16 March, 2010

kami..

Kami ibarat,
Sepasang tangan antara kanan dan kiri...
Persaudaraan yang erat seperti nyawa dan badan..
Hidup pada satu hati dan satu impian..
Kerana kasih dua saudara,
kakak dan adik akan kekal sepanjang zaman..
Persamaan tahun dan umur kami bukan ukuran
Namun cerita hidup yang hampir sama..
Kerana kami dididik dan membesar bersama..

Antara kami berdua..
Jika seorang terluka satu akan terasa sakitnya..
Satu lemah, maka satu akan menjadi kekuatan..
Satu tangan jatuh, maka satu tangan akan memimpin..
Satu air mata jatuh, maka satu akan menjadi penawar..
Naluri dan firasat kami hampir sama
Bezanya cuma cara dan perwatakan kami..

Satu kekurangan, maka satu akan menjadi pelengkapnya
Ironinya, kami tetap bersama..
Kerana duka antara kami adalah duka bersama..
Kerana tawa antara kami adalah tawa bersama..
Gaduh dan salah faham kami..
Hanya seminit dua..

Terima Kasih Ya Allah (SWT)..
Engkau telah memberi cahaya yang gemilang
dalam hidup kami berdua..

No comments: