14 January, 2011

Bicara hidup tanpa warna.

Alhamdulillah masih lagi diberikan kesempatan untuk terus menulis di blog ini. Seperti biasa setiap penulisan saya adalah salah satu cara bagaimana saya merasakan kepuasan apabila sesuatu perkara itu saya sampaikan dengan cara menulis. Mungkin pada sesetengah orang berbeza, namun inilah apa yang saya rasakan. Saya suka selitkan setiap penulisannya dengan apa yang saya lihat dan saya alami setiap hari. Maaf jika ada penulisan saya menyinggung mana-mana pihak.

Warna-warni kehidupan.

deviantart.com
Kali ini saya suka bicarakan tentang kehidupan .Warna-warni sebuah kehidupan yang terlakar pada kanvas kehidupan seharian kita. Cuba kita bayangkan dunia kita tanpa warna. Dan pastinya yang ada adalah hitam dan putih. Bayangkan kepada kepudaran, dan kesuraman yang wujud dari penglihatan kita. Bukan maksudnya hitam dan putih itu jelas kesuramannya,namun hilang seri warna pada sirna penglihatan kita.

Betapa kita sedar bahawa warna-warni itu adalah nikmat anugerah Allah yang tidak ternilai. Namun berapa ramai yang mensyukurinya. Ramai antara kita sedar apabila nikmat itu ditarik balik oleh DIA. Jika kita tahu indahnya nikmat warna, tanyalah pada orang buta. Tentu betapa mereka ingin melihat warna ,betapa setiap hari ia hanya melihat hitam yang tidak bercahaya. Namun pada setiap yang terjadi ada hikmahnya, indahnya mata hati yang wujud pada diri mereka pencetus semangat hari-hari mereka.

Keagungan dari DIA.

Lihatlah pergantian siang dan malam, bayangkan jika kita melihatnya untuk kali yang pertama dalam hidup kita. Tidakkah kita menemui kehalusan, kesempurnaan, kehebatan dan keagungan. Bukankah Allah SWT tidak jadikan semua ini sia-sia. Bahkan mukmin yang melihat keindahan ini akan menghubungkan terus kejadian ini dengan hari kepulangannya kepada Allah SWT. Betapa segala keindahan ini akan sirna, betapa semua ini hanyalah sementara dan betapa semua kita akan kembali kepadanya sehingga akhirnya ia terus tersungkur sujud. 

Firman Allah dalam surah Al-imran ayat 190-191

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka."

Kejayaan milik kita bersama.

Begitu juga saya percaya untuk sebuah kejayaan yang ingin digenggam, bahawa Setiap kita berhak untuk meraih kejayaan dan kebahagiaan. Asalkan kita sendiri memiliki harapan dan kemahuan serta mampu menterjemahkan harapan dan kemahuan ini dalam bentuk sikap dan tindakan maka yang akan menghalang kita hanyalah putus asa dalam hilang kenyakinan dalam diri kita.
deviantart.com
Saya selalu meletakkan bahawa seseorang itu berjaya bukan kerana kegeniusannya atau kerana keturunannya. Kejayaan sebenar bermula dengan perubahan sikapnya iaitu apabila kita mula memandang jauh kehadapan dengan penuh harapan serta menginginkan ketinggian dan kemuliaan, renungan dan penghayatan itu kemudiannya dipantulkan kepada hakikat diri kita sekarang lalu kita mula meneliti sikap-sikap yang perlu kita bangunkan untuk meraih segala harapan yang kita bangunkan tadi disamping kita cuba menanggalkan segala sikap yang akan menghalangi perjalanan kita.

Persandaran yang sebenarnya perlulah diletakkan pada tempat yang sebenarnya. Jika kita mudah mengeluh sebelum melakukan sesuatu tanpa sedikit pun usaha yang cuba kita laksanakan.Jadi kita sendiri fikirkan bagaiaman. Alangkah indahnya hidup dengan warna warni sebuah kehidupan.

Saya berhenti dulu. Jumpa lagi dipenulisan akan datang.

*OFF*

shaiqin aisyah
9 safar 1432H. 9.30pm
[Sedang belajar sesuatu yang baru setiap hari. 
Saya punya ramai kawan baru,saya teruja mengenali mereka. 
Terima Kasih Tuhan. ]

2 comments:

cimon said...

sedar & mungkin tidak - warna kehidupan - kita & orang sekeliling yg mencorakkannya - sedikit-demi-sedikit-hingga lengkap sebuah lukisan kehidupan (^v^)

NMC said...

A good writing ikin! teruskan usaha anda,hehehe. InsyaAllah. u will be the best.
i'm excited too, to know u and others!. all the best to u. :)