25 January, 2011

Matlamat seiring usaha kita!

"Jadi kita sendiri tentukan arahnya bagaimana"

Alhamdulillah masih diberikan kesempatan untuk terus menulis. Saya agak sibuk sejak beberapa minggu ini dan apabila tiba hujung minggu hanya memikirkan untuk rehat tanpa perlu melakukan apa kerja. Jelasnya apa yang saya buat itu tidak tepat sama sekali. Penat bukan bermaksud semuanya saya perlu hentikan. Penat itu juga satu nikmat yang perlu kita hargai. Penat itu tandanya kita diberikan hidup untuk faham apa sebenarnya peranan kita di sini!

Saya belajar bahawa setiap apa yang kita buat perlu ditetapkan dengan matlamat yang sepatutnya. Namun yang pasti matlamat yang jelas tidak mungkin terlaksana tanpa usaha dan gerak langkah yang seiring perlu dilakukan.

 Sudah sebulan lebih saya di tempat baru dan masa yang terluang juga saya cuba isikan dengan kerja “freelance” yang saya sedang berjinak-jinak untuk cuba.

Ramai yang beri nasihat pada saya setiap kerja yang dilakukan perlu fokus, dan tentunya pada saya minat itu sangat penting. InsyaAllah doakan saya yang terbaik untuk setiap yang saya lakukan. Saya doakan kalian juga berjaya dengan apa yang dilakukan. Hidup ini ibarat air, kita ikut sahaja haluan air tersebut atau kita tentukannya bagaimana.

Jumpa lagi untuk penulisan akan datang.
Berhenti dulu.
*Off*

shaiqin aisyah
20 safar 1432H_11.30am
{ lagu ceritera hati _Hafiz Hamidun]

20 January, 2011

Dia sentiasa ada buat kita..

Setiap hari kehidupan kita adalah ibadah. Akan jadinya ibadah jika setiap tindakan kita adalah kebaikan dan manfaat kita bersama. Ia diibarat seperti sepanduk yang diikat pada dua tiang. Apabila datangnya hujan dan panas, lakaran tulisan pada sepanduk itu pasti akan luntur. Seperti itu juga seseorang itu bergelar manusia. Manusia tidak sempurna, setebal mana pun iman seseorang adakalanya mudah goyah. Namun,ungkapan tidak sempurna itu bukanlah alasan pada diri kita untuk tidak cuba menjadi dan memberi yang terbaik sebagai insan yang punya tanggungjawab di sisiNya.

Tidak ada iman tanpa ujian. Kata-kata itulah yang dipegang oleh seorang mukmin dalam mengharungi kehidupannya. Susah senang dan ujian yang datang menimpa di uji dengan keimanannya. Seperti menempuh peperiksaan di dewan, ada yang lulus dan ada yang cuba akan mengulangnya kembali. Hal ini bergantung sejauh mana usaha yang kita lakukan dan segalanya diserahkan kepada DIA dengan berlapang dada.

Rasulullah saw. Bersabda: 

“Allah menguji hamba-Nya dengan menimpakan musibah sebagaimana seorang menguji kemurniaan emas dengan api (pembakaran). Ada yang keluar emas murni. Itulah yang dilindungi Allah dari keragu-raguan. Ada juga yang kurang dari itu (mutunya) dan itulah yang selalu ragu. Ada yang keluar seperti emas hitam dan itu yang memang ditimpa fitnah (musibah).” (HR. Athabrani)

Inilah ujian yang hari-hari kita lalui. Selebihnya ia boleh menunjukkan dan menentukan mutu seorang hambanya. Jika hasil ujian yang perlu dilalui dengan kesabaran dan ia seharusnya bermula dengan titik sabar, rezeki yang sedikit menjadi berkat. Bak kata orang  "sedikit tapi punya istimewanya tersendiri"

“Tidak ada sesuatu yang melata di muka bumi ini, kecuali ditanggung oleh Allah Taala rezekinya dan dia (Allah) mengetahui tempat kediamannya dan tempat penyimpanannya, semua (tertera) di kitab yang jelas”.
(Surah Hud- ayat 6)
deviantart.com

Perlu kacamata positif

"Ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari" . Hidup tidak selalunya mudah. Namun tidak semua daripada kita memahami dan melihatnya dari kaca yang positif. Begitu juga saya, ia dilihat daripada buah kelemahan saya sendiri. Dan ketika semangat meredup, banyak yang memilih untuk lari dari kenyataan yang ada. Ada juga menunjukkan ke langit lalu berkata "Allah tidak adil". Lalu di mana adilnya kita meletakkan diri kita sebagai hambanya?.

“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” 
(Al-Baqarah: 155)

Allah itu adil,DIA itu mencintai kita dan menyayangi kita lalu dia menguji kita.

Bersama kesukaran ada kemudahan.

Saya selitkan ringkasan melalui penerangan sepotong hadis buat tatapan kita semua:

Nabi SAW bersabda:
“Bergembiralah (hai orang-orang mukmin) kelak datang kemudahan bagi kalian, kerana satu kesulitan sekali-kali tidak akan dapat mengalahkan dua kemudahan”.

Lalu ditafsir dan ditilik dengan mata hati.Tanya diri di mana realiti berpijaknya kita sehingga ke hari ini?

shaiqin aisyah
15 Safar 1432H 12.20am
[meniti hari-hari dengan  kedewasaan]

16 January, 2011

Berdirilah di bumi..

Tidak salah punya angan-angan jika ia masih dilihat berpijak di bumi yang berdiri. Tidak salah becita-cita tinggi selagi mana ia tidak mencemuhkan hidup yang lalu,kerana ia guru pada hari semalam. Lihatlah hidup dengan keazaman dan hayatilah setiap saat dengan penuh kesyukuran. Kerana siapa kita dulu bukan penentu kita pada masa hadapan, tapi apa yang kita corakkan pada hari ini itulah siapa kita masa hadapan. Jauh harus lebih ingat bahawa siapa kita, sama ada ketika kita berdiri atau duduk saat ini.

Berdirilah kita di bumi ini
agar jiwa kita cepat tumbuh dan mengerti
lalu kita mampu memiliki dan menghayati
untuk terus melangkah dan adakalanya terhenti

Berdirilah di bumi ini
tempat bercampurnya dosa pahala
tempat jiwa, jatuh bangun kita
tempat suka dan duka

Jadi berdirilah dibumi ini
agar kita memiliki maruah diri
lalu bangun menongkah pagi
dengan cita dan keazaman di hati
bahkan dengan iman yang memagari diri

Kita boleh menangis dengan tangis
tapi bukan dengan rasa kehinaan
tangisan itu bukan lambang kelemahan
tapi milik hamba yang sedar siapa diri ini

Kita boleh ketawa dalam gembira
Tapi bukan dengan rasa kemegahan
Gembira bukan lambang kesombongan
Tapi nikmat tuhan yang tidak harus kita lupa

Gembira suka dan duka
Bisa membuatkan kita tersenyum
Dengan layaknya iman di jiwa
ketika zikir dan fikir menemani diri
lalu kita sentiasa sedar
bahawa di manapun kita berada
kita sedang berdiri di bumi

Di bumi yang punya pemiliknya....

devianart.com

shaiqin aisyah
10 safar 1432H 11.15pm
[kembara di penghujung doa]

14 January, 2011

Bicara hidup tanpa warna.

Alhamdulillah masih lagi diberikan kesempatan untuk terus menulis di blog ini. Seperti biasa setiap penulisan saya adalah salah satu cara bagaimana saya merasakan kepuasan apabila sesuatu perkara itu saya sampaikan dengan cara menulis. Mungkin pada sesetengah orang berbeza, namun inilah apa yang saya rasakan. Saya suka selitkan setiap penulisannya dengan apa yang saya lihat dan saya alami setiap hari. Maaf jika ada penulisan saya menyinggung mana-mana pihak.

Warna-warni kehidupan.

deviantart.com
Kali ini saya suka bicarakan tentang kehidupan .Warna-warni sebuah kehidupan yang terlakar pada kanvas kehidupan seharian kita. Cuba kita bayangkan dunia kita tanpa warna. Dan pastinya yang ada adalah hitam dan putih. Bayangkan kepada kepudaran, dan kesuraman yang wujud dari penglihatan kita. Bukan maksudnya hitam dan putih itu jelas kesuramannya,namun hilang seri warna pada sirna penglihatan kita.

Betapa kita sedar bahawa warna-warni itu adalah nikmat anugerah Allah yang tidak ternilai. Namun berapa ramai yang mensyukurinya. Ramai antara kita sedar apabila nikmat itu ditarik balik oleh DIA. Jika kita tahu indahnya nikmat warna, tanyalah pada orang buta. Tentu betapa mereka ingin melihat warna ,betapa setiap hari ia hanya melihat hitam yang tidak bercahaya. Namun pada setiap yang terjadi ada hikmahnya, indahnya mata hati yang wujud pada diri mereka pencetus semangat hari-hari mereka.

Keagungan dari DIA.

Lihatlah pergantian siang dan malam, bayangkan jika kita melihatnya untuk kali yang pertama dalam hidup kita. Tidakkah kita menemui kehalusan, kesempurnaan, kehebatan dan keagungan. Bukankah Allah SWT tidak jadikan semua ini sia-sia. Bahkan mukmin yang melihat keindahan ini akan menghubungkan terus kejadian ini dengan hari kepulangannya kepada Allah SWT. Betapa segala keindahan ini akan sirna, betapa semua ini hanyalah sementara dan betapa semua kita akan kembali kepadanya sehingga akhirnya ia terus tersungkur sujud. 

Firman Allah dalam surah Al-imran ayat 190-191

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka."

Kejayaan milik kita bersama.

Begitu juga saya percaya untuk sebuah kejayaan yang ingin digenggam, bahawa Setiap kita berhak untuk meraih kejayaan dan kebahagiaan. Asalkan kita sendiri memiliki harapan dan kemahuan serta mampu menterjemahkan harapan dan kemahuan ini dalam bentuk sikap dan tindakan maka yang akan menghalang kita hanyalah putus asa dalam hilang kenyakinan dalam diri kita.
deviantart.com
Saya selalu meletakkan bahawa seseorang itu berjaya bukan kerana kegeniusannya atau kerana keturunannya. Kejayaan sebenar bermula dengan perubahan sikapnya iaitu apabila kita mula memandang jauh kehadapan dengan penuh harapan serta menginginkan ketinggian dan kemuliaan, renungan dan penghayatan itu kemudiannya dipantulkan kepada hakikat diri kita sekarang lalu kita mula meneliti sikap-sikap yang perlu kita bangunkan untuk meraih segala harapan yang kita bangunkan tadi disamping kita cuba menanggalkan segala sikap yang akan menghalangi perjalanan kita.

Persandaran yang sebenarnya perlulah diletakkan pada tempat yang sebenarnya. Jika kita mudah mengeluh sebelum melakukan sesuatu tanpa sedikit pun usaha yang cuba kita laksanakan.Jadi kita sendiri fikirkan bagaiaman. Alangkah indahnya hidup dengan warna warni sebuah kehidupan.

Saya berhenti dulu. Jumpa lagi dipenulisan akan datang.

*OFF*

shaiqin aisyah
9 safar 1432H. 9.30pm
[Sedang belajar sesuatu yang baru setiap hari. 
Saya punya ramai kawan baru,saya teruja mengenali mereka. 
Terima Kasih Tuhan. ]