28 August, 2010

Indah pada akhirnya..

Impian dalam niat :

Entah mengapa senyuman terukir di bibir apabila mengenangkan tempat nun jauh di sana. Setiap kali melihat mereka yang berkesempatan menjejak kaki ke sana, timbul iri hati di sanubari. Bersama jubah-jubah putih memenuhi hamparan bumi di sana.Aku melihat mereka bergaul dengan penuh keramahan dan kata-kata hikmah yang lahir dari ucapan mereka.

Setiap pertemuan dimulai dengan salam dan sentiasa terukir senyuman di bibir mereka. Biar datangnya pelbagai ujian dan cubaan, mereka tenang menerimanya dengan setiap satu langkah dipenuhi dengan semangat yang jitu. Mana yang baik itu datangnya dari ALLAH s.w.t dan setiap yang buruk itu berlaku disebabkan kesilapan kita sendiri.

Dipetik dari sabda Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya:

"Bukankah aku telah memberitahu kamu semua tentang orang yang diharamkan masuk ke neraka atau orang yang diharamkan ke atasnya neraka? Mereka ialah orang yang berdamping rapat dengan orang ramai (baik pergaulannya), hatinya tenang, berlemah-lembut serta mudah dibawa berunding."
(Hadis Riwayat At-Tirmizi)

Sebaik-baik ciptaanNYA adalah KITA umatNYA. Punya akal dan fikiran. Sejak dua menjak ini asyik terfikir-fikir suasana di sana. Ingin juga jika diberikan kesempatan dan umur yang panjang serta rezeki yang murah untuk menjejak kaki di bumi anbiya' satu hari nanti.

Kuncinya adalah sabar :

Bersangka baiklah untuk setiap sesuatu yang berlaku. Kunci sabar itu indah, itulah yang sering saya ingatkan pada diri. Walaupun kadang-kadang terlupa apabila amarah mengusai diri. Allah itu cukup lengkap sifatnya. Tiada dendam, hasad dengki dan iri hati. Dan kita diciptakan sebaik-baik kejadian maka selari dengan tindakan untuk memenuhi kepatuhan kepadaNYA. Sesungguhnya ALLAH itu maha pengasih dan penyayang. Sabar itu punya batas tapi kutemui sehingga kini sabar itu indah.InsyaAllah.
Pernah suatu ketika, ada seorang anak lelaki dengan kelakuan yang buruk. Ayahnya memberi dia sekantung penuh paku, dan menyuruh memaku satu batang paku di pagar halaman rumah setiap kali dia kehilangan kesabarannya atau berselisih paham dengan orang lain. Hari pertama dia memaku 37 batang di pagar. Pada minggu-minggu berikutnya dia belajar untuk menahan diri, dan jumlah paku yang digunanya berkurang dari hari ke hari. Dia mendapati lebih senang menahan diri daripada memakukan paku di pagar.

Akhirnya, tiba saat bahawa dia tidak perlu lagi memaku sebatang paku pun dan dengan gembira disampaikannya hal itu kepada ayahnya. Ayahnya menyuruhnya mencabutkan sebatang paku dari pagar setiap hari apabila dia berjaya menahan sabarnya. Masa berganti masa dan hari berganti hari. Dia menyampaikan kepada ayahnya bahawa semua paku sudah tercabut dari pagar. Si ayah membawa anaknya ke pagar dan berkata

“Anakku kamu sudah berkelakuan baik, tetapi cuba lihat betapa banyak lubang yang ada di pagar itu” .

Pagar ini tidak akan kembali semula.Kalau kamu berselisih paham atau bertengkar dengan orang lain, perkara itu selalu meninggalkan luka seperti pada pagar.

Namun saya sedar, setiap dari kita punya kekurangannya. Kekurangan itu bukan keburukan selagi mana boleh dibentuk untuk mendapat hasilnya. Berpesan-pesan pada diri disebalik tersirat di situ temui keindahannya. Sesungguhnya setiap dari tindakan kita diperhatikan dan DIA sebaik-baiknya dalam mengetahui setiap sesuatu. Syukurlah ALLAH masih sayangkan kita.

Berhusnuzzonlah [bersangka baiklah] kerana ia terlalu indah walau mungkin pahit dipermulaannya :)

1 comment:

cimon said...

terima kasih utk nasihat ini... amat berguna pada ketika ini & berharap dpt diingati dan diamalkan hingga ke akhir hayat

thanks (^v^)