13 June, 2010

Bimbang tidak laku? Wanita?

Hari ini ketinggian seorang wanita di nilai daripada pelbagai aspek. Wanita kini sudah ibarat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan lelaki. Namun ia bukan menjadi penghalang seorang wanita untuk melakukan sesuatu perkara selagi
tidak melanggari syarat dan batasannya. Sesibuk mana pun seorang wanita itu masih punya ruang peribadi yang perlu diisi.

Sering kali ungkapan ini keluar “memang tak kahwinlah kalau sibuk macam ini, no life ok”. Saya tidak berapa setuju dengan ungkapan yang dikeluarkan. Masa memang tidak akan kembali namun kita yang sepatutnya pandai mengatur dan mengambil langkah yang terbaik. “macamana nak cari pasangan,kalau weekend pun sibuk” Siapa tahu jodoh dan pertemuan itu di tangan ALLAH. Jodoh dan pertemuan itu rahsia ALLAH. Do the best as you can.

Terkehadapannya seorang wanita kini juga dilihat daripada pelbagai aspek. Hal ini bukanlah salah satu pandangan negatif yang patut dilihat. Jangan risau wanita. Aktifnya seorang wanita tidak bererti dia ego atau bangga diri dengan apa yang dimilikinya. Aktif dan bergerak bebasnya seorang wanita tidak bermakna dia meninggalkan tanggungjawabnya.

ومن اياته ان خلق لكم من انفسكم ازواجا لتسكنوا اليها وجعل بينكم مودة ورحمة ان فى ذالك لاءايات لقوم يتفكرون- الروم 21

Maksudnya : Sebahagian daripada tanda- tanda kebesaran Allah bahawa ia menjadikan bagi diri kamu pasangan supaya kamu dapat hidup harmoni disampingnya dan allah menjadikan dengan sebabnya kasih sayang dan rahmat sesunguhnya pada demikian itu menjadi tanda bagi kaum yang berfikir

Keperluan dan kehendak?

Saya beranggapan aktifnya seorang wanita itu didasari dengan kefahaman dan niat yang betul. Mereka perlu jelas apa dan faham apa yang penting. Di mana keperluan dan di mana kehendak yang perlu dituruti. Kerana itulah mereka sanggup berpenat lelah dan bertungkus lumus dalam aspek pekerjaan.

Usah risau sesibuk mana pun seorang wanita itu, ia perlu didasari pada landasan yang betul. Jangan ditakuti, menjadi aktif dan bekerjaya membuatkan dirimu sukar dan takut didekati.Moga, seorang wanita dan muslimat yang aktif dan faham tanggungjawab dan kefahamannya, akan juga turut faham posisinya sebagai ibu dan isteri kelak. Saya terfikir, sesibuknya ketika belajar, kerana tidak punya anak dan suami untuk difikirkan. Dia tahu mana yang penting.

Namun apabila dia sudah berkeluarga kelak, semuanya akan difikiri dan dipertimbangkan kembali.Semuanya dengan izin dariNYA.

Bimbang tidak laku, saham jatuh merudum??

Jodoh itu rahsia ALLAH dan konsepnya jelas dan nyata. Namun ia tidak datang bergolek .Perlu usaha dan doa dari awal sekalipun kita masih belum bersedia untuk berumah dan tangga. Andai diri terkedepan dan itu adalah bonus buat kita. Namun, jika diri punnya kekurangan. Itu juga bonus buat kita. Persamaan dalam perbezaan,moga ditemukan titik untuk satu hubungan yang kukuh.

Saya selalu berpesan pada diri, jika terkehadapannya seorang wanita itu, Jangan pula memperlekehkan pasangannya. Pegangi setiap tindakan pada dasar agama. Setiap orang punya keistimewaan dan kelebihan tersendiri. Merendah diri dan tahu posisi. Setiap kita punya keistimewaan yang jelas nyata dalam diri kita. Buka peluang, renungi dengan mata hati.

Bahasa dan perlakuan lelaki dan wanita adalah berbeda. Bukan dalam kehidupan rumah tangga semata-mata,namun dalam kehidupan seharian kita. InsyaALLAH yang terbaik buat kita akan tiba.ameen.

Dikelas saya sering dikatakan feminisme dan emosi bila satu-satu isu wanita ditimbulkan. well, setiap orang punya anggapan tersendiri.Tepuk dada tanya diri.

Tahniah buat teman saya yang baru mendirikan baitulmuslim. Barakallahu lakuma wa baraka alaikuma wajamaa' bainakuma fi khair. Maaf tidak dapat hadir.

Jumpa lagi..tata~

3 comments:

cimon said...

lelaki...slalu lebih minat pd wanita yg lebih muda daripada mereka...*normal*

maka...jgn bimbang kalo xlaku...

musti ade punye lah lelaki yg kawen lambat...coz mengejar kerjaya *cheewahh* or mmg msh xmampu atas sbb2 yg musabab *(T_T)*

yg penting...usaha!! coz men/women cannot just fall from the sky, right? if jodoh da sampai...laju je dia jatuh (^v^) heheh

n...jgn emo2 sgt ek, nanti lelaki kecik hati or menyampah *kata sorang kawan & diri sendiri*

p/s: have a nice day! & nice entry!

Ashsikin Aisyah said...

thanx..penulisan ni hanya umum..tiada kena mengena pun.tapi biasa setiap orang ada fikiran dan pendapat sendiri.
doakannya...nt saya htr kad .ecececeh ;p

cimon said...

nanti sy bg alamat rmh...

jgn lupe letak bedak dlm kad tuh...baru wangi sikit!

heheh(^v^)