Saya akan kembali semula ke sana. Ke kota yang penuh dengan kebisingan, pelbagai macam ragam dan di situ tergambar warna-warna sebuah kehidupan.Kembali dengan seribu harapan dan langkahan yang memastikan setiap perjalanan hidup saya. Jika dulu sewaktu kecil semuanya dilakukan oleh kedua ibu bapa kita. Kini, semua keputusan di tangan kita. Setiap keputusan yang saya buat, kecil mahu pun besar pastinya menentukan perjalanan hidup saya. Moga semuanya akan saya lalui dengan ketabahan dan kesabaran.
Dengan harapan dan semangat yang ada dalam diri saya. Saya perlu gigihkan diri tanpa perlu bergantung sepenuhnya dan hanya perlu mengharapkan diri sendiri. Semangat dan harapan yang tumbuh ini juga adalah nasihat dan bebelan yang tidak putus-putus dari kedua ibu bapa. Hati pernah terdetik, satu hari nanti pasti semuanya saya akan jalani dan hadapi seorang sendiri.
Memang hambar, bila pertarungannya adalah diri kita sendiri. Kita jugalah yang menentukan setiap jalan cerita di hadapan kita. Namun saya yakin,selagi mana niat kita betul dan ikhlas wujud dalam diri kita, setiap langkahan kita pasti mudah.
Memang bernar, segala bermula dari niat kita. Agak bimbang juga adakah saya betul-betul sudah bersedia untuk semua ini. Namun saya sedapkan hati dan mengulanginya berkali-kali, jika ini keputusan saya maka saya teruskan. ”Bukan senang nak senang? Ya, bukan senang mahu kecapi setiap apa yang kita impikan. Jadi kejayaan tidak akan datang bergolek, harus dimulai dengan perancangan dan usahanya.
Ya, saya kembali dengan membawa harapan dan kepercayaan dari insan-insan yang saya sayang. Harapan dari keluarga saya terutamanya. Moga setiap kepercayaan itu utuh selagi mana ia masih digenggaman saya.
"Aku pernah mengharap pada bintang menerangi malamku, ku tunggu ia berkali-kali. Namun, sang bulan yang kutemui. Tanpa ku sangka menemani malam ku sehingga pagi"
Sebagai manusia kita hanya mampu merancang yang terbaik selagi mana ia betul dan benar. Namun DIA lah sebaik-baik perancang kita. Nampak mudah untuk ke titian B selepas Titian A. Namun sewaktu perjalanannya pasti ada yang cuba kita difahami. Moga segalanya dipermudahkan untuk kita. Sebersih dan setulus niat kita. Setiap dari kita mempunyai tanggungjawabnya tersendiri. Tidak kira lelaki mahupun perempuan dan pasti setiap amanah yang diberikan akan dipersoalkan kembali.
Matang hanya bukan sekadar maksudnya. Mungkin selepas ini perlu difahami. Banyak lagi yang perlu saya pelajari.
Allahu’alam..
1 comment:
salam.
jgn risau...sumenye akan baik2 akhirnya...janji jgn putus berdoa utk dipermudahkan perjalanan hidup ini bg mencapai kebahagiaan di dunia & akhirat k!
hehe (^v^)
p/s:boleyy membuat pilihan tp bukan sebab berputus asa
**nasihat utk diri sendiri juga**
Post a Comment