15 August, 2011

Nota hati Ramadhon II

Bismillahiramnirrahim..

Alhamdulillah syukur pada Dia yang masih lagi meminjamkan kita secebis nyawa yang masih lagi singgah di jasad kita. Hari ini 15 Ramadhon 1432H berlalu di sambut dengan hati yang pelbagai daripada kita semua. Ramadhon yang memberikan pengertian yang bermakna untuk kita semua. Dan setiap daripada kita pastinya punya penceritaan yang tersendiri. 

Jika ramadhon sebelumnya saya masih lagi bergelar pelajar universiti. Alhamdulillah pada kali ini saya bergelar pekerja. Tidak lupa pada setiap hari-hari yang dilalui kita adalah ibadah. Bekerja dan belajar adalah dua benda yang berbeza. Tapi saya punya pandangan yang tersendiri, bahawa tiap-tiap hari kita adalah proses pembelajaran. Lalu bagaimana kita sendiri menghadapinya dengan berlapang dada?

Terima kasih Tuhan, tidak putus-putus saya panjatkan untuk setiap yang terjadi. Banyak pengajaran yang saya pelajari. Sungguh benar,kita hambaNya memang layak di uji, berdepan ujian menambahkan kesyukuran kepadaNya jika kita tahu bagaimana mendepaninya.Syukur itu bukan hanya di bibir,namun bagaimana lahirnya melalui perbuatan kita.

Apa yang cuba saya coretkan di sini adalah seringkas manapun apa yang kita lakukan. Ia perlulah lahir dari hati yang ikhlas. Perjalanan hidup kita esok tiada siapa yang tahu, kita sendiri sudah tentu tidak dapat menduga. Terima kasih Tuhan, untuk setiap arah kompas saya sehingga kini ia memberi seribu makna buat saya.

Sungguh benar rahmatMu meluas,bertebaran di bumi yang tandus namun ditapisi dengan buih-buih iman di hati untuk penghuninya yang tahu makna hakiki. Dan Alhamdulillah,saya kini melangkah sebagai wanita yang punya tanggungjawab di bumiNya.

Doaku ya Tuhan,peliharanya kedua ibu bapaku, ahli keluarga dan kaum kerabatku, sahabat handai dan mereka di sekelilingku. Payungi mereka dengan hidayahMu . Sungguh saya tidak sabar untuk berbuka puasa di akhir-akhir ramadhon bersama keluarga.

Saya berhenti dulu di sini.

Assalamualaikum wbt :')

Nota ramadhon: Kebahagian letaknya di hati bukannya kesempurnaan luaran semata-mata.

2 comments:

MyIlham.com said...

salam ziarah, mmbaca dan menilai perjalanan ramadhan yang masih berbaki..

cimon said...

moga syurga menjadi tempat tinggal kamu kelak. amin.

p/s:keindahan hati dgn iman terpancar pada wajah, terserlah dalam perbuatan & perkataan serta terungkap dalam setiap coretan tinta (^_~)

p/s/s: awak mmg sengaja eja Ramadhan tu Ramadhon ek? (^_^)