13 December, 2009

Nota-nota kecil genta rasa..

salam kesejateraan dan kegembiraan buat teman-teman semua..

Pertama:

Hampir sebulan lebih di rumah menghabiskan masa bersama keluarga walaupun cuma seketika setelah lama tidak bercuti. Perlu kembali meneruskan perkuliahan pada semester terakhir dalam masa 4bulan. Dirasakan masa begitu singkat berlalu menghadapi 3tahun sebagai pelajar.

Kedua:

Masa belajar yang tidak sampai 5bulan. Ya ALLAH permudahkanlah segala urusan. Moga segalanya berjalan dengan lancar. Tugasan luar dan dalam kuliah perlu disiapkan. Saya juga telah dimakluma siapa penyelia untuk kertasa projek saya oleh seorang kawan sewaktu di rumah. Mahu semuanya berjalan seperti yang dirancang.InsyaAllah..Jangan pernah mengalah pandanglah ia terus ke hadapan. Kejayaan pasti milik kita.

Ketiga:

Saudara kembar yang masih menjalani attachment di salah sebuah mahkamah tidak habis-habis mencerita segala perihal dan situasi yang sana. Memang penat bekerja tapi ia menjadi kepuasan apabila memang berminat untuk melakukan. Teringat peristiwa 2tahun yang lalu ketika saya bergelar pelajar undang-undang walaupun hanya dalam tempoh setahun.

Keempat:

11 disember saya dan teman ke Kedah. Menghadiri majlis perkahwinan Kak Huda. Macam tidak percaya apabila beliau sudah bergelar seorang isteri. Terasa keterujaan dan “nervous” sewaktu mendengar lafaz ijab dan kabul. Moga kebahagian milik mereka.Aminn....Doakan milik saya juga satu hari nanti. Perjalanan yang sangat menyeronokkan dan memang penat walaupun bukan saya yang memandu. Ini mungkin percutian dan jalan-jalan saya yang terakhir di Universiti.

Kelima:

14 Disember sudah 18tahun arwah adik meninggalkan saya. Kini tinggal saya dan saudara perempuan sahaja. Moga rohnya sentiasa dirahmati ALLAH. Ingatan ini masih kekal sehingga kini.

Ke enam

Dan kini saya merasa detik-detik hampir mencecah umur 22 tahun. Satu angka yang begitu sukar digambar. Kini kedewasaan menanti saya. Bersyukur kerna masih berada di BumiNYA lagi. Hari-hari yang mendatang itu cabaran dan nikmat yang perlu sentiasa disyukuri. Doakan kebahagian milik kita semua.

^_^

1 comment:

MiaMie_MiMiE said...

semuanye berlalu dgn cpet...tp kenngan yg lama msih segar diingatan...moga ko sukcess..cayok2 kwnku.