Bersangka baiklah untuk setiap sesuatu yang berlaku. Kunci sabar itu telalu indah, itulah yang sering saya ingatkan pada diri. Walaupun kadang-kadang terlupa apabila amarah mengusai diri. Allah itu cukup lengkap sifatnya. Tiada dendam, hasad dengki dan iri hati.
Dan kita diciptakan sebaik-baik kejadian maka selari dengan tindakan untuk memenuhi kepatuhan kepadaNYA. Sesungguhnya ALLAH itu maha pengasih dan penyayang. Dahulu saya selalu sangkakan bahawa abar itu punya batasnya. Namun sehingga kini kutemui sabar itu indah hasilnya.
Mari kita baca kisah ini :
www.deviantart.com |
Pernah suatu ketika, ada seorang anak lelaki dengan kelakuan yang buruk. Ayahnya memberi dia sekantung penuh paku, dan menyuruh memaku satu batang paku di pagar halaman rumah setiap kali dia kehilangan kesabarannya atau berselisih paham dengan orang lain. Hari pertama dia memaku 37 batang di pagar.
Pada minggu-minggu berikutnya dia belajar untuk menahan diri, dan jumlah paku yang digunanya berkurang dari hari ke hari. Dia mendapati lebih senang menahan diri daripada memakukan paku di pagar.
Akhirnya, tiba saat bahawa dia tidak perlu lagi memaku sebatang paku pun dan dengan gembira disampaikannya hal itu kepada ayahnya. Ayahnya menyuruhnya mencabutkan sebatang paku dari pagar setiap hari apabila dia berjaya menahan sabarnya.
Masa berganti masa dan hari berganti hari. Dia menyampaikan kepada ayahnya bahawa semua paku sudah tercabut dari pagar. Si ayah membawa anaknya ke pagar dan berkata
“Anakku kamu sudah berkelakuan baik, tetapi cuba lihat betapa banyak lubang yang ada di pagar itu” .
Pagar ini tidak akan kembali semula kalau kamu berselisih paham atau bertengkar dengan orang lain, perkara itu selalu meninggalkan luka seperti pada pagar.
*****
Namun saya sedar, setiap dari kita punya kekurangannya. Kekurangan itu bukan keburukan selagi mana boleh dibentuk untuk mendapat hasilnya. Berpesan-pesan pada diri disebalik tersirat di situ temui keindahannya. Sesungguhnya setiap dari tindakan kita diperhatikan dan DIA sebaik-baiknya dalam mengetahui setiap sesuatu. Syukurlah Allah masih sayangkan kita. jadi dia uji kita lengkap dengan ketabahan yang pasti ada pada diri kita.
Kata-kata yang diucapkan, kesal atau tidak ia lahir dari hati. Mungkin hilang sekilas dibawa angin, mungkin juga terikat di minda atau tersemat di sudut dalam hati bila ia berkali-kali. :)
Saya berhenti menulis dulu untuk beberapa ketika. Jumpa lagi untuk penulisan akan datang. Moga segala urusan kalian dipermudahkan.
salam wbt~
*OFF*
shaiqin aisyah
12.35am_3 Rabi'ul Awal 1432 Hijrah
[masih di sini untuk hari-hari mendatang]
1 comment:
sabar itu tanda kemenangan kan?
hehehe (^v^)
Post a Comment