12 July, 2010

Tidak bertajuk..

Di sini dan hari ini
Kita masih berdiri dan melangkah
Setiap satu langkahan kehadapan
Dengan harapan dan niat di hati
Yang mungkin sering berbelah bagi

Hanya kerana kita papa kedana dan tidak berharta
Ingatlah kita masih kaya dengan budi bicara
Hanya kerna kita tidak punya pakaian yang cantik
Namun kita masih mampu menutupi aurat yang terbuka
Walau hanya selembar kain putih

Jika kita hanya punya sepotong roti untuk dikongsi
Namun kita masih masih punya nilai untuk berbagi
Seteguk air kosong untuk diminum
Membasahi tekak dengan terkumat kamit ungkapan di bibir
Satu kalimah dan ianya yang agung
Asma hul usna ya Rabbi

Dan jika hari ini..
Nafas dan denyut nadiku terhenti
Masih mengira detik-detik iman yang terlekat dihati
Menghakis rona-rona hitam yang ada sepanjang hidup ini
Moga diriku pergi dengan diberkati
Secalit iman yang penuh diisi
Menjadi hamba yang sentiasa mensyukuri
Nikmat kurniaan mu ya Illahi..

tak tahu nak letak tajuk apa sebenarnya..
jumpa lagi ya.InsyaALLAH~

2 comments:

cimon said...

First 3 perenggan boleyy jd tajuk "Aku Penganggur" based on my experience laa...

Last perenggan tu...hmm...xsure.

But overall - agak best larr puisi nih!

Hehe (^v^)

p/s:sudah dpt keje?

Ashsikin Aisyah said...

dalam proses menunggu..doakan ya tq ^_^