27 December, 2009

Bila pena berbicara..

Salam kegembiraan dan kesejahteraan buat semua..Moga segala urusan kita dipermudahkan..

Ketika pena mula berbicara hanya bait-bait penulisan yang ditulis. Ketika saya masih bisa bernafas di buminya mengingatkan saya betapa perlunya saya mensyukuri setiap anugerah dan pemberian serta nikmat yang masih bisa saya kecepi. Punya keluarga disisi, teman-teman yang menghiburkan dan insan-insan yang saya sayangi. Saya masih boleh dan diberikan kesempatan merasainya lagi. Namun mengingatkan saya agar tidak mudah lupa. Jika saya lupa dan lalai ingatkanlah kembali. Saya merasakan setiap peluang yang ada perlu direbut kembali. Ya itu pasti.

Masa sering berputar dan jika ia boleh diundurkan kembali saya dengan redha mengatakan tidak. Kerana ia memang sudah tertulis. Pemulaannya dari kita dan kita sendiri perlu mencorakkan serta menentukan setiap arah pelayaran kita. Namun jika kita jatuh, bangunlah kembali kekuatan perlu dibina bahawa masih kita punya kesempatan dan peluang yang perlu digapai.

Jujurnya saya takut dan tertanya apakah yang akan berlaku seterusnya dalam wasilah hidup saya. Saya beranggapan jika ianya ia perlu bermula dengan baik kenapa tidak pengakhirannya juga begitu. Memang betullah, ALLAH s.w.t sebaik-baik perancang yang terbaik dan kita sebagai umatnya perlu yakin dengan segala ketentuannya. Jika kita masih boleh memilih jalan yang bersih kenapa lumpur yang perlu dijejakinya. Semakin hari saya mengenal pelbagai ragam manusia. Semakin itu juga mengingatkan saya. Apatah lagi, tidak kurang juga saya yang banyak ragamnya. Sehingga sudah lali ayat-ayat yang dikeluar oleh kedua ibu bapa saya. Setiap dari kita berbeza sifat dan perangai.

Dari situ juga saya belajar mengingatkan saya kepada setiap khilaf yang saya lakukan. Memang benar ungkapan dari teman saya. Setiap dari kita diberikan peluang yang kedua, terpulang saja pada kita samada mahu atau tidak. Pengalaman yang ada adalah peluang terbaik kita merasainya. Pengalaman juga adalah guru yang terbaik untuk kita bagi meniti hari-hari seterusnya. Ya betul, ramai yang mengatakan jangan cepat putus asa.

Semua itu boleh diluahkan dan yang menanggung itu individu tertentu. Saya merasakan tidak ada satu perkara yang tiada jalan penyelesaian. Mungkin kita buta hati atau mata hati. Saya juga keliru dan merasa tidak adil jika masalah datang menimpa Namun, saya perlu beranggapan positif dan yakin dengan setiap sesuatu.

Jujurnya lagi saya belum bersedia menjadi dewasa. Namun semakin hari bilangan angka umur saya semakin meningkat. woah!~ Apa yang tertulis adalah peringatan buat saya. Semuanya bermula dari hati kita. Luaran bukan tidak mencerminkan siapa diri kita.Tapi kenalinya dulu sebelum kita menilainya.

p/s:
saya betul mahu menulis dan berikan masa saya untuk menulis lagi.

No comments: