02 December, 2010

Di bumi yang sama..

Hitam putih mana satu pilihan di tangan?

saya pilih hitam kerana saya mahu corakkan putih kembali.

Tidak salah untuk bercita-cita tinggi, bahkan cita-cita itulah yang menghidupkan jiwa di hati kita. Cita-cita juga yang membuat kita semakin teguh berdiri di mana kita sekarang. Namun jangan kita jadikan cita-cita itu sebagai alasan untuk mencemuh kehidupan yang sedang kita lalui sehingga kita ingin meninggalkannya dengan ketergesaan. Lihatlah hidup dengan keazaman, hayatilah segalanya dengan rasa kesyukuran kerana kita sedang berdiri di bumi yang diwarnai kepayahan dan halangan yang pasti satu hari nanti kita temui titik keberhasilannya.

Betul, tidak salah memiliki impian yang menggunung berbukit sekalipun kerana ia kunci harapan kita. Ya, harapan yang menjadi titik-titik nadi yang mampu memiliki diri. Lihatlah hidup ini dengan kepasrahan, hayatilah segalanya dengan berlapang dada kerana kita sedang berdiri di bumi di mana kekurangan dan kelemahan adalah corak yang menghiasinya. Ia lahir dari diri kita dan berlajar dari keadaan sekeliling yang sedikit sebanyak boleh diambil.

Tidak mengapa untuk kita berangan-angan sekali sekala kerana angan-angan itu penawar ketika hati ditemani kekecewaan. Kekecewaan yang mungkin membuat kita terasa serik dan mungkin tidak gagah untuk bangun kembali. Namun janganlah kerana angan-angan itu kita terlupa dimana dan siapa kita. Angan-angan yang sekadar angan-angan sehingga tiada langkahan untuk melangkah. Hadapilah kehidupan ini dengan doa dan tawakal kerana kita sedang berdiri dibumi yang ada Pemiliknya.

Keinginan kadang-kadang mampu melahirkan hartawan budiman dari cerok-cerok kemiskinan yang ditimbuni kepayahan dan kekecewaan. Keinginan lalu membangkit satu tenaga luarbiasa yang mengalirkan semangat yang tidak mungkin padam dengan kegagalan dan tekanan walaupun hanya seketika.

tanam benih-benih impian di bumi yang sama.

Dan ketika ini masih terfikirkah di fikiran kita dan mengenal maksud 'hamba'?

cukup dulu jumpa nanti.*Off*

shaiqin aisyah
ditulis pada 11.30pm_24 Dzulhijjah 1431 
[masih di sini,kembara di hujung doa ]

2 comments:

cimon said...

bermula dgn keinginan,
mula timbul angan-angan, menjadikan ia impian,
mata memandang bumi kehidupan, mulut bergetap, yakin,
langkah dihayun,
perlahan, terus, tiada yg dapat memberhentikan,
sesekali menarik nafas keletihan,
senak, namun tidak dilepaskan, angan-angan?
mungkin?
tiba masanya, terbang lah dengan sayap putih nian, terbang...menggenggam impian (^_~)

p/s: pics kotak2 yg comeyy

Nia Jiwa Manja said...

bermula dengan kesusahan..berakhir dengan kejayaan..tapi,bukan penamat langkah untuk terus berusaha.