Cuaca mendung, hujan turun renyai-renyai. Sekarang memang musim hujan di semanjung. Saya teringat bagaimana dulu dan sehingga di mana saya berpijak sehingga sekarang saya duduk. Saya ada cerita yang ingin dikongsi bersama. Sekadar cerita dan mungkin juga bukan cerita yang ingin dikenang kembali. Mula mengenal abcd di negeri orang membuatkan hati ini tidak pernah terfikir punya kampung sendiri. Tambah-tambah setiap tahun saya pasti akan bertukar sekolah.
Selepas tamat sekolah,saya mendapat tawaran menyambung pengajian dalam bidang syariah di Jordan. Hati tidak pernah teruja hendak ke sana, tambah-tambah ia jauh dari keluarga. Emak pula memang tidak mahu saya belajar jauh-jauh.Cukup katanya di dalam negara sendiri. Tidak pernah merasa duduk berjauhan dari keluarga, ke sekolah ulang-alik dan akan dijemput oleh abah sewaktu sesi sekolah tamat.
Saya belajar menjadi dewasa, dewasa dan dewasa sehinggalah apabila berjaya memperolehi 8A dalam SPM dan menerima tawaran Asasi undang-undang Uitm shah Alam berbekalkan elaun RM1000 daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.. Itulah pertama kalinya saya berjauhan dari keluarga. Memulakan pengajian di sana, semuanya agak asing dan janggal bagi saya.
Berjumpa kawan-kawan yang pelbagai ragam dan latar belakang membuatkan saya semakin sesak. Sesak dengan diri, dengan kenyakinan diri yang tidak ada dan masih belum-belum muncul. Bergelar pelajar undang-undangtidak ada apa-apa makna bagi saya.Apa yang merisaukan saya bagaimana saya harus menyesuaikan diri dengan keadaan di sana di samping tumpuan yang perlu diberikan perhatian terhadap pelajaran yang agak mengejutkan saya.
Berjumpa kawan-kawan yang pelbagai ragam dan latar belakang membuatkan saya semakin sesak. Sesak dengan diri, dengan kenyakinan diri yang tidak ada dan masih belum-belum muncul. Bergelar pelajar undang-undang
Oh masih lagi hujan..
Mana tidaknya, jika dulu semasa di sekolah menengah saya banyak didedahkan kepada penghafalan ayat-ayat di dalam bahasa arab dan pengetahuan ilmu yang berbeza dengan pelajaran undang-undang yang perlu saya pelajari. Masih buntu dan tidak tahu arah tujuan, hanya berdoa moga masa cepat-cepat berlalu dan saya dapat tamatkan pengajian di uitm secepat mungkin.
Mungkin masalah tidak serumit yang saya sangkakan, agaknya inilah kesan bila tidak jauh dari keluarga dan belajar di sekolah harian yang tempat tidurnya di rumah bukan di asrama berbeza seperti kawan-kawan yang saya kenali.
Mungkin masalah tidak serumit yang saya sangkakan, agaknya inilah kesan bila tidak jauh dari keluarga dan belajar di sekolah harian yang tempat tidurnya di rumah bukan di asrama berbeza seperti kawan-kawan yang saya kenali.
Alhamdulillah saya berjaya menamatkan pengajian dengan pngk 3.25 yang saya tahu tidak melayakkan saya untuk meneruskan pengajian dalam bidang yang sama. Sebelum keputusan keluar, saya sendiri telah membuat keputusan dan menukar bidang pengajian saya di bidang komunikasi di peringkat Ijazah.Alhamdulillah saya di terima belajar di Univerisiti Kebangsaan Malaysia (UKM) selama 3 tahun.
Angin tersentuh ke jasad..
Selama 3 tahun pengajian saya di sana membuatkan saya semakin faham. Betul orang kata, apabila kita minat dengan bidang yang kita suka insyaAllah semuanya berjalan dengan lancar. Saya belajar segala perubahan di sana, dari gaya pergaulan, komunikasi dan juga tugasan-tugasan yang perlu saya lakukan. Semakin ramai kawan,semakin bermakna hidup saya di sana. Tapi serapat manapun kawan kita ada, tidak selalunya kita akan bersama. Minat juga mungkin berbeza.
Saya terlibat dengan pelbagai program di Universiti. Di sana saya belajar,saya juga buat silap,saya juga kadang-kadang kurang pandai dan dari situ saya punya jawapan. Sehingga saya begitu teruja untuk menamatkan pengajian saya selama 3 tahun dan saya sudah tahu apa yang saya inginkan.
Saya terlibat dengan pelbagai program di Universiti. Di sana saya belajar,
Saya belajar bersungguh-sungguh dengan segulung ijazah saya ingin berikan kepada kedua orang tua saya berbekalkan keputusan dekan yang saya perolehi beberapa semester. Betapa saya gembira dengan apa yang saya ada. Sungguh! Allah itu maha mengetahui apa yang kita mampu dan dia lebih arip berbanding kita. Gembira saya untuk mereka. Duit belanja dan segala keperluan yang saya perlukan semuanya dipenuhi.Walaupun perbelanjaan saya di sana di tanggung di bawah biasiswa JPA tapi adakalanya kehendak melebihi dari keperluan. Saya puas saya gembira.
Hujan...masih lagi turun renyai-renyai.
Hujan ..bila hujan turun fikiran dan hati saya seakan-akan boleh menembusi awan ke langit. Betapa imaginasinya begitu tinggi setinggi impian yang ingin saya capai. Sehingga kini saya bersyukur dengan apa yang saya ada. Mencipta perasaan dan fikiran yang tenang membuatkan saya boleh berfikir secara rasional. Saya tidak akan menyerah,apa guna kudrat yang diberikan jika ia tidak digunakan. Saya harus usaha, dan saya percaya dengan apa yang ingin lakukan. Tiada guna punya harta kekayaan dan segala yang diperolehi jika hati tidak tenang. Bekerjalah sekuat mana pun ia perlu berbalik pada DIA. Bekerja juga ibadah bukan?
Sebesar mana pun saya sekarang, kedua orang tua saya masih mengangap saya seperti anak kecil. Dewasakah saya kini?
Ini sebuah kisah..kisah lama sebuah cerita hati.
*saya berhenti menulis dulu hujan sudah berhenti*
Shaiqin aisyah
24 Dzulhijjah 1431 2.15pm
[hujan sudah berhenti]
1 comment:
pandainye awak...(^v^)
p/s: penting buat ape yg awak minat coz ia mcm akan jd darah daging awak...kalo buat bende yg tak minat...nanti mudah jatuh sakit...& tak keruan...betul...sy bukti hidup (live evidence) nye (T_T)
Post a Comment