04 June, 2010

Terima kasih semua..

Alhamdulilah hari ini saya peroleh keputusan peperiksaan walaupun tidak sepenuhnya kerana menanti keputusan latihan amali yang tidak habis lagi. Terima kasih ya ALLAH, dan saya percaya ada yang terbaik menanti saya dan teman-teman semua. Tahniah juga buat semua teman-teman yang sudah memperolehi status konvokesyen. Selama tiga tahun pengajian, dan InsyaALLAH bulan lapan ini saya dan teman-teman yang lain akan bergraduasi.

Terima kasih kepada semua yang banyak membantu saya. Selalu ada bersama saya ketika susah dan senang, Saya mohon ampun dan maaf jika selama mengenali saya ada perlakuan saya yang tidak disenangi. Buat pensyarah-pensyarah saya, halalkan semua ilmu ya. Saya sangat menghargainya.

Buat kedua ibu-bapa saya yang selalu mendoakan saya. “Kakak akhirnya dah tamat berlajar abah mak”. Terima kasih atas susah payah selama ini,Terima kasih juga kerana selalu melayan kerenah kakak.Terima kasih jugak atas duit belanja yang diberikan yang tidak pernah cukup-cukup.Terima kasih kerana memahami yang kakak tidak selalu dapat pulang ke rumah. Tapi setiap hari, tidak pernah lupa mendoakan kesihatan abah dan mak. Terima kasih atas doa yang tidak putus-putus. Terima kasih abah, atas setiap ketegasan yang ditunjukkan, terima kasih jugak untuk setiap kemarahan yang dilontar.

Terima kasih buat abah yang bersusah payah untuk perbelanjaan kami dua beradik. Penat lelah dan kesibukan abah, kini kami fahami. Cukuplah, selepas ini kakak sendiri yang akan lakukan semuanya. Kakak teringin nak beri duit hasil dari titik peluh kakak pula untuk abah dan ibu. Dan untuk arwah adik saya yang telah 18 tahun meninggalkan kami. Kakak nak bagitahu yang kakak dah tamat belajar. Semoga kamu sentiasa bahagia di sana. Al-fatihah. Kamu mesti cantik macam akak sekarang kan? Ececeh~ :) Doakan kami di sini.

Buat saudara kembar saya, semoga cita-cita sebagai pengamal undang-undang berjaya. Selamat bertahan sedikit masa lagi. Masa berlalu pantas dan begitu cepat. Buat yang terbaik untuk cita-cita mu.

Buat semua teman-teman, selamat berjaya dan teruskan dengan setiap cita-cita yang dimpikan. Lakukan yang terbaik untuk masa depan bersama dan buatlah keputusan dengan betul. Tahniah pada yang meneruskan pengajian di peringkat "master" lagi. Saya tanggguhkan dulu dan akan sambung kemudian tapi bukanlah dalam masa terdekat ini. Doakan saya ya. Semoga setiap peluang yang saya perolehi, dapat saya lakukan dengan sebaik mungkin. Setiap dari kita punya kelebihan yang tersendiri.

Siapa sangka, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Namun, kita hanya merancang dan ALLAH yang lebih mengetahui. Cubalah yang terbaik untuk masa depan kita bersama. Tidak sangka dah besar akhirnya.

Barakallahufikum~

Sudah tidak boleh teruskan menulis air mata dah mengalir
Jumpa lagi..

1 comment:

cimon said...

if nanti...bile da agak stabil keje tuh...boleyy la sambung belajar balik...baguss...

time tuh nanti...cara pemikiran lebih matang...& da boleyy bawak berbual dgn lecturer coz tahap pemikiran hampir same level

(^v^)