26 August, 2010

Keagungan dan Kebesarannya "Kalamullah"

Ketika masih dalam perut ibu alunan ayat-ayat itu dibacakan. Masih kanak-kanak diajar dan mengenali “alif ba ta” sehingga huruf terakhirnya. Diajar bacaannya, tajwidnya, tadabbur dengan keagungan kalimahnya. Fahami makna setiap kalimahnya, mukjizat disebalik huruf-hurufnya.

Sejarah telah membuktikan bahawa pada berkurun dekad yang lalu, kira-kira 1398, telah turunnya wahyu kepada Nabi Muhammad S.A.W pada tangga; 6 Ogos 610 dan ianya bersamaan dengan 17 Ramadhan tahun ke 41 keputeraan Baginda Al Quran diturunkan pada malam jumaat di Gua Hira.

Ayat pertama diturunkan:

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah,-Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (Surah Al-‘Alaq:1-5)

Keagungan Al Quran tidak dinafikan lagi. Berpegang teguh dengan segala yang disuruh dan menghindari segala yang dilarang. Menjadikan umat yang sentiasa patuh diringini Nur dan Petunjuk dari maha penciptaNYA. "Al Quran kalamuallah" , kata-kata dan perintah ALLAH yang menjadikan setiap umat yang berpegang teguh kepadanya yakin akan kewujudan maha pembesar.

Berbicara tentang “Nuzul Quran” :

Jika kita sekarang sedang berbicara tentang penurunan Al Quran, wajarlah bagi kita sebagai hambaNYA dengan khusyuk dan rendah hati menghayati suasana malam diturunkan Al-Quran sebagaimana yang disebut di dalam sural al-Qadr ayat 1-5 yang memberi pengertian:

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran ini pada malam Lailatulqadar, dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatulqadar? Malam Lailatulqadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut; Sejahteralah malam yang berkat itu hingga terbit fajar.”

Penghayatan Al Quran bukan hanya semata-mata ketika peristiwa nuzul quran berlaku, bahkan juga hari-hari dalam hidup kita. Kandungan yang tidak mungkin dapat dibandingkan dengan mana-mana kitab selainnya. Mulakan penghayatan dan makna sehari semuka secara berterusan. Jadikan amalan dalam hidup kita. Saya juga hampir terlupa, padahal ia mudah bagi kita. Jangan hanya ketika dalam keadaan susah baru sedar siapa yang mencipta kita. Susah dan senang itu juga adalah kurniaan dariNYA.

Hubunganya dengan malam Lailatul Qadar :

Sebagaimana disebut di dalam surah al-Qadr malam lailatulqadar melebihi seribu bulan. Ini bermakna amal yang dilakukan pada semalaman Lailatulqadar melebihi pahalanya daripada amal seribu bulan. Banyak ulama menjelaskan seribu bulan itu bukanlah memperhitungkan angka yang tepat, tetapi dimaksudkan kemuliaan Lailatulqadar berbanding dengan segala hari. Itulah keistimewaan malam yang dinanti dibulan yang barakah ini.

Jangkaan mengenai malam-malam lailatulqadar adalah berdasarkan kepada hadis tercatatnya tarikh-tarikh ganjil berikut iaitu di akhir bulan ramadhan 21, 23, 25, 27, dan 29. Hal ini terjadi pada satu malam dan hanya DIA sahaja maha mengetahui. Kesempatan ini diambil bagi para hamba yang mengejar amal dan pahala berlipat ganda menantikan rahmat dan keangungan ALLAH s.w.t. Moga kita semua mendapat barakah di bulan yang penuh keberkatan ini.

Jangan terkilan jika masih lagi ada antara kita yang sudah meningkat dewasa masih tidak tahu membaca Al Quran. Bagaimana generasi bagi adam dan hawa masa hadapan?

Dan..

Siapa sangka ini mungkin Ramadhan terakhir buat kita. Fikir sejenak dan muhasabah diri kita semua. Allahua’lam.

No comments: