23 February, 2010

...حَسْبُنَا اللَّهُ وَ نِعْمَ الْوَكِيْل

Hati seseorang adalah petunjuk kepada suatu pekerjaan yang akan dilakukannya. Kerana itu sudah sepatutnya ia mengetahui keadaan perasaan atau getaran hatinya atau jiwanya sebelum dikerjakan. Kalau ia merasakan ada ketenteraman atau ketenangan, kerjakanlah. Sebaliknya kalau tidak, tinggalkanlah.

Menurut riwayat dalam kitab Syarah Al-Arba’in Al-Nawawiyah, bahawa Nabi Adam a.s. berwasiat kepada anak-anaknya dengan beberapa wasiat. Di antaranya ia berpesan:

1. Jika kamu hendak berbuat sesuatu, tetapi hati kamu gelisah kerananya, maka janganlah kamu perbuat. Kerana aku sewaktu akan memakan buah kayu, hatiku telah bergoncang dan gelisah.

2. Jika kamu hendak mengerjakan sesuatu, lihatlah kesudahannya. Kerana kalau aku lihat atau fikirkan tentang akibat daripada makan buah tersebut, tentu tidak aku makan.

3. Jika kamu hendak melakukan sesuatu perkara, maka berundinglah dengan orang- orang tertentu. Kerana kalau aku dahulunya berunding dengan malaikat, tentu diberitahu kepadaku supaya jangan memakan buah yang terlarang itu.

حَسْبُنَا اللَّهُ وَ نِعْمَ الْوَكِيْل

keyakinan dari Allah pasti menolong, memenuhi keperluan dan merungkaikan kesempitan di dada....

p/s : exhausted~

2 comments:

Anonymous said...

kak ikin sikit je lagi..program senior dah tak lama kan? Goodluck untuk semua. Kak ikin, kak ecah and the gang. Abang ikhsan dan abang Nan jugakk. hikhik

junior D.A

Ashsikin Aisyah said...

tq..kami masih boleh bertahan lagi ^_^