13 March, 2009

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI)

By Dr. Mahathir Mohamad on March 13, 2009 6:48 PM /chedet.blogspot.com

1. Saya berasa amat sedih apabila membaca laporan berkenaan demonstrasi yang dipimpin oleh tokoh sastera Melayu menentang pengajaran Sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.

2. Kononnya ini akan menidakkan kebolehan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam ilmu ini. Konon ia akan mengurangkan perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

3. Kita harus ingat bahawa pelajaran bukan semata-mata untuk memaju atau mengembangkan bahasa. Pelajaran adalah untuk penguasaan ilmu, pelbagai jenis ilmu.

4. Yang boleh meningkatkan taraf dan kemajuan bahasa ialah matapelajaran bahasa itu sendiri dan diperingkat yang lebih tinggi mata pelajaran sastera.

5. Sains dan Matematik tidak mungkin menolong kemajuan bahasa, khususnya bahasa melayu.

6. Ini disebabkan bahasa sains dan matematik bukan daripada bahasa Melayu. Sebahagian besar daripada perkataan-perkataan dalam mata pelajaran ini adalah dalam bahasa Latin yang di-Inggeriskan.

7. Memang benar kita boleh Melayu-kan perkataan-perkataan ini, seperti juga kita Melayu-kan perkataan daripada lain-lain bahasa.

8. Memang boleh tetapi perkataan-prkataan Sains bukan satu dua tapi beratus-ratus. Dan perkataan ini menjadi asas kepada perkataan yang mempunyai makna yang amat berlainan.

9. Umpamanya perkataan Oxygen (Oksigen) - satu jenis gas. Derivative (cabang) daripada perkataan ini adalah seperti berikut;

• Oxygenation

• Oxidation

• Oxide

• Oxidants

• Deoxydation

• Oxidise

• Oxidification

• Dioxide

• Monoxide

• Peroxide

10. Ini hanya bagi satu elemen daripada sebanyak 120 (118) elemen.

11. Tiap satu mempunyai banyak derivative. Tetapi ada perkataan-perkataan lain yang hanya untuk ilmu sains. Jika semuanya nak di-Melayukan, bahasa Melayu akan bertukar menjadi bahasa Inggeris, ejaan lain bunyi semacam. Sebenarnya ia bukan bahasa Melayu lagi.

12. Ilmu sains dan matematik bukan ilmu yang statik. Ilimu-ilmu ini berkembang sepanjang masa. Tiap hari ada hasil kaji selidik, penerokaan, ciptaan dan perluasan yang diperkenal melalui ratusan kertas-kertas yang ditulis.

13. Hampir semua ditulis dalam bahasa Inggeris. Untuk menterjemah tulisan ini kita perlu orang yang fasih dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan faham ilmu yang hendak diterjemah.

14. Kita ada beberapa kerat sahaja orang yang berkebolehan seperti ini. Itupun dalam dua tiga bidang sahaja. Orang yang layak seperti ini tidak berminat menjadi penterjemah seumur hidup. Apabila sains dan matematik diajar dalam bahasa Melayu, orang seperti ini tidak akan ada lagi. Bagaimanakah kita hendak ikuti perkembangan ilmu sains.

15. Sebaliknya kertas ilmiah akan terus dikeluarkan beratus-ratus lagi, semuanya dalam bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain. Maka tanpa kebolehan menterjemah semua ilmu baru ini akan tertinggallah orang Melayu dalam bidang ilmu yang amat oenting di zaman ini.

16. Kalau kita masih tidak dapat menerima kenyataan di atas, kaji sahaja jumlah Phd dalam bidang sains yang hanya belajar sains dalam bahasa Melayu dan tidak faham bahasa Inggeris. Berapa ramaikah dari pakar dalam bidang perubatan yang hanya belajar dalam bahasa Melayu, tanpa buku dalam bahasa Inggeris sebagai buku teks.

17. Apakah penuntut luar bandar tidak dapat menguasai bahasa Inggeris?

18. Sekali lagi perhitungan perlu dibuat berkenaan jumlah mereka yang dari kampung yang memegang jawatan tinggi dalam Kerajaan dan swasta kerana lulus dalam bahasa Inggeris dan mampu berhujah dalam bahasa berkenaan. Yang menentang PPSMI pun dari kampung juga tetapi dapat kelulusan bahasa Inggeris. Bahkan mereka sering berbahasa Inggeris.

19. Duta dan diplomat kita, berapa ramaikah yang hanya boleh bertutur kata dalam bahasa Melayu yang memegang jawatan penting dalam Kementerian Luar?

20. Pakar sains dan perubatan dan juga pegawai tinggi Kerajaan sering dikehendaki mengambil bahagian dalam persidangan antarabangsa. Apakah mereka dapat berhujah dan mengambil bahagian secara berkesan dengan menggun hanya bahasa Melayu?

21. Saya bukan hendak memandang rendah bahasa bangsa saya sendiri. Tetapi saya perlu terima hakikat yang sebenar.

22. Bahasa sesuatu bangsa akan dipelajari oleh orang asing jika bangsa itu amat maju dan terkenal dengan ilmu yang dimiliki dan diterokai olehnya. Demikian sebelum abad ke-15 Masihi orang Eropah terpaksa belajar bahasa Arab kerana tamadun Islam pada masa itu gah dan amat dinormati. Tetapi selepas orang Islam ketepikan sains, ilmu perubatan dan hisab, orang Eropah tidak lago mempelajari bahasa Arab. Sebaliknya orang Arab dan Islam terpaksa belajar bahasa Eropah.

23. Jika kita ingin bahasa Melayu digunakan dengan meluas kita perlu majukan diri kita dalam semua bidang terutama bidang ilmu dahulu. Sebelum daripada itu minat untuk belajar bahasa Melayuu akan terhad kepada sekumpulan kecil sahaja.

24. Kita belajar sains dan matematik untuk memajukan bangsa kita supaya satu hari mungkin kita akan terkenal berkenaan dengan penerokaan dan kajiselidik oleh kita dan orang lain akan belajar bahasa kita untuk mendapat ilmu yang diteroka oleh kita.

25. Penguasaan ilmu amat penting bagi masa depan seseorang. Janganlah kita perjudikan masa depan anak orang kerana kononnya kita seorang nasionalis yang begitu sayang kepada bahasa kita. Sayang bahasa tidak boleh melebihi sayang bangsa. Mereka yang sayang bangsa mereka ingin lihat bangsa mereka maju, berilmu dan dihormati dunia. Hanya kerana boleh bertuturkata dalam bahasa sendiri tidak akan menjadikan bangsa kita dihormati dan disegani orang.

26. Akan rosaklah bangsa dan negara jika dasar negara ditentukan oleh orang yang berdemonstrasi. Lebih rosak lagi jika yang berdemonstrasi didalangi oleh politik pembangkang.

p/s:apa kata kita??

3 comments:

hajar hairi said...

bagi aku..
x patut btol org yg wat demonstrasi 2..
tau niat diorang nak jage niat bangsa..bahasa bangsa..
tapi..
sampai bile kiter nak bangsa kiter ade kat takuk lama???
kalau kiter sayang bangsa kiter,patutnya kite trime kemajuan dulu then applykan kat bangsa kiter..
tgk bangsa lain..even diorang blaja dalam bahasa inggeris pon..tapi biler diumum result cemerlang..
org cakap ape??
'ooo..org cina'.. 'ooo.org india'
haa..mase 2 lah kiter yg melayu nh gigit jari..konon2 jeles diorang dapat result baik..
diorang x komen pon pasal belajar dalam bahasa inggeris nh..
commom bangsa melayu..
sampai biler kiter tros nk jadi bangsa yg tertinggal..
bukan x boley kiter nak apply kan bahasa melayu..
tapi ilmu 2 kan bersifat universal..
biler tyme kiter menuntut nh,kiter kene tau bahasa org..
then biler kiter dan pandai nanti..biarkan org len cari ilmu dgn bahasa kiter sendiri..
baru lah kiter bangga kan nanti..
jangan terlalu pendek akal..aching2 nak jage org melayu..sepatutnya if nak jage org melayu..kiter kene majukan bangsa kiter sampai peringkat tertinggi..
pikir-pikir kan r..

p/s ;aku sokong pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris..sedey bile ade budak sains sendiri yg gi wat demonstrasi 2..mybe sbb tyme ko blaja now nh ko "bodoh sgt"(mintak maaf..sgt kasar)
sbb sume word dalam bahasa inggeris..
tapi ingat2 r eh..
(mintak maaf if komen nh ade wat org terase,,pk ikot akal n bukan ikot nafsu..jgn sume bende kiter nak tentang..bak kate pepatah.."bagi betis nak peha")

Anonymous said...

pada aku pengajaran dalam bahasa inggeris dalam matematik mmg xsesuai buat mase sekarang...kualiti ckgu yang mengajar masih tak mencukupi...baru 2 minggu lepas aku g ceramah teknik menjwab untuk matematik jadi pc kt budak sekolah....ckgu yg bg teknik menjawab tu pn xmahir dalam bahasa inggeris...so wajar ke kita buat pendidikan math dan sain dalam bahasa inggeris?? buat permulaan ni aku rase baik matapkan pengajaran dalam bahasa inggeris dulu...buat lebih lagi dari ape yg ade skrg....lpas tu latih dulu guru-guru yang betul2 mahir dalam bahasa inggeris untuk mengajar subjek berkenaan.....ape yang penting sekarg mantapkan pengajaran dalam bahasa inggeris dulu.....tu sebenarnye cara nk mantapkan penguasaan masyarakat dalam bahasa inggeris..
cume pandangan....
salah silap mintak maaf....

ukm.....dasar

Anonymous said...

salam..
saya ingn mmberi pndapat yg bercanggah dengan cik eliya ni..
betul ke kita akn mju dgan bhse inggeris ni? bgaimana dengan org Jepun, China n Jerman yg pki bhasa ibunda mreka ttapi ttp mju?
soal bgsa Cina n India yg dikatakan lbih cmerlang brbnding org Melayu lgilah x logik...
cik eliya sndri tulis org Cina n India ni x komen pn psal bhse inggeris ni tp ttp cmerlang..
so dh nmpk mslah kcemerlangan trletak pd bgsa Melayu bkn bhsa Melayu. klu kita x cmerlang slah kita x berusaha npe plak nk slahkan bhsa Melayu smpi kne tkar bhse Inggeris?
sterusnya cik eliya ckp ble kita dh pndi nt org len akn cri ilmu dgn bhsa kita sndri.. mslahnya ble kita dh pndi nt kita bkn pndi dlm bhsa Melayu ttp dlm bhsa Inggris..
jd cmne plak org len nk cri ilmu dgn bhsa kita sdgkan kita sndri x gne bhsa kita...
jd.. kpada cik eliya pkir2 lah semula...

p/s: sya sgt mnyokong pmbelajaran sains dan matematik dlm bhsa Inggeris dimansuhkan dan kmbali kpd asal. msalah yg sbenarnya di sini bknlah soal kmajuan bgsa.. sya rsa jika sama ada bhsa Melayu atau bhsa Inggris dignakan kedua2nya boleh mmbwa kmjuan jika diajar btul2 n org Melayu btul2 hndk maju. jd gna bhsa ape pn x ksah(tp sya skong bhsa Melayu).
cume prkara utama yg dperjuangkan oleh org yg brdmonstrasi 2 sbenarnya ialah masa depan bhsa Melayu iaitu bhasa ibunda kita yg telah diwarisi turun-temurun. jika pemblajaran dlm bhsa Inggris ini dtruskan saya x tau apa akn jd pd bhsa Melayu kelak.. saya bg cntoh di sini mgkn 50 tahun akn dtg seorg ibu menyuruh anknya pergi ke kdai utk mmbeli 3 kilo gula.. bunyinya akn jd bgini " Ali tlg blikan gula "three" kilo". pada ayat ini sebutan 'tiga' sdah tidak lg wjud krana si ibu itu sndri tdk mggunaknnya krana trbiasa blajar mtematik dlm bhsa Inggris ktika skolah.. jd bhsa Melayu sdah tdak ada lg prkataab 'tiga'. ini hnya cntoh kcil shj,bgimana dngn nmbor yg lbih bsar seperti ratus,ribu,dan juta? mreka hnya blajar nmbor ini di skolah shj dlm Matematik yg gnakan bhsa Inggeris.. JADI????????

SAYA TETAP AKAN TENTANG PMBLAJARN SAINS N MATEMATIK DLM BHSA INGGERIS SEHINGGA IA DMANSUHKAN...

>BAHASA JIWA BANGSA<