07 February, 2010

Masa Untuk Bergembira….

Salam buat teman-teman semua.

Makin sibuk dengan kerja sehingga tidak ada masa untuk menulis.(perasan macam ada orang ternanti-nanti enrti dari saya ceewahh~). Tiada idea buat ketika ini disebabkan di kelilingi dengan tugasan penulisan ilmiah. Kang tak pasal-pasal keluar topik-topik dasar di penulisan blog saya memang jemu untuk di baca.
Teringat cerita seorang teman sewaktu di dewan kuliah. Apabila pensyarah saya menanyakan makna romantik pada beliau? Lebih kurang macam ini soalannya..Pada kamu romantik itu macamana?? Dengan semangat patriotik dan dasar-dasar awam yang ada difikirannya terus menjawab dengan penuh skema. Pada pandangan saya.....eh dah tak ingat macamana jawapannya..tapi memang kelakar ok.hehe... Serius kelakor.Sampai kena pok sekali dengan saya.’ ”wei jangalah cakap skema cam ayat-ayat dasar awam” erkk~ u mmg kelakar lah..ahaha~kadang-kadang perkara yang diajar memang diaplikasi dalam kehidupan seharian. Bab-bab patriotik ni serah pada dia..

Jom mari berkongsi dengan saya sekadar perkongsian bersama. ^_^ dari blog DrInspirasi..

Jika anda sedang bersedih, artikel hari ini sememangnya untuk anda. Tetapi jka anda gembira, artikel ini juga untuk anda. Kegembiraan adalah hak semua. Saya mendoakan anda sentiasa tabah menghadapi ujian dan sentiasa ceria dalam menghadapai sebarang dugaan. Sebuah cerita untuk dikongsi dan diambil pengajaran daripadanya. Mungkin cerita benar.

Seorang yang berumur 30 tahun kini berpindah ke negeri lain.Ini disebabkan
dia terpaksa mengikut arahan kerja. Dia mengambil keputusan untuk tidak membawa anak-anak dan isterinya. Dia bercadang untuk menyewa terlebih dahulu di kawasan baru tersebut sebelum membawa keluarganya.

Lalu berjumpalah dia dengan seorang lelaki tua. Lelaki tua tersebut telah mengiklankan mengenai bilik kosong yang ingin disewakan.

“Pakcik ada bilik kosong yang ingin disewa? Saya berminat untuk menyewanya,” kata pemuda tersebut.

“Memang ada nak, mari pakcik tunjukkan, “balas pakcik sambil membawa kunci untuk ditunjukkan kepada pemuda tersbut.

Pakcik itu kehairanan. Sebabnya semasa perjalanan ke bilik tersebut, lelaki tersebut asyik senyum panjang sahaja.

“Maaf pakcik bertanya. Aneh pakcik lihat anak ini. Anak asyik senyum sahaja. Apa yang berlaku?”, tanya pakcik tersebut ingin mendapatkan kepastian.

“Bukan apa pakcik. Saya sedang gembira. Saya seronok dengan bilik tersebut. Saya membayangkan ianya sebuah bilik yang mendamaikan.” Balas pemuda tersebut.

“Tetapi anak belum lagi melihatnya,” balas pakcik tersebut.
“ Saya tahu pakcik, tetapi kegembiraan bukanlah diukur pada keadaan bilik tersebut. Ianya adalah tentang apa yang difikirkan. Ianya adalah tentang perkara yang bermain dalam minda kita. Ianya bergantung pada diri kita. Jadi sebelum saya sampai lagi ke bilik tersebut, saya pun sudah gembira".

Kegembiraan bermula daripada minda. Raikannya. Masa untuk bergembira. Anda boleh memilih untuk gembira atau sedih.Tetapi pilihlah untk gembira.

lupa yg penulis memang sibuk minggu ini..tapi hobi seperti biasa masih sempat lagi ^_~

tengah duk pikir dasar apa lagi yg nak jawab pas ni..erkK!~
apa lagi ramalan ttg diriku selepas ini..=p

yg ini penting..
no more
dah tidak larat nak jawab soalan2nya =p

sebenarnya ada lagi gmbr monalisa..cantekk..tapi nanti kena saman.

ok jumpa lagi! ^_^

1 comment:

critikal thinker said...

huhu ...
wei huhu cita pasal ayat skema aku la ne.. huhu
nak mcm ne dah mmg skema...