27 November, 2010

Sisi baik seorang insan.

Sisi baik seorang insan bukanlah terletak pada paras rupanya yang kacak mahupun cantik. Nilai utamanya adalah terletak pada amal perbuatan yang dilakukan yang menjurus kepada kebaikan. Jika baik perbuatan yang dilakukan maka baik jugalah pandangan kita kepadanya dan begitulah sebaliknya.

Perbetulkan niat seiring perbuatan.

Pada hal pertama dan utama yang dilihat oleh Allah swt adalah sebaik-baik niat hambanya. Niat dapatlah difahami sebagai sejauh mana keikhlasan yang dilakukan,kerana sesuatu kebaikan yang dilakukan disaluti niat yang buruk bukanlah dikira sebagai niat. Melakukan sesuatu perkara yang tidak mengharapkan apa-apa balasan selain daripada balasan dan kurniaan daripada Allah swt.

Seseorang yang ikhlas dalam setiap tindak tanduknya tidak akan melaksanakan sesuatu kerja yang diamanahkan itu hanya seperti melepaskan batuk di tangga. Amanah yang dipertanggungjawabkan itu perlu dilakukan dengan sempurna dan memuaskan. Bekerja dengan niat yang ikhlas bukan ganjaran pastinya mendapat hasil yang terbaik dan penuh kepuasan di hati.

Di antara dua: Sabar dan Mengeluh.

DIA yang maha agung tidak akan menurunkan sesuatu ujian jika ia tidak mampu dipikul oleh hambanya. Ujian yang hadir dilihat untuk mengukur sejauh mana keimana kita kepadaNya. Seluruh ajarannya dikuti dan dilaksanakan dengan sebaik-baiknya sebagai umat yang mengetahu maksud “hamba” itu sendiri. Usah mengeluh dan semua ujian yang menimpa adalah menguji kesabaran kita sebagai hamba yang bersyukur akan segala sesuatu.

“patutkah manusia menyangka mereka akan dibiarkan berkata “kami beriman, sedangkan mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)”? surah al-Ankabut:21.

Mengeluh adalah kata lawan bagi sabar. Hal ini tidak patut ada pada setiap insan. Kecewa dan putus asa adalah sifat yang tidak disukai oleh Allah swt. Sedangkan Allah swt. bersabda
“Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.” Surah al-Insyirah :6

Tanpa masalah dan ujian yang mendatang tidak akan mengingatkan kita sebagai hambanya. Malah, hal-hal ini juga tidak akan wujud kematangan. Belajarlah dari kesilapan dan kesalahan yang berlaku membolehkan kita memperbaiki diri dan menjadi insan yang lebih menghargai siapa kita sebagai hambaNya.

Kerana pengalaman adalah guru yang terbaik dalam menyelesaikan masalah yang timbul.

20 Dzulhijjah 1431
12.30pm
[masih di sini, kembara di hujung doa]

1 comment:

cimon said...

owhh...patut larr ltak pics sisi

sabar...kebahagiaan pasti akan datang. Percayalah (^v^)

p/s: nice layout