Biasanya setiap hari emak akan ke dapur seperti biasa menyediakan makanan untuk kami sekeluarga. Merasai air tangan yang disediakan oleh mak membuatkan nafsu makan semakin melonjak-lonjak. Saya lihat mak mengeluarkan ayam dari peti ais dan direndam seketika dan hari ini mak masak lauk kesukaan saya kari ayam. Kemudian mak meminta membantunya mengupas bawang. Tidakk!!Bawang yang selalu membuatkan saya beruraian air mata tapi tanpanya membuatkan masakan menjadi hambar.
Seingat dulu ketika saya dan adik bersekolah, emak selalu menyediakan bekal untuk kami berdua. Bukan sahaja boleh berjimat untuk duit belanja yang diberikan tapi lebih selesa dan senang dengan makanan dari rumah. Saya lihat setiap pergerakan yang dilakukan oleh emak yang sudah lama dengan kerja memasaknya walaupun tidak terkenal seperti chef di luar sana.Namun dialah tukang masak terhebat kami di rumah. Persepsinya berbeza:
"Memasak itu bukan sekadar menggoreng ayam,ikan atau tempe. Bukan juga campuran bawang merah dan bawang putih ditumbuk lumat lalu ditumis ke dalam kuali. Ia dilihat seperti campuran-campuran kehidupan yang punya seribu bagai rasa di dalamnya".
Emak membasuh ayam tadi dicampur dengan sedikit daun limau purut. Ntah kenapa setiap makanan basah seperti ikan dan ayam mak pasti membasuh dengan daun limau purut. Saya tidak menanyakan kenapa. Untuk membuat kari ayam, mak perlu menyediakan rempah kari dan proses-proses yang lain. Hal ini mengajarkan sebuah proses.
"Hidup ini adalah proses anakku. Untuk mendapatkan sesuatu yang kamu impikan tentu sahaja ada hal yang perlu kamu lalui dengan usaha yang tidak jemu-jemu. Nikmati proses hidup agar jiwa dan fikiran matang penuh kedewasaan dan kebijaksaan".
Setelah minyak panas dan semua bahan ditumis sehingga garing lalu dimasukkan santan sebati di dalam periuk.Baunya membuatkan saya lapar. Emak menunggunya sehingga mendidih dan siap dimasak sambil menyediakan hal-hal lain di meja makan.
Saya perlajarinya: terkadang untuk mendapatkan perwatakan dan karektor yang baik perlukan masa yang lama. Jangan hanya tahu untuk menunggu sedangkan tiada usaha untuk terus melakukan yang terbaik. Jika dilihat sesuatu yang tidak baik. Belajarlah mendoakan dan mencari hikmah disebaliknya. Warnai hidup selagi proses kehidupan berjalan. Berkawan dengan ramai orang, dengan pelbagai macam dan ragam dan lakukan apa yang kamu impikan.
Kari ayam yang panas siap dimasak sedia untuk dihidangkan. Namun periuk yang panas perlu berhati-hati agar tidak menyakitkan tangan apabila tersentuhnya. Lalu saya mengambil kain untuk mengalasnya.
"Kehidupan diuji dengan pelbagai masalah dan panasnya periuk seperti perubahan dalam kehidupan. Jika terburu-buru dalam perbuatan yang dilakukan ia mungkin menyakiti diri sendiri atau orang lain yang berada disekeliling kita".
Rasa tidak sabar untuk menikmati kari ayam yang sudah siap terhidang. Jadi memasak bukan sekadar memikirkan resepi yang perlu dimasak tapi proses yang perlu dilakukan secara teliti. Memasak juga punya seni yang tersendiri.
Saya dan emak makan dulu, sebab abah akan makan di luar setelah nanti makan malam untuk kali kedua bersama mereka.:P
Kurasakan masakan ku sesedap air tangan emak sekarang.ececeh :D
2 comments:
Waa...nampak sedap kari tuh, buat cicah dgn roti petang2 pun sedap nih.
Hehe (^v^)
p/s:air limau purut tu digunakan utk menghilangkan bau hanyir pd ayam & ikan.
p/s/s:hidup ini satu perjalan, akhirat adalah destinasinya.
owh dah tahu pasal limau purut tu..baru teringin nak tanya..sebelum ni dah agak je..hehe
thanx ^^
Post a Comment