29 September, 2010

G.e.n.g.g.a.m

Aku berbicara dengan sekeping hati
Menduga rasa mencipta mimpi
Aku bermadah diam dalam lisan
Menguatkan rasa menggengam impian

Aku lemparkan pandangan ke arah bintang
Aku kelipkan pada bayangan masa depan
Aku kilaskan pada dugaan dan cabaran
Lalu aku teguhkan pada kaki yang melangkah

Aku timbulkan dengan seribu pertanyaan
Lalu aku berikan dengan pelbagai jawapan
Aku kuatkan dengan usaha dan keazamanan
Lalu aku baitkan dengan ungkapan niat
Yang mana aku utuhkan dengan lembaran
“iman”

16 September, 2010

Puasa Enam Syawal..

Dalil disyariatkan ibadah puasa sunat Syawal adalah sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:
"Barang siapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringinya dengan puasa enam hari di bulan Syawal, maka seolah-olah dia telah berpuasa sepanjang masa."Hadis riwayat Imam Muslim.

Nabi s.a.w ada menjelaskan ganjaran kepada mereka yang berpuasa enam hari pada Syawal melalui beberapa hadisnya, antaranya hadis diriwayatkan Muslim yang bermaksud: “Sesiapa berpuasa pada Ramadan, kemudian diiringi dengan (puasa) enam hari Syawal, maka dia seperti berpuasa satu tahun penuh.”

Menerusi hadis lain yang dikeluarkan At-Tabrani dengan sanadnya daripada Ibnu Umar r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa pada Ramadan dan diiringi dengan puasa enam hari pada Syawal, nescaya hilang segala dosanya seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya.”

Puasa pada bulan Ramadan dibalas dengan ganjaran bersamaan sepuluh bulan (iaitu bersamaan dengan 300 hari), puasa enam hari (pada bulan Syawal) pula mendapat ganjaran sebanyak dua bulan (iaitu bersamaan dengan 60 hari), yang demikian itu menjadi sunah yang sempurna, maka tercapailah pahala beribadah setahun tanpa kesulitan sebagai kurnia daripada Allah dan nikmat ke atas hamba-Nya.

Moga ibadah kita diterima sepanjang perjalanan hidup kita. Permudahkan segala urusan yang kita lakukan. Selagi syariatnya masih dipegangi. Ameen.

Setiap perbuatan yang baik dan bermamfaat buat kita ia dikira ibadah.

Allahua'lam

09 September, 2010

Seluas rahmatMU..

YA ALLAH masa hampir tiba
Begitu pantas ia berlalu
Setiap saat dan ketika
Masih adakah lagi peluang untukku
Untuk aku hambaMU
Hambamu yang selalu leka
Lupa akan segala nikmat dariMU

Hambamu yang gembira hingga lupa
Hambamu yang senang hingga lupa
Hambamu yang sihat hingga lupa
Lupa bahawa segala mungkin seketika
Jika ia ditarik sekelip mata

Ya ALLAH ampunilah dosaku
Dosa ahli keluargaku
Dosa saudara maraku
Dosa sesama kami umatmu
Ampunilah kami
Berikan keampunanMU buat kami
Redhailah kami setiap jalan hidup ini

Kalimah Agung dariMU ku sertakan Kami
Kami lupa kami leka
Kami jahil kami sombong
Kami pandai tapi kami lupa
Kami berkuasa tapi kami lupa
Semuanya pinjaman dariMU
Semuanya pemberian dariMU

Kami berbicara tentang Jodoh
Kami bangga sehingga kami lupa
Kami lupa ianya datang dariMU
Kami lalai ya ALLAH hingga kami jatuh
Kami bangun kembali kerna kasih sayangMU
Kami sedar rahmatnya dariMU

Kami berbicara tentang Mati
Kami gentar kami takut
Kami fikir kami nilai
Kami renung setiap susunan dosa
Ampuni kami redhai kami
Kerna sesungguhnya KAU
Maha pengampun lagi maha mengasihani
Ameen..amenn ya Rabbal a'lamin..

30 Ramadhan 1431H

Tidak tahu kenapa ramadhan kali ini begitu bermakna dan sayu .Rahmat dan KasihMU ya rabb
Muhasabah untuk diriku..