24 August, 2010

Manisnya umpama madu..

Saya diterpa pada satu soalan semalam. Jika salah seorang dalam persahabatan yang dibina tidak ada apa-apa lagi, adakah masih kekal lagi hubungan dan nilainya sehingga kini? Pada mulanya saya sukar mengerti apa yang dimaksud dan kini saya fahami. Ukhwah yang kami jalinkan bukan hanya sekadar nama. Ia meninggal bait-bait memori yang tercipta dan ia mungkin menjadi takdir dan jalan cerita kami selepas ini.

Soalan itu terngiang-ngiang dibenak fikiran saya. Bermacam-macam persoalan dan perasaan menerjah disetiap benak fikiran saya. Persahabatan dibina bukan di atas sehelai kertas dan ungkapan-ungkapan manis yang diucapkan. Saya percaya ukhwah yang dibina kernaNYA dan ikhlas dalam setiap yang dilakukan begitu bernilai. Walaupun ia sukar dijelaskan nilai abstraknya. Ia pasti dirasai oleh setiap dari kita yang mengerti maknanya.

Kerinduan adalah menjadi sebahagian dalam hidup kita. Kerana tiada persahabatan yang diawali dengan nilai egoistik. Jangan lelah dan penat dengan setiap yang menimpa. Peringatan dan pengajaran ada disekeliling kita. Saya masih seperti dulu, biar dilihat seperti bodoh, namun tunjukkan juga hasilnya. Berukhwahlah keranaNYA. Ikhlaslah dengan setiap yang kita lakukan. Jagailah lisan kita, dalam kegembiraan kita mungkin ada yang terasa. Jangan nilai seorang hanya kerna pandangan luarannya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Teman yang baik dan teman yang tidak baik itu diumpamakan seperti pembawa kasturi dan peniup api, maka si pembawa kasturi mungkin memberikan kasturi itu kepada kamu atau kamu dapat membelinya, atau kamu dapat mencium baunya yang wangi. Bagaimanapun peniup api mungkin membakar pakaianmu atau kamu dapat mencium baunya yang busuk.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Jangan bunuh cinta (persahabatan),
Bingkai ia dengan cahaya dan manisnya umpama madu.

.^^.

3 comments:

cimon said...

hargai persahabatan kerna ia adalah sebahagian dari memori kita

hehe (^v^)

p/s:if the friendship moves to the next phases...maybe it is fated and only Allah knows better

Conee said...

Friendship for me... once a friend, will always be a friend. unless you don't me to be around you anymore. ^^

tinta hati said...

jazakillah ukhti.. =)