13 February, 2010

Masih tiada jemunya lagi~

Apa khabar teman-teman semua.. dan selamat bercuti kepada yang bercuti. Walaupun cuti masih banyak kerja yang perlu disiapkan. Tapi dari tidak buat apa sudah tiga kali saya menonton cerita Ketika Cinta Bertasbih, KCB 1 dan 2. Menonton cerita berulang-ulang tidak jemu ok.

Walaupun cerita ini agak lapuk dan ramai yang sudah menonton. Saya masih jugak tengok lagi. Cerita ini macam ayat-ayat cinta, tapi saya lagi suka cerita ini karektor dan jalan cerita yang dimainkan membuatkan penonton masih tertanya-tanya apakah kesudahannya selepas ini. Setiap dialog yang disampaikan oleh setiap pelakon membuatkan saya berfikir dan terus berfikir.

Scene yang paling dinanti-nantikan apabila anna dilamar oleh furqan. Kedua belah pihak berjumpa. Sesi taaruf bermula oleh kedua pihak dan perbincangan lanjut diadakan. Anna telah meletakkan beberapa syarat yang pastinya tidak menyusahkan kedua belah pihak. Antara syarat2 yang Anna kemukakan,

1. Setelah bernikah, Anna meminta untuk tetap tinggal di kawasan pesantren tempat kedua ibu bapanya.

2. Tidak menduakan dirinya (beristeri lain) selagi dia masih hidup dan mampu menunaikan segala kewajipan sebagai seorang isteri.

"Saya hanya ingin seperti Fatimah, puteri nabi yang seumur hidupnya tidak pernah dimadu oleh Saidina Ali bin Abi Talib, suaminya. Saya ingin seperti Siti Khadijah yang selama berumahtangga dengan Rasulullah S.A.W juga tidak pernah dimadu. Sungguh saya tidak mengharamkan poligami, tapi ini lah syarat yang saya ajukan.." -KCB 1

Untuk saya nanti, perempuan mana yang tidak mahu syarat seperti anna. Tidak menduakan saya selagi saya masih boleh menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Saya tidak menolak poligami sekiranya ia sudah tertulis. Namun saya berharap tiada istilah nusyuz jika saya masih lagi masih mentaati bakal suami saya nanti.

Membenarkan saya menjaga kedua ibu bapa saya sepanjang hayat mereka. JIka kedua belah keluarga bersatu kelak, kedua-duanya saya senang menerimanya sebagai sebahagian daripada ahli keluarga saya.

Mana ada manusia yang sempurna. Namun setiap dari kita punya kelebihan dan kekurangan. Saya berharap perbezaan dan persamaan yang wujud itulah pelengkap satu hari nanti.

Pada yang masih belum berkesempatan untuk menonton.silakan. owh untuk last part cerita ini tidak tahu mengapa air mata mengalir juga akhirnya T_T. Setelah macam-macam halangan dan dugaan akhirnya mereka disatukan juga. Sememangnya DIA perancang terbaik dan kita hambanya selitkan sekali dengan usaha dan doa. InsyaALLAH...

Mari saya tujukan bait-bait puisi yang mana sebahagian daripada kisah ini untuk teman-teman semua ^_^..

Sekalipun CINTA telah kuuraikan dan kujelaskan panjang lebar.
Namun jika CINTA kudatangi, aku jadi malu pada keteranganku sendiri.
Meskipun lidahku telah mampu menguraikan dengan terang.
Namun tanpa lidah,
CINTA ternyata lebih terang
Sementara pena begitu tergesa gesa menuliskannya
Kata kata pecah berkeping keping begitu sampai kepada CINTA
Dalam menguraikan CINTA, akal terbaring tak berdaya
Bagaikan keldai terbaring dalam Lumpur
CINTA sendirilah yang menerangkan CINTA dan perCINTAan

Allahu'alam~

1 comment:

green daun said...

salam...hang rase part mana yg paling best dlm ctr ni? sy pon lyn gak skit2 ctr ni..skit je x byk..blh thn la ctr ni...tp 2nd movie x tgk lg la..novel ad la...tp mls plk nk bace...