31 December, 2009

Cerminan Tahun Baru

Biarkan perkara yang berlalu ke belakang. Pandang ke hadapan dengan setiap detik dan saat yang dijalani dengan penuh bermakna. Hidup akan lebih bermakna jika kita tahu apa yang perlu dilakukan dan matlamat yang telah dirancang.

Syukurilah setiap sangat manis dan pahit. Suka dan duka kerna kita masih boleh merasainya. Sekiranya kita berada di saat kekeliruan. Ambil langkah untuk memperbaiki diri. Fositif dalam setiap yang kita lakukan. Perkara ini juga peringatan buat diri saya.

Berakhirnya tahun 2009 hanya sekadar angka yang akan semakin bertambah. Dan kita? Masih perlu terus kehadapan menikmati setiap hari-hari kita dengan sesuatu yang memberikan mamfaat buat semua. Moga hari-hari yang saya lalui menjadikan saya lebih bersedia.Tahun ini juga merupakan semester terakhir saya di universiti.

عَنْ زَيْدِ بْنِ ثَابِتٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ نَضَّرَ اللَّهُ امْرَأً سَمِعَ مِنَّا حَدِيثًا فَحَفِظَهُ حَتَّى يُبَلِّغَهُ فَرُبَّ حَامِلِ فِقْهٍ إِلَى مَنْ هُوَ أَفْقَهُ مِنْهُ وَرُبَّ حَامِلِ فِقْهٍ لَيْسَ بِفَقِيهٍ

Daripada Zaid bin Thabit katanya, saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Semoga Allah menyinari seseorang yang mendengar sesuatu hadis daripada kami lalu dia menyampaikannya mengikut apa yang didengari. Maka betapa ramai orang yang membawa ilmu lalu menyampaikannya kepada orang yang lebih faham daripadanya dan berapa ramai orang yang membawa ilmu tetapi ia tidak memahaminya." (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah)

27 December, 2009

Bila pena berbicara..

Salam kegembiraan dan kesejahteraan buat semua..Moga segala urusan kita dipermudahkan..

Ketika pena mula berbicara hanya bait-bait penulisan yang ditulis. Ketika saya masih bisa bernafas di buminya mengingatkan saya betapa perlunya saya mensyukuri setiap anugerah dan pemberian serta nikmat yang masih bisa saya kecepi. Punya keluarga disisi, teman-teman yang menghiburkan dan insan-insan yang saya sayangi. Saya masih boleh dan diberikan kesempatan merasainya lagi. Namun mengingatkan saya agar tidak mudah lupa. Jika saya lupa dan lalai ingatkanlah kembali. Saya merasakan setiap peluang yang ada perlu direbut kembali. Ya itu pasti.

Masa sering berputar dan jika ia boleh diundurkan kembali saya dengan redha mengatakan tidak. Kerana ia memang sudah tertulis. Pemulaannya dari kita dan kita sendiri perlu mencorakkan serta menentukan setiap arah pelayaran kita. Namun jika kita jatuh, bangunlah kembali kekuatan perlu dibina bahawa masih kita punya kesempatan dan peluang yang perlu digapai.

Jujurnya saya takut dan tertanya apakah yang akan berlaku seterusnya dalam wasilah hidup saya. Saya beranggapan jika ianya ia perlu bermula dengan baik kenapa tidak pengakhirannya juga begitu. Memang betullah, ALLAH s.w.t sebaik-baik perancang yang terbaik dan kita sebagai umatnya perlu yakin dengan segala ketentuannya. Jika kita masih boleh memilih jalan yang bersih kenapa lumpur yang perlu dijejakinya. Semakin hari saya mengenal pelbagai ragam manusia. Semakin itu juga mengingatkan saya. Apatah lagi, tidak kurang juga saya yang banyak ragamnya. Sehingga sudah lali ayat-ayat yang dikeluar oleh kedua ibu bapa saya. Setiap dari kita berbeza sifat dan perangai.

Dari situ juga saya belajar mengingatkan saya kepada setiap khilaf yang saya lakukan. Memang benar ungkapan dari teman saya. Setiap dari kita diberikan peluang yang kedua, terpulang saja pada kita samada mahu atau tidak. Pengalaman yang ada adalah peluang terbaik kita merasainya. Pengalaman juga adalah guru yang terbaik untuk kita bagi meniti hari-hari seterusnya. Ya betul, ramai yang mengatakan jangan cepat putus asa.

Semua itu boleh diluahkan dan yang menanggung itu individu tertentu. Saya merasakan tidak ada satu perkara yang tiada jalan penyelesaian. Mungkin kita buta hati atau mata hati. Saya juga keliru dan merasa tidak adil jika masalah datang menimpa Namun, saya perlu beranggapan positif dan yakin dengan setiap sesuatu.

Jujurnya lagi saya belum bersedia menjadi dewasa. Namun semakin hari bilangan angka umur saya semakin meningkat. woah!~ Apa yang tertulis adalah peringatan buat saya. Semuanya bermula dari hati kita. Luaran bukan tidak mencerminkan siapa diri kita.Tapi kenalinya dulu sebelum kita menilainya.

p/s:
saya betul mahu menulis dan berikan masa saya untuk menulis lagi.

24 December, 2009

Mari ingati kisahnya..

Salam buat semua..

Sewaktu saya bertemu kembali dengan teman lama walau hanya di alam maya dan dia menceritakan kepada saya keadaannya. Saya agak teruja apabila mendapati bahawa dia kini sudah bergelar seorang ayah walaupun dalam usia yang begitu muda.Siapa sangka hampir beberapa tahun tidak jumpa banyak kisah yang ingin diceritakan. Saya begitu gembira apabila dia kini sudah berkahwin dan dikurniakan seorang cahaya mata. Tahniah teman. Moga kebahagian milik kamu.
Justify Full
Apa yang saya kagumi faktor umur bukanlah penghalang bagi ikatan sebuah perkahwinan. Teringat saya kembali kepada sejarah dan cerita SAIDATINA Siti Khadijah binti Khuwailid atau Khadijah al Kubra wanita yang harus dikagumi oleh kita semua.

Beliau ialah anak perempuan pasangan Khuwailid bin Asad dan Fatimah binti Zaidah berasal daripada kabilah Bani Asad dari suku kaum Quraisy namun dikatakan bapanya itu terbunuh dalam peperangan Fujjar. Siti Khadijah sebelum mengahwini Rasulullah pernah berkahwin sebanyak dua kali, iaitu perkahwinan pertamanya bersama Ais atau Atiq bin Abid dan mendapat dua orang anak iaitu Abdullah dan Jariyah dan perkahwinan keduanya, adalah dengan Abu Halah bin Malik dan mempunyai anak iaitu Hindun dan Zainab.

Kedua-dua suaminya meninggal dunia menyebabkan Siti Khadijah menjadi janda atau balu sebelum berkahwin dengan Nabi Muhammad. Begitupun dikatakan Siti Khadijah telah puas menolak lamaran daripada ramai lelaki Quraisy yang kaya, berkedudukan tinggi dan berpengaruh besar di Kota Mekah sebaik sahaja kematian suami keduanya itu. Ini termasuklah pinangan daripada Uqbah bin Abi Muith, Abu Jahal dan Abu Suffyan.

Soalnya mengapa? Adakah kerana Siti Khadijah sudah tertutup hatinya dengan mana-mana lelaki untuk dijadikan pasangan hidup atau beliau berharap agar lelaki yang bakal dikahwini merupakan Nabi Muhammad. Namun kerana beberapa keadaan, beliau terpaksa memendam perasaannya itu terhadap pemuda yang sering menjadi sebutan penduduk Mekah itu.

Kita tidak dapat mengenalpasti jarak dan masa antara Siti Khadijah menjanda sehingga beliau mengenali Rasulullah yang menyebabkan beliau menolak kesemua lamaran-lamaran tersebut. Namun apa yang jelas, Siti Khadijah yang pada mulanya hanya mengenali Nabi Muhammad pada nama sahaja akhirnya benar-benar jatuh hati terhadap pemuda itu apabila mendengarkan segala kisah-kisah seperti yang diceritakan oleh hambanya, Maisarah sebelum ini.

Iaitu kisah keperibadian baginda yang sangat mulia dan kebijaksanaan Nabi dalam menguruskan dan menjayakan misi dagang ke Syam. Siti Khadijah benar-benar telah jatuh hati dan terpikat terhadap Nabi dan telah menyebabkan hatinya terbuka untuk mendirikan rumah tangga walaupun dengan seorang pemuda yang tidak punya apa-apa itu.

Malah dikatakan perasaan beliau terhadap Nabi Muhammad itu tidak boleh ditahan-tahan atau dihalang-halang lagi sehingga beliau berkata: "Jika segala kenikmatan hidup diserahkan kepadaku, dunia dan kekuasaan para raja Iran (Parsi) dan Rumawi diberikan kepadaku, tetapi aku tidak hidup bersama Muhammad, maka semua itu bagiku tidak lebih berharga daripada sebelah sayap seekor nyamuk".

Sehingga begitu sekali perasaan Siti Khadijah terhadap Nabi. Tetapi pernahkah Siti Khadijah sendiri meluahkan perasaannya itu terhadap tuan badan? Ibnu Hisyam dalam kitabnya Sirah Ibnu Hisyam (halaman 204), mencatatkan bahawa Siti Khadijah sendiri dikatakan pernah bertemu bagi menyatakan perasaannya terhadap Nabi Muhammad dengan berkata: "Saudaraku, mengingatkan hubungan yang ada di antara kita (bangsa Quraisy) dan kebesaran serta kemuliaan saudara di kalangan kaum serta kejujuran, akhlak terpuji dan sifat lurus dan amanah yang ada pada saudara maka saya sangat ingin untuk hidup bersama dengan berkahwin dengan saudara wahai Muhammad!"

Banyak lagi yang perlu kita fahami disebalik cerita dan sejarah seorang wanita yang dicintai Nabi S.A.W. Jika dulu faktor umur menjadi persoalan dalam sebuah ikatan perkahwinan dan kini pada saya itu tidak lagi. Apatah lagi apabila lelaki lebih muda berbanding wanita. Pandangan ini apa yang saya rasakan. Kita merancangan dan ALLAH jua yang menentukan. doa dan usaha itu perlu dalam apa jua keadaan dan kita pastinya mengharapkan yang terbaik.

Masih tidak terlambat saya ucapkan selamat berbahagia buat teman saya. Walaupun agak lapuk berita yang baru saya ketahui. Faktor umur bukan penghalang apabila teman saya baru sahaja menjangkau usia sebaya saya dan isterinya lebih jauh umurnya. Saya doakan kebahagian untuk kalian.

Terima kasih atas keizinan memberi fotonya..^_^

Terimalah pasangan anda dengan redha dan puas hati. Bersangka baiklah terhadap Allah S.W.T Maha Suci yang telah menentukan jodoh kita. Jangan diungkit-ungkit kekurangan pasangan anda. Yakinlah bahawa tiap sesuatu itu sudah ditentukan oleh Allah dan mempunyai pelbagai hikmah yang kadang-kadang kita tidak faham.

Dari sebuah hadis yang dipetik:
Rasulullah S. A. W. bersabda maksudnya: “Janganlah seorang lelaki mukmin membenci isterinya yang beriman. Bila ada perangai yang tidak disukai, dia pasti redha (menyenangi) perangainya yang lain (kebaikan)”.

p/s:
Baru berapa tahun tak jumpa dah ada yang kawen
Lau berpuluh tahun tak jumpa.Dah ada cucu agak ye..hehe..

Semangat ya teman-teman..^_^

Tiada lagi pencarian maklumat dan artikel akan dikeluarkan oleh kami. Tiada lagi desktop di hadapan kami ber 17 orang .Tiada lagi pertapaan kami di bilik makmal multimedia setiap hari selasa dan jumaat.Tiada lagi pembetulan dan penyemakan artikel akan dilakukan sambil cerita-cerita lain yang dikeluarkan. Hilang sudah permahaman kami terhadap page maker, adobe photoshope..hehe..Tiada lagi ulang-alik dan mundar mandir dalam makmal multimedia lagi.

Tiada lagi ungkapan "dah lama awak semua sampai?", "tak lama adalah 20minit" =p.(dialog yang sering kedengaran sebelum tugasan makmal bermula.) Tiada lagi pemulangan kunci di pejabat jika lambat keluar dari makmal multimedia. Tugasan terakhir bagi latihan amali dalaman yang akan kami lakukan akan menanti pada minggu hadapan. Mari bergelar budak-budak komuniti (duzz janggal!~ececeh~~=p)

Mari bersemangat kembali memulakan kuliah dan tugasan-tugasan lain untuk semester akhir ini.. ^_^

17 December, 2009

salam maal hijrah..

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Batu kecil dilepaskan ke air dengan timbulan pusarannya sebelum kelihatan riak-riak kecil. Batu hanya pepejal kasar yang tidak berupaya menahan diri dari tenggelam. Air tasik yang kecil dan kelihatan jernih hanyalah cairan yang hanya akan menelankan apa sahaja. Dan kita, pemandu arah yang akan membawa ke mana arah tujunya. Ke kiri ke kanan, ke hadapan atau kebelakangkah kita? Kita yang tentukannya. Tiada simpati yang perlu diraih kerna inilah diri kita.

Moga kejayaan dan sinar cahayanya milik kita. Salam maal hijrah buat semua..

^_^

16 December, 2009

Festival Filem dan Video Pelajar Malaysia

FFVPM (Festival Filem dan Video Pelajar Malaysia) atau dikenali sebagai FFPM (Festival Filem Pelajar Malaysia) merupakan acara kemuncak bagi industri filem Malaysia di peringkat pelajar-pelajar IPTA/IPTS. Festival tahun ini merupakan yang ke 7 dalam siri FFVPM.

maklumat lanjut di sini

p/s:
moga sukses untuk teman-teman media (Mention) ^_^

13 December, 2009

Nota-nota kecil genta rasa..

salam kesejateraan dan kegembiraan buat teman-teman semua..

Pertama:

Hampir sebulan lebih di rumah menghabiskan masa bersama keluarga walaupun cuma seketika setelah lama tidak bercuti. Perlu kembali meneruskan perkuliahan pada semester terakhir dalam masa 4bulan. Dirasakan masa begitu singkat berlalu menghadapi 3tahun sebagai pelajar.

Kedua:

Masa belajar yang tidak sampai 5bulan. Ya ALLAH permudahkanlah segala urusan. Moga segalanya berjalan dengan lancar. Tugasan luar dan dalam kuliah perlu disiapkan. Saya juga telah dimakluma siapa penyelia untuk kertasa projek saya oleh seorang kawan sewaktu di rumah. Mahu semuanya berjalan seperti yang dirancang.InsyaAllah..Jangan pernah mengalah pandanglah ia terus ke hadapan. Kejayaan pasti milik kita.

Ketiga:

Saudara kembar yang masih menjalani attachment di salah sebuah mahkamah tidak habis-habis mencerita segala perihal dan situasi yang sana. Memang penat bekerja tapi ia menjadi kepuasan apabila memang berminat untuk melakukan. Teringat peristiwa 2tahun yang lalu ketika saya bergelar pelajar undang-undang walaupun hanya dalam tempoh setahun.

Keempat:

11 disember saya dan teman ke Kedah. Menghadiri majlis perkahwinan Kak Huda. Macam tidak percaya apabila beliau sudah bergelar seorang isteri. Terasa keterujaan dan “nervous” sewaktu mendengar lafaz ijab dan kabul. Moga kebahagian milik mereka.Aminn....Doakan milik saya juga satu hari nanti. Perjalanan yang sangat menyeronokkan dan memang penat walaupun bukan saya yang memandu. Ini mungkin percutian dan jalan-jalan saya yang terakhir di Universiti.

Kelima:

14 Disember sudah 18tahun arwah adik meninggalkan saya. Kini tinggal saya dan saudara perempuan sahaja. Moga rohnya sentiasa dirahmati ALLAH. Ingatan ini masih kekal sehingga kini.

Ke enam

Dan kini saya merasa detik-detik hampir mencecah umur 22 tahun. Satu angka yang begitu sukar digambar. Kini kedewasaan menanti saya. Bersyukur kerna masih berada di BumiNYA lagi. Hari-hari yang mendatang itu cabaran dan nikmat yang perlu sentiasa disyukuri. Doakan kebahagian milik kita semua.