25 January, 2011

Matlamat seiring usaha kita!

"Jadi kita sendiri tentukan arahnya bagaimana"

Alhamdulillah masih diberikan kesempatan untuk terus menulis. Saya agak sibuk sejak beberapa minggu ini dan apabila tiba hujung minggu hanya memikirkan untuk rehat tanpa perlu melakukan apa kerja. Jelasnya apa yang saya buat itu tidak tepat sama sekali. Penat bukan bermaksud semuanya saya perlu hentikan. Penat itu juga satu nikmat yang perlu kita hargai. Penat itu tandanya kita diberikan hidup untuk faham apa sebenarnya peranan kita di sini!

Saya belajar bahawa setiap apa yang kita buat perlu ditetapkan dengan matlamat yang sepatutnya. Namun yang pasti matlamat yang jelas tidak mungkin terlaksana tanpa usaha dan gerak langkah yang seiring perlu dilakukan.

 Sudah sebulan lebih saya di tempat baru dan masa yang terluang juga saya cuba isikan dengan kerja “freelance” yang saya sedang berjinak-jinak untuk cuba.

Ramai yang beri nasihat pada saya setiap kerja yang dilakukan perlu fokus, dan tentunya pada saya minat itu sangat penting. InsyaAllah doakan saya yang terbaik untuk setiap yang saya lakukan. Saya doakan kalian juga berjaya dengan apa yang dilakukan. Hidup ini ibarat air, kita ikut sahaja haluan air tersebut atau kita tentukannya bagaimana.

Jumpa lagi untuk penulisan akan datang.
Berhenti dulu.
*Off*

shaiqin aisyah
20 safar 1432H_11.30am
{ lagu ceritera hati _Hafiz Hamidun]

2 comments:

cimon said...

Berusaha bersungguh2-inyallah akan dapat melihat hasilnya.

Semoga Berjaya!! (^v^)

p/s:aku juga agak bz utk mengomen blog2 baru2 nie (T_T)

Ashsikin Aisyah said...

p/s: pesanan yang menarik :P