mencari Diri

“Cikgu, jangan buat BBQ hari Jumaat malam. Kami nak tengok Nur Kasih....”, emak mengajuk kata-kata anak muridnya. Pelajar darjah enam.

Tergelak kami mendengarkannya. Namun, hati terdetik, apakah agaknya yang dipelajari oleh anak-anak berusia 12 tahun?
Tidak dinafikan Nur Kasih mempunyai aura tersendiri dalam masyarakat. Saya sendiri jatuh cinta. Cinematography yang mempesona! MasyaAllah.

Tatkala Facebook dihujani kuiz-kuiz untuk melihat apakah watak Nur Kasih yang sesuai dengan diri, apakah kita benar-benar `melihat` mesej untuk dihayati?

Perihal Anak Muda

”Kalau saya jadi Sarah, saya pun akan jadi seperti itu”, komen adik di sebelah.

Saya kurang memahami. ”Seperti yang bagaimana?”.
"Lihatlah cara ibu bapa mereka melayan Sarah dan kakaknya. Jauh berbeza", komen yang lahir dari hati seorang anak muda.

"Ye tak ye juga", hati kecil saya mengakui.

Jika saya membuat bancian, pasti ramai yang amat tidak menyukai watak Sarah. Tidak terkecuali watak Adam di awal cerita. Geram, marah, benci! Jauh berbeza dengan watak Aidil dan Nur Amina.

Ironinya, Sarah dan Adam dibesarkan dalam sebuah keluarga berpendidikan agama. Namun, seperti lirik lagu, iman tidak dapat diwarisi.

Terdapat beberapa persamaan antara watak Adam dan Sarah yang berperang dengan jiwa muda. Sifat terburu-buru, tidak sabar. Sifat melawan, tidak mahu mendengar kata. Sekalipun ibu bapa telah berusaha dan berdoa, sikap mereka tidak bertukar.

Paradigma Uda dan Dara

"Adam jahat! Adam anak setan!", kata-kata Adam sewaktu kecil yang menempah tamparan daripada Mak Jah.

Begitulah paradigma yang terbentuk dalam diri Adam. Dia seorang yang jahat. Lebih-lebih lagi apabila Ustaz dan Mak Jah mendidik Adam dengan kekerasan. Mereka sendiri mengakuinya tatkala berbicara di kamar tidur.

"Mungkin cara didikan kita pada Adam silap. Selalu sangat dipukul. Jadi bebal anak tu”" luah Mak Jah, naluri seorang ibu berbicara.

Sekalipun Adam kelihatan `jahat`, masih terselit ketaatannya pada ibu bapa.

Ketika Ustaz sakit, Adam tetap pulang selepas dipujuk Aidil. Selain itu, niat Adam untuk pulang segera ke Australia dibatalkan apabila Ustaz jatuh sakit sekali lagi. Babak di kampung diakhiri dengan Adam mengikut kehendak bapanya, berkahwin dengan Nur (kisah dia mengabaikan Nur satu perkara lain).

Berbeza dengan watak Sarah. Salah satu paradigma Sarah ialah mabuk bercinta tidak berbalas. Cinta buta. Selepas berusaha sedaya upaya mendapatkan cinta, barulah Sarah tersedar, ”Buruk sangat ke Sarah mak?”, tanya Sarah pada diri sendiri sebenarnya. Pertanyaan ketika di episod akhir.

Kata orang, hendak dijadikan cerita. Kata saya, lihatlah, penulis tidak menjadikan cerita sia-sia!
Menganjak Paradigma

Bayangkan watak Adam dan Sarah, paradigma mereka telah terbentuk hampir 20 tahun. Maka, untuk mengubah paradigma mereka ke arah yang positif, tentunya mengambil masa yang lama. Paradigma tidak berubah sekelip mata. Dengan izin Allah jua.

Paradigma seseorang terbentuk sejak lahir. Banyak faktor yang mempengaruhi lalu membentuk persepsi. Ibu bapa, kawan-kawan, persekitaran dan media antara faktor yang menyumbang.

Menariknya, anjakan paradigma Adam dan Sarah bermula dengan ujian. Ujian terus dari Allah swt. Adam kehilangan anak sulungnya bersama Katrina. Kemudiannya Adam dipenjara. Sarah pula ditimpa kemalangan merempuh cermin.

Hidayah itu datang dengan pelbagai cara. Terpulang kepada individu melihatnya dengan mata hati. Hidayah melalui pencarian. Hidayah melalui ujian!

Pencarian Diri Bermula

Ujian yang menimpa Adam dan Sarah merupakan faktor luaran, sesuai sebagai permulaan untuk menganjak paradigma. Namun, tidak menjamin usaha untuk terus mengubah diri ke arah kebaikan. Jelas mesejnya bahawa untuk berubah, bergantung kepada individu. Adam dan Sarah perlu mencari selepas mereka di uji!

Pencarian diri Adam diceritakan dengan panjang lebar berbanding Sarah yang `insaf` dihujung cerita.

Secara umumnya, pencarian Adam mengenal diri dan Islam perlu dimulakan dengan diri sendiri walau penuh rintangan. Usaha dimulakan sedikit demi sedikit, syaratnya istiqamah.

Adam memulakan pencarian tanpa bantuan abangnya Aidil. Bahkan, Adam menyedari, dia bertanggungjawab untuk mendidik Katrina, dirinya perlu berubah dahulu. Selain rintangan dari dalam diri, Adam perlu berhadapan dengan Katrina yang terkejut dengan perubahannya. Begitulah pencarian Adam bermula. Sunnah orang berjuang. Berjuang menentang diri sendiri. Berjuang menempuh rintangan.

Namun, Adam berusaha sedikit demi sedikit. Asalkan istiqamah. Sekali-sekala Adam terbabas. Katrina menjadi mangsa `kekasarannya`. Namapun terbabas, segalanya pulih bahkan bertambah baik apabila Adam menyedari kelemahannya. Kembali ke atas track sebenar.
Membentuk Diri

Setelah beberapa ketika mencari diri dan dalam masa yang sama cuba mengubahnya, sampailah ke satu tahap, Adam mampu untuk membetulkan kesilapan lamanya. Kesilapannya terhadap Nur Amina. Kesilapan terhadap ibu, ayah serta abangnya.

Tanpa ujian sebagai permulaan, tanpa pencarian diri dan Islam, sukar buat Adam untuk menjatuhkan ego sendiri bagi membentuk diri ke arah yang lebih baik. Malah, membaiki kesilapan lalu. Sukar.

Perubahan diri Adam berperingkat-peringkat. Adam tidak menjadi anak serta suami yang soleh sekelip mata. Bergantung kepada masa. Bergantung kepada izin Allah jua. Namun, Allah tidak pernah meninggalkan hambaNya. Bahkan Allah lah yang paling dekat tatkala hambaNya memohon padaNya. Cuma, hamba ini yang alpa berusaha. Astaghfirullah!

Walaupun pada awalnya kaki Adam tersangkut untuk melangkah bersama ayah dan abangnya ke syurga, dia kemudiannya berusaha. Lalu Allah redha mengizinkan.

Sarah pula menjatuhkan egonya apabila benar-benar redha untuk melepaskan Aidil. Aidil yang cukup bertakhta di hatinya sehinggakan lupa bahawa pemilik mutlak hati seorang hamba adalah tuannya, Allah swt.

"Kak Nur kahwinlah dengan abang Aidil, Sarah tak kesah", jelas keikhlasan diwajah Sarah dihujung cerita. Berbeza dengan dirinya yang bermuka-muka pada awalnya. Tanpa dinafikan, yang Maha Mengetahui ikhlas hanyalah Allah swt.

Berapa peratuskah `Sarah` dalam diri kita?
Aplikasi Buat Anak Muda

Mungkin kita tidak dilahirkan dalam keluarga ustaz mahupun imam seperti Adam dan Sarah. Namun, jangan kita lupa. Syarat untuk berubah adalah diri sendiri!

Apabila balighnya anak Adam itu, maka mereka mampu berfikir. Mampu untuk membezakan mana yang baik dan buruk. Mampu untuk mencari diri dan Islam.

Buangkan tabiat menyalahkan ibu bapa, menuding jadi pada persekitaran dan media. Kita punya kuasa dan kawalan terhadap diri masing-masing. Berperanglah dengan diri sendiri untuk berubah. Berjuanglah walaupun sukar kerana kesukaran itulah sunnah.

Apabila wujud kemahuan untuk berubah, jangan mudah menyerah kalah. Membina diri ibarat membina bangunan. Andai tergopoh-gapah dan menggunakan short-cut, alamatnya robohlah. Tidak bertahan lama!

Sama-sama kita bersabar, jiwa muda. Selepas membina, cabaran untuk mempertahankannya pula. Mempertahankan iman dan Islam sehinggalah kita mati kelak.

baca lagi..klik di sini

Walaupun siapa diri kita, walau beza warna kulit, agama, bangsa dan rupa. Permulaannya berbalik pada diri kita. Selalu juga saya mengingatkan diri bahawa kita dilahirkan sebaik-baik kejadian. Kenapa tidak di akhirnya juga masih punya nilai-nilai positif yang dapat diperolehi. Jujur saya katakan, dari permulaan cerita saya mmg suka dengan watak yang dimainkan oleh Sarah. Seperti kata penulis di atas. DIA lebih tahu sejauh mana ikhlasnya umatnya dan apa yang terdapat dalam hati kita.

Jika satu2 perkara masalah timbul dan boleh diselesaikan dengan baik kenapa tidak? Saya juga mengikuti isu semasa yang berlaku sekarang. Masih tidak kuat untuk mengulas dengan lebih panjang kerna ilmunya masih cetek. Cukupla sekadar kita manusia yang diberikan akal boleh berfikir kesan dan akibat dari setiap yang kita lakukan. Yang pandai teruskan dengan kepandaiannya jangan pula nampk kebodohannya.

Dalam surah Al-Hajj ayat 5, Allah Ta'ala berfirman.

Yang bermaksud: Dan Dia lah yang mencipta kamu dari diri yang satu (Adam), maka (bagi kamu) disediakan tempat tetap (dalam tulang sulbi bapa kamu atau di bumi), dan tempat simpanan (dalam rahim ibu atau dalam kubur). Sesungguhnya Kami telah jelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) satu persatu bagi orang-orang yang mengerti (secara mendalam).

Allahu'alam..

Tamat untuk hari ini..jumpa lagi penulisan akan datang ^_^

p/s macam takde keje lain yang nak buat. bloging2~ haish~

09 January, 2010

Jom tengok ^_^

Salam buat teman-teman semua ^_^..

meh2 semua jemput tengok video klip ni..comel-comel2! Tiba-tiba je bila tengok video ni rasa haiwan berbulu ni comel (sila jgn salah faham, sesetengah je ok) ahaha~

cute deh..
p/s:
masih geli2 lagi dengan haiwan2 berbulu ni
Teringat masa kecik2 pernah makan daging arnah, bila abh bagithu baru tahu tu daging arnab..erkk!~Sampai deman-deman..Haish~ xmau2!..
krdt pada ini website

muzik di blog dihentikan seketika bg laluan pada video comey ini.lalala~

Edisi terhad Part II ^_^

Salam kesejahteraan dan kegembiraan buat semua..

Penulisan kali ini adalah kesinambungan penulisan yang lepas. Kalau korang perasan la kan. Klik sini (ceewaah blog perasan sendiri memang cmtu).. Hari ini majalah kami bagi majalah Advokasi Komunikasi dan Dasar Awam semester 1 2009 telah siap. Nanti kami akan sama-sama edarkannya.

Agak teruja perasaan ini,(cehh ayat skema) sebab baru umur 21 tahun dah keluarkan majalah (ok sila jangan kaitkan dengan umur ^0^)hehe.. Fokus pada bahagian saya ya, part terjah (terjah ala2 nas Ahmad "melodi") di SKMM (suruhanjaya komunikasi dan multimedia). Sekali lagi penulis perasan rasa2 macam semua orang boleh dapat majalah tu.. Saya merasakan begitu berpuas hati dengan hasil kerja kami. Ok tiada apa-apa nak tulis lagi.. Tahniah buat teman-teman semua.

Okla,Tunggu penulisan akan datang~

Tata~

p/s:
terasa penulisan malam ni ala2 gedik2~ haha
lupa2 generasi kembar lahir lagi..wee~

06 January, 2010

Nilai kasih seorang ibu..

Sepasang suami isteri menghantar anak perempuan sulung mereka melanjutkan pengajian ke IPTA di sebuah Bandar di Utara tanah air. Sepanjang perjalanan balik, si isteri tidak banyak bercakap,asyik memandang ke luar tingkap. Berheti di sebuah kedai makan, isteri minta di belikan taufu fa. Sambil makan taufu fa, dia teresak-esak menutup hidung yang merah.

”awatnya? Taufu fa tu pedas ke?” gurau suami. Si isteri menjadi malu apabila esakannya menjadi bahan gurauan suami. Begitulah hatiibu, insan yang paling rapat dengan anak, lebih-lebih lagi anak perempuan.Rasa sebak dada apabila anak yang dibesarkan sejak belasan tahun terpaksa dilepaskan membesar mendalami ilmu demi sebuah kehidupan yang semakin matang dan mencabar. Mudah-mudahan esakan ibu kali keduanya nanti adalah esakan bangga melihat kejayaan anak menggengam ijazah seraya bergelar insan soleh penyeri bumi ALLAH yang pebuh barakah ini dengan kejayaan yang dipilih

Sumber buku: Alahai pengantin baru

Ibu ibarat penyeri kehidupan kita dan mentari yang tiada penggantinya. Nafas kehidupan kita dan syurga sebelum syurga. Betapa besar pengorbanan dan kasih seorang ibu kepada kita. Beryukurlah kita yang dilahirkan masih meiliki ibu di samping kita. Walaupun sesudah ibu tiada, doa tidak putus-putus dari kita sebagai penghubung ukhwah dari jernihan darah yang mengalir dari dalam badan kita.

‘ketika datang seorang pemuda menanyakan tentang apakah perbuatan baik kepada ibunya selama ini mampu membalas jasa kesetiaan ibunya sejak masih kecil hingga dewasa. Maka jawab nabi "Semua yang engkau lakukan tak akan mampu membalas kebaikan ibumu walau hanya satu pukulan tanganmu di dalam perut ibumu".

Ibu adalah tempat kita mengadu dan diberikan kasih sayang seorang ibu kepada kita. Kita menyedari bertapa besarnya jasa ibu kita. Bagaimana kita dapat membayangkan kegembiraan di hati seorang ketika menanti saat kelahiran kita selama 9 bulan. Namun kini, saya merasa pelik tidak wujudkan lagi perasaan kasih dan sayang dalam diri kita apabila kes-kes pembuangan bayi masih lagi berlaku. Benci dan jijik apabila masih ada lagi segenlintir wanita tidak tahu menilai kasih dan sayang seorang ibu kepada anaknya.

Terjaga setiap malam menunggu kita nyenyak tidur. Naluri seorang ibu dapat merasa setiap perasaan dari seorang anak. Jika kita mengharap ALLAH merahmati setiap apa yang kita lakukan. Redha ibu itu adalah penting. Walau berapa jumlah angka umur kita. Selagi ibu masih di samping kita. Kita masih lagi anak yang kecil di matanya. Dalam doa dan sujudnya tidak putus-putus mendoakan kejayaan dan kesejahteraan kepada anak-anaknya. Walau di mana anak-anaknya berada. Ingatan itu masih tidak putus-putus.

Selagi masih punya kesempatan jangan sia-siakan peluang yang ada. Bagi yang tiada doa sebagai pengirim kasih dan sayang kita. Mana mungkin akan terputus kasih dan sayang seorang ibu terhadap anak-anak nya. Teringat kata-kata ibu, apabila kamu sudah punyai anak dan keluarga sendiri, kamu pasti akan merasai bagaimana perasaan seorang ibu. Nilai kasih seorang ibu itu tidak mungkin dapat dibalas dengan wang ringgit. Namun kasih sayang dan kebahagiaan daripada kita itu lebih bermakna.

Nilai kasih seorang ibu tiada hadnya:

"seorang anak menghampiri ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesat tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:
Tolong kemas bilik minggu ini: RM2.00
Tolong ibu pergi kedai; RM 5.00
Tolong jaga adik : RM 3.00
Tolong buang sampah RM 1.00
.......................
Jumlah kesemuanya : RM 11.00

Selesai membaca si ibu memandang anaknya yang berdiri di situ dengan penuh harapan dan berbagai kenangan terlinta dalam fikiran ibu. Si ibu mencapai pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

Untuk sembilan bulan ketika ibu mengandung kamu selama kamu tumbuh dalam perut ibu: PERCUMA.

Untuk semua malam ketika ibu menemani kamu, menjaga dan mengubati kamu dan mendoakan kamu: PERCUMA

Untuk Semua saat susah, dan semua air mata yang kamu sebabkan selama ini: PERCUMA.

Untuk Semua malam yang dipenuhi rasa takut dan cemas :PERCUMA

Untuk menyediakan mainan, makan minum. Baju dan segala keperluan dan mengesat hidung kamu : PERCUMA

Anakku dan apabila kamu menjumlahkan keseluruhan harga dan nilai cinta sejati ibu adalah percuma.

Air mata si anak berlinangan setelah membca pa yang ditulis. SI anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata, "saya sayang sekali ibu" Si anak mengambil pen dan menulis "SEMUANYA TELAH DIBAYAR"

Diriwayatkan seseorang telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya: ”wahai rasulullah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dari ibuku?’ Rasulullah menjawab, ’ibumu (dan diulang sebanyak tiga kali). Kemudian ayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu.

"Selamat Hari Jadi buat ibu saya AISYAH" semoga panjang umur diberikan kesihatan dan ketenangan hati untukmu. Anakmu mohon dihalalkan semuanya.

If your mom is alive and clse to you,
give her a big kiss and ask her for forgiveness.
If she is far away, call her. Is She passed away, pray for her.