03 September, 2010

Kanvas warna..

Kejahilan atau naif bukanlah sesuatu yang buruk. Kadangkala, kejahilan mungkin membawa kita kembali menghayati saat-saat serta pengalaman yang telah lama kita lupakan. Ia mungkin mengajar kita erti sebuah kehidupan yang sebenar. Warna warni kehidupan terukir di kanvas catatan hidup kita.

Imam Ali berkata, “Allah menyayangi orang-orang yang mengetahui kadar dirinya dan tidak melewati batas perjalanannya; menjaga lisannya dan tidak mensia-siakan umurnya”.

Adab dan akhlak adalah ibarat pokok dan kemasyhuran adalah seperti bayang-bayang. Tetapi malangnya, kebiasaan orang lebih melihat bayang-bayang daripada pokoknya. Impian dan cita-cita seharusnya seiring dengan usaha dan tindakan yang sepatutnya. Berpijak di bumi yang nyata, namun pandanglah juga awan membiru tinggi di atas kepala kita.

Rasulullah bersabda bermaksud: “Berbahagialah hidup di dunia bagi orang yang mengumpul kebajikan untuk bekalan hari akhiratnya, sehingga dia memperoleh reda Tuhannya. Dan celakalah hidup di dunia bagi orang yang dipengaruhi oleh dunia, hingga dia terhalang daripada (mengerjakan) amalan untuk akhiratnya, dan lalai untuk memperoleh reda Tuhannya.” Hadis riwayat al-Hakim.

Setiap kali tersadung,tidak mungkin kita mahu jatuh kembali. Ciptakan impian, berusaha untuk masa depan kita bersama. Mungkin sesuatu tidak dijangka di hadapan kita..

Selamat hari raya maaf zahir dan batin buat semua yang mengenali diri iniBuat kali kedua beraya di tempat kelahiran dengan suasana kampung dan semua yang berkaitan dengan kampung. Sangat teruja. Thank you ABAH.Sayang abah! :)

Teman-teman raya di mana ya?

2 comments:

cimon said...

Salam.

Bagusnya jika dpt menggapai impian, lebeyy bagus lg jika masih mengingati asal-usul diri ini & berpegang pd niat asal diri yg ikhlas itu.

hehe (^v^)

p/s:Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin (0-0) ek.

p/s/s:Raya nie balik kg (rumah mak) lagi kat Kuantan...rindu... Awak, kg d mana?

Ashsikin Aisyah said...

selamat hari raya..salam ukhwah dan maaf salah silap.

tahun ni raya di kg mak, segamat

happy raya :D